seni dalam pendidikan

15
Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penerokaan dengan menggunakan pancaindera. Murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan bagi meningkatkan kreativit dan daya imaginasi untuk mencapai objektif pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai- nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni Dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. murid -murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”. Aktiviti seni pergerakkan pula mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan. Manakala seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek

Upload: bud-nazri

Post on 24-Jul-2015

61 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi seni visual, seni muzik dan seni

pergerakan. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan

pelbagai aktiviti yang melibatkan penerokaan dengan menggunakan  pancaindera.

Murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik

dan seni pergerakan bagi  meningkatkan  kreativit dan daya imaginasi untuk

mencapai objektif pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk

keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika

yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum

berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta

dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara

selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni Dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah

perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan

kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan

mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan

mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,

seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih

bersifat holistik.

Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan

perkembangan otak kiri dan otak kanan.  murid -murid akan belajar menggunakan

kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”. Aktiviti

seni pergerakkan pula mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi,

inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan

yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya,

pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan

membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka

lakukan. Manakala seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi

meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya

pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di

sekeliling mereka.  Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang

sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Page 2: Seni Dalam Pendidikan

DefinisiMuzik

- satu cabang seni dan juga sains yang

menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental

termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau

rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut

estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh

mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

ı Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda

ı Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka

supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan

bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan

kendiri).

ı Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama,

ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika.

(pembelajaran mengikut urutan).

ı Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas

amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).

ı Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji

muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan

berkonsep).

ı Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus

diselaraskan.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

1.Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana

mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

berperingkat atau ‘sequential’.

2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk

menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti

terhadap aspekaspek muzik

3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika

jenis pengalaman muzikal.

(i) Imitasi (Mengajuk Balik)

Page 3: Seni Dalam Pendidikan

(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)

(iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah

skel yang mempunyai lima ton.

(iv) Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan

bahan asas dari fasa-fasa.

(v) Literasi – menulis dan membaca nota muzik

4)Suzuki-menamakan kaedahnya talent education’ atau

pendekatan bakat

5) Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana

keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik

tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.

Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja

iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi

sahaja.

Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang

berharmoni yang mempunyai kod.

Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan

berterusan dengan menggunakan alat iringan.

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.

ı Kemahiran Muzikal Nyanyian

ı Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan

ı Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada

aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik

pengeluaran suara.

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar

menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata,

pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam

kegiatan permainan alat muzik.

Page 4: Seni Dalam Pendidikan

GLOSARI

Monofoni – Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa

ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada

iringan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja.

Homofoni – Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang

berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan

sebagainya.

Polifoni – Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan

dengan menggunakan alat iringan.

Komposisi – Kebolehan mengubah lagu

Kemahiran ensemble – Kemahiran bermain alat muzik secara

kumpulan dengan pelbagai alat muzik.

Page 5: Seni Dalam Pendidikan

PENGENALAN PROGRAM TERAPI RENANG

Renang merupakan sejenis senaman atau aktiviti yang baik untuk badan. Ia diklasifikasikan sebagai aktiviti atau pergerakan secara aerobik kerana tempoh aktiviti ini yang panjang memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada badan terutamanya pada jantung dan sistem otot. Sebagaimana dengan kebanyakan aktiviti aerobik yang lain, renang juga dipercayai menggunakan oksigen paling banyak.

Oksigen ialah satu unsur penting untuk tubuh bersama dengan hidrogen, karbon dan nitrogen. Tetapi oksigen merupakan satu-satunya unsur yang diperlukan pada setiap masa. Semua pergerakan tubuh manusia memerlukan okigen seperti pernafasan, pergerakan, peredaran darah, fungsi otak, penghadaman, penyingkiran bahan buangan, pertumbuhan sel dan tisu, sistem pembiakan dan sebagainya. Oksigen merupakan sumber tenaga yang segera bagi kebanyakan proses metabolisme dalam sel dan tisu.

Oleh itu, Bahagian Pendidikan Khas (JPK), Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) memperkenalkan Program Terapi Renang sebagai salah satu program terapi yang amat penting bagi keperluan murid-murid khas untuk pembangunan dan pergerakan psikomotor kasar dan halus, kawalan pernafasan sekaligus mewujudkan interaksi sosial di kalangan mereka dan masyarakat.

RASIONAL :

Selaras dengan hasrat Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, mensasarkan golongan berkeperluan khas ini, maka terapi renang ini dirancang khusus untuk memberi bantuan dan faedah kepada murid-murid berkeperluan khas ini khususnya bagi melatih mereka dari segi pergerakan anggota tubuh badan dalam sukan air/terapi renang yang mungkin sukar untuk mereka sertai di luar aktiviti sekolah.

OBJEKTIF:

1. Membantu menggerakkan pembangungan psikomotor kasar dan halus2. Membantu melatih dan mengawal pernafasan semasa melakukan aktiviti renang dengan cara yang betul dan selamat.3. Mewujudkan persekitaran interaksi sosial antara murid dengan guru-guru dan masyarakat

KEBAIKAN / PENINGKATAN PROGRAM TERAPI RENANG

Page 6: Seni Dalam Pendidikan

1. Murid-murid membuat pergerakan memanaskan badan sebelum turun ke kolam renang untuk aktiviti terapi renang..2. Seorang murid khas telah berjaya membuat apungan diri di permukaan air tanpa alat sokongan / bantuan apungan hasil latihan dan tunjuk ajar oleh guru / jurulatih3. Murid khas berjaya menyelam & menahan nafas selama 12 saat di bawah permukaan air

PENUTUP

Semoga program terapi renang ini akan dapat membantu murid-murid berkeperluan khas dari segi pergerakan psikomotor kasar dan halus, mengawal pernafasan dan mewujudkan interaksi persekitaran sosial antara mereka dengan masyarakat luar serta dapat memberi peluang yang sama rata kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mengambil bahagian dan menonjolkan bakat mereka di dalam sukan air. Diharap agar program ini dapat dilaksanakan mengikut jadual perancangan yang telah ditetapkan dengan jayanya agar lebih ramai lagi murid-murid yang berpotensi mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi di masa akan datang sejajar dengan hasrat dan objektif Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

Latihan 1 m/s 10

Setelah membaca kandungan di atas, senaraikan lima feadah yang diperolehi

melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan.

Huraikan bagaimana lima faedah itu mempengaruhi kehidupan seharian anda.

Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1.Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan

kemahiran belajar.

Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantumembina

keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku padahari ini. Pengalaman

yang diperolehi melalui seni sememangnya dapatmempengaruhi kehidupan kita. Contohnya,

dari segi warna yang kita suka danwarna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang

ataupun gelap dapatmempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau

tindakan.Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberikeyakinan

Page 7: Seni Dalam Pendidikan

dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkankemahiran yang kita

pelajari.

2.Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan

lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran

Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara

mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam

pengajaran

Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk

menyampaikan

kandungan matapelajaran yang diajar. Melalui pendekatan seperti ini, murid

lebih

berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih

mendalam.Pelajar akan

merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut

muzik.

Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan

menarik

apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama

yang

mereka dengar..

Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan

kaedahyang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru

perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan

Pelajaran. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif.

Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak

tidak memperoleh sesuatu

ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan

secara aktif.

Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah

digalakkan.

Pembelajaran melalui musik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang

aktif dan

bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.

Kesimpulannya, muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian

dalam

Page 8: Seni Dalam Pendidikan

membina pengetahuan pelajar dapat membantu kita memudahkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran.Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah

laku seseorangundividu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3.Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepadakeperluan

masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkandengan personaliti,

sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampumempengaruhi kita dalam membina

sikap, keperibadian dan kemahiran intelektualmengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni

dapat memupuk displin diri,mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran

berfikir dalam prosespengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan

danmenyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaranseumur

hidup secara menyeluruh.

4.Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiridan otak

kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif danmenyeronokkan. Melalui

seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerjadan mengekspresi kendiri. Justeru

itu, seni dapat mempengaruhi kita untukmembuat keputusan dalam pelbagai situasi.

Pemerolehan ilmu seni dapatmambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu

mengembangkanpotensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di

antarapemikiran dengan perlakuan kita.

5.Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”

Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupayameningkatkan kebolehan

dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam

membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni jugaadalah penghubungkait anatara kecergasan

otak dan kesan tindakan seseorang. anya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti

menyelesaikan masalah,

membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

Soalan Tutorial m/s 12

Anda dikehendaki membaca artikel, journal atau buku mengenai seni dalam

pendidikan.

Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorangpendidik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dankepentingannya dalam

Page 9: Seni Dalam Pendidikan

seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan merujukkepada teori pembelajaran.

Jawapan anda hendaklah disokong denganpandangan tiga orang tokoh bidang ini.

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang

setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan

Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakanguru permulaan sekolah

rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untukmengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik

dan Pergerakan dalam proses pengajarandan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran

lain. Melalui aktiviti ini, ianya akandapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,

ekspresi, inkuiri dankecerdasan pelbagai.

Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru

dalammelaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-

teoripembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.

Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:-

1.M elahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan

saintismenyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akanmemotivasikan

kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,

berketrampilan dan professional. Guru yang kreatifdan inovatif mampu menarik perhatian atau

tumpuan pelajar untuk belajar denganlebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni

visual, muzik danpergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara

aktifdalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,eksperesi,

inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebihmenyeronokkan murid-murid

tersebut.2.Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran danpembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti senivisual, muzik

dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua bendadalam alam ini. Dengan

demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan prosespembelajaran dan perpindahan

pembelajaran.3.Guru senang mencapai objektif ataumatlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lainmembantu dalam

mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann

Page 10: Seni Dalam Pendidikan

menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu

pemikiran yang rasional dan intuitif seseorangterutama untuk guru agar mereka dapat

menjalankan proses pengajaran danpembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan

pengetahuan tentangkeistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam

pengajarandan pembelajaran.

SENI DALAM PENDIDIKANKPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 20094.Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran danpembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawaterdapat tujuh

jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanankecergasan linguistik dan

matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi

peranan yang penting dalam kurikulum, inikerana manusia memperolehi pengetahuan melalui

pelbagai kecergasan dan jugamelalui perbagai teknik pengajaran.

Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi sertakelebihan diri

untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalammelancarkan lagi proses pengajaran

dan pembelajaran.

Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalamsetiap

kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur senidihubungkaitkan

dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermatdan selamat dalam proses

membuat sentiasa ditegaskan.Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh

Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan itu, anda dikehendaki memberi

contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak.

1.Keinginan untuk bergerak

Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri

dalam sebarang kegiatan fizikal.

Contohnya melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan atau lumba lari

Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itudihargai.

Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji dan dipamerkankertasnya di

khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik akan ditampal di sudutdinding dalam bilik darjah

sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan.3.Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalammasyarakat.

Page 11: Seni Dalam Pendidikan

Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati olehorang lain.

Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh

Keinginan untuk bersaing.

Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan

fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya

Contohnya, kana k-kanak memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk

menunjukkan kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.

5.Keinginan ketangkasan fizikaldan sebagai daya penarik.

Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau

harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapattempat pertama

dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadisumber penarik kepada kanak-

kanak yang lain.

6.Keinginan untuk meneroka.

Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa

tetapi menyeronokan.

Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja amali atau eksperime

Keinginan untuk pencapaian kreatif.

Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.

Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta sepertimembuat rumah

dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikanbahan buangan yang dikitar

semula dan menjadikannya bahan baru untuk kegunaanmanusia. Mereka merasa satu

penerokaan baru wujud dalam minda mereka.

8.Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea

mengenai diri dan persekitaran mereka.

Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jikamuzik itu

rancak atau kuat mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yangdimainkan.

9.Keinginan untuk kefahaman.

Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahamandan ingin

mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka,menyentuh dan merasai

pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakon

Page 12: Seni Dalam Pendidikan

SENI DALAM PENDIDIKAN

KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

7.Keinginan untuk pencapaian kreatif.

Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.

Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta sepertimembuat rumah

dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikanbahan buangan yang dikitar

semula dan menjadikannya bahan baru untuk kegunaanmanusia. Mereka merasa satu

penerokaan baru wujud dalam minda mereka.

8.Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea

mengenai diri dan persekitaran mereka.

Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jikamuzik itu

rancak atau kuat mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yangdimainkan.

9.Keinginan untuk kefahaman.

Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahamandan ingin

mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka,menyentuh dan merasai

pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.