semantik

24
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Pengenalan Tugasan Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku Semantik, semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna, dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Oleh sebab makna ialah faktor pent dalam beberapa disiplin saintifik maka sememangnya menjadi kebiasaan apabila terdapat mi yang mendalam tentang makna dan terdapat juga beberapa banyak pendekatan yang berlainan terhadap penganalisisan dan interpretasi tentang makna. Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dap menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Menurut Mashudi Kader !""#$ dalam buku Menerokai Struktur Semantik, di d barat, makna merupakan subjek penelitian ilmiah sejak %aman para ahli falsafah pra So&ra lagi. Makna menjadi unsur utama dalam kaedah So&rates, dan ia penting terutamanya dalam perbin&angan Plato tentang hujah antara golongan yang menganggap makna simbol ujaran sebagai se'enang('enangnya dan kon)esional dan golongan yang menekankan adanya beberapa perkaitan dasar yang logik antara bentuk kata. Se&ara umumnya senantikialahilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Se&ara khusus pula ialah kajian tentanglambang(lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. *ugasan !a$ +MM !!- iaitu Semantik dan Peristilahan +ahasa Melayu kali ini ialah membin&angkan Kelas Makna, Makna eksikal, Perubahan Semantik dan Ketaksaan Makna dalam +ahasa Melayu yang terdapat dalam satu artikel Majalah De'an Masyarakat keluaran tahun -/!0. *ugasan ! b$ ialah memberi konsepsi *eori Segitiga Semiotik dengan merekabentuk lakaran rajah Segitiga Semiotik yang sesuai dan tepat bersandarkan teori ol Ogden dan 1i&hard, dan berdasarkan &ontoh yang sesuai. Manakala bagi tugasan !&$ pula ialah memberi dan menjelaskan se&ara terperin&i tentang Sumber 2stilah +ahasa Melayu dan Skema *ata&ara Pembentukan 2stilah baharu +ahasa Melayu. *ugasan - berkaitan dengan penulisan refleksi berdasarkan keseluruhan tugasan yang panjangnya dalam lingkungan 3// patah perkataan. Firdaus Bin Kassim/PISMP BM1 Semester 6M/S 1

Upload: yolandac04

Post on 03-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

semantikk

TRANSCRIPT

BMM 3112SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Pengenalan TugasanMenurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku Semantik, semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna, dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Oleh sebab makna ialah faktor penting dalam beberapa disiplin saintifik maka sememangnya menjadi kebiasaan apabila terdapat minat yang mendalam tentang makna dan terdapat juga beberapa banyak pendekatan yang berlainan terhadap penganalisisan dan interpretasi tentang makna.Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.Menurut Mashudi Kader (1996) dalam buku Menerokai Struktur Semantik, di dunia barat, makna merupakan subjek penelitian ilmiah sejak zaman para ahli falsafah pra Socrates lagi. Makna menjadi unsur utama dalam kaedah Socrates, dan ia penting terutamanya dalam perbincangan Plato tentang hujah antara golongan yang menganggap makna simbol ujaran sebagai sewenang-wenangnya dan konvesional dan golongan yang menekankan adanya beberapa perkaitan dasar yang logik antara bentuk kata.Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.Tugasan 1(a) BMM 3112 iaitu Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu kali ini ialah membincangkan Kelas Makna, Makna Leksikal, Perubahan Semantik dan Ketaksaan Makna dalam Bahasa Melayu yang terdapat dalam satu artikel Majalah Dewan Masyarakat keluaran tahun 2014. Tugasan 1 (b) ialah memberi konsepsi Teori Segitiga Semiotik dengan merekabentuk lakaran rajah Segitiga Semiotik yang sesuai dan tepat bersandarkan teori oleh Ogden dan Richard, dan berdasarkan contoh yang sesuai. Manakala bagi tugasan 1(c) pula ialah memberi dan menjelaskan secara terperinci tentang Sumber Istilah Bahasa Melayu dan Skema Tatacara Pembentukan Istilah baharu Bahasa Melayu. Tugasan 2 berkaitan dengan penulisan refleksi berdasarkan keseluruhan tugasan yang panjangnya dalam lingkungan 500 patah perkataan.

Tugasan 1 (a)Membincangkan Kelas Makna, Makna Leksikal, Perubahan Semantik dan Ketaksaan Makna dalam Bahasa Melayu yang terdapat dalam satu artikel Majalah Dewan Masyarakat keluaran tahun 2014.

Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunnya dalam bentuk kamus. Susunan perkataan mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaa. Di bawah adalah perbincangan mengenai Kelas Makna, Makna Leksikal, Perubahan Semantik dan Ketaksaan Makna dalam Bahasa Melayu yang terdapat dalam satu artikel Majalah Dewan Masyarakat keluaran tahun 2014. Untuk mengkaji struktur semantik ini, saya telah memilih artikel yang bertajuk Kelestarian Manifetasi Takwa yang ditulis Rahisam Ramli.Kelas MaknaMenurut Abdullah Yusof (2009), bahasa itu digunakan untuk berbagai-bagai kegiatan dan keperluan dalam kehidupan bermasyarakat, maka makna bahasa itu pun menjadi berbagai-bagai jika dilihat dari segi atau pandangan yang berbeza. Pelbagai nama jenis semantik telah dikemukakan oleh pakar-pakar dalam buku-buku linguistik atau semantik. Di bawah adalah huraian jenis-jenis makna menurut Abdul Chear (1994), di dalam buku Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu (2009) berserta contoh yang sesuai.a. Makna leksikalMakna leksikal adalah makna yang sebenarnya, makna yang sesuai dengan hasil pemerhatian kita, rupanya atau makna yang terdapat dalam kamus. Contohnya, leksem kuda memiliki makna leksikal sejenis binatang berkaki empat yang boleh ditunggang. Contoh lain yang terdapat dalam artikel yang dikaji ialah:

Contoh penggunaanpenerangan

Silang budaya dan disiplin ilmu antara alam dengan memastikan kehidupan yang selesa untuk penduduk di muka bumi tanpa memusnahkan ekosistem (m/s 40, p 3)Seperti yang diketahui umum, alam adalah ciptaan tuhan.

b. Makna gramatikalBermaksud makna yang hadir akibat adanya proses gramatikal seperti pengimbuhan, penyisipan, penggandaan dan pemajmukan. Ini bermakna sesuatu perkataan yang hendak diperolehi maknanya mestilah dianalisis berdasarkan konteks ayat supaya makna yang diperolehi menjadi tepat dan jitu. Contoh aspek gramatikal di dalam artikel ialah; Tidak kira sama ada golongan kaya atau miskin, penduduk bandar atau desa bertanggungjawab. (m/s 40, p 2) Kelestarian bertujuan mengimbangi aspek pemuliharaan selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara. (m/s 40, p 3) Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (m/s 40)c. Makna kontekstualMakna kontekstual adalah makna leksem atau kata yang berada di dalam suatu konteks. Contohnya, makna konteks kata kepala pada ayat-ayat berikut: Rambut di kepala nenek belum ada yang putih. Sebagai kepala sekolah dia harus menegur murid-murid itu.Di bawah adalah contoh lain yang terdapat dalam artikel yang bertajuk Kelestarian Manifestasi Takwa. Sebagai contoh, rumah antara keperluan penting kepada manusia tanpa mengira batasan kekayaan atau kemiskinan. (m/s 41, p 12) Sektor isi rumah merupakan pelanggan terbesar bank. (m/s 41, p13)d. Makna referensialSesuatu kata disebut bermakna referensial jika ada referensinya atau acuannya. Misalnya, kata kuda disebut referensial jika ada referens atau acuannya. Begitu juga dengan kata-kata seperti merah, gambar, kotak dan bunga. Contoh yang terdapat dalam artikel yang dikaji ialah: Dari aspek sains dan teknologi Barat, sebarang perubaha yang tidak mengikut kehendak manusia, maka banyak kemusnahan berlaku.

e. Makna denotatifMakna denotatif ilah makna tersurat, makna umum, makna leksikal dan makna yang ada di dalam kamus. Contoh; bunga yang cantik itu ditanam oleh Rozi. Bunga dalam ayat itu bermaksud sejenis tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam di air atau di darat. Contoh yang terdapat dalam artikel yang bertajuk Kelestarian Manifestasi Takwa.Contoh kataPenerangan

Teori wang untuk mencipta hutang merupakan teras perniagaan Barat. (m/s 41, p 22)Wang merupakan alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah dalam proses jual beli.

f. Makna konotatifMerupakan makna tersirat atau bukan literal. Lenih mengutamakan nilai komunikatif (rujukan penutur berdasarkan konteks). Contoh ayat; Hajat rombongan kami datang ke sini untuk memetik bunga di taman, kata Mak Timah. Bunga dalam ayat tersebut bemaksud anak dara yang belum berpunya. Di bawah contoh makna konotatif yang terdapat dalam artikel yang bertajuk Kelestarian Manifestasi Takwa.Contoh kataPenerangan

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (m/s 40, p 7)

Bencana dan kerosakan yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut ialah membuat perkara kufur dan maksiat.

g. Makna konseptualMakna yang dimiliki oleh sebuah leksem terlepas dari konteks apa pun. Contoh kata yang memiliki makna konseptual yang terdapat dalam artikel yang bertajuk Kelestarian Manifestasi Takwa.

Contoh katapenerangan

Sebagai contoh, rumah antara keperluan penting kepada manusia tanpa mengira batasan kekayaan atau kemiskinan. (m/s 41, p 12)Makna konseptual bagi rumah ialah tempat tinggal dan perlindungan bagi manusia.

h. Makna asosiatifMakna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Misalnya kata merah berasosiasi dengan berani. Manakalah warna putih pula melambangkan kesucian.i. Makna kataSetiap kata atau leksem memiliki makna. Dalam penggunaan makna kata itu baru jelas jika kata itu sudah berada dalam konteks kalimat atau konteks situasinya. Misalnya kata tangan dan lengan sebagai kata, maknanya dianggap sama seperti berikut; Tangannya luka terkena pecahan kaca. Lengannya luka terkena pecahan kaca.Jadi tangan dan lengan pada kedua-dua ayat di atas adalah bersinonim atau bermakna sama. Contoh lain yang terdapat dalam artikel yang bertajuk Kelestarian Manifestasi Takwa. Janganlah kamu membuat bencana di muka bumi. Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi.j. Makna istilahBermaksud makna yang pasti, jelas dan tidak meragukan, meskipun tanpa konteks ayat. Apa yang perlu diingat adalah sesuatu istilah itu hanya digunakan pada bidang ilmu atau kegiatan tertentu. Misalnya, kata jantung dan urat sebagai istilah dalam ilmu kedoktoran. Contoh lain yang terdapat dalam artikel ialah:Contoh kataPenerangan

Sebagai contoh, produk perkongsian dalam pembelian rumah secara Islam dikenali sebagai musyarakah mutanaqisah. (m/s 41, p 17)Musyarakah mutanaqisah merupakan bahasa Arab dan merupakan ilmu dalam Pendidikan Agama Islam

Sektor isi rumah merupakan pelanggan terbesar bank. (m/s 41, p 13)Teori wang untuk mencipta hutang merupakan teras perniagaan Barat. (m/s 41, p 22)Seperti yang kita ketahui, perkataan bank dan wang dalam contoh ayat tersebut merupakan ilmu ekonomi.

k. Makna idiomIdiom adalah satu ujaran yang maknanya tidak dapat diramalkan dari makna unsur-unsurnya baik secara leksikal mahupun gramatikal. Contohnya, membanting tulang dengan makna bekerja keras dan juga meja bulat dengan makna persepakatan atau perbincangan. Contoh yang terdapat dalam artikel ialah:Contoh kataPenerangan

Usaha dan jihad kelestarian perlu merentas silang budaya dan disiplin ilmu yang menyokong keseimbangan, bukan bersifat berat sebelah. (m/s 41, p 23)Makna berat sebelah yang terdapat dalam artikel ialah, bersikap tidak adil, pilih kasih dan berlakunya penindasan.

l. Makna peribahasaMakna peribahasa ialah memiliki makna yang masih dapat ditelusuri dari makna unsur-unsurnya. Umpamanya seperti anjing dan kucing yang bermaksud perihal dua orang yang selalu bergaduh.

m. Makna kognitifMakna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponennya. Secara umum, makna kognitif bermaksud makna yang telah mendapat kata sepakat dan popular digunakan oleh penuturnya. Contoh yang terdapat dalam artikel ialah:Contoh kataPenerangan

Antara bencana yang dianggap merosakkan bumi termasuklah banjir, kemarau, dan kepanasan melampau.Perkataan bumi dalam contoh ayat yang saya ambil merupakan makna kognitif bagi alam semesta yang biasa diguna pakai oleh masyarakat. Alam semesta ini merangkumi semua yang terdapat pada perut bumi.

Makna LeksikalMakna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau perkataan yang terlepas daripada hubungagnnya dengan perkataan lain dalam ayat. Menurut Nik Safiah Karim (1939), makna lesikal bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referensnya, makna yang sesuai dengan pemerhatian akal deria kita atau makna yang nyata. Justeru itu, perkaitan makna dan kata dapat dilihat dengan jelas dari segi leksikal dan konteks kata itu digunakan. Menurut Prof. Abdullah Hassan (1989), makna leksikal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada lima iaitu sinonim, antonim, hiponim, homonim dan polisem. Di bawah adalah huraian maksud kelima-lima makna leksikal dan contoh yang terdapat dalam artikel Majalah Dewan Maysarakat (Julai 2014) yang saya kaji ialah:

1. SinonimMenurut Prof. Abdullah Hassan (1989), sinonim digunakan untuk maksud kesamaan makna. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti, misalnya kata cantik mempunyai makna yang hampir sama dengan kata lawa, indah, atau menarik. Oleh itu, dikatakan cantik, lawa, indah dan menarik merupakan kata-kata yang bersinonim. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.a. Sinonim pinjamanSesetengah pasangan sinonim datang daripada dialek-dialek yang berlainan dalam bahasa itu. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.Contoh yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:b. Sinonim konteksKonteks mewujudkan perkataan yang sama makna. Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Contoh yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:c. Sinonim laras sosialPerkataan-perkataan yang digunakan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni. Contoh yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:d. Sinonim kolokasiSinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Contoh yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:

2. AntonimMaksud antonim dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Terdapat tiga jenis antonim iaitu:a. Antonim pasangan komplemenAntonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya. Contoh penggunaan dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:b. Antonim hubungan darjahAntonim hubungan darjah ialah makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Contohnya ialah perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Contoh penggunaan dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:c. Antonim hubungan bertentanganAntonim hubungan bertentangan ialah kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara. misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contoh penggunaan dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:3. HiponimDefinisi hiponim dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.4. HomonimMenurut Kamus Dewan edisi keempat homonim ialah perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homonim terbahagi kepada dua iaitu:a. HomofonHomofon bermaksud perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. Contoh, penggunaan yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:b. HomografHomograf bermaksud perkataan yang sama ejaannya, tetapi sebutan dan maknanya berbeza. Contoh yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:5. PolisemPolisem ialah hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Di bawah adalah contoh polisem yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014):

Perubahan SemantikPerubahan semantik boleh berlaku dari segi pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. Di bawah adalah penerangan bagi dua perubahan semantik tersebut, beserta penggunaan kata yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014):1. Pengembangan maknaSemantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati oleh penutur.Contohnya, berlayar, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar. Contoh yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:2. Penyempitan Maknapenyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Contohnya, kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.Contoh penyempitan makna yang terdapat dalam dalam Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014) ialah:Ketaksaan MaknaKetaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Hal ini disokong oleh Tim (1988:887) dalam Panuti Sudjiman yang menyatakan ketaksaan yang berasal dari kata dasar taksa mempunyai makna lebih daripada satu. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity).Berikut adalah contoh ayat yang mempunyai ketaksaan makna yang terdapat dalam artikel Majalah Dewan Masyarakat (Julai 2014):

Tugasan 1(b)Memberi konsepsi Teori Segitiga Semiotik dengan merekabentuk lakaran rajah Segitiga Semiotik yang sesuai dan tepat bersandarkan teori oleh Ogden dan Richard, dan berdasarkan contoh yang sesuai.

Perkembangan dalam ilmu semantik mengikut pandangan ahli-ahli bahasa, tergolong dalam ilmu linguistik yang telah menjelmakan tahap kedua dalam ilmu semantik iaitu semantik linguistik. Antara tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam ilmu semantik linguistik ialah Ferdinand de Saussure, Odgen, I. A. Richards dan Ullmann. Konsep yang paling popular digunakan oleh ahli-ahli bahasa ini ialah konsep pemikiran dalam banyak usaha dan kajian mereka terhadap kajian makna.Dalam tugasan 1(b) ini, saya akan menghuraikan satu teori sahaja iaitu Teori Segitiga Semiotik yang dipelopori oleh Ogden dan Richard. Dalam Kamus Dewan edisi keempat semiotik membawa maksud kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambing. Secara umumnya, teori ini menerangkan makna dari segi komponennya dan memecahkan makna kepada tiga komponen dengan menggunakan rajah segi tiga untuk mewakili ketiga-tiga komponen itu.Richard dan Ogden telah memperkukuhkan kajian dalam ilmu semantik dengan mewujudkan Teori Segitiga Semiotik . Abdullah Hassan dalam buku Semantik (1989), teori ini mengelakkan banyak masalah dalam penamaan misalnya penggolongan tidak semestinya perlu bersifat semula jadi atau sejagat, tetapi semata-mata konseptual. Teori ini menyatakan bahawa ilmu tanda merupakan satu sains sosial yang penting kerana ia dapat mendatangkan atau menzahirkan makna-makna dan signifikasi tertentu.Menurut Hj Sabran dan Rahim Syam (1987), Dalam hal ini, makna tersebut telah dianalisa ke dalam tiga bahagian iaitu konsep (fikiran), simbol (unsur-unsur linguistik) dan rujukan (benda). Komponen-komponen tersebut berhubungan antara satu sama lain sama ada berhubungan secara langsung mahu pun secara tidak langsung. Di bawah adalah reka bentuk lakaran rajah Segitiga Semiotik yang diperkenalkan oleh Ogden dan Richard.

Konsep (fikiran)

Simbol (perkataan) Rujukan (benda)Melalui teori segitiga semiotik ini mereka cuba menerangkan makna dari segi komponennya. Mereka telah memecahkan makna kepada tiga komponen iaitu simbol (perkataan), konsep (fikiran/referensi) dan rujukan (benda). Mereka telah menggunakan segi tiga untuk menginterpretasikan ketiga-tiga komponen makna tersebut. Simbol adalah unsur-unsur linguistik iaitu perkataan dan ayat, rujukan ialah benda sementara fikiran adalah konsep (Raminah Hj Sabran & Rahim Syam: 1987).Di dalam rajah segi tiga semiotik terdapat garisan yang terputus-putus di antara simbol (perkataan) dan rujukan (benda). Ini menunjukkan simbol dan rujukan (benda) itu tidak mempunyai hubungan yang mutlak. Contohnya, perkataaan bulan merupakan lambang yang menggambarkan bulan dalam fikiran. Ada hubungan antara bulan dalam fikiran. Sebaliknya, hubungan antara lambang dengan bulan adalah tiada langsung.Selain itu, menurut Abdullah Yusof (2009), Ogden dan Richards berpendapat simbol (perkataan) itu terlebih dahulu melambangkan fikiran (konsep). Kemudian fikiran akan merujuk kepada benda rujukannya. Hubungan di antara simbol dan fikiran serta fikiran dengan rujukan adalah hubungan langsung (tiada garis terputus-putus) dan fikiran (konsep) adalah menjadi penghubung di antara simbol dan rujukan. Sebagai contoh, apabila seorang penutur berkata pisang (simbol) maka si pendengar akan membayangkan dalam fikirannya (konsep) bentuk buah pisang yang panjang, warna kuning dan masak ranum (benda yang dirujukkan). Segi tiga semiotik ini juga berkait rapat dengan proses penamaan.Contoh seterusnya ialah, jam (simbol) merupakan lambang yang menggambarkan seutas jam dalam fikiran. Ada hubungan antara fikiran dengan jam dan ada juga hubungan antara fikiran dengan benda sebenar. Di dalam fikiran (konsep) membayangkan jam tangan, jam dinding, jam digital jam lonceng dan sebagainya (benda yang dirujukkan).Contoh ketiga pula ialah, perkataan kasut sebagai simbol merupakan lambing yang dapat dikenali melalui konsepnya yang digunakan pada bahagian kaki dan untuk berjalan. Jelas di sini menunjukkan bahawa simbol dan konsep itu ada hubungan langsung. Oleh yang demikian, hubungan diantara lambang dan benda pada umumnya tiada hubungan yang mutlak. Hubungan ini dapat dikatakan sebagai arbitari iaitu bergantung kepada tanggapan yang ditentukan oleh sesuatu kumpulan penutur bahasa atau komuniti bahasa.Contoh yang lain pula ialah,apabiila seseorang teringat kepada kerusi lalu ia menyebutnya. Sebutan ini didengar oleh orang lain. Apa yang disebutkannya itu bukanlah benda kerusi itu melainkan lambang atau nama kepada benda itu. Orang yang mendengar sebutan itu sekaligus teringat kepada kerusi. Proses daripada fikiran kepada penyebutan dan seterusnya daripada pendengaran kepada penganggapan inilah yang menggambarkan makna.Kesimpulannya, Teori Segitiga Semiotik ini bukanlah dianggap terbaik. Namun menerusi lakaran rajah teori yang dipelopori oleh Richard dan Ogden ini mampu memudahkan kita mengaitkan hubungan di antara konsep. simbol dan rujukan. Melalui tiga komponen ini dapatlah kita tafsirkan dan gambarkan apa kaitan dan hubungan di antara satu sama lain.http://sempragteamone.blogspot.com/p/teori-segitiga-semiotik.htmlhttp://semanticsteamwork.blogspot.com/2010/11/blog-post.htmlhttp://www.academia.edu/4690452/BMM_311http://gambit283.blogspot.com/2013/04/tugasan-hbml1203-peristilahan-bahasa.htmlhttp://bm1ipip.weebly.com/uploads/2/8/0/8/28087439/bmm3111.pdf

Tugasan 1 (c)Memberi huraian dan menjelaskan secara terperinci tentang Sumber Istilah Bahasa Melayu dan Skema Tatacara Pembentukan Istilah baharu Bahasa Melayu.

Sumber Istilah Bahasa MelayuBahasa Melayu hari ini telah berkembang begitu pesat dan mendadak sehingga ramai penutur dan pengguna bahasa Melayu menghadapi kesulitan untuk mengikuti perkembangan tersebut. Oleh itu, dalam tugasan 1 (c) ini, saya akan menghuraikan dan menjelaskan secara terperinci tentang Sumber Istilah Bahasa Melayu dan Skema Tatacara Pembentukan Istilah baharu Bahasa Melayu. Seperti yang kita tahu, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam merupakan negara serumpun yang mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan ekonomi. Setiap negara bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya.Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku dan seragam sejak tahun 1972. Hal ini adalah untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. Definisi istilah dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Selain itu, istilah juga ialah lambang linguitik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yag gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah.Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992), tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu juga, tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkan).Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab dalam mengubal istilah bahasa Melayu. Sehingga ke hari ini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. DBP begitu komited dalam memainkan peranan penting untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan.Di bawah adalah huraian dan penjelasan serta contoh-contoh Sumber Istilah Bahasa Melayu menurut Dewan Bahasa dan Pustaka yang saya rujuk dalam buku Pendoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992):1. Perbendaharaan Kata Umum Bahasa MelayuMana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:a. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.b. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital; fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.c. Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.2. Perbendaharaan Kata Bahasa SerumpunKalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, makah hendaklah dicari pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu. Contohnya:gambut (daripada bahasa Banjar)peat

nyeri (daripada bahasa Sunda)pain

engkabang (daripada bahasa Iban)ellipenut

awet (daripada bahasa Jawa)lasting

3. Perbandaharaan Kata Bahasa AsingJika istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (yakni disesuaikan, seperlunya), dan penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Demi keseragaman, bahasa yang paling internasional (iaitu Inggeris) menjadi sumber, melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Misalnya:

Bahasa InggerisBahasa Melayu

atomatom

electronelektron

professionalprofesional

psychologypsikologi

structurestruktur

a. Penyerapan Istilah AsingIstilah asing boleh dipinjam atas dasar:i. sesuai maknanya;ii. lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;iii. istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.b. Bentuk-bentuk Serapani. Hal ini bergantung pada: konteks situasi dan pemakaiannya dalam ayat; kemudahan belajar bahasa; dan kepraktisan.ii. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal. Misalnya: spektrum, kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai, misalnya: bakteria.c. Istilah asing yang Sudah LazimIstilah asing yang sudah lama digunakan hendaklah terus dipakai (walaupun ada kalanya tidak sesuai dengan peraturan) untuk menjauhkan kekacauan. Misalnya:campaign kempen

custom kastam

dengue denggi

grant geran

pension pencen

d. Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang TetapIstilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring. Contohnya:bona fide

esprit de crops

fait accompli

weltanschauung

Skema Tatacara Pembentukan Istilah Baharu Bahasa MelayuSetelah kita membincangkan Sumber Istilah Bahasa Melayu, seterusnya saya akan menghuraikan dan menjelaskan pula Skema Tatacara Pembentukan Istilah baharu Bahasa Melayu. Pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam pembentukan istilah baharu bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu. Namun pembentukan istilah masa dahulu merupakan proses yang tidak kukuh di mana tidak terdapat sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehingga diterbitakan buku Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992).Peristilahan merupakan usaha untuk membentuk perkataan bagi mengungkapkan konsep, idea, proses dan naa bagi sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu. Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber seperti bahasa Melayu, bahasa serumpun dan juga bahasa-bahasa asing. Kata baharu dalam bahasa Melayu lazimnya muncul sama ada melalui penciptaan secara penggunaan popular dalam media massa dan penulisan kreatif atau melalui perancangan bahasa yang rasmi.Di bawah adalah huraian dan penjelasan yang saya buat dalam Skema Tatacara Pembentukan Istilah baharu Bahasa Melayu.a. Penggunaan popularPenulis-penulis menciptakan perkataan baharu secara popular adalah bertujuan untuk siaran dalam media massa, media elektronik ataupun dalam tulisan-tulisan kreatif seperti sajak, cerpen dan novel. Antara contoh perkataan yang digunakan secara umum ialah:ibu kotasidang mediakempen

perang dinginkudapantanah runtuh

tunjuk perasaanbanjir kilatpasaran hadapan

b. Perancangan bahasa yang rasmiPerancangan bahasa yang rasmi ini dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan institusi pengajian tinggi. Perkataan yang dicipta melalui perancangan yang rasmi ini bebentuk istilah yang merujuk bidang-bidang ilmu dan kerjaya tertentu.Terdapat beberapa syarat Dalam Skema Tatacara Pembentukan Istilah baharu Bahasa Melayu. Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber, iaitu:a. Istilah daripada bahasa MelayuPerkataan umum bahasa Melayu boleh dijadikan istilah asalkan perkataan tersebut memenuhi syarat-syarat berikut:i. Memberi makna yang tepat mengandungi konsep, proses, keadaan atau sifat istilah yang dimaksudkan.ii. Sekiranya ada dua perkataan kata yang mempunyai makna yang sama, pilihlah perkataan yang lebih singkat.iii. Perkataan tersebut tidak membawa konotasi buruk.

b. Istilah daripada bahasa serumpunSekiranya perkataan Melayu umum tidak terdapat, maka bolehlah diambil perkataan daripada dialek bahasa Melayu, bahasa Melayu klasik atau bahasa serumpun.

c. Istilah daripada bahasa asingApabila tidak ada perkataan daripada bahasa Melayu, dialek Melayu dan bahasa serumpun, maka baharulah diambil perkataan daripada bahasa asing. Caranya ialah:i. Meminjam konsep asing dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.ii. Menyerap seluruh kata tersebut ke dalam bahasa Melayu.

Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa. Selain itu, pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia. Istilah baharu juga memperlihatkan kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia. Umumnya, pembentukan istilah baharu mempunyai dua proses, iaitu:a. Melalui proses pinjam terjemahIstilah terbentuk ddaripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberi makna baharu untuk membawa konsep tertentu yang sebelumnya tidak ada dalam bahasa Melayu. Di bawah adalah lima proses pinjam terjemah:ProsesBahasa InggerisBahasa Melayu

i. Terjemah langsungdosesoluberesistence Sukatan Larut Rintangan

ii. Penggabungan dua kata umummissileright anglehoneymoon peluru berpandu sudut tepat bulan madu

iii. Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baharu.arrearsup dateconfiguration tunggakan kemas kini tatarajah

iv. Perluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu.gelap lawan legapserap lawan jerap biji lawan bijirinsalur lawan salir

v. Mencipta kata baharu ddengan gandaan separaliquidcapillaryradiuscoplanar cecair rerambut jejari sesatah

b. Melalui proses pinjamanCara pembentukan kata adalah ddengan mengambil istilah daripada bahasa asalnya dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. Contohnya:ProsesBahasa InggerisBahasa Melayu

i. Pengambilan dengan perubahan atau penyesuaian ejaan.structuregeographymathematicskineticbiology struktur geografi matematik kinetik biologi

ii. Pengambilan tanpa perubahan ejaan.magnetradiobonuseksportstandardaudit magnet radio bonus eksport standard audit

Kesimpulannya, apa yang telah dihuraikan dan dijelaskan dalam tugasan 1 (c) ini merupakan beberapa Sumber Istilah Bahasa Melayu dan Skema Tatacara Pembentukan Istilah baharu Bahasa Melayu berserta contoh-contoh yang sesuai. Ada tiga Sumber Istilah Bahasa Melayu iaitu perbendaharaan kata umum bahasa Melayu, perbendaharaan kata bahasa serumpun dan perbendaharaan kata bahasa asing. Hal ini membuktikan bahawa bahasa di dunia ini sarwajagat dan universal yang boleh diguna pakai dalam bahasa Melayu. Manakala, dalam Skema Tatacara Pembentukan Istilah baharu Bahasa Melayu ada beberapa tatacara yang digunakan dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Hal ini merujuk kepada kata tersebut yang selalu ataupun popular digunakan oleh penutur.

Tugasan 2Membuat refleksi keseluruhan tugasan yang panjangnya dalam liiingkungan 500 patah perkataan.

Refleksi Firdaus Bin KassimTerlebih dahulu saya ingin menyatakan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana saya dapat menyiapkan tugasan projek BMM 3112 ini dengan jayanya. Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Projek bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan BMM 3112 iaitu Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu pada kali ini memberi peluang sekali lagi kepada saya untuk menimba pengetahuan dan kemahiran sebagai pendidik dan seterusnya bijak membuat keputusan dalam bilik darjah. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berdaya fikir dan efektif dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah. Selain itu, saya juga mampu mengaplikasikan segala kemahiran yang saya telah pelajari hasil dari tugasan BMM 3112 di samping mampu menyediakan keperluan minda dan emosi dalam menghadapi hari esok sebagai seorang pendidik.Sejurus sahaja selepas mendapat tugasan projek ini, pelbagai perancangan telah saya atur dan buat bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan sebaiknya pada masa yang ntelah ditetapkan. Saya cuba sedaya upaya untuk mencari bahan dan maklumat yang diperlukan dalam tugasan ini terutamanya Majalah Dewan Masyarakat terbitan DBP tahun 2014. Tugasan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tugasan 1 dan tugasan 2. Dalam tugasan 1 dipecahkan lagi kepada tifa tugasan iaitu tugasan 1(a), 1(b) dan 1(c). Tugasan 1(a) ini membolehkan saya membincangkan Kelas Makna, Makna Leksikal, Perubahan Semantik dan Ketaksaan Makna dalam Bahasa Melayu yang terdapat dalam satu artikel Majalah Dewan Masyarakat keluaran tahun 2014. Untuk melaksanakan tugasan ini 1(a), saya telah memilih artikel yang bertajuk Kelestarian Manifestasi Takwa yang ditulis oleh Rahisam Ramli. Manakala tugasan 1(b) pula, membolehkan saya memberi konsepsi Teori Segitiga Semiotik dengan merekabentuk lakaran rajah Segitiga Semiotik yang sesuai dan tepat bersandarkan teori oleh Ogden dan Richard, dan berdasarkan contoh yang sesuai. Untuk menghuraikan dan menjelaskan tugasan 1(b) ini, rujukan utama saya ilah buku Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu (2009) yang ditulis oleh Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari selain rujukan sampingan iaitu buku Semantik yang ditulis oleh Prof. Abdullah Hassan. Tugasan 1(c) pula ialah, Memberi huraian dan menjelaskan secara terperinci tentang Sumber Istilah Bahasa Melayu dan Skema Tatacara Pembentukan Istilah baharu Bahasa Melayu. Rujukan utama saya dalam melaksanakan tugasan 1(c) ini ialah buku Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992) yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala tugasan 2 ialah, Membuat refleksi keseluruhan tugasan yang panjangnya dalam liiingkungan 500 patah perkataan. Refleksi ini adalah berdasarkan pengalaman dan impak tugasan BMM 3112 ini ke atas diri saya.Dalam refleksi ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Puan Corella Ak Stephen iaitu pensyarah bagi kursus BMM 3112 ini atas segala maklumat dan bimbingan yang telah diberikan kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan ini. Segala maklumat serta info-info yang disampaikan oleh beliau di dalam bilik kuliah dapat saya gunakan dalam tugasan projek BMM 3112 ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang melaksanakan tugasan ini.Kelebihan yang saya dapat dalam melaksanakan tugasan ini ialah, saya mampu berinteraksi dengan rakan-rakan secara lebih baik lagi selain berinteraksi dengan pensyarah pembimbing. Dalam pada itu, semasa melaksanakan tugasan ini rakan-rakan telah banyak membantu dari segi mendapatkan maklumat kerana tanpa bantuan daripada mereka, kemungkinan besar tugasan ini tidak mampu saya siapkan dalam masa yang telah ditetapkan Tugasan ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan baharu kepada saya berkaitan dengan semantik bahasa Melayu yang akan diaplikasikan apabila menjalani praktikum dan bergelar seorang pendidik masa akan datang. Tugasan ini memberi impak yang besar kepada saya sebagai guru bahasa Melayu, hal ini kerana tugasan ini telah mendedahkan saya kepada konsep semantik terutamanya hubung kait antara bidang semantik dengan makna, semantik dengan ilmu linguistik, dan semantik dengan sejarah. Saya sebagai seorang guru bahasa Melayu sangat penting untuk mengetahui makna ayat untuk diajarkan kepada murid-murid di sekolah. Melalui tugasan BMM 3112 ini juga, secara tidak langsung telah membawa diri saya untuk menyelami dan membaca artikel yang terdapat dalam Majalah Dewan Masyarakat. Jujur saya katakan bahawa, penulisan dalam majalah tersebut sangat baik dari segi penggunaan struktur binaan ayatnya dan sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan saya dari segi penggunaan ayat dalam satu penulisan. Pendedahan ini sangat baik bagi saya kerana ianya sangat berguna dan sentiasa diaplikasikan apabila berada di sekolah nanti. Selain itu, dengan adanya tugasan BMM 3112 ini, saya dapat mengetahui berkaitan dengan isu semasa yang berlaku di luar sana dengan membaca artikel dalam Majalah Dewan Masyarakat. Melalui sumber istilah bahasa Melayu, ianya mampu membuka minda saya dalam mengkaji sumber istilah yang diguna pakai dalam bahasa Melayu dan perbendaharaan kata yang digunakan. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah universal kerana bahasa di dunia ini mampu diserapkan dalam bahasa Melayu secara tidak langsung mampu memartabakan bahasa Melayu. Selain itu, dalam mengkaji skema tatacara pembentukan istilah baharu bahasa Melayu, mampu membantu saya menggunakan perkataan yang telah dibentuk dalam penulisan dan proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan yang saya dapat ini saya akan sentiasa aplikasikan apabila berada dalam bilik kuliah, menjalani praktikum dan menjadi pendidik yang sebenar pada masa akan datang.Dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini, kekurangan yang saya dapat ialah, saya menghadapi masalah kekangan masa dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan tugasan bagi subjek yang lain pula. Namun saya sentiasa bersabar dan cuba membahagikan masa dengan aktiviti-aktiviti harian yang lain. Tanpa membuang masa selepas menerima tugasan ini, saya dengan sedaya upaya mencari buku yang berkaitan dengan tugasan ini serta mencari artikel yang bersesuaian untuk melaksanakan tugasan BMM 3112 ini . Kekurangan yang saya dapat juga ialah, masa saya banyak dihabiskan dalam melaksanakan tugasan 1(a) kerana ianya memerlukan analisis dan pengetahuan berkaitan dengan kelas makna, makna leksikal, perubahan semantik dan ketaksaan makna dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam satu artikel yang saya sudah pilih. Di atas kesabaran yang ada pada diri saya, saya telah mencuba yang terbaik tanpa memberi tekanan ke atas diri saya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya juga tidak faham dengan kehendak soalan sehinggakan saya lambat untuk memulakan tugasan ini. Terus terang saya katakan di sini, tugasan bagi BMM 3112 ini sangat mencabar bagi diri saya kerana ianya memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang kukuh berkaitan dengan ilmu semantik.Tugasan ini juga memberi impak yang besar ke atas diri saya sebagai seorang bakal pendidik. Hal ini kerana, tugasan ini banyak mengajar saya untuk lebih cekap dari segi membahagikan masa dan bertindak dalam kehidupan seharian. Seorang guru mestilah menepati masa dan mampu untuk menyiapkan pelbagai kerja yang dikehendaki. Selain itu, saya juga lebih rapat dengan rakan-rakan sekelas, kerana mereka telah banyak berkolaborasi dengan saya. Mereka telah banyak memberi tunjuk ajar ke atas diri saya yang serba kekurangan ini. Tugasan ini juga mengajar saya erti kesabaran yang tinggi dalam kehidupan seharian dan seterusnya mampu memotivasikan diri saya sendiri supaya tidak terlalu tertekan dengan tugasan BMM 3112 ini.Alhamdulillah, di atas segala usaha yang saya buat, akhirnya tugasan projek bagi kursus BMM 3112 iaitu Semantik dan Peristilhan Bahasa Melayu ini siap sepenuhnya. Sesungguhnya melalui tugasan ini banyak membuka minda saya untuk berfikir dan memahami kerjaya seorang guru yang komited dalam tugasnya. Harapan saya semoga dengan berakhirnya tugasan ini mampu mendidik saya menjadi seorang yang rajin dan menepati masa yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, pengalaman melalui penulisan tugasan ini akan saya bawa apabila bergelar seorang pendidik pada masa akan datang.

Firdaus Bin Kassim/PISMP BM1 Semester 6M/S 25