sekularisme dalam pendidikan di malaysia

3
Pada tahun 2002 Kerajaan telah memutuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah hingga ke tingkatan enam dan matrikulasi dan pelaksanaan keputusan itu telah bermula pada tahun 2003 di tahun satu dan empat (peringkat sekolah rendah), di tingkatan satu, empat dan enam bawah (di peringkat sekolah menengah) dan juga di pusat matrikulasi. Fakta yang sebenarnya ialah bahawa keputusan itu bukan terhad pada dua mata pelajaran seperti yang difahami oleh kebanyakan orang, tetapi melibatkan semua mata pelajaran yang berasaskan sains dan matematik. Pelaksanaan dasar baharu itu dengan sendirinya akan mengubah dasar yang selama puluhan tahun dilaksanakan, iaitu daripada sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama kepada sistem pendidikan yang berbahasa penghantar utama bahasa Inggeris. Di universiti awam pula, boleh dikatakan semua pemimpinnya telah membuat kenyataan media bahawa mereka sedang berusaha ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kursus-kursus sains dan

Upload: ayulashrul

Post on 10-Jun-2015

2.058 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan ringkas berkaitan dengan sekularisme pendidikan di malaysia.. abg aloha

TRANSCRIPT

Page 1: Sekularisme Dalam Pendidikan Di Malaysia

Pada tahun 2002 Kerajaan telah memutuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai

bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah hingga ke

tingkatan enam dan matrikulasi dan pelaksanaan keputusan itu telah bermula pada tahun

2003 di tahun satu dan empat (peringkat sekolah rendah), di tingkatan satu, empat dan

enam bawah (di peringkat sekolah menengah) dan juga di pusat matrikulasi. Fakta yang

sebenarnya ialah bahawa keputusan itu bukan terhad pada dua mata pelajaran seperti

yang difahami oleh kebanyakan orang, tetapi melibatkan semua mata pelajaran yang

berasaskan sains dan matematik. Pelaksanaan dasar baharu itu dengan sendirinya akan

mengubah dasar yang selama puluhan tahun dilaksanakan, iaitu daripada sistem

pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama kepada

sistem pendidikan yang berbahasa penghantar utama bahasa Inggeris. Di universiti awam

pula, boleh dikatakan semua pemimpinnya telah membuat kenyataan media bahawa

mereka sedang berusaha ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar

kursus-kursus sains dan teknologi, dengan menekankan sasaran seperti 70% kursus dalam

bahasa Inggeris.

Dalam hal ini, pelajar tidak boleh tidak, perlu menggunakan bahasa Inggeris

untuk membuat capaian ilmu sains dan matematik seperti yang telah dimaktubkan oleh

Kementerian Pelajaran. Justeru tanggungjawab pelajar ini adalah selaras dengan Aliran

Deontologikal yang telah diasaskan oleh Immanuel Kant iaitu prinsip dan peraturan yang

menekankan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Disamping itu, peranan dan inisiatif

pelajar itu sendiri dalam menguasai ilmu sains dan matematik dalam bahasa Inggeris

merupakan satu bentuk “Good –Will” seperti yang disarankan oleh Kant iaitu melakukan

kewajipan kerana batinnya atau semangatnya dan niatnya adalah baik. Oleh itu, pelajar

Page 2: Sekularisme Dalam Pendidikan Di Malaysia

ini akan dianggap bermoral kerana bertekad baik dan sentiasa berkelakuan atau

bertindaka atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang tetapi

bukannya kerana kecenderungan untuk melakukan kebaikan.

Selain itu, usaha kerajaan ini melaksanakan dasar ini adalah bermatlamat untuk

medidik dan melatih generasi masa kini dan akan datang ke tahap yang cemerlang dalam

semua aspek bagi membentuk masyarakat yang berfikiran saintifik dan berdaya cipta

dengan memanfaatkan teknologi terkini serta menyumbang kepada pembentukan

peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Justeru dasar ini akan mendedahkan

pelajar terhadap perkembangan sains dan teknologi secara holistik sekaligus menggunkan

kemahiran yang dimiliki untuk kepentingan sejagat. Fenomena ini, selaras dengan Aliran

Teleologikal di bawah teori Utilitarianisme yang menekankan kebaikan yang terbanyak

atau “ usefulness” iaitu perlu mengambil kira kesan baik dan manfaat kepada semua yang

terlibat termasuklah masyarakat tanpa memikirkan keuntungan peribadi.