apakah itu sekularisme

Upload: jeevana-rau

Post on 18-Jul-2015

521 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui SEKULARISME DAN KESANNYA KEATAS ISLAM opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop NAMA PENSYARAH : asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas ABDULLAH BIN SULONG dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf NARASIMHA RAU A/L ENGITTAIYAH SX080929HRJ04 ghjklzxcvbnmqwertyuiopas AZRY BIN AHMAD SX065306HRD04AHLI KUMPULAN :

Dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ghjklzxcvbnmqwertyui

opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop

1.0 PENGENALANSekularisme adalah di antara istilah yang paling popular dan yang paling banyak digunakan di zaman moden ini oleh semua golongan bangsa di dunia, kerana ia adalah bersifat relevan. Ramai yang menyebut tentang fahaman sekular, pemikiran sekular, amalan sekular, kerajaan sekular dan pelbagai sekular. Apakah itu sekularisme? Dari mana datangnya istilah Sekular? Bagaimana sekular menjadi relevan dengan kehidupan manusia? Apakah kesannya kepada kita? Pada masa kini, Sekularisme menjadi satu konsep, satu pegangan atau satu fahaman, Bagi sesetengah orang, ia merupakan satu prinsip dan amalan kehidupan dan juga dianggap sebagai satu ideologi atau ajaran. Umumnya, orang memahami sekularisme sebagai pemisahan antara agama dengan kehidupan dan dunia dengan Akhirat. Fahaman sekularisme tidak mengambil kira tentang kepercayaan tuhan dan Akhirat. Sekularisme tidak menghubungkaitkan soal kehidupan di dunia dan di Akhirat. Perkataan sekular berasal daripada bahasa latin iaitu Saeculum yang bermaksud satu generasi atau zaman mengikut konotasi waktu dan lokasi. Konotasi waktu merujuk kepada masa kini dan lokasi pula merujuk kepada dunia atau duniawi. Menurut golongan kristian khususnya di barat, sekular diertikan dunia yang bertentangan dengan gereja dan tidak ada hubungan dengan ajaran agama atau sebarang urusan mengenai agama. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sekularisme berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Ensiklopedia Britanica, menegaskan bahawa sekularisme merujuk kepada suatu gerakan sosial yang bertujuan memalingkan manusia daripada kepentingan persoalan akhirat daripada kehidupan duniawi semata-matanya. Ini dapat dibuktikan apabila munculnya golongan yang menentang golongan paderi. Kamus Dwibahasa, menerangkan sekularisme bahawa pendidikan dan kesusilaan tidak seharusnya berdasarkan kepada agama. Dalam bahasa Arab, sekularisme adalah bahasa Inggeris yang diterjemahkan dari perkataan Arab ( ) atau secularit dalam bahasa Perancis. Terjemahan ini menunjukkan seolah-olah, perkataan ini berasal daripada perkataan terbitan ( ) tetapi ia bukan merupakan satu terjemahan yang tepat dan tidak betul sama sekali. Perkara ini juga telah ditegaskan oleh Doktor Yusuf Al Qardawi dalam kitabnya dan telah dikuatkan oleh Sifir Ibnu Abdul Rahman Al Hawali ketika membahaskan perkara ini dalam tesis Masternya di universiti Kaherah.1

Menurut masyarakat Barat, mereka sangat bertentangan terhadap agama atau religion. Apabila munculnya revelusi Perancis, para paderi dipaksa untuk menurut pemerintahan mereka, dimana sebelum ini mereka memartabatkan golongan paderi. Perkara ini jelas dilihat apabila berlakunya pemberontakkan terhadap golongan agamawan mereka sendiri. Kebanyakan ulama menyatakan sekularisme dengan pengertian yang lebih tepat iaitu, pemisahan agama daripada kehidupan atau lebih tepat disebut ( .) Menurut ahli sejarah, sebahagian besar orang Eropah pada permulaan abad yang keenam belas adalah penganut agama Kristian. Sebahagian besar kehidupan mereka dipandu dengan ajaran paderi dan golongan pemerintah. Kedua-dua institusi ini amat kukuh, menyebabkan mereka mudah untuk merapatkan diri mereka dengan semua lapisan golongan masyarakat. Benua Eropah terbahagi kepada dua Negara kristian. Bahagian pertama ialah Negara Kristian Timur seperti Balkan dan Rusia yang mematuhi apa yang dinamakan kegerejaan Ortodoks dan banyak terpengaruh dengan pemerintahan kuku besi dan menindas. Bahagian kedua ialah Negara Kristian Barat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Kesemuanya menumpukan kepada ketaatan kepada agama katholik. Gereja ini berasaskan dengan cara pemerintahan tradisi keduniaan tanpa mementingkan ajaran agama mereka walaupun ini daripada gereja mereka sendiri. Namun apabila lahirnya para cendiakawan daripada golongan ini, mereka melihat ketidaksamaan dengan apa yang mereka pegang selama ini. Bahkan mereka mendapati golongan gereja ini cuba mengambil peluang untuk meggunakan pangkat dan kedudukan mereka untuk memuaskan keinginan mereka. Tersebarnya surat pengampunan yang memberi suatu protesan daripada pengikut mereka. Ada juga mengatakan penemuan sains seperti, penemuan seorang ahli astronomi Poland yang dapat menyanggah kewibawaan teori Aristotle dan Ptolemy yang menjadi pegangan gereja selama ini. Kemuncak kepada penolakan mereka terhadap institusi gereja ini apabila revelusi Perancis memperkenalkan satu undang-undang yang dinamakan Perlembagaan Awam Paderi di gubal memaksa golongan paderi berada di bawah pemerintah mereka dan golongan paderi tidak lagi menjadi penasihat dalam pemerintah sama sekali seperti sebelumnya.

2

Dalam pengertian Islam, sekularisme mempunyai fahaman yang khusus dan pengertian tersendiri. Menurut Islam, sekularisme dikatakan telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Dalam ajaran agama Islam terdapat banyak perkara yang tersirat. Disebabkan sekular merupakan istilah Barat dan mula dicetuskan di Barat oleh orang Barat, maka kita terdorong untuk memahami sekularisme itu dari segi pandangan orang Barat sahaja. Oleh itu, fahaman tentang sekularisme ini menjadi sempit kepada orang islam. Bagi orang Barat, sekularisme ini hanya semata-mata berkaitan dengan hal dunia. Sekularime bukan merupakan satu fenomena yang begitu penting dan tidak diberi tumpuan atau pandangan yang serius terhadapnya. Tetapi bagi Islam, Sekularisme dikaitkan dengan soal ketuhanan, keagamaan dan juga akhirat. Sekularisme dianggap berbahaya dan mampu merosakkan kebebasan dan kehidupan dunia islam yang harus ditentang sepenuh hati. Dari sudut bahasa, Islam berasal daripada perkataan arab, iaitu salima yang bermaksud selamat dan sentosa atau kedamaian, ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Mengikut istilah atau syara, Islam harus dipatuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga diistilahkan menurut peraturan hidup yang mengatur kehidupan manusia. Secara khususnya, pengertian Islam adalah mentauhidkan Allah, tunduk dan patuh kepadaNya serta menunaikan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhamad S.A.W. Menurut Prof. Dr. Sayyid Muhammad Naquib Al-Attas, beliau menganggap bahawa sekularisme adalah fahaman terkini, iaitu penumpuan kepada zaman sekarang dan ruang kehidupan duniawi. Bagi manusia sekularisme Islam tiada mempunyai hari akhirat dan kehidupan ukhrawi atau sekurang-kurangnya tidak mempedulikannya. Mereka yang wujud hanya dalam alam fizikal dengan menolak realiti-realiti metafizik. Pandangan Dunia atau World-View seperti itu jelasnya bersifat sempit dan terbatas serta sekadar nazrah atau pandangan Inderawi terhadap Al-Kawn atau alam fizikal. Ianya bertentangan dengan world-view Islami yang meliputi segala kewujudan alam syahadah dan alam ghaib, alam bii dan alam metafizik yang dapat dilihat dengan mata inderawi dan tampak pada pandangan akli-nurani.

3

2.0 SEJARAH SEKULARISMEPada masa Dahulu, agama Kristian berasakan melalui gereja yang telah menguasai negara. Menguasai gereja diertikan kepada penguasaan negara pada masa itu. Pada abad pertengahan, agama Kristian tidak dipisahkan daripada kuasa negara. Sampai masanya para penguasa dan paderi-paderi gereja telah menentang penemuan ilmu terutama dalam teori-teori ilmu sains. Ada ilmuwan yang mengatakan bahawa bumi ini bulat. Ada juga penemuan yang mengatakan bumi ini beredar mengelilingi matahari. Gereja tidak dapat menerima penemuanpenemuan ini lantas menghukum ilmuwan-ilmuwan tersebut murtad lalu mereka dibunuh. Mereka percaya bahawa penemuaan ini adalah sesuatu yang karut. Ini membuatkan rakyat berasa tidak senang dengan keadaan seperti ini. Akhirnya, dengan kuasa dan kebangkitan rakyat, gereja dipisahkan dari negara. Gereja diserahkan kepada pope dan negara diserahkan kepada kaisar. Dari sinilah bermulanya fikiran sekular iaitu pemisahan gereja (agama) daripada pemerintahan negara. Negara tidak lagi ditadbir oleh orang agama dan tidak lagi berpandukan doktrin agama. Konsep sekularisme sudah lama telah diamalkan tetapi hanya ianya tidak disebut sebagai sekularisme. Tujuh atau lapan ratus tahun yang lalu, penjajah Barat yang beragama Kristian mula menguasai umat Islam. Pada masa itu, umat Islam agak lemah diri. Pada masa itu umat Islam tidak mempunyai Taqwa dan tiada mempunyai ketahanan diri. Umat Islam hanya memiliki benteng yang sudah pecah dan tumbang. Islam hanya tinggal nama sahaja. Umat Islam yang sudah tidak bersatu pada waktu itu menjadi mudah kepada musuh menakluk dan mempengaruhi mereka. Keadaan ini menjadikan umat Islam menjadi lebih lemah dalam mempertahankan diri mereka daripada musuh. Walaupun penjajah barat menguasai negara-negara umat Islam, Tetapi mereka tidak membuang kekuasaan raja-raja Islam malah mereka menjaga institusi raja-raja Islam dengan baik. Ini adalah kerana ada diantara mereka yang menyokong kedaulatan Islam dan ada yang sebaliknya. Keadaan ini boleh menimbulkan perpisahan antara raja dan rakyat. Oleh itu, raja berasa mereka dihormati oleh penjajah barat. Jikalau ada rakyat yang bangkit menentang penjajah, penjajah berhelah dan mengadu kepada raja. Sebahagian rakyat merupakan penyokong kepada kuasa raja dan juga yang menentang rakyat yang memberontak. Keadaan ini menunjukkan strategik kepada penjajah dalam memperbodohkan atau mempermainkan rakyat dan kuasa raja seperti konsep 'divide and rule' yang diamalkan oleh penjajah.4

Tambahan lagi, Raja-raja telah dipisahkan daripada agama Islam. Mereka hanya diberi kuasa keagamaan yang terlalu sedikit iaitu di sudut ibadah sahaja. Penjajah pula mengambil alih sepenuhnya terhadap kuasa pentadbiran dan pemerintahan. Ini sebenarnya menunjukkan sudah bermulanya sekularisme. Tetapi istilah sekular tidak dibesarkan oleh penjajah. Amalan sekular iaitu pemisahan antara agama dan negara telah lama dipraktikkan oleh penjajah di negara-negara umat Islam yang dijajahnya. Semasa berlakunya pergolakan dan pemisahan antara gereja dan negara di Barat sendiri, barulah istilah sekular dipopularkan secara rasmi.

5

3.0 SEKULARISME DI MALAYSIASekularime di Malaysia dikatakan sebenarnya datang bersama-sama penjajah Inggeris yang menakluk negara Malaysia dari tangan Belanda. Dalam Perjanjian Pangkor pada 1874 antara Sultan Abdullah (Sultan Perak) dan Sir Andrew Clarke, telah bersetuju dengan satu syarat yang penting dalam perjanjian tersebut, iaitu Residen Inggeris akan menasihati Sultan dalam semua hal pentadbiran negeri kecuali mengenai agama Islam dan adat Istiadat Melayu. Oleh itu, segala urusan pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang negeri terserah kepada pihak Inggeris tanpa memikirkan soal agama. Oleh itu, para Sultan Melayu sudah kehilangan hak politik dan pemerintahan serta tidak berkuasa untuk mencegah usaha-usaha menanamkan fahaman sekular yang telah dibawa oleh pihak Inggeris. Akhirnya tercetus sekularisme dengan pemisahan politik dari agama, atau agama daripada negara. Apabila Tanah Melayu memcapai merdeka pada 31 Ogos 1957, dasar pemisahan di antara agama dan negara masih diteruskan dengan mengkekalkan dalam bentuk konstitusi iaitu menurut Perlembagaan Persekutuan. Dalam Pelembagaan Persekutuan, bahagian 1, ceraian 1,2,3 dan 4 menegaskan mengenai soal agama diserahkan kepada Sultan dan Majlis Agama Islam tiap-tiap negeri manakala soal pemerintahan pula diserahkan kepada wakil rakyat tanpa mengira agama dan bangsa dimana akhirya terpisahnya Islam daripada pemerintahan kerajaan Tanah Melayu itu. Sebagai langkah untuk menguatkan lagi sekularisme, penjajah Inggeris merancang dan telah berjaya melahirkan satu golongan pemimpin di kalangan Melayu Islam sendiri yang telah disekularkan dengan sistem pendidikan. Golongan ini kemudiannya menjadi pentadbir, perancang negara dan pemimpin yang menjadi agen kepada kesinambungan dasar penjajah itu sendiri. Golongan ini kemudian berjaya memesongkan akidah dan perjuangan masyarakat Islam di Tanah Melayu, dan mereka seterusnya berjaya menanamkan fahaman sekular ke dalam hati masyarakat Melayu sehingga orang-orang Melayu yang beragama Islam itu turut memuja fahaman kebendaan, ghaib dan sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu.

6

4.0 CIRI-CIRI SEKULARISMESecara umumnya, fahaman sekularisme mendokong beberapa ciri-ciri yang mencerminkan dasar dan pandangan ideologi ini, antaranya adalah: i.) Bersifat terasing daripada aspek keagamaan. Sekularisme pernah diungkapkan oleh Martin Luther apabila meminta agar tugas pentadbiran diserahkan kepada kaisar dan membiarkan tugas-tugas agama dikendalikan oleh paderi-paderi di gereja. Penyisihan agama daripada aspek kehidupan yang lain ini boleh dilihat pada amalan masyarakat dunia hari ini yang menganggap agama hanyalah sebahagian disiplin ataupun aspek yang setaraf dengan sejarah, ekonomi, politik dan sebagainya merupakan elemen-elemen yang terasing antara satu sama lain.

ii.)

Mengenepikan hal-hal akhirat. Sekularisme melatih para pendokongnya agar mengenepikan hal-hal akhirat dan secara tidak langsung mencari kehidupan di dunia semata-matanya. Urusan akhirat bagi mereka adalah merupakan perkara yang tidak penting untuk difikirkan. Atas alasan tersebut, sekularisme biasanya akan membawa penganutnya kepada beberapa ideology lain yang penting dalam kehidupan dengan mengenepikan unsur kehidupan agama sebagai masalah individu seperti materialism, individualism, kapitalisme dan sebagainya.

iii.)

Sekularime memperjuangkan kebebasan, kebahagiaan dan kebebasan yang tidak mempunyai sempadan.

iv.)

Tidak tetap dan tidak mutlak. Sekularisme juga menempilkan ciri-ciri yang tidak tetap dan tidak mutlak. Perundangan dan pemerintahan secara sekular tidak mempunyai teras yang tetap atau mutlak, malah sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan dan keadaan semasa tanpa merujuk sebarang garis panduan yang mutlak. Sebagai contoh, pandangan sekular terhadap perlakuan berzina sentiasa berubah sejak abad ke 15 Masihi sehingga sekarang. Akhirnya, perlakuan ini menjadi hak individu yang tidak bersalah bagi masyarakat barat.7

5.0 KESAN SEKULARIMSE KEATAS DUNIA ISLAMIdeologi sekularisme ini secara umumnya telah membawa kepada pelbagai kesan negatif berbanding kesan positif ke atas dunia Islam, terutamanya dalam aspek akidah dan pemikiran secara keseluruhannya. Alan Richardson dalam bukunya The Religion in Contemporary Debate menjelaskan bahawa dunia yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat Kristian dan peradaban mereka. Berikut ialah beberapa kesan secara umum dalam pelbagai aspek yang melanda umat Islam akibat sekularisme iaitu:

A.) Pemikiran Sekularisme dapat Berjaya meracuni pemikiran manusia dengan melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta keyakinan Islam terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Menimbulkan keraguan terhadap nabi, rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta pembalasan Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan pendapatan aliran Barat yang memainkan peranannya. Masyarakat Islam mula mempertikaikan hal-hal keagamaan terutamanya dari segi metafizikal dan tidak logik dengan pemikiran dunia Islam seperti kewajipan menutup aurat, hal-hal berkaitan solat, keagamaan dan sebagainya.

Fahaman Humanisme adalah satu ideologi yang membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling dengan konsep theologi atau lebih dikenali ketuhanan. Kefahaman ini merupakan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat barat yang akhirnya melahirkan berbagai-bagai fahaman lain seperti sekularisme, liberalisme, pluralisem dan sebagainya. Fahaman ini telah masuk ke dalam jiwa umat Islam melalui pelbagai saluran sehingga menyebabkan umat Islam terpisah daripada agama dan intima bangsa.

Kekeliruan umat Islam dengan pendapat-pendapat aliran sekular ini dapat dilihat dengan adanya diantara mereka yang lemah keimanannya mula mempertikaikan kebenaran hal-hal keagaman dimana mereka lebih berasaskan kepada pemikiran logikal akal daripada melandasi sumber utama dalam

agama Islam ialtu al-Quran dan al-Sunnah dalam menyelesaikan masalah.8

B.) Sosial Sekularisme juga dapat membawa kepada perubahan perwatakan individu dari segi fikiran, tindakan, gaya hidup dan sebagainya. Pengasingan diri daripada kepentingan beragama menyebabkan kekosongan di dalam diri dan jiwa serta melahirkan pembangunan yang tidak seimbang di dunia Islam yang telah membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak manusia dalam gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah, meminum arak, kegiatan bohsia yang semakin meningkat secara menerus. homoseks dan

Kegiatan negatif seperti pendedahan kepada bahan lucah, gejala maksiat dan sumbang mahram semakin berleluasa. Akibat daripada berleluasanya perkembangan alat komunikasi dan informasi moden maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham keagamaan dalam masyarakat. Budaya asing yang inginkan keseronokkan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat di hati umat Islam. Sebab itu juga gejala Black Metal menulari golongan remaja. Pesta seks di mana hubungan seks di kalangan muda-mudi yang bukan mahram telah berterusan.

Kajian menunjukkan bahawa pelbagai kes jenayah seperti kes Juvana berlaku secara berleluasa. Pada tahun 1995, telah dicatatkan sebanyak 1,895 kes yang melibatkan kes Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan iaitu sebanyak 21.42%, kecurian lain-lain adalah sebanyak 451 kes iaitu 23.80%, pecah rumah pada waktu malam sebanyak 324 kes (17.10%), 277 kes curi dalam bangunan atau orang gaji yang mewakili 14.62%, mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), kes rogol sebanyak 70 yang mewakili 3.70% dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan ini amat jelas kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara masyarakat ketika ini.

9

C.) Politik Pengaliran aspek politik Barat di dunia Islam telah tertanam di dalam jiwa umat Islam di negara-negara Islam seperti fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan yang lain. Pada asalnya, pihak barat yang bermatlamat untuk mempengaruhi, merebut pangkat dan menguasai adalah bertentangan sama sekali dengan politik Islam yang memandang jawatan itu sebagai amanah dan tugas umat islam kepada khallifah Allah. Umat Islam juga berpendapat yang sama semasa berkuasa hendaklah menggunakan kuasa untuk menunaikan amanah, tanggungjawab dan kebajikan kepada masyarakat.

Kepimpinan bukan sahaja merupakan suatu kuasa untuk berleluasa, malah ia hanya menurut kehendak hati. Kepimpinan adalah suatu yang telah diamanahkan oleh Allah dan masyarakat perlu memikunyal dengan penuh hikmah dan bijaksana dan juga berasa bertanggungjawab yang tinggi dalam menjaga masalah agama, negara dan rakyat.

Kepimpinan dalam Islam mesti berada dikalangan orang yang paling beriman, berilmu, bertaqwa, mempunyai integriti, mampu berjihad dan yang layak. Kepimpinan yang lemah dan melanggar etika dalam kepimpinan Islam tanpa dapat membezakan yang baik dan buruk serta enggan mengikut lunas Islam sudah pasti membawa musibah. Amalan menangkap musuh dalam politik dengan tuduhan palsu memang lumrah di kalangan para pemerintah lemah dan diktator atas alasan keselamatan Negara.

Kuasa kepimpinan bersifat tidak demokratik. Kehidupan memerah dan membolot kekayaan untuk kroni mereka, menggenggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah, enggan mengamalkan dan melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan

menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah Negara menjadi kucar-kacir. Institusi Negara, daripada kehakiman, kepolisian, penerangan, perbendaharaan disalahgunakan untuk kepentingan parti dan diri sendiri menyebabkan berlakunya jenayah kolar putih.

10

Akhirnya sistem kepimpinan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah dibawa oleh fahaman kapitalis dan materialis serta sekularisme. Keadaan ini dapat melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang menyimpang jauh daripada keluhuran, ketelusan dan nilainilai tamadun yang tinggi. Persempadan baru dan akta pilihan raya lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat dan parti lawan.

D.) Ekonomi Apabila sekularisme berleluasa di dunia Islam, pihak barat telah

memperkenalkan dua bentuk sistem ekonomi iaitu Sistem Ekonomi Kapitalis dan Sistem Ekonomi Sosialis. Kedua-dua sistem ekonomi ini banyak menumpukan kepada aspek kekayaan dan materialistik semata-mata dalam menjalankan aktiviti ekonomi tanpa memikirkan perkara seperti halal, haram, keadilan sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat umat islam.

Pihak barat telah memberikan kebebasan dan hak kepada setiap individu untuk memiliki harta dan berniaga tetapi ianya tidak berdasarkan batasan keagamaan. Sebagai contohnya, Kebebasan untuk menjual arak telah menimbulkan krisis dikalangan masyarakat seperti orang yang mabuk menambahkan kemalangan, krisis dalam keluarga dan sebagainya. Kebebasan aktiviti ekonomi riba telah mengakibatkan ketidakadilan dalam kegiatan ekonomi dan menyebabkan krisis dalam kegiatan ekonomi Negara dan berlakunya penindasan.

Sistem ekonomi yang telah diwahyukan oleh Allah kepada umat Islam tidak lagi dipandang sebagai pilihan uang utama dan penting. Ia hanya dilihat sebagai salah satu pilihan dalam ekonomi dan bukannya suatu kewajipan untuk melaksanakan dan dijadikannya sebagai kaedah bermuamalah.

11

E.) Pendidikan Sekularisme telah mengubah corak sistem pendidikan kepada yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan oleh umat Islam bagi membentuk akhlak dan moral. Penjajah Barat telah memperkenalkan Sistem Pendidikan Dualisme ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam. Mereka juga telah memperkenalkan

Pendidikan Sekular yang kini semakin dikuatkuasakan. Sekolah aliran bahasa Inggeris yang dahulunya ditukar kepada aliran kebangsaan kini ingin dinobatkan semula.

Semangat kemerdekaan dan keagamaan yang telah diperjuang dan didaulatkan, kini bahkan sudah dilupakan lalu aliran keagamaan yang sering dimomok dan dianggap sebagai pemecet kemajuan dan penghalang pembangunan. Amalan ibadah khusus dianggap menjadi penghalang kejayaan dalam pembelajaran sains. Oleh itu, kegiatan ibadah Qiamullail, Zikir, Solat Hajat, Solat Tahajjud dan sebagainya remeh temeh dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu.

Memperkenalkan dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan tradisional Islam dan sistem pendidikan moden. Sistem pendidikan tradisional Islam lebih menumpukan perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata-mata dengan mengabaikan ilmu-ilmu moden. Manakala sistem pendidikan moden adalah sebaliknya.

Ibu bapa yang perihatin terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kegiatan negative seperti bahan lucah, gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja dianggap telah menurunkan prestasi orang Islam dalam mencapai kemajuan dalam bidang sains.

12

F.) Perundangan Sekularisme telah membawa perubahan yang sangat besar keatas

perundanagan Negara Islam. Undang-undang Islam telah digantikan kepada sistem perundangan barat sehingga menyebabkan orang-orang dewasa umat Islam telah mempertikaikan keadilan perundangan Islam dan

mempersendakan golongan yang mengamalkannya. Sebagai contohnya, kerajaan Mesir umpamanya telah menghapuskan mahkamah syariah dengan memasukkan peranannya di dalam struktur mahkamah sivil negara.

Sistem perundangan adalah mengikut Akta UndangUndang Drakonian. Umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan sejagat. Undang-undang yang adil adalah undang-undang yang lahir daripada Tuhan yang Maha Adil. Maka mereka percaya dengan adanya undang-undang yang tidak menurut lunas-lunas perundangan ini akan membawa kepada kegiatan tidak moral seperti kezaliman, penipuan, fitnah, lucah dan amalan politik mafia.

G. Globalisasi Globalisasi merupakan satu proses menundukkan dunia dalam segenap sektor samaada politik, ekonomi, sosial, budaya dan media dengan kehidupan kemanusiaan. Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis atau Amerika Syarikat dalam berhadapan dengan umat Islam. Sikap negara-negara kuasa besar dan Eropah berlandaskan kepada pendekatan "pertembungan tamadun" yang digunakan untuk menghadapi kebangkitan Islam serta institusinya. Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat.

13

6.0 KESAN SEKULARISME DI TANAH MELAYU1.) Pendidikan Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling teruk menerima kesan sekularisme di Tanah Melayu. Ini kerana pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting untuk membentuk corak kehidupan manusia. Stamford Raffles adalah seorang pegawai Inggeris yang bertanggungjawab memperkenalkan rancangan halus untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui pendidikan beliau merencanakan Singapura sebagai pusat kebangkitan semula peradaban asli kuno dan menyegarkannya menerusi penyebaran perluasan pengaruh Inggeris dan faedah-faedah pendidikan dalam kemajuan ekonomi Barat. Beliau telah mengemukakan gagasan pusat Pengajian Asia Tenggara bagi mencapai matlamat ini. Beliau berhasrat untuk melahirkan bangsa-bangsa yang bijaksana dan berpendidikan dengan melahirkan orang suruhan yang jujur kepada sistem pentadbiran penjajah. Ia juga menyarankan supaya pendidikan untuk anak-anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di kalangan orang-orang Melayu. Kesan sekularisme masih memainkan peranannya dalam abad ke-21 ini. Pada tahun 2002, Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah hingga ke

tingkatan enam dan matrikulasi dan ia telah mula diamalkan pada tahun 2003. Di peringkat sekolah rendah diamalkan bagi tahun satu dan empat, tingkatan satu, empat dan enam bawah di peringkat sekolah menengah dan juga di Matrikulasi. Pelaksanaan dasar baru ini akan mengubah dasar yang telah diamalkan selama puluhan tahun, iaitu pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan yang berbahasa penghantar utama iaitu bahasa Inggeris. Di universiti awam pula, sedang mengusahakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam kursus-kursus seperti sains dan teknologi, dengan menekankan sasaran sebanyak 70% kursus dijalankan dalam bahasa Inggeris.

14

2.) Ekonomi Semasa sekularisme, penjajah Inggeris menumpukan perhatian terhadap bidang ekonomi. Mereka memperkenalkan sistem kapitalis yang mengagungkan riba dan semua sistem dalam ekonomi adalah berasaskan riba. Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang berteraskan kepada kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi. Manusia diajak berlumba-lumba untuk mengumpul harta dan kekayaan di mana berlakunya penindasan dan penipuan turut berlangsung dan menjadi amalan masyarakat. Akhirnya, mereka memilih cabang-cabang Islam yang hanya sesuai dengan jiwa mereka, dan tidak lagi berfikir untuk menegakkan Islam dan melaksanakan jihad seperti yang dikehendaki Islam. Keadaan ini membuatkan masyarakat Melayu mula membenci dengan golongan sederhana yang tidak menyintai dunia, dan mengamalkan sikap zuhud. Segalanya dinilai dengan wang ringgit. Masalah negara dilihat penyelesaiannya dari sudut ekonomi, dan bukannya mengikut kehendakki oleh Islam. Kemudian pada akhir lapan puluhan lahirnya Dasar Ekonomi Baru, dimana Amanah Saham Nasional memberikan 30 peratus penyertaan kepada bumiputra dalam sektor perusahaan, Loteri Kebajikan Masyarakat, dan pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan soal kebendaan yang bertentangan dengan prinsip Islam. 3.) Pemerintahan Perlembagaan Malaysia membuktikan secara jelasnya bahawa aspek politik merupakan aspek yang paling utama menerima kesan daripada sekularisme. Ia telah menafikan kekuasaan Allah, Rasulnya dan Al-Quran. Sekularisme telah memisahkan bidang politik dan agama. Menurut sejarah, penghijrahan Rasul SAW adalah untuk mendirikan negara Islam di Madinah supaya Islam dan politik sentiasa bersatu, dimana ia bertentangan sama sekali dengan hakikat perjalanan politik di Malaysia. Politik kita sekarang adalah mengikut sistem di Barat dimana politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan semata-matanya. Apabila kebendaan menguasai manusia, maka mereka tertenggelam dalam suasana hidup yang tidak ada berpedoman dan semuanya bertuhankan nafsu. Sebab itulah hidup masyarakat kita pada hari ini sedang menuju ke arah kehancuran, akibat pengaruh sekularisme ini yang setaraf pemerintah Negara kita, iaitu kerajaan Barisan Nasional, menjadikan orang Islam di Malaysia terlalu individualistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan dan sebagainya.15

Projek-projek membazir sudah kian berleluasa dan semuanya adalah kerana faham kebendaan telah menjadi berakar umbi ke dalam jiwa Melayu yang mengaku beragama Islam. Pengaruhan sekularisme bukan merupakan sesuatu yang mudah dihapuskan kerana perkara ini sudah tertanam ke dalam jiwa manusia dan dijunjung oleh pemerintahan. Keadaan ini menjadi halangan utama dalam memupuk akidah Islam di jiwa masyarakat Islam dalam usaha menyebarkan fahaman tentang negara Islam.

16

8.0 Lampiran

Cara-cara penyebaran fahaman sekularisme inidilaksanakan melalui bidang

Sekularisme: India dan Pakistan

Sekularisme in islam

17