pendemokrasian pendidikan di malaysia

16
Disediakan oleh: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Upload: qiuqiu7734

Post on 03-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi

TRANSCRIPT

Pendemokrasian Pendidikan Di Malaysia

Disediakan oleh:Pendemokrasian Pendidikan Di Malaysia

PENGENALANPendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak. Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara.

Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja dan kanak-kanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.

Negara sudah merdeka selama 44 tahun. Negara telah mengalami banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), ordinan pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan Kabinet (1979). Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Banyak kemudahankemudahan pendidikan telah dibangunkan dan pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di Malaysia.

DEFINISI Kamus Dewan : Pendemokrasian = peluang, tindakan atau proses Pendidikan = mendidik dengan ilmu pengetahuan.

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar4

Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat.

Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolahsekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan lokaliti. Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin. Oleh itu orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan Rendah Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurang-kurangnya enam tahun. Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan.Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Pendidikan percuma telah diberikan kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962. Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah. Baru-baru ini satu peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib. Setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Mereka yang melanggar peruntukan tersebut boleh didenda RM5000. Semuanya ini adalah sebagai langkah memastikan setiap warganegara berhak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya.

Pendidikan MenengahSeterusnya, peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik,dan gender sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga.

Mulai 1999, peluang bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan. Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat. Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah yang lain kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan adalah tidak memadai ilmu yang diterima oleh pelajar berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan datang. Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4.

Sekolah Berasrama Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain diberikan oleh kerajaan bagi membuka peluang kepada mereka untuk mendapat hak pendidikan. Salah satu bentuk bantuan ialah dengan penubuhan sekolah-sekolah berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.

Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan . Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua sekolah-sekolah yang berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk mendapatkan peluang pendidikan.

Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah salah satu flagship dalam Koridor Raya Multimedia. Projek ini telah mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya saing.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Pendidikan KhasDi samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan. untu,k tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan golongan tersebut mendapat pendidikan.

Bantuan dan PeruntukanSetiap tahun peruntukan yang besar dikeluarkan bagi membaiki, membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik darjah serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran .

Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan meluluskan 1,497 projek sekolah rendah dan menengah diseluruh negara dengan peruntukan RM6.2 billion. Daripada jumlah tersebut sebanyak 977 projek sekolah rendah termasuk pembinaan 198 sekolah baru, manakala 420 lagi projek sekolah menengah membabitkan pembinaan 160 sekolah baru.

CONTOH LAIN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Kesan Pendemokrasian PendidikanKita dapat memberikan hak yang sama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia tanpa mengira kaum, agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positif kepada golongan kurang berupaya. Program ini turut tidak melupakan atau mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa.Mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum. Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah Negara yang unik dimana penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, latar belakang, tradisi, bahasa dan budaya.Menyediakan kemudahan prasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah. Contohnya, kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran, asrama,Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan sebagainya.kemudahan dan infrastruktur

Kesimpulan Pendemokrasian pendidikan sememangnya sesuatu program yang memberi maanfaat kepada penduduk rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira status dan kedudukan seseorang. Justeru itu, warga Malaysia haruslah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin menimba ilmu. Tambahan pula, Walaupun dapat disimpulkan bahawa dari segi pendekatan, pelaksanaan serta amalan pendemokrasian pendidikan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara di Malaysia berada di landasan yang betul, kita tidak harus cepat berpuas hati. Pendidikan adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan kita sebenarnya tidak hidup dalam satu kekosongan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dengan melahirkan modal insan minda kelas pertama.

SEKIAN TERIMA KASIH