pendidikan di malaysia fikri

42
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Pendahuluan Sistem Pendidikan Pondok Pendidikan dan Semangat Kebangsaan Pendidikan Melayu Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu Kesan Pendidikan Melayu Ciri-ciri Am Pendidikan Sebelum Merdeka Pendidikan Tahap Awal DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH ABAD 21 Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Akan Datang Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Negara dan Pendidikan Bersepadu Falsafah Pendidikan Negara Sebagai Teras Perancangan STRUKTUR PENDIDIKAN Peringkat Rendah Peringkat Menengah Rendah Peringkat Menengah Atas Pendidikan Vokasional dan Teknik Pendidikan Selepas SPM Pendidikan Tinggi Wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia Penutup SEJARAH PENDIDIKAN DI Malaysia Pendahuluan Menurut Sejarah Melayu, dari abad ke-15 sehingga abad ke-17,

Upload: fixri

Post on 06-Jun-2015

7.608 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: pendidikan di malaysia fikri

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendahuluan      Sistem Pendidikan Pondok      Pendidikan dan Semangat Kebangsaan      Pendidikan Melayu      Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu      Kesan Pendidikan Melayu

Ciri-ciri Am Pendidikan Sebelum Merdeka      Pendidikan Tahap Awal

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH ABAD 21      Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Akan Datang      Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara      Falsafah Pendidikan Negara dan Pendidikan Bersepadu      Falsafah Pendidikan Negara Sebagai Teras Perancangan

STRUKTUR PENDIDIKAN      Peringkat Rendah      Peringkat Menengah Rendah      Peringkat Menengah Atas      Pendidikan Vokasional dan Teknik      Pendidikan Selepas SPM      Pendidikan Tinggi      Wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia

Penutup

SEJARAH PENDIDIKAN DI Malaysia

Pendahuluan

Menurut Sejarah Melayu, dari abad ke-15 sehingga abad ke-17, orang Melayu terutamanya golongan istana telah mempelajari pendidikan agama Islam melalui guru-guru al-Quran yang terdapat di kampung-kampung atau melalui mereka yang berketurunan Sayid. Kebanyakan mereka mengajar di surau-surau ataupun di masjid-masjid. Pada masa yang sama, guru-guru itu menjadi imam kepada penduduk kampung tersebut. Antara yang diajarkan oleh mereka termasuklah membilang, menulis huruf-huruf Al-Quran (tulisan Jawi), tajwid, perkara yang berkaitan dengan fardu ain, rukun Islam, dan rukun iman. Para pelajar pada ketika itu tidak dikenakan sebarang bayaran.

Page 2: pendidikan di malaysia fikri

Sumbangan daripada pelajar sekadar berbentuk khidmat membantu guru membersihkan kawasan persekitaran tempat belajar, mengambil air, membantu kerja-kerja di sawah, mengambil kayu api dan sebagainya.

Pada abad ke-18, pelajaran agama Islam berkembang maju dengan berlakunya penghijrahan beberapa orang alim ulama dari Timur Tengah ke Tanah Melayu. Di antaranya ialah Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad yang kemudiannya bermastautin di Terengganu dan keturunan beliau yang bergelar 'Tok Pulau Manis' kemudiannya telah menjadi seorang ulama yang masyhur (Khoo Kay Kim, 1990: 3). 'Tok Pulau Manis' pernah belajar di Aceh dan di Mekah. Beliau seterusnya telah mengasaskan sekolah agama di Pulau Manis, Kuala Terengganu. Apabila berlakunya kekacauan di antara orang Islam dengan kerajaan Siam di Patani lebih ramai lagi alim ulama yang berhijrah ke Kelantan dan Terengganu. Di antara mereka ini termasuklah Syeikh Daud bin Abdullah yang bermastautin di Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan Syeikh Abdul Kadir yang kemudiannya mengajar di Bukit Bayas dan di Kuala Terengganu. Juga terdapat guru-guru agama daripada keturunan al-Idrus yang telah berhijrah ke Terengganu.

Dengan adanya tokoh-tokoh agama yang disanjung oleh masyarakat tempatan, pendidikan agama Islam telah tersebar dengan lebih luas terutamanya di negeri-negeri Melayu di sebelah utara.

Bagi anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi, berkemampuan dan ingin melanjutkan pelajaran, mereka terpaksa menyambung persekolahan di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar. Jika nasib mereka lebih bertuah lagi, mereka akan berpeluang untuk memasuki Kolej Melayu di Kuala Kangsar. Kolej ini berasaskan 'English Grammar School' dan telah didirikan pada tahun 1905. Walau bagaimanapun, kolej ini hanya dikhaskan untuk anak-anak dari golongan Diraja dan bangsawan sahaja.

Sekolah-sekolah lain yang menampung pendidikan anak-anak Melayu dan yang telah memainkan peranan penting dalam menghasilkan pemuda-pemuda Melayu yang memiliki pandangan hidup yang tersendiri ialah sekolah-sekolah Arab dan agama.

Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, sekolah-sekolah pondok atau sekolah Arab dan sekolah-sekolah agama telah muncul di merata tempat di seluruh Semenanjung terutamanya di Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Dengan berilhamkan ajaran-ajaran reformis dari Asia Barat seperti Muhammad Abduh sekolah agama (madrasah) telah menjadi satu alternatif yang sesuai untuk mendapatkan pendidikan bagi masyarakat ketika itu. Alternatif ini membekalkan kekuatan. bimbingan dan semangat kepada muridnya untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan akibat daripada proses sekularisasi yang dianjurkan oleh institusi Bara!. Taraf pendidikan di sesetengah madrasah ini mempunyai mutu yang tinggi. Banyak di an tara Ie pas an madrasah umpamanya daripada Madrasah AI-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu dan Maahad AI-Ihya' asy-Syarif Gunung Semanggol, dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Asia Barat, terutamanya di Masjidil-Haram, Makkah dan Universiti AI-Azhar, Mesir.

Page 3: pendidikan di malaysia fikri

Penghijrahan tokoh-tokoh agama dari Patani dan Timur Tengah telah memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Melayu Islam ketika itu. Banyak buku bahasa Arab yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi, terutamanya pada sekitar abad ke-19. Adalah dipercayai bahawa orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan ialah Syeikh Haji Abdul Halim (Abdul Hatim Ahmad, 1984: 39). Beliau mengajarkan anak-anak para pembesar dan juga orang kebanyakan. Kehadiran beliau kemudiannya menyebabkan negeri Kelantan terkenal sebagai pusat perkembangan pengajian agama Islam.

Sistem Pendidikan Pondok Sistem pendidikan pondok dapat dikatakan sebagai lebih kemas daripada sistem pendidikan agama di rumah-rumah atau di surau-surau. Kelantan, Kedah dan Terengganu merupakan tiga buah negeri yang ban yak mendirikan sekolah-sekolah pondok. Di Kelantan, sekolah pondok mula diperkenalkan pada awal abad ke-19. Dalam pada itu, telah dipastikan bahawa pada tahun 1970-an, sudah ada sekurang-kurangnya lapan buah sekolah pondok di negeri Kedah (Ahmad Abd. Ghani bin Haji Said, 1977: 13). Makna perkataan 'pondok' dijelaskan oleh Nik Mohamad (1985: 104) sebagai:

     Adapun perkataan 'pondok' itu berasal daripada perkataan Arab yang bererti rumah-rumah kecil tempat tinggal pelajar-pelajar, tiga atau empat orang bagi tiap-tiap sebuah rumah. Dalam bahasa Arab sekolah 'pondok' juga bererti rumah tumpangan atau hotel dalam bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia dan juga di Thailand Selatan (khususnya di wilayah Patani, Narathiwat, Yala, Songkla dan Santun), 'pondok' juga bererti satu institusi pendidikan agama Islam yang bersendirian dan berasrama.

Sistem pendidikan pondok lazimnya bermula apabila datangnya tuan guru atau alim ulama dari luar untuk mengajar ilmu agama kepada orang kampung terutamanya kepada masyarakat petani yang tinggal di kawasan penanaman padi. Kebanyakan guru pondok mempunyai pengaruh yang kuat dalam sesebuah kawasan dan mereka memberi khidmat secara sukarela. Dengan pertolongan orang kampung, rumah untuk tuan guru dan pondok untuk murid-murid didirikan dalam satu kawasan yang berdekatan. Tempat ataupun tanah untuk mendirikan pondok biasanya kepunyaan tuan guru atau diwakafkan oleh orang-orang yang ingin mewakafkan tanah mereka.

Semasa belajar, murid-murid duduk bersila di atas lantai. Kemudahan seperti kerusi tidak disediakan. Sukatan pelajaran yang khusus juga tidak disusun. Antara mata pelajaran yang disampaikan ialah Tauhid, Tafsir, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf, Tasawuf dan doa-doa yang ada hubungan dengan kehidupan seharian dan amalan hidup bermasyarakat. Di sekolah pondok juga tulisan Jawi dan bahasa Arab diajarkan. Bahasa pengantar utamanya ialah bahasa Melayu oleh sebab pada masa itu banyak kitab dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Jangka masa belajarnya tidak terhad, ada kalanya sehingga sepuluh tahun. Awang Had Salleh (1977: 36) berpendapat bahawa terdapat dua jenis cara pengajaran di pondok. Pertama, pengajaran secara tetap untuk murid-murid sepenuh masa dan kedua, pengajaran pad a hujung minggu untuk orang dewasa. Tujuan

Page 4: pendidikan di malaysia fikri

umum pelajaran pondok ialah untuk melahirkan pelajar yang tahu hukum-hukum agama, berakhlak tinggi dan dapat beribadat dengan betul.

Pada awal abad ke-20, lahir pula institusi yang lebih kemas dan tersusun serta mencakup ilmu keduniaan dan ilmu akhirat yang dipelopori oleh golongan muda. Institusi yang dimaksudkan itu ialah madrasah atau lebih dikenali sebagai sekolah agama moden. Dengan lahirnya pengajian berbentuk madrasah, terutamanya di Kedah, Kelantan dan Terengganu, maka sekolah-sekolah Melayu yang didirikan oleh pihak British pada akhir abad ke-19 telah dapat disaingi.

Pendidikan dan Semangat Kebangsaan

Pendidikan telah memberi kesedaran dan dorongan kepada orang Melayu untuk berjuang menentang penjajahan di tanah air sendiri. Ini terjadi kepada beberapa buah sekolah pondok seperti Maahad Ihya' Asy-Syarif, Gunung Semanggol di Perak.

Perkembangan para pelajar dan pembelajaran di pusat pengajian ini sangat unik berbanding dengan sekolah-sekolah pondok yang lain sezaman dengannya. Madrasah ini telah ditubuhkan pad a tahun 1934 oleh seorang tokoh ulama yang tidak asing lagi bernama Abu Bakar Said (lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Bakar al-Baqir). Beliau telah menerima pendidikan awal sehingga ke darjah lima sekolah Melayu. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah al-Rahmaniah dan kemudiannya ke Madrasatu'I-Dairatu'I-Maarifu'I-Wataniah di Kepala Batas pad a tahun 1924. Di sini Ustaz Abu Bakar telah berguru dengan seorang tokoh ulama yang akhirnya menjadi sahabat baik beliau iaitu Ustaz Haji Abdullah Haji Ibrahim (Abdullah Pak Ahim).

Mereka berdua kemudiannya telah menubuhkan sebuah madrasah bernama Qauzil-Maarif dan selepas itulah Maahad Ihya' Asy-Syarif ditubuhkan oleh Ustaz Abu Bakar pada 15 April 1934 (Nabir Abdullah, 1976). Sekolah ini diberi kebebasan untuk bergerak cergas dalam kegiatan kokurikulum yang kemudiannya memberi tapak kepada penubuhan Kesatuan Muda Melayu menjelang Perang Dunia Kedua. Ustaz Abu Bakar juga telah merapatkan diri dengan tokoh-tokoh politik Masjumi dan tokoh pemimpin seperti Dr. Burhanuddin aI-Helmy dan Ibrahim Yaacob.

Akhirnya pusat pengajian ini menjadi pusat perjuangan agama Islam. Antara badan-badan yang pernah ditubuhkan di sini ialah:

(a)      Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) (b)      Majlis Agama Tertinggi (MATA) (c)      Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) (d)      Hizbul Muslimin

Di luar perhitungan Inggeris, perkembangan sekolah ini telah membantu meluaskan network-audience pembaca sehingga dapat menyumbang ke arah pembukaan madrasah yang lebih baik daripada sistem pondok yang sedia ada. Di Maktab Perguruan Sultan

Page 5: pendidikan di malaysia fikri

Idris (Sultan ldris Training College), Tanjung Malim umpamanya, murid-murid Melayu mula terdedah kepada tulisan dari Indonesia. Di kalangan mereka itu ada yang menyumbangkan tulisan-tulisan dalam Majalah Guru, seperti Mohamed bin Dato' Muda Linggi, Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) dan Mohd. Noor Ahmad.

Pendidikan Melayu

Di zaman pemerintahan British, terdapat empat aliran persekolahan di Tanah Melayu, iaitu sekolah 'vernakular' Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Wujudnya berbagai-bagai aliran persekolahan pada masa itu berpunca daripada sikap penjajah Inggeris sendiri yang cuba memecahkan perpaduan kaum. Selain itu keadaan itu disebabkan oleh tiadanya satu dasar pelajaran kebangsaan dan ketebalan sikap kedaerahan yang dipusakai oleh setiap kaum.

Sejarah persekolahan anak Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bermula pada tahun 1821, apabila Penang Free School membuka cawangannya di Gelugor, Pulau Pinang. Dengan pertolongan pengembang-pengembang agama Kristian, sekolah-sekolah 'vernakular' Melayu dibuka pula di Permatang Pauh dan Penaga, Seberang Perai. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah itu ditutup akhirnya kerana kurangnya sambutan dan masalah kekurangan guru-guru Melayu. Pada tahun 1856, dua buah sekolah Melayu telah dibuka di Singapura iaitu di Teluk Belanga dan di Kampung Gelam. Guru-guru pula dilatih di maktab perguruan yang dibuka pada tahun 1878 yang akhirnya ditutup pada tahun 1894. Akibat daripada campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu, beberapa buah sekolah Melayu telah dibuka bagi menggantikan sistem pengajian agama Islam.

Sekolah Melayu yang pertama dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah di Kelang, pada bulan September 1875 (Report of Superintendent of Police and Treasurer to Resident). Dua tahun kemudian, sekolah-sekolah Melayu mula dibuka di negeri Perak. Sekolah Melayu yang pertama di negeri itu ialah di Sayong yang dibuka oleh Hugh Low, Residen Inggeris yang ketiga. Perkembangan penubuhan sekolah-sekolah Melayu agak lewat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Ini adalah akibat daripada pengaruh sistem pengajian agama Islam yang telah sebati dengan orang Melayu di negeri-negeri tersebut. Di Kedah pula, sekolah Melayu yang pertama didirikan pada tahun 1897 alas inisiatif Tuan Haji Abdullah, Menteri Besar Kedah ketika itu. Beliau telah mengarahkan pihak Perbendaharaan Negeri supaya menjaga sekolah yang mempunyai guru bernama Ahmad bin Kerani Maidin (Awang Had Salleh, 1974:5). Manakala di Kelantan pula sekolah Melayu yang pertama telah dibuka di Padang Garung pada tahun 1903. Pada tahun 1913, negeri Perlis telah mempunyai lima buah sekolah Melayu. Hanya pada tahun 1915 barulah sekolah Melayu dapat didirikan di Terengganu iaitu di Kampung Keling oleh Engku Abu Bakar bin Long. Kelewatan' negeri Terengganu menerima sistem pendidikan sekolah Melayu adalah kerana sikap Sultannya dan pembesar Melayu ketika itu yang amat berpegang teguh kepada sistem pendidikan pondok.

Untuk memudahkan pentadbiran pendidikan, lnggeris telah mewujudkan jawatan 'Nazir Sekolah' di Negeri-negeri Selat pada tahun 1872, dan pada tahun 1897 untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula. Bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,

Page 6: pendidikan di malaysia fikri

'pentadbirannya diletakkan di bawah kerajaan negeri masing-masing sehinggalah tamat Perang Dunia Kedua. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kemajuan sekolah-sekolah Melayu di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Sementara itu, Inggeris telah melantik 'Nazir Sekolah Persekutuan'. Salah satu daripada tugas-tugas pertama nazir ini ialah menyusun sebuah Kanun Pelajaran (Education Code) bagi semua negeri. Sebelum itu tiap-tiap negeri mempunyai kanun-kanun mereka sendiri bagi sekolah lnggeris dan sekolah Melayu (The System of Education in the Federated Malay States, Special Reports on Educational Subjects, /905: 6). Setemsnya pada tahun 1906, seorang Pengarah Pelajaran telah dilantik bagi Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan berkembangnya sekolah-sekolah Melayu, maka pada tahun 1916 jawatan Penolong Pengarah Pelajaran diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran pendidikan di Negeri-negeri Selat dan Negerinegeri Melayu Bersekutu.

Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu

Pendidikan Melayu yang disediakan oleh British khasnya dalam membina sekolah, adalah untuk memenuhkan selera politik penjajah sahaja. Asas utama mereka adalah untuk membina pengaruh dan politik British tanpa melihat keperluan masyarakat tempatan yang kebanyakannya terdiri daripada kaum tani. Matlamat utama mereka adalah sekadar memberi pendidikan kepada orang Melayu untuk melengkapkan keperluan tenaga manusia di peringkat rendah, iaitu di peringkat buruh. Tegasnya sekadar untuk menjadi petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka dan dapat hidup gembira dalam masyarakat kampung.

Bagi British, tindakan membenarkan para pelajar Melayu menyambung pelajaran mereka hingga ke darjah enam adalah satu kesalahan sebab ini bertentangan dengan dasar pelajaran penjajah. Golongan ini berpendapat bahawa tujuan utama mereka adalah sekadar menghapuskan buta huruf pada tahap yang minimum sahaja (Cheeseman, 194. Kenyataan itu memang munasabah oleh sebab dengan hanya pencapaian setakat darjah empat, anak-anak Melayu sudah dapat membaca, membuat kiraan yang mudah dan seterusnya dapat digunakan dalam urusan seharian supaya tidak ditipu oleh pekedai-pekedai.

Seperkara lagi ialah pihak British tidak menggalakkan orang Melayu menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris. R.O.Winstedt sendiri tidak setuju supaya bahasa Inggeris diajarkan di sekolah Melayu sebab sudah adanya anak-anak Melayu yang berani mendesak pihak British menubuhkan sekolah Inggeris di Lenggong dan Krian, Perak. Walau bagaimanapun, desakan ini telah ditolak oleh pihak British dengan alasan bahawa anak-anak Melayu di kampung hanya layak bersekolah Melayu sahaja. Akan tetapi pada hakikatnya pihak British khuatir bahawa jika pelajaran Inggeris diberi kepada masyarakat Melayu, kesedaran politik serta daya pemikiran mereka akan berkembang dan seterusnya akan menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. Dalam Perak Government Gazette, 6 Julai 1884, telah tercatat:

     Mengajar kanak-kanak membaca dan menulis dalam bahasa ibunda mereka atau

Page 7: pendidikan di malaysia fikri

dalam bahasa Melayu kita akan terselamat. Juga sebenarnya British telah menanamkan sikap memuliakan pekerjaan buruh dan mengajar orang Melayu untuk terus tinggal di kampung-kampung. Maksud mereka sebenarnya dinyatakan sebagai 'British mahu supaya masyarakat Melayu tidak akan berubah nasibnya dan kekal dengan pekerjaan tradisi. Walau bagaimanapun, bagi tujuan melahirkan pemimpin Melayu yang boleh membantu birokrasi penjajah serta mengambil dan menjaga hati golongan bangsawan dan pembesar-pembesar Melayu ketika itu, Maktab Melayu (Malay College) Kuala Kangsar telah didirikan khas untuk anak-anak golongan ini. Tanpa disedari British telah melalaikan orang Melayu dengan menggunakan buku-buku dongeng Melayu.

Kesan Pendidikan Melayu

Secara umumnya cara pendidikan sekolah Melayu dikendalikan oleh pihak British telah gagal untuk mendapat tempat di hati orang Melayu sendiri. Kehadiran anak-anak Melayu di sekolah-sekolah Melayu ketika itu bukanlah atas dasar keikhlasan hati untuk menuntut ilmu tetapi disebabkan oleh paksaan yang telah dikenakan oleh British dengan cara penguatkuasaan peraturan tersebut. Pencerobohan British ke atas sistem pengajian tradisional al-Quran sedikit sebanyak telah menyinggung hati orang Melayu.

Matlamat sebenar pendidikan Melayu yang inginkan kemajuan yang setanding dengan orang-orang asing yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu telah tidak tercapai. Anak-anak Melayu lepasan sekolah rendah Melayu, akan terus pulang ke kampung halaman mereka untuk bekerja sama ada sebagai petani, buruh, guru, polis atau peon. Dengan kata lain, pelajar lepasan sekolah Melayu tidak mempunyai kerja yang mendatangkan nilai ekonomi yang kukuh.

Pentadbir-pentadbir British seperti R.J. Wilkinson, A.M. Skinner dan juga R.O. Winstedt yang kelihatannya berminat dalam perkembangan pendidikan orang Melayu, sebenarnya bukanlah ahli-ahli pendidikan yang boleh menyelami dan memahami cita-cita orang Melayu ketika itu. Keikhlasan mereka dalam menjalankan tugas adalah diragui dan diakui sendiri oleh William R.Roff. Ibrahim Saad (1981: 20) telah menerangkan:

     Banyak orang menyangka bahawa Laporan Winstedt itu satu pembaharuan tetapi mengikut Roff, Winstedt telah tidak mempedulikan perkembangan intelek Melayu. Ini disebabkan pada masa itu ia sedang membina kemasyhurannya (reputation) sendiri dengan menulis sejarah dan kesusasteraan Melayu.

Sehingga Perang Dunia Kedua. masyarakat Melayu masih tidak berubah, iaitu masih beku dan hidup dalam kemiskinan. Orang kampung yang pada mulanya tertarik dengan sumbangan British terhadap pembinaan sekolah-sekolah Melayu, akhirnya sedar bahawa anak-anak mereka tidak akan maju walaupun mereka dihantar ke sekolah atau tidak. Abu Zahari (1980) telah merumuskan tentang kesan pendidikan Melayu ketika itu seperti yang berikut:

Page 8: pendidikan di malaysia fikri

     Pendidikan Melayu sengaja disalurkan mengikut dasar mengekalkan kaum tani sehingga kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada setakat memberi pendidikan dasar selama empat tahun kecuali latihan pengurusan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu sesudah sekolah dasar (hlm. 17).

Kesimpulannya ialah pendidikan Melayu tidak dapat memberi hasil dan kesan yang positif terhadap peningkatan taraf hidup dan keadaan sosial orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung. Mereka semakin dihimpit dan kekal hanyut di dalam kemiskinan, walaupun pada masa itu, peluang-peluang perniagaan dan perindustrian yang berdasarkan kepada getah dan bijih timah terdapat di pekan-pekan. Kegagalan pemerintah Inggeris dalam sistem pendidikan dan seterusnya memajukan orang Melayu menerusi sistem tersebut telah menyebabkan timbulnya semangat kebangsaan Melayu pada tahun 1930-an.

Ciri-ciri Am Pendidikan Sebelum Merdeka

Akibat daripada dasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam pelajaran, maka wujudlah lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis sekolah itu ialah sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil (lihat Rajah 28.1). Kelima-kelima jenis sekolah ini mempunyai beberapa ciri pemisah yang besar:

Pertama:Tiap-tiap jenis sekolah adalah khusus untuk sesuatu kaum tertentu sahaja. Dengan sendirinya anak-anak Melayu, Cina dan India sukar untuk bergaul di antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan antara kaum tidak mungkin dapat dihasilkan oleh sistem yang beraneka corak ini. Kesempatan untuk ketiga-tiga kaum itu bergaul hanya terdapat di sekolah-sekolah lnggeris yang terletak di bandar-bandar. Ini memberi kesempatan kepada anak-anak Cina dan India sahaja di samping menepikan peluang anak-anak Melayu di desa.

RAJAH 28.1

PERKEMBANGAN PERSEKOLAHAN SEBELUM MERDEKA

Kedua:Tidak ada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal. Sekolah lnggeris menggunakan bahasa lnggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah agama menggunakan bahasa Arab dan bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina, dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.

Ketiga:      Sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu dengan yang lain menurut kedudukan geografi dan taburan penduduknya. Kebanyakan sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa selaras dengan dasar mengekalkan orang Melayu di kampung-kampung. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian kerana sebilangan besar orang Cina tinggal di kawasan-kawasan tersebut dan sekolah Tamil pula terdapat di ladang-ladang getah.

Page 9: pendidikan di malaysia fikri

Keempat:Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah lnggeris mengikut kurikulum dan sukatan pelajaran yang digunakan oleh sekolah-sekolah di England. Begitu juga dengan buku-buku teksnya. Manakala sekolah Melayu pula menitikberatkan kemahiran 3M (menulis, membaca, menghitung) selain daripada diajarkan pelajaran pertukangan tangan secara tradisi. Bagi sekolah Cina dan Tamil pula, kurikulumnya adalah mengikut corak yang diajarkan di negeri China dan India, bahkan guru-gurunya juga didatangkan dari negeri asal mereka. Sekolah agama atau madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang telah sedikit diubahsuai daripada yang digunakan di sekolah-sekolah Asia Barat. Tenaga pengajarnya pula adalah daripada guru-guru terlatih dari Tanah Arab.

Melihat latar belakang pendidikan di zaman lnggeris, dapat dibuatkan kesimpulan bahawa pemerintah kolonial tidak berminat untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan. Persefahaman dan perpaduan dianggap tidak penting untuk dipupuk menerusi pendidikan. Oleh sebab itu lnggeris telah mengabaikan soal penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum yang seragam serta pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan anak-anak daripada semua keturunan. Pendidikan Tahap Awal

Rancangan Malayan Union telah ditentang dengan hebat dan dengan jayanya di Semenanjung, sementara rancangan hendak menjadikan Sarawak sebagai 'Tanah Jajahan Mahkota lnggeris' telah membawa kepada penubuhan institusi Gabenor. Parti-parti politik menjadi popular serta menarik minat rakyat dan telah melibatkan semua kaum secara menyeluruh. Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, ternampaklah tanda-tanda akan tertubuhnya kerajaan sendiri yang merdeka seperti yang telah dicapai oleh negara-negara serantau yang lain. Akan tetapi ancaman daripada gerakan gerila Komunis dan pengisytiharan darurat di Tanah Melayu telah menimbulkan kesedaran kepada penduduk negara untuk mengkaji masalah penyatuan antara kaum.

Di antara perkara penting yang perlu disemak ialah sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman sebelum perang yang jelas menggalakkan pemisahan antara kaum. Kelemahan-kelemahan sistem sebelum perang yang mengasingkan di antara satu kaum dengan kaum yang lain amat dirasai. Inggeris sendiri sedar bahawa 'rancangan pembinaan semula' sistem pendidikan dengan sekadar merawat sistem-sistem lama dan mengekalkannya seperti yang sedia ada adalah tidak memadai. Yang perlu ialah mewujudkan satu sistem tunggal yang dapat menyatukan semua sistem yang berlainan corak dan haluan itu.

Pada peringkat awal ini, terdapat dua penyata utama yang mengemukakan syor ke arah satu sistem pelajaran kebangsaan yang disatukan iaitu: Penyata Barnes (1950) dan Penyata Fenn-Wu (1951). Penyata Barnes dianggap sebagai penyata yang paling komprehensif, revolusioner dan berpengaruh sekali yang pernah diterbitkan.

Barnes menyarankan supaya persekolahan peringkat rendah dijadikan alat dan tenaga

Page 10: pendidikan di malaysia fikri

besar bagi perpaduan dan penyatuan masyarakat. Dengan itu amat wajarlah sekiranya hal ini secara sedar dan bersungguh-sungguh dijadikan 'agen pembina bangsa Malaya' yang tunggal. Atas tapak sistem persekolahan yang baru, yang dipandang sebagai 'sekolah rakyat dan sekolah untuk membangun bangsa, akan terbentuk satu pelajaran yang betul-betul bercorak kebangsaan.' Dengan berpandukan kepada idea ini, Barnes mencadangkan cuma satu corak sekolah rendah sahaja ditubuhkan, iaitu Sekolah Kebangsaan yang dibuka kepada kanak-kanak semua bangsa dan diajarkan oleh guru-guru daripada berbagai-bagai bangsa dan keturunan dengan menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah bahasa ibunda semua kaum dimansuhkan sementara di peringkat menengah dan selanjutnya, hanya pelajaran melalui pengantar bahasa Inggeris sahaja yang akan disediakan.

Walaupun Penyata Barnes ini mempunyai matlamat kebangsaan, jelaslah bahawa ini tidak dapat diterima oleh semua kaum di Tanah Melayu. Orang Melayu tidak bersetuju dengan kedudukan anak-anak Melayu yang tidak diberi kedudukan yang wajar di sekolah-sekolah Inggeris, iaitu sekadar seolah-olah menumpang di sekolah tersebut. Sementara itu kaum Cina dan India pula merasa bahawa penyata itu seolah-olah akan menghapuskan bahasa dan kebudayaan mereka. Untuk menghadapi tuntutan kaum Cina, dalam tahun 1951 kerajaan Malaya telah melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan pelajaran kaum tersebut. Sebagai hasilnya, pembentangan Laporan Fenn- Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang menyokong konsep penggunaan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Nyata bahawa konsep tersebut sukar untuk dipraktikkan.

Akhirnya, penyata-penyata berkenaan telah disemak dengan mendalam dan Undang-undang Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh kerajaan. Dalam undang-undang ini konsep sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris telah diterima. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Tetapi, pembelajaran untuk kedua-dua bahasa tersebut diadakan. Ini merupakan satu cadangan yang radikal dan berani tetapi ia tidak dapat dilaksanakan secara serta-merta kerana masalah kewangan, politik dan keadaan darurat yang dialami pada ketika itu.

Di Sabah pula, kesedaran tentang peri perlunya menggabungkan sistem pelajaran yang bertujuan memupuk satu bentuk kerakyatan dalam lingkungan Komanwel British dapat dilihat daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Woodhead (1955). Di Sarawak, McLellan (1960) telah menekankan peri mustahaknya mengawal sekolah-sekolah Cina supaya mereka mengikuti sistem persekolahan kolonial yang menggunakan bahasa pengantar lnggeris sebagai cara mencapai matlamat yang sama. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kemajuan dalam penggubalan perlembagaan sehingga menjelang tahun 1955 menunjukkan bahawa negara ini akan memiliki kerajaan sendiri dan selanjutnya akan mencapai kemerdekaan daripada British dalam masa yang singkat. Oleh itu perpaduan kaum merupakan satu keadaan yang mustahak untuk menjamin keteguhan dan keamanan

Page 11: pendidikan di malaysia fikri

negara yang bakal merdeka ini. Masalah ini dapat dilihat dengan lebih jelas oleh sebab berlakunya keadaan politik perkauman yang kritikal di saat itu.

Sesuai dengan janjinya dalam pilihan raya tahun 1955, Kerajaan Perikatan telah menubuhkan satu jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk (kemudian Tun) Abdul Razak bin Hussein yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Pada tahun 1960 semua penyata telah disemak semula oleh jawatankuasa Abdul Rahman Talib bagi memperteguh dan memperbaiki lagi konsep dan kelemahan-kelemahan yang ada dalam Penyata Razak.

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Kedua-dua laporan ini menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja rakyat. Daripada segi penyatuan kaum, Penyata Razak 1956 telah menyatakan:      Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, perenggan 12). Cara yang dicadangkan oleh Penyata Razak untuk menyatukan kaum-kaum di negara ini adalah menerusi satu sistem pelajaran yang bercorak seperti berikut:

Satu daripada umbi kemahuan Dasar Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ini ialah mengubah corak semua sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah supaya bercorak Tanah Melayu. Kami berpendapat bahawa caranya supaya sempurna perkara ini ialah dengan jalan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah-sekolah. (Penyata Razak, perenggan 115).

Jelas bahawa Penyata Razak telah mengutamakan perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan akan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa. Konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat, umpamanya semangat perkauman yang tebal dan perasaan kedaerahan yang melampau.

Untuk mencapai matlamat perpaduan negara melalui sistem pendidikan, Penyata Razak dan Laporan Rahman. Talib telah menggariskan tiga asas utama:

Pertama:Sistem persekolahan yang sama bagi semua;

Page 12: pendidikan di malaysia fikri

Kedua: Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan;

Ketiga:Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan.

Corak sistem kebangsaan yang berdasarkan kepada sistem Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib ialah seperti rajah 28.2. Dalam tahun 1960 Penyata Rahman Talib yang merupakan semakan semula Penyata Razak 1956, juga telah menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan negara. Usaha yang sungguh-sungguh telah dibuat untuk menyemak dan memperbaharui sukatan-sukatan pelajaran supaya dapat membantu dan memupuk kepentingan rakyat Malaysia. Di antara mata pelajaran baru diperkenalkan yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat ialah mata pelajaran Tatarakyat, Pendidikan Moral, Sejarah dan Ilmu Alam.

Mata pelajaran Tatarakyat diwajibkan di semua sekolah. Kementerian Pelajaran juga sedang merancang untuk memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Moral. Di antara perkara penting yang dititikberatkan dalam mewujudkan perpaduan kaum di negara ini adalah pemahaman tentang keadaan masyarakat bagi membentuk sikap bertoleransi, bekerjasama dan saling bersefahaman di antara kaum. Selain dari itu murid-murid juga dididik supaya tahu, berbangga dan menghormati lambang-lambang kebangsaan. Di sekolah-sekolah, pengibaran bendera kebangsaan yang disertai dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Negaraku' perlu diadakan setiap awal dan hujung minggu. Dengan adanya tindakan seumpama ini akan timbullah rasa kekitaan dan cintakan negara.

Sejarah adalah satu mata pelajaran yang memainkan peranan penting ke arah pencapaian matlamat pembangunan. Bagi negara yang masih lagi di dalam proses membangun ini, murid-murid sekolah perlu ditanamkan dengan semangat patriotik, kebangsaan dan kesetiaan kepada negara. Melalui pelajaran Sejarah juga, diharapkan semangat perpaduan dan hormat menghormati di antara kaum yang berlainan kebudayaan dan anutan agama dapat dibina.

Atas kesedaran ini juga maka sukatan pelajaran Sejarah yang baru telah digubal dengan memberi penekanan kepada sejarah rakyat Malaysia dan perjuangannya, pembentukan sikap melalui bidang pengetahuan, dan mempunyai pendekatan secara 'lingkungan berpusat' (concentric circle).

Beberapa pembaharuan juga telah dibuat dalam sukatan pelajaran Ilmu Alam yang baru. Tumpuan yang lebih telah diberi kepada hal-ehwal tempatan, khasnya bertujuan untuk membolehkan murid-murid memahami latar belakang alam sekeliling, keadaan fizikal dan sosial serta berbagai-bagai lagi. Dengan demikian, diharapkan mata pelajaran ini dapat menanamkan perasaan bangga dan sayangkan negara sendiri.

CORAK SISTEM PENDIDIKAN MENURUT LAPORAN RAZAK

Page 13: pendidikan di malaysia fikri

FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH ABAD 21

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan tahun 1960-an dan 1970-an adalah berlandaskan kepada aspirasi-aspirasi dan perakuan-perakuan Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 serta Akta Pelajaran 1961. Juga, prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung di dalam Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru dipegang sebagai panduan dasar. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah memperakukan berbagai cadangan bagi memperkemaskan dan memperkukuhkan lagi Dasar Pendidikan Negara. (Lihat rajah 28.3).

Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara melalui satu sistem pendidikan kebangsaan adalah bertujuan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara yang meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik ke arah melahirkan masyarakat yang bersepadu, berdisiplin dan terlatih. Malaysia kini berupaya membekalkan rakyatnya dengan kemudahan-kemudahan pendidikan yang bermutu tinggi. Pendidikan juga telah terbukti berjaya memberi sumbangan yang besar ke arah pembangunan dan kemajuan negara.

Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Akan Datang

Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, rakyat Malaysia juga mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Oleh itu sistem pendidikan negara terpaksa menerima cabaran ini sebab proses perkembangan sesuatu masyarakat sering kali dikaitkan secara langsung dengan sistem pendidikannya. Laporan Jawatankuasa Kabinet sebenarnya telah pun meneliti dan mengkaji seluruh sistem pendidikan daripada peringkat rendah sehinggalah ke peringkat maktab, dengan meliputi kajian ke atas kurikulum, disiplin, pengurusan, dan kemudahan serta perbekalan pelajaran. Sehubungan ini Jawatankuasa Kabinet berprihatin terhadap kemerosotan disiplin yang berlaku di sekolah-sekolah sekarang. Kerajaan telah menyatakan kebimbangannya terhadap penyalahan penggunaan dadah yang semakin meningkat di kalangan para remaja dan belia. Malah dadah telah dianggap musuh utama dan untuk membanteras wabak ini Kementerian Pendidikan telah, diminta melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah.

Keprihatinan kerajaan serta rakyat seluruhnya bertujuan memastikan perkembangan dan kemajuan berjalan terus melalui sistem pendidikan. Dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan pembangunan negara, diharapkan akan lahirlah warganegara yang baik, bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Negara telah berjaya menghasilkan rakyat yang celik huruf. Penekanan dan penegasan semula perlu diberi agar mereka juga celik budaya, celik akhlak, amanah dan memahami tujuan hidup serta tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh tiap-tiap warganegara.

Dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja berorientasikan masyarakat bahkan ditujukan ke arah pembinaan tradisi keilmuan, mencari kebenaran, keadilan dan kebersihan dalam masyarakat. Inilah nilai-nilai hidup yang harus dibina menerusi pendidikan, andainya kita benar-benar mahu membina manusia. Cabaran dan

Page 14: pendidikan di malaysia fikri

pendidikan masa akan datang adalah ke arah melahirkan manusia yang yakin dan patuh kepada agama, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan yang mampu menghadapi cabaran dan tuntutan ini seharusnya mempunyai paksi atau teras yang kukuh. Satu-satunya paksi yang utuh dan mampu memenuhi keperluan tersebut ialah pengetahuan keTuhanan. Pentingnya menjadikan unsur keTuhanan sebagai paksi dalam sistem pendidikan bermatlamat menghasilkan implikasi-implikasi seperti yang berikut:

a)Unsur-unsur nilai murni yang jika tidak dinyatakan secara jelas dan dengan penuh kesedaran akan mengakibatkan pengetahuan yang diajarkan itu ketandusan ilmu. Jika ini berlaku maka nilai-nilai yang tidak berunsur keTuhanan akan memenuhi ketandusan ini. Akibatnya secara langsung atau tidak langsung nilai-nilai bebas dan nisbi (relatif) akan berkembang.

b)Pendidikan yang terlalu menekankan kepada bidang 'kognitif', iaitu yang bertumpukan kepada perkembangan akal dan fakulti rasional manusia akan menyebabkan unsur-unsur lain terutama unsur rohani akan terbiar.

c)Matlamat pendidikan hanya akan tertumpu kepada utiliti dan faedah kebendaan sahaja. Pendidikan yang diberi hanya akan sekadar menjadi 'ilmu itu ilmu sahaja'.

d)IImu yang disampaikan, yang tidak memiliki teras dan nilai-nilai murni yang dapat diserapkan dalam diri pelajar, tidak akan berjaya untuk membawa kepada hakikat kebenaran.

e)Para pelajar tidak dapat memperkembangkan watak dan sahsiah yang seimbang serta mencapai kepada mat1amat hidup yang sebenarnya.

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang terlalu memberi penekanan kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara telah mengakibatkan wujudnya tanggapan bahawa hanya sistem nilai yang berteraskan materialisme yang menjadi ukuran kejayaan. Konflik antara sistem nilai yang cenderung ke arah materialisme dengan nilai-nilai sahsiah ketimuran yang jelas dikuasai oleh tekanan untuk mendapatkan kejayaan materialisme telah memberi kesan negatif kepada para pelajar. Beberapa perubahan dan pengubahsuaian di dalam sistem pendidikan telah dilakukan agar pemantapannya dapat menyelamatkan agama, ummah, bangsa dan negara.

Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara

Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pendidikan tidak dinyatakan secara 'tersurat'. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara te1ah digambarkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran

Page 15: pendidikan di malaysia fikri

1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukun Negara yang turut menegaskan prinsip 'kepercayaan kepada Tuhan'.

Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan negara secara 'tersurat' telah lama disedari. Langkah untuk menggubal falsafah pendidikan supaya menjadi cermin cita-cita dan idealisme yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini melalui proses

pendidikan sememang dinanti-nantikan. Dalam penggubalannya. Pertimbangan-pertimbangan yang teliti perlu dilakukan dengan merujuk kepada perkara-perkara berikut:

a)Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960,

b)Akta Pelajaran 1961, (c) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979,

c)Rukun Negara,

d)Prinsip-prinsip Pendidikan, dan

e)Matlamat Pendidikan,

Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini, falsafah pendidikan negara dinyatakan seperti yang berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna falsafah pendidikan negara berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama. Falsafah pendidikan negara merupakan pemantapan pemikiran mengenai pendidikan di Malaysia. Ini menetapkan arah haluan yang perlu ditujui. Falsafah ini mempunyai keutuhan dan ketahanan yang berkekalan buat sepanjang masa dalam konteks masyarakat Malaysia. Oleh itu, sudah sepatutnya ia dijadikan teras keseluruhan pendidikan dari pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Falsafah pendidikan negara telah menggariskan tiga bidang utama bagi mencapai tujuan pendidikan, yang mencakupi aspek-aspek keperluan individu, negara dan ekonomi, iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran negara.

Page 16: pendidikan di malaysia fikri

Usaha-usaha ke arah pencapaian faktor-faktor ini adalah merupakan matlamat pendidikan negara. Dengan berpandukan falsafah ini perkembangan individu secara menyeluruh akan menyumbang kepada wujudnya perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Insan yang seimbang dan harmonis akan memiliki dan menghayati perkara-perkara berikut:

•percaya dan patuh kepada Tuhan, •berilmu pengetahuan dan berketerampilan, •berakhlak mulia, •bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, •berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara, dan •memiliki peribadi yang seimbang dan bersepadu.

Falsafah Pendidikan Negara dan Pendidikan Bersepadu

Untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dan harmonis yang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, beberapa pengubahsuaian kurikulum dalam sistem pendidikan kebangsaan perlu dilakukan bagi semua peringkat. Strategi pendidikan yang berteraskan kurikulum yang telah diolah itu juga perlu diperbaharui dan diubahsuai agar hasrat yang dicitakan dalam falsafah pendidikan negara dapat dicapai. Perubahan dan penyesuaian yang dilaksanakan ini adalah berasaskan kepada konsep pendidikan bersepadu, yang mewujud pertalian nyata di antara bidang kognitif, efektif dan psikomotor di dalam usaha meningkatkan lagi potensi individu secara menyeluruh daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Sungguhpun Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tabun 1983, iaitu sebelum falsafah pendidikan negara disuratkan, namun beberapa ciri KBSR adalah memenuhi keperluan-keperluan ke arah perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, iaitu:

Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.

Rajah 28,4 memberi gambaran yang jelas tentang aspek-aspek yang diberi penekanan dalam KBSR. Sungguhpun KBSR terbentuk sebelum tersuratnya falsafah pendidikan negara, kurikulum ini juga merupakan penghayatan konsep pendidikan bersepadu yang amat sesuai dengan tujuan falsafah pendidikan negara. Di peringkat pendidikan menengah pula, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal dengan berdasarkan falsafah pendidikan negara (rujuk Rajah 28.5). Kurikulum ini mula dilaksanakan secara terhad pada tahun 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tabun 1989. Matlamat KBSM adalah selaras dengan matlamat pendidikan negara, iaitu ke arah menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Page 17: pendidikan di malaysia fikri

Dalam rancangan KBSM, pendidikan bersepadu merupakan satu strategi penting bagi menjalin dan mengadun unsur-unsur ilmu dan kemahiran dan bahasa dan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran. Daripada segi konsepnya, pendidikan bersepadu ditakrifkan sebagai proses pembentukan pelajar daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, pen era pan nilai-nilai murni dan perkembangan jasmani yang sihat. Hal ini dilakukan secara menyeluruh ke arah mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis. Proses ini berlaku serentak, selaras dan sentiasa terikat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pendekatan yang digunakan untuk menjayakan matlamat pendidikan melalui sistem pendidikan bersepadu, memberi penegasan ke atas perkara-perkara yang berikut:

Ilmu dan Kemahiran

Setiap disiplin dirujuk dan diselaraskan dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara. Falsafah dan matlamat ini diterjemahkan ke dalam objektif setiap mata pelajaran:

•kandungan kurikulum dapat mengembangkan lagi kemahiran-kemahiran asas yang diperolehi di peringkat rendah; •kandungan kurikulum dikaitkan dengan kehidupan seharian, •kandungan kurikulum turut memperkembangkan kemahiran-kemahiran belajar, psikomotor dan sosial yang telah pun diperolehi di peringkat rendah; dan •kandungan kurikulum dapat membina intelek dan mengembangkan daya pemikiran untuk menghuraikan, mencerakinkan, mencari, merumuskan dan menghasilkan idea-idea bernas.

Nilai-Nilai Murni Unsur nilai-nilai murni merupakan komponen bersepadu yang amat penting yang perlu diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran selain mata pelajaran Pendidikan Islam dam Pendidikan Moral. Nilai-nilai murni merupakan nilai-nilai sejagat yang tidak bercanggah dengan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia. Kategori nilai-nilai murni tersebut adalah seperti yang berikut: baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, berkasih kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, jujur, rajin, kesederhanaan, bersyukur, rasional, semangat kemasyarakatan.

Nilai-nilai murni ini berteraskan kepada nilai-nilai kerohanian. Di samping itu, semua ini merangkumi nilai-nilai kemanusiaan dan kewarganegaraan

Bahasa

Untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam semua mata pelajaran, dengan tumpuan diberikan kepada penggunaan aspek-aspek bahasa yang betul yang meliputi sebutan, struktur ayat, tata bahasa dan laras bahasa. Sebagai bahasa ilmu pengetahuan, tekanan ke atas penggunaannya juga diberi kepada ketepatan berkomunikasi, kecekapan berbahasa, kemampuan berfikir, berkreatif dan menghasilkan . karya dalam bahasa

Page 18: pendidikan di malaysia fikri

Malaysia. Penggunaan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab sebagai alat menimba ilmu pengetahuan akan terus dikembangkan.

Ketiga-tiga unsur di atas adalah tertumpu kepada kurikulum yang bercorak formal yang diamalkan di bilik darjah. Usaha untuk mencapai matlamat KBSM akan menjadi lebih berkesan jika strategi ini disokong dengan strategi-strategi dalam bidang kokurikulum dan juga budaya sekolah. Kokurikulum

Kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan yang telah dipelajari di bilik darjah.

Aktiviti-aktiviti amali ini dapat membantu pelajar untuk mengukuhkan pengalaman belajar dan keyakinan diri. Lazimnya gerak kerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan, iaitu pasukan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan sukan.

Fungsi gerak kerja kokurikulum adalah seperti berikut:

(i)mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah,

(ii)memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga di an tara sekolah dengan masyarakat,

(iii)mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah, di samping memelihara kesihatan fizikal dan mental,

(iv)membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran tentang pemilihan kerjaya, dan

(v)memberi pelajar peluang untuk melatih diri serta memupuk sifat yakin kepada diri sendiri dan berdikari.

Budaya Sekolah

Budaya sekolah merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah, sama di persekitaran yang bercorak fizikal mahupun yang bukan-fizikal. Persekitaran yang memberi galakan dan bersifat menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni. Dengan cara demikian usaha untuk pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Di antara perkara-perkara utama yang diberikan penekanan dalam pembentukan budaya

Page 19: pendidikan di malaysia fikri

sekolah adalah:

(i)fizikal sekolah yang baik, (ii)aspek sosial sekolah yang dapat merangsang pembinaan insan yang baik, (iii)aspek budaya ilmu, dan (iv)penggunaan bahasa yang baik.

Di samping aspek penting yang dinyatakan di atas, bahan-bahan pengajaran khasnya buku teks mestilah mencerminkan hasrat falsafah dan memperlihatkan kesepaduan. Dengan cara itu para guru dan murid mendapat panduan dan contoh yang sewajarnya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diasaskan kepada konsep pendidikan bersepadu bertujuan untuk mempertingkatkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perakuan ini adalah ke arah melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berbudi serta sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kesepaduan ini mempunyai hubung kait dan pertalian yang rapat di antara falsafah serta matlamat pendidikan dengan matlamat KBSM dan objektif sukatan pelajaran. Pertalian ini juga mengambil kira bidang kognitif, efektif dan psikomotor melalui isi kandungan yang terdapat dalam mata pelajaran-mata pelajaran teras dan pilihan atau tambahan. Rajah 28.6 memberi gambaran tentang pertalian di antara pendidikan bersepadu dengan matlamat falsafah pendidikan negara.

Falsafah Pendidikan Negara Sebagai Teras Perancangan

Kementerian Pendidikan telah memperakui keutuhan dan keunggulan falsafah pendidikan negara. Segala daya usaha Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan sistem Pendidikan Kebangsaan akan berteraskan kepada hasrat yang tersirat dalam falsafah tersebut. Kewujudan KBSR dan KBSM yang berasaskan pendidikan bersepadu merupakan langkah-langkah ke arah mencapai matlamat falsafah pendidikan negara.

Perubahan dan pengubahsuaian dalam sistem pendidikan diperlukan bagi menghindari menularnya gejala-gejala yang tidak sihat yang mempengaruhi belia dan pelajar-pelajar mas a kini. Pendidikan yang kurang menekankan teras keTuhanan dan lebih mirip kepada kebendaan atau materialisme akibat daripada kecenderungan ke arah pembangunan negara melalui pendidikan yang tertumpu kepada utiliti tidak lagi mampu menghadapi cabaran dan tuntutan mas a kini. Oleh itu pendidikan yang berasaskan keTuhanan amat perlu untuk mencegah menularnya gejala-gejala yang tidak diingini. Penekanan kepada pendidikan yang berlandaskan keTuhanan seharusnya dijadikan panduan dan teras kepada perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia. Konsep pendidikan yang berteraskan keTuhanan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip atau matlamat-matlamat pembangunan. Malah matlamat pendidikan yang berasaskan keTuhanan akan menghasilkan rakyat yang baik dan sempurna daripada semua segi, termasuk rakyat yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara dengan lebih

Page 20: pendidikan di malaysia fikri

gigih dan penuh kejujuran.

Pendidikan yang dirancangkan berdasarkan falsafah pendidikan negara berhasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memenuhi keperluan semasa serta mampu menghadapi cabaran masa depan. Oleh yang demikian memang seharusnyalah falsafah pendidikan negara dijadikan sebagai teras usaha-usaha perancangan pembangunan pendidikan. Segala hasrat yang terkandung dalam falsafah tersebut perlu difahami dan dihayati oleh semua pihak yang terlibat agar program dan projek yang dirancang benar-benar menyokong hasrat mencapai matlamat falsafah pendidikan negara.

Rajah 28.7 menunjukkan satu rangka perancangan yang berasaskan falsafah pendidikan negara melalui pelaksanaan pendidikan bersepadu. Rangka perancangan ini dapat dibahagikan kepada tiga komponen utama:

(i)falsafah pendidikan negara, (ii)operasi falsafah tersebut, dan (iii)hasil yang hendak dicapai yang berteraskan pendidikan bersepadu.

Hasrat falsafah pendidikan menggambarkan empat aspek penting yang ditekankan terhadap perkembangan seseorang individu iaitu daripada aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani. Perkembangan individu yang menyeluruh dan seimbang yang mencakupi keempat-empat aspek ini adalah berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Pendidikan bersepadu merupakan mekanisme utama dalam sistem pendidikan. Penekanan diberi terhadap ilmu dan kemahiran, nilai-nilai murni dan bahasa. Ketiga-tiga aspek ini disepadukan melalui mata pelajaran-mata pelajaran teras, mata pelajaran pilihan dan semua aktiviti kokurikulum. Kurikulum bersepadu ini akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

STRUKTUR PENDIDIKAN

Persekolahan formal di Malaysia adalah bercorak 6-3-2-2. Struktur ini membahagikan pendidikan itu kepada peringkat rendah, menengah rendah, menengah atas dan peringkat selepas SPM. Kanak-kanak memasuki sekolah rendah apabila mencapai umur lebih daripada enam tahun lebih. Sementara pendidikan peringkat tinggi dalam bidang akademik dan profesional disediakan oleh universiti-universiti dan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Persekolahan hari ini telah bertukar corak dengan amalan sistem semester berbanding dengan sebelum tahun 1990, yang mengamalkan bilangan 192 hari sebagai hari persekolahan dalam setahun dan dibahagikan kepada tiga penggal.

Peringkat Rendah

Hala tuju utama pendidikan rendah ialah untuk memberikan asas yang kukuh terutama asas kemahiran menulis, membaca dan mengira. Pada peringkat ini, pendidikan adalah percuma dan diwajibkan. Kemasukan mereka pada peringkat ini diterima semasa kanak-kanak itu lebih daripada berumur enam tahun lebih.

Page 21: pendidikan di malaysia fikri

Bahasa pengantar pendidikan rendah dibahagikan kepada iaitu bahasa Malaysia, Cina dan Tamil. Bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan ialah bahasa Malaysia sementara sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina)/SRJK(C) dan sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil)/SRJK(T), masing-masing menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil dengan bahasa Malaysia sebagai satu daripada mata pelajaran wajib. Bahasa lnggeris pula diajarkan di semua sekolah rendah sebagai bahasa kedua. Persekolahan pada peringkat ini mengalami pertambahan bilangan murid dari setahun ke setahun. Pada tahun 1989, misalnya, seramai 2,390,920 orang kanak-kanak telah memulakan persekolahan mereka di 6,795 buah sekolah rendah. Di Semenanjung Malaysia sahaja peratus kemasukan ini adalah pada tahap 99.03%. Di Sabah dan Sarawak pula kadar kemasukan ini pada amnya rendah dengan beberapa alasan seperti kawasan terpencil, penduduk tidak ramai, sistem perhubungan yang serba kekurangan.

Sungguhpun sistem kenaikan darjah di peringkat rendah ini secara automatik. dari tahun pertama ke tahun keenam, penilaian dalaman tetap dijalankan secara berterusan. Tujuan utama penilaian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pemulihan dapat dibuat dengan segera. Pada akhir tahun keenam kanak-kanak ini akan menduduki satu ujian yang dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dalam ujian inilah murid-murid itu diuji untuk melihat tingkat penguasaan terhadap asas pembelajaran 3M yang dicapai oleh mereka.

Peringkat Menengah Rendah

Persekolahan di peringkat menengah adalah kesinambungan persekolahan peringkat rendah, dan menggambarkan sejauh manakah pembelajarannya berkesan. Pendidikannya secara menyeluruh dan terbahagi kepada menengah rendah dan menengah atas.

Pendidikan menengah rendah bermula sebaik sahaja murid-murid menamatkan. pelajaran di sekolah rendah. Mereka ditempatkan dalam tingkatan satu secara automatik. Manakala murid-murid dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) dikehendaki menduduki kelas peralihan selama setahun sebelum memasuki tingkatan satu. Peluang ini sebenarnya membolehkan mereka memenuhi dan menguasai bahasa Malaysia yang menjadi bahasa pengantar utama di peringkat sekolah menengah. Ini bermakna murid-murid Iepasan sekolah rendah kebangsaan akan bersekolah selama tiga tahun. manakala murid daripada SRJK(C) dan SRJK(T) akan belajar selama empat tahun.

Kemasukan para pelajar di peringkat ini bertambah dari tahun ke tahun. Aliran ini dapat dilihat dengan jelas pada tahun 1988 dan 1989. Pada tahun 1988 jumlah murid ialah 931,797 orang dan tahun berikutnya menjadi 938.518 orang. Pada akhir tahun ketiga pendidikan peringkat ini, para pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Peperiksaan ini akan menentukan kelayakan mereka untuk ditempatkan ke sekolah menengah atas (tingkatan empat).

Peringkat Menengah Atas

Page 22: pendidikan di malaysia fikri

Keupayaan dan kejayaan di peringkat peperiksaan SRP akan membolehkan para pelajar meneruskan pelajaran mereka ke tingkatan empat dengan mengikut aliran yang sesuai dengan kelayakan mereka. Dua aliran yang dikenal pasti ialah akademik dan vokasional. Bagi murid yang mengambil aliran akademik, mereka akan disalurkan kepada tiga jurusan: sains, sastera dan agama. Pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti aliran vokasional akan mengikuti pelajaran di sekolah-sekolah vokasional dalam pelbagai jurusan seperti pertukangan, ekonomi rumah tangga, pertanian dan perdagangan.

Pendidikan Vokasional dan Teknik Objektif utama pendidikan vokasional dan teknik ialah untuk menyediakan para pelajar dengan asas kemahiran vokasional dan pengetahuan teknik asas. Sekolah menengah vokasional juga menawarkan latihan dalam kemahiran individu.

Pada akhir tempoh kursus dua tahun, para pelajar dalam aliran sastera, sains dan teknik akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang setaraf dengan GCE '0' level.

Pendidikan dalam jurusan vokasional dapat dilihat melalui dua program yang dinamakan akademik dan latihan kemahiran. Pelajar yang memilih kursus latihan kemahiran akan diberi latihan dua tahun selepas tingkatan empat (grade 10). Sementara itu di tingkatan lima (grade 12) mereka dikehendaki mempelajari lebih banyak mata pelajaran akademik bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM atau SPVM.

Selepas menduduki peperiksaan SPM/SPVM, para pelajar boleh memilih sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau memasuki pasaran tenaga man usia. Bagi yang ingin melanjutkan pelajaran, peluang untuk mereka terbuka sama ada untuk ke maktab-maktab perguruan, politeknik, institut-institut teknologi, kolej, institut kemahiran dan universiti tempatan atau luar negeri. Institusi-institusi tersebut menawarkan kursus-kursus profesional pada peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Pendidikan Selepas SPM Pendidikan di peringkat ini menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia, iaitu sama seperti peperiksaan Matrikulasi yang dikelolakan oleh setengah-setengah universiti tempatan. Pada peringkat ini proses pembelajaran berjalan selama dua tahun sama ada di kelas matrikulasi atau tingkatan enam. Juga bidang pengajian terbahagi kepada dua jurusan, iaitu sastera dan sains. Kelas-kelas matrikulasi pula lebih merupakan peringkat pendidikan pra-universiti. Begitu juga halnya dengan pelajar tingkatan enam jika mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM.

Pendidikan Tinggi (Higher Education)

Kementerian Pengajian Tinggi mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat

Page 23: pendidikan di malaysia fikri

Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada tiga jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Teknikal. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN , Yayasan TAR dan 17 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu : •  Universiti Malaya (UM) •  Universiti Sains Malaysia (USM) •  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) •  Universiti Putra Malaysia (UPM) •  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) •  Universiti Utara Malaysia (UUM) •  Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) •  Universiti Malaysia Sabah (UMS) •  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) •  Universiti Teknologi MARA (UiTM) •  Universiti Islam Antarabangsa (UIA) •  Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) •  Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) •  Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)) •  Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) •  Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) •  Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

Pendidikan peringkat tinggi memberi peluang kepada setiap individu untuk meningkatkan prestasi akademik dan pengetahuan mereka tanpa mengira had umur. Matlamat utama di peringkat ini ialah untuk menjamin pengeluaran tenaga profesional yang diperlukan di samping memberi kemudahan kepada penyelidikan dan perkhidmatan runding cara yang rapi.  Pendidikan peringkat tinggi selain dari IPTA terdapat juga institusi-institusi lain yang dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti yang berikut:

i)Institut Pengajian Tinggi Swasta ii)Maktab Perguruan iii)Politeknik iv)Kolej Komuniti v)Kolej Swasta vi)Institut

a)Institut Pengajian Tinggi Swasta Universiti Tunku Abdul Rahman Universiti Tun Abdul Razak Universiti Teknologi Petronas Universiti Tenaga Nasional Universiti Multimedia

Page 24: pendidikan di malaysia fikri

Universiti Perubatan Antarabangsa Universiti Terbuka Malaysia Universiti Industri Selangor Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Universiti Kuala Lumpur

b)Institut Pengajian Tinggi Swasta Kolej Universiti) i)Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia ii)Kolej Universiti Kreatif Lim Kok Wing iii)Kolej Universiti Teknologi  Antarabangsa Twintech iv)Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya v)Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur

c)Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Kampus Malaysia)

i)University of Nottingham ii)University of Monash iii)Curtin University of Technology iv)FTMS De Monfort University

d)Maktab Perguruan 1.Maktab Perguruan Perlis 2.Institut Perguruan Darul Aman 3.Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim 4.Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang 5.Maktab Perguruan Tuanku Bainun 6.Maktab Perguruan Ipoh 7.Institut Bahasa Melayu Malaysia 8.Institut Bahasa Antarabangsa 9.Maktab Perguruan Ilmu Khas 10.Maktab Perguruan Teknik 11.Maktab Perguruan Islam 12.Maktab Perguruan Raja Melewar 13.Maktab Perguruan Perempuan Melayu 14.Maktab Perguruan Batu Pahat 15.Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim 16.Maktab Perguruan tengku Ampuan Afzan 17.Maktab Perguruan Kuala Terengganu 18.Maktab Perguruan Besut 19.Maktab Perguruan Kota Bharu 20.Maktab Perguruan Gaya 21.Maktab Perguruan Kent 22.Maktab Perguruan Sandakan 23.Maktab Perguruan Keningau 24.Maktab Perguruan Batu Lintang

Page 25: pendidikan di malaysia fikri

25.Maktab Perguruan Sarawak 26.Maktab Perguruan Rajang 27.Maktab Perguruan Samarahan

•Senarai Maktab Perguruan Malaysia. (http://mcls.mampu.gov.my/bm/persekutuan/maktabline.htm)

e)Politeknik - 20 buah 1.Politeknik Dungun, Terengganu (PDT) 2.Politeknik Johor Bahru (PJB) 3.Politeknik Kota Baharu (PKB) 4.Politeknik Kota Kinabalu (PKK) 5.Politeknik Kota Melaka (PKM) 6.Politeknik Kota, Kuala Terengganu (PKKT) 7.Politeknik Kuching, Sarawak (PKS) 8.Politeknik Kulim (PKU) 9.Politeknik Merlimau (PMM) 10.Politeknik Muadzam Shah (PMS) 11.Politeknik Mukah (PMS 12.Politeknik Perlis (PPP) 13.Politeknik Port Dickson (PPD) 14.Politeknik Sabak Bernam (PSB) 15.Politeknik Seberang Perai (PSP) 16.Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) 17.Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) 18.Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) 19.Politeknik Tanjung Malim (PTM) 20.Politeknik Ungku Omar (PUO) g)Kolej Komuniti (34 buah) 1.Kolej Komuniti Alor Gajah 2.Kolej Komuniti Arau 3.Kolej Komuniti Bayan Baru 4.Kolej Komuniti Bentong 5.Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka 6.Kolej Komuniti Chenderoh 7.Kolej Komuniti Darulaman 8.Kolej Komuniti Grik 9.Kolej Komuniti Hulu Langat 10.Kolej Komuniti Hulu Selangor 11.Kolej Komuniti Jasin 12.Kolej Komuniti Jelebu 13.Kolej Komuniti Jempol 14.Kolej Komuniti Kepala Batas 15.Kolej Komuniti Kota Tinggi (Bandar Penawar) 16.Kolej Komuniti Kuala Langat 17.Kolej Komuniti Kuala Terengganu

Page 26: pendidikan di malaysia fikri

18.Kolej Komuniti Kuantan 19.Kolej Komuniti Kuching 20.Kolej Komuniti Ledang 21.Kolej Komuniti Mas Gading 22.Kolej Komuniti Mentakab 23.Kolej Komuniti Pasir Salak 24.Kolej Komuniti paya Besar 25.Kolej Komuniti Rompin 26.Kolej Komuniti Sabak Bernam 27.Kolej Komuniti Segamat 28.Kolej Komuniti Segamat 2 29.Kolej Komuniti Selandar 30.Kolej Komuniti Selayang 31.Kolej Komuniti Sungai Petani 32.Kolej Komuniti Sungai Siput 33.Kolej Komuniti Tawau 34.Kolej Komuniti Teluk Intan

Pendaftaran pelajar di IPTA mengikut jantina dan peringkat Ijazah pengajian bagi sesi akademik 2002/2003 adalah seperti berikut:

Diploma      Lelaki-35,599      Perempuan-49700

Ijazah      Lelaki-70,835 Perempuan-120,599

Diploma Lepasan Ijazah Lelaki-207      Perempuan-226 Sarjana       Lelaki-12,841      Perempuan-12,688

Ph.D       Lelaki-      2,486      Perempuan-1,396

Bilangan Staf akademik di IPTA bagi sesi akademik 2002/2003

Tutor            1,985

Guru Bahasa      812

Pensyarah      10,241 Prof. Madya      3,203

Profesor            795

Wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 27: pendidikan di malaysia fikri

Universiti ini telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Kampus utamanya terletak di Bangi, Selangor dan bahasa pengantar utamanya ialah bahasa Malaysia. Sehingga kini universiti tersebut telah membuka dua cawangan, pertama Fakulti Perubatan di Kuala Lumpur dan satu lagi di Bukit Padang, Sabah.

Perjuangan untuk menubuhkan universiti ini telah bermula sejak tahun 1920-an apabila A. Kadir Adabi membuat saranan kepada Sultan Kelantan supaya mendirikan sebuah pusat pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. Pada sekitar tahun 1950, KPGMS juga telah membangkitkan perkara yang sama. Berikutan dengan itu pada tahun 1965, Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan bahawa Universiti Malaya yang ada ketika itu boleh menggunakan kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, selepas berlangsungnya Seminar Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967, Universiti Malaya telah mula berminat untuk menggunakan dasar bahasa Melayu salah satu bahasa pengantar utama.

Menjelang tahun 1968, ura-ura penubuhan Universiti Kebangsaan telah menjadi perbualan masyarakat dan beberapa orang tokoh cendekiawan ketika itu seperti Zainal Abidin Abdul Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrain, Zain Abdul Majid dan Ghazali Abdul Rahman telah menggesa kerajaan supaya penubuhan universiti ini disegerakan.

Bertempat di Universiti Malaya pada 15 Mac 1969, satu kongres mengenai penubuhan universiti ini telah diadakan. Keputusan kongres kemudiannya diserahkan kepada Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakob selaku Menteri Pendidikan ketika itu. Pada 18 Mei 1970 impian rakyat Malaysia menjadi kenyataan dengan pengambilan pelajar pertamanya seramai 190 orang yang telah dibuat di Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur.

Sekarang, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mempunyai sebanyak dua belas fakulti, empat pusat dan satu institut. Dengan pengambilan pelajar sesi 88/89 seramai 4,136 orang, Universiti Kebangsaan sekarang telah menampung seramai 11,382 orang penuntut.

Penutup

Sejak awal-awal lagi, diakui bahawa proses pendidikan telah diterima sebagai faktor terpenting dalam mencorak dan menggerakan kelompok manusia. Hal ini semakin ketara terutama sekali apabila kerajaan menyatakan hasrat untuk menerapkan nilai-nilai dan budaya yang sesuai kepada setiap rakyat negara ini sebagai persiapan diri dan negara ini bagi menghadapi zaman 'Iedakan maklumat'.

Ramai di kalangan ahli masyarakat yang melihat pendidikan ini sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam menyediakan tenaga mahir untuk menyambut cabaran masa akan datang. Pada hakikatnya pendidikan ialah merupakan satu usaha memberi arah kepada

Page 28: pendidikan di malaysia fikri

kelangsungan kehidupan dan memperlengkapkan diri anak-anak bangsa untuk menjadi manusia yang berketerampilan. Ini bererti bahawa pendidikan harus berkesan dalam mencapai pengurusan dalam pelbagai bidang umpamanya bidang sains, teknologi, informasi, matematik dan komputer.

Sistem pendidikan berubah mengikut masa dan reformasi pendidikan akan terus berlaku mengikut perubahan zaman. Oleh yang demikian ini membolehkan individu yang lahir ketika itu mempunyai daya tahan dan daya saing yang kuat dan teguh hingga terbentuknya satu bangsa yang merdeka serta berani dan mampu melihat masa depan negara berdasarkan perspektif dan nilai kita sendiri.

BIBLIOGRAFI

1.      Awang Had Salleh (1974). Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.      Ahmad Abd. Ghani b. Hj. Said (1977). Tuan Hussein Kedah, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah. University Malaya.

3.      Abdullah Sani Yahya dan rakan (1990). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Longmans.

4.       Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kiriman berakhir