sejarah folio

21
Kedai Kek Emas yang menjual nasi lemak diusahakan oleh Encik Wong Siow Boo. Kedai ini ditubuhkan pada tahun 1989.

Upload: bixuan-chia

Post on 04-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

abt sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Folio

Kedai Kek Emas yang menjual nasi lemak diusahakan oleh Encik Wong Siow Boo.

Kedai ini ditubuhkan pada tahun 1989.

Sejarah nasi lemak diwujudkan pada zaman Kesultanan Melaka, ada sepasang ibu dan

anak bernama Mak Kuntum dan Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam

Page 2: Sejarah Folio

pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. Oleh sebab itu, Mak Kuntum terpaksa bekerja

untuk menyara kehidupan dia dan anaknya dan kerjanya ialah mengambil upah mengurut. Setiap

awal pagi, Mak Kuntum keluar untuk mencari pelanggan. 

Pada suatu hari, timbul rasa jemu dalam diri seri kerana memasak nasi dengan cara yang

sama. Begitu juga dengan lauk. Kalau tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan

bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Kemudian Seri mendapat idea. Seri mula

memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. 

Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak. Oleh

kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi

nasi tersebut. “Biar bau nasi yang dicampur dengan daun pandan ni dapat membangkitkan selera

mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.” katanya.

Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pulang ke rumah. Seri pun menghidangkan nasi

ciptaannya itu. Terperanjatlah Mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang

hayatnya. “Apa kau masak ni, Seri?” jawapan Seri : “Nasi ler! Mak!” jawab seri berulang kali.

Mak Kuntum bertanyakan lagi kepada seri. Seri menjawap dengan jawapan yang sama : “Nasi le

mak!”, “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”. Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai NASI

LEMAK.

Lokasi kedai Kek Emas ialah KEK EMAS Sdn. Bhd. Ia terletak di 112, Jalan Genuang,

85000 Segamat, Johor Darul Takzim.

Page 3: Sejarah Folio

Kedai ini ditubuhkan pada tahun 1989. Encik Wong telah menggunakan modal sebanyak

RM 100000 dengan bantuan pinjaman dari bank untuk menubuhkan kedai ini. Kedai ini telah

membantu Encik Wong menambahkan pendapatan yang lebih banyak.

Untuk memasak nasi lemak yang lebih sedap, mereka telah menggunakan daging yang

segar, sayur- sayuran segar dan juga nasi import yang wangi. Bahan- bahan yang digunakan ialah

Page 4: Sejarah Folio

beras, santan, daun pandan,

garam halus,dan daun pisang.

Manakala peralatan yang

digunakan ialah mangkuk besar

yang digunakan untuk mengukur

nasi yang diperlukan, mesin memerah santan, periuk nasi, penyodok nasi, dan gas dapur.

Proses untuk menghasilkan nasi lemak ialah cuci beras, tiriskan, campur dengan santan

cair. Selepas itu, masukkan bawang putih, jahe, daun pandan dan garam. Selepas itu, adukkan.

Seterusnya, tuangkan air. Akhirnya, masak hingga beras setengah matang dan air terserap habis,

dan angkat, kukus hingga masak.

Dengan membuat kerja kursus Sejarah, saya mendapati bahawa kegiatan ekonomi

tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia.

Saya sebagai rakyat Malaysia berasa bangga kerana terdapat berbagai-bagai bangsa dan

budaya yang berlainan di Malaysia. Saya akan menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya

bangsa. Saya juga sangat berbangga dengan sejarah Malaysia.

Seterusnya,kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat setia

negara. Saya akan cinta akan bangsa di Malaysia dan juga Negara kita, Malaysia. Melalui kerja

Page 5: Sejarah Folio

kursus ini, saya akan bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Saya juga semakin peka

kepada masalah yang berlaku di Malaysia. Saya berasa bersyukur kerana dapat menjadi

warganegara Malaysia.

Selain itu, semangat kekitaan juga dapat diperkukuhkan melalui kegiatan ekonomi

tradisional. Kita sebagai warganegara Malaysia patutlah bersatu dan berharmoni demi

kesejahteraan nagara kita. Kita juga mesti saling bertolak ansur dan bertoleransi dengan kaum

lain. Bekerjasama dan tolong- menolong antara satu sama lain juga sangat penting dalam usaha

menjaga kesejahteraan negara kita. Kita wajar menghormati orang lain dan juga budaya mereka

yang berlainan. Kita perlu bersefahaman dan bermuafakat dengan kaum lain. Muhibah

merupakan faktor utama untuk mencipta satu masyarakat yang bekerjasama.

Di samping itu, kita perlulah berdisiplin sama ada dalam apa- apa situasi pun. Berdisiplin

bermaksud berakhlak dan berbudi pekerti mulia. Kita juga perlu mematuhi peraturan dan

undang- undang yang lelah ditetapkan. Kita wajib berkelakuan sopan, bertatasusila dan

berhemah tinggi. Kita mestilah bertindak wajar serta bersifat amanah dan jujur. Berdisiplin juga

merupakan berlaku adil dan bertimbang rasa kepada semua bangsa.

Akhir sekali, kita perlu berusasha dan produktif demi mencipta peralatan yang lebih

canggih untuk mempermudah kegiatan ekonomi tradisional. Kita mesti rajin dan gigih serta

berdikari. Kita juga patut bersikap tabah untuk menghadapi apa-apa pun cabaran dan tidak boleh

berputus asa. Selain itu, kita wajib menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan.

Semua rakyat Malaysia perlu berganding bahu membangunkan negara serta berilmu tinggi dan

berketerampilan baik.

Page 6: Sejarah Folio

Kedai Kek Emas telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat dan juga

mempengaruhi keluarga peniaga serta masyarakat setempat.

Kegiatan ekonomi tradisional ini ( nasi lemak ) telah menjadi sumber pendapatan utama

kepada Encik Wong sekeluarga. Selain itu, untuk memenuhi permintaan penduduk setempat,

Encik Wong telah membuka beberapa cawangan di Segamat dan juga memberi perkhidmatan

tempah kepada pelanggannya.

Di samping itu, Kedai Kek Emas sememangnya memberi banyak sumbangan kepada

kawasan setempat. Selain daripada menjual nasi lemak dan makanan tradisional lain, Kedai Kek

Page 7: Sejarah Folio

Emas juga

ada jual

kek- kek

yang terdiri

daripada pelbagai jenis. Ini telah memajukan ekonomi Segamat.

Akhir sekali, Kedai Kek Emas yang sangat memerlukan pekerja telah menyediakan

banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Dengan adanya peluang pekerjaan,

penduduk setempat dapat menyara keluarga mereka dengan sumber pendapatan ini.

Kedai Kek Emas sememangnya memberi banyak sumbangan kepada masyarakat

setempat. Oleh itu, hargailah dan bersyukur kerana adanya kedai ini.

Menurut kepada Encik Wong, apabila beliau mulai mengusahakan kedai ini, beliau telah

menerima banyak cabaran. Antara cabaran yang diterima oleh beliau adalah seperti menerima

cabaran daripada syarikat makanan segera seperti MacDonald, KFC, Marrybrown, dan Macdota.

Kini, kedai beliau pula disaingi oleh kedai- kedai kopitian baru.

Encik Wong telah mendapat bantuan pinjaman daripada bank untuk membantu dia bagi

mengusahakan kedai ini. Beliau juga dapat galakan daripada kerajaan dengan memberi beliau

lesen. Selain itu, Kedai Kek Emas juga mendapat sijil halal sebagai bukti kepada mereka yang

beragama Islam.

Page 8: Sejarah Folio

Kedai Kek Emas mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat. Oleh itu,

Encik Wong telah membuka sebanyak 6 buah cawangan di negeri Johor. Kejayaan ini telah

membanggakan keluarga Encik Wong.

Menurut kepada Encik Wong, beliau mengatakan bahawa beliau akan berkongsi

pengalaman kepada pewaris kerjaya beliau. Beliau juga berharap akan terus mendapat sambutan

yang hangat daripada penduduk setempat. Beliau mengatakan Kedai Kek Emas akan

meningkatkan kualiti makanan mereka untuk memenuhi permintaan penduduk. Beliau kata jika

mempunyai kebolehan, beliau akan membuka cawangan yang lebih banyak di Malaysia sehingga

ke luar negara. Saya berasa amat berbangga kerana Kedai Kek Emas dibuka di Segamat. Saya

juga berharap Kedai Kek Emas dapat mencipta lebih banyak jenis makan- makanan.

Page 9: Sejarah Folio

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, 85000 SEGAMAT,

JOHOR DARUL TAKZIM.

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

SEJARAH 21/2

KERJA KURSUS

KERTAS 2

KAJIAN TENTANG KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL ( NASI LEMAK ) YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT DI

85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

NAMA : CHIA BI XUAN

TINGKATAN : 3 PUTRA 1

Page 10: Sejarah Folio

NAMA GURU : MOHD. FADIL BIN MUSTAFA

BIL TAJUK HALAMAN

1. TAJUK KAJIAN 1

2. SENARAI KANDUNGAN 2

3. PENGHARGAAN 3

4. OBJEKTIF KAJIAN 4

5. KAEDAH KAJIAN 5

6. HASIL KAJIAN 6-12

Page 11: Sejarah Folio

7. RUMUSAN 13

8. LAMPIRAN

9. RUJUKAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Encik Jais bin Saadon kerana memberi saya peluang untuk bersekolah di sekolah ini dan sentiasa memberi saya dorongan serta galakan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah saya kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.

Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada kedua- dua orang ibu bapa saya kerana sentiasa memberi saya semangat dan dorongan kepada saya. Mereka juga sentiasa membawa saya pergi ke tempat kajian.

Jutaan terima kasih kepada pegusaha Kedai Kek Emas, Encik Wong yang telah berbesar hati untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat serta membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada kawan- kawan saya iaitu Tan Jia Yi, Goh Ling Hua, Choo Yin Jia, dan Chong Chui Wen yang banyak memberi bantuan dank omen ketika menyiapka kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak telah membolehkan saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Page 12: Sejarah Folio

Melalui kajian ini, saya dapat:

1. Mengenalpasti sumber- sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapatmemberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.

2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.

3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, masyarakat akan lebih menghargai produk tempatan yang terdapat di negara kita.

Page 13: Sejarah Folio

Untuk menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedahuntuk menyempurnakan kajian ini. Antaranya ialah:

1. Kaedah Temu RamahMelalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual pengusaha Kedai Kek Emas, Encik Wong untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang ini.

2. Kaedah Lawatan dan PemerhatianSaya telah melawat ke Kedai Kek Emas untuk mengkaji bagaimana pengusaha menyediakan nasi lemak. Banyak maklumat yang berguna dapat diperolehi berdasarkan pemerhatian di sini.

3. Kaedah Analisis DokumenSaya juga turut merujuk kepada dokumen-dokumen untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

4. Muat Turun InternetSaya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

Page 14: Sejarah Folio

Saya berasa amat berbangga kerana dapat tinggal di Segamat. Di Segamat, terdapat Kedai Kek Emas yang diusahakan oleh Encik Wong yang menjual makanan tradisional seperti nasi lemak, kek, roti dan sebagainya.

Dengan adanya Kedai Kek Emas, taraf hidup penduduk Segamat dapat ditingkatkan. Sambutan yang hangat daripada penduduk setempat mendorong Encik Wong telah membuka sebanyak dua buah cawangan di Segamat.

Melalui kajian ini, saya dapat menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini juga, saya juga dapat lebih menghargai produk tempatan di negara kita.

Saya berharap kegiatan ekonomi tradisional di Segamat dan juga negara kita akan terus berkembang maju dan tidak akan diabaikan. Selain itu, saya juga berharap Kedai Kek Emas dapat beroperasi dengan baik dan bebas daripada masalah keracunan makanan.

Page 15: Sejarah Folio

1. BUKU ILMIAHTajuk :Siri 10 Menarik di Malaysia

2. Orang SumberNama : Bee Ah BeeUmur : 60Alamat: No 77, Jalan putra 1/17 Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor.

3. Melawat Tempat KajianAlamat:112, Jalan Genuang, 85000, Segamat, Johor.Tarikh : 5 Mei 2013Masa : 2.00 p.m. – 3.00p.m.

4. InternetAlamat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak

http://www. Akidazami.com/2012/06/sejarah-kewujudan-nasi-lemak.htmlhttp://gurukanansmkpn.blogspot.com/2013/02/menulis-penghargaan-anak-anak- yang.html

https://maps.google.com.my/

5. DVD- Cara memasak nasi lemak

Page 16: Sejarah Folio

Buku Ilmiah

-Nor Hafiza Binti Md Desa & Nur Fatin Amalina Binti Jelani, 2013, Siri 10 Menarik di Malaysia, Sri bumi Trading, No.50, Jalan Desa Serdang 12, Taman Desa Serdang, 43300 Sri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Orang Sumber

-Bee Ah Bee, 60, No 77, Jalan putra 1/17 Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor.

Melawat Tempat Kajian

-112, Jalan Genuang, 85000, Segamat, Johor.

Internet

- http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak

http://www. Akidazami.com/2012/06/sejarah-kewujudan-nasi-lemak.html

http://gurukanansmkpn.blogspot.com/2013/02/menulis-penghargaan-anak-anak-yang.html

https://maps.google.com.my/