satu kajian cabaran guru di sekolah · pdf filesatu kajian cabaran guru di sekolah pedalaman...

29
SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trankhanh

Post on 04-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH

MUAR. JOHOR.

MAIZURA BINTI MOHD YUNUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,
Page 3: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,
Page 4: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH

MUAR JOHOR.

MAIZURA BINTI MOHD YUNUS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER , 2008

Page 5: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : MAIZURA BINTI MOHD YUNUS

Tarikh : NOVEMBER 2008

Page 6: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

iii

DEDIKASI

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi

Ayahanda & Bondaku,

Mohd Yunus Bin Samion & Nor’aini Binti Jais

Dengan doa dan restu dari kalian berdua

ku dapat menjejaki diri ke manara gading

Untuk ku mencapai cita-cita dihati.

Kepada ahli keluargaku,

Kak Long, Adek Lia dan Adek Siti

Terima kasih atas segala dorongan, semangat dan bantuan

Yang telah kalian sumbangkan kepadaku selama ini.

Yang dikasihi dan disayangi,

Ayah, Ibu dan Amin Bin Zakariah

Terima kasih diatas segala bimbingan, dorongan dan bantuan

Yang telah kau curahkan kepadaku selama ini.

Buat pembimbing yang dihormati,

Encik Mahyuddin Bin Arsat

Terima kasih di atas segala bimbingan dan tunjuk ajarmu selama ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabatku dari 4 SPJ

Terima kasih diatas segalanya.

Segala memori yang berlaku tidak akan ku lupakan

Selamamya.

Page 7: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, projek sarjana muda ini dapat disempurnakan sebagaimana yang

dirancangkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan

penghargan kepada pensyarah pembimbing, Encik.Mahyuddin Bin Arsat yang

sentiasa menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang

tempoh kajian ini dijalankan.

Seterusnya, ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang

diberikan oleh Guru Besar dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis,

Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah

Kebangsaan Simpang 4, Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat, dan Sekolah

Kebangsaan Parit Bulat Muar yang banyak membantu untuk mengedarkan dan

menjawab soal selidik ini semasa proses kajian ini dijalankan.

Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan

ilmu dan bakti sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Akhir kata, terima kasih

juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam menjayakan dan merealisasikan kajian ini.

Page 8: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

v

ABSTRAK

Profesion perguruan merupakan bidang yang memerlukan guru bertugas di mana

juga penempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada

di kawasan bandar, luar bandar ataupun di pedalaman. Penyelidikan ini bertujuan untuk

mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di kawasan

pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Kajian deskriptif telah digunakan

untuk mengenal pasti empat pembolehubah iaitu faktor sikap individu, keselamatan,

kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur, dan sosiobudaya. Instrumen kajian yang

digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada para guru yang

berlainan sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah

Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang

4, dan Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat. Nilai Alfa Cronbach daripada kajian

rintis yang dijalankan ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor

keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di

daerah tersebut. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi

cabaran guru di pedalaman seperti menyediakan rumah atau kuartes berhampiran

sekolah dan menganjurkan program motivasi untuk melahirkan guru yang cemerlang.

Page 9: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

vi

ABSTRACT

Teaching is a profession which needed a teacher to be allocates or transfered

anywhere whether at urban, suburban, or rural area. The purpose of this research is to

identify the challenges faced by teachers at rural schools in the Muar District, Johore.

Descriptive research were used to identify the four variables which consisted of

individual’s attitude, safety, basic teaching aids and infrastructure, and sosio culture of

the environment. The research instrument questionnaire was used as the research to

different schools which are Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah

Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang

4, and Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat. The Alpha Cronbach for this research

obtained from the pilot study was 0.89. The result indicated that the main challenge for

the teachers teaching at rural areas at the particular district was a security factor. From

this research, several action should be forwarded to overcome challenges faced by rural

teachers such as providing teachers’ quarters nearby the school and organize a

motivation program.

Page 10: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 11: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

viii

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Cabaran 12

1.9.2 Guru 12

1.9.3 Pedalaman 13

1.9.4 Sikap 14

1.9.5 Individu 15

1.9.6 Keselamatan 15

1.9.7 Infrastruktur 15

1.9.8 Sosiobudaya 16

1.10 Penutup 16

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Sikap 18

2.3 Keselamatan 23

2.4 Kemudahan Asas Pengajaran Dan

Infrastruktur

25

2.5 Sosiobudaya 28

2.6 Teori Yang Berkaitan 29

2.6.1 Teori Hirarki Keperluan Maslow 29

2.7 Penutup 31

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Responden Kajian 34

3.4 Tempat Kajian 35

3.5 Persampelan Kajian 35

3.6 Instrumen Kajian 36

Page 12: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

ix

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Prosedur Kajian 42

3.9 Analisis Data 43

3.10 Jangka Masa Kajian 45

3.11 Penutup 46

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Bahagian A- Latar Belakang Responden 48

4.2.1 Responden Mengikut Jantina 49

4.2.2 Responden Mengikut Etnik 49

4.2.3 Responden Mengikut Masa

Perjalanan Dari Tempat Tinggal

Ke Sekolah

50

4.3 Analisis Data 51

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Faktor Sikap

Individu Menjadi Cabaran

Kepada Guru-Guru Yang

Mengajar Di Kawasan Pedalaman

52

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Faktor

Keselamatan Menjadi Cabaran

Kepada Guru-Guru Yang

Mengajar Di Kawasan Pedalaman

56

4.3.3 Persoalan Kajian 3: Faktor

Kemudahan Asas Pengajaran Dan

Infrastruktur Menjadi Cabaran

Kepada Guru-Guru Yang

Mengajar Di Kawasan Pedalaman

59

4.3.4 Persoalan Kajian 4: Faktor

Sosiobudaya Menjadi Cabaran

Kepada Guru-Guru Yang

63

Page 13: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

x

Mengajar Di Kawasan Pedalaman

4.4 Analisis Perbandingan Min 66

4.5 Penutup 67

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan 69

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang

Guru

69

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 70

5.2.2.1 Perbincangan Hasil

Dapatan Yang Diperolehi

Dari Analisis Terhadap

Faktor Sikap Individu

70

5.2.2.2 Perbincangan Hasil

Dapatan Yang Diperolehi

Dari Analisis Terhadap

Faktor Keselamatan

73

5.2.2.3 Perbincangan Hasil

Dapatan Yang Diperolehi

Dari Analisis Terhadap

Faktor Kemudahan Asas

Pengajaran Dan

Infrastruktur

75

5.2.2.4 Perbincangan Hasil

Dapatan Yang Diperolehi

Dari Analisis Terhadap

Faktor Sosiobudaya

77

5.3 Perbincangan Persoalan Kajian Secara

Keseluruhan

79

Page 14: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

xi

5.4 Rumusan 80

5.5 Cadangan 81

5.6 Kajian Lanjutan 82

5.7 Penutup 82

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 15: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah Responden Kajian 34

3.2 Jumlah Sekolah Kajian 35

3.3 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor

Demografi Responden

38

3.4 Bilangan Item Bahagian B 39

3.5 Skala Likert (Lima Mata Skor) 39

3.6 Pekali Alpha Cronbach 42

3.7 Perubahan Skala Likert 44

3.8 Tahap Bagi Setiap Nilai Min 45

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49

4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 49

4.3 Taburan Responden Mengikut Masa Perjalanan Dari

Tempat Tinggal Ke Sekolah

50

4.4 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

Sikap Individu

52

4.5 Analisis Min 55

4.6 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

Keselamatan

56

4.7 Analisis Min 58

Page 16: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

xiii

4.8 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

Kemudahan Asas Pengajaran Dan Infrastruktur

59

4.9 Analisis Min 62

4.10 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor

Sosiobudaya

63

4.11 Analisis Min 65

4.12 Analisis Min Mengikut Pembolehubah Dikaji 66

Page 17: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Bilangan Sekolah Rendah Dan Menengah Yang

Kekurangan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas

27

2.1.1 Sekolah Rendah 27

2.1.2 Sekolah Menengah 27

5.1 Soalan Kajian 1 70

5.2 Soalan Kajian 2 73

5.3 Soalan Kajian 3 75

5.4 Soalan Kajian 4 77

5.5 Persoalan Kajian 1 Hingga 4 79

Page 18: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

RMK - Rancangan Malaysia Ke

SPSS - Statistical Package For The Social Science

Y.A.B - Yang Amat Berhormat

Page 19: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Pengesahan Item Soal Selidik

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

D Surat Pengesahan Ke Sekolah

E Surat Pengesahan Daripada Sekolah

F Surat Pengesahan Pelajar

G Data Alpha Cronbach’s

Page 20: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Untuk mencapai era Wawasan 2020 terdapat dasar-dasar kerajaan yang bersifat

menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat khususnya bidang

ekonomi, politik, sosial, agama, pendidikan dan sebagainya. Dasar ini akan berubah

mengikut pandangan kerajaan, keperluan semasa dan perkembangan antarabangsa yang

bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menurut

acuan sendiri. Istilah maju di sini membawa maksud maju dari aspek ekonomi, politik,

sosial, rohani, budaya dan pendidikan.

Dasar pendidikan kebangsaan merupakan salah satu diantara dasar-dasar

kerajaan yang memfokuskan kepada strategi pendidikan di Malaysia. Dasar ini

dilaksanakan kerana timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat bertapa

pentingnya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem

pendidikan penjajah sebelum merdeka bagi memenuhi kehendak Negara.

Page 21: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

2

Rasional dasar pendidikan ini wujud kerana sebelum merdeka, orang Melayu

menerima pendidikan asas dari sekolah pondok dan sekolah kebangsaan. Masyarakat

Cina pula mengasaskan sekolah Cina Persendirian manakala Sekolah Tamil disediakan

oleh majikan estet dan Kerajaan Inggeris pula memperkenalkan pendidikan rendah dan

menengah Inggeris bagi semua kaum. Oleh yang demikian, kesannya wujud sekolah

berbilang bangsa dan mengikut kaum.

Bagi mencapai objektif dasar pendidikan, ini terdapat beberapa strategi

pelaksanaan yang telah direncanakan iaitu menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai

bahasa pengantar, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi

semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama, mengadakan peluang

pendidikan asas selama sembilan tahun, menyediakan pendidikan rendah mengikut

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) bagi sekolah menengah, memperluaskan pendidikan vokasional dan

teknik, mempelbagaikan dan memperbanyakan kemudahan pendidikan di peringkat

universiti khususnya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan, mempertingkatkan

pendidikan kerohanian, moral dan disiplin, dan menggalakkan aktiviti ko-kurikulum

seperti kadet polis dan tentera.

Bagi menjayakan semua dasar pendidikan ini, guru telah diberikan amanah dan

bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa supaya dapat melahirkan modal insan

yang berguna, bertanggungjawab, serta yang tinggi martabatnya selari dengan apa yang

telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ,

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani,

emosi, dan sahsiah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

Page 22: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

3

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak

mulia, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

Negara.”

Pada 31 Mac 2006, Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan iaitu

rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu

Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan

kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju dari segi

ekonomi, seimbang daripada aspek pembangunan sosial, memiliki warga yang bersatu

padu, berbudaya dan berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan

jauh.

Untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah RMK-9,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006 hingga 2010 (PIPP) yang merupakan pelan pelaksanaan dan telah

dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 16 Januari 2007. Pelan ini telah

menggariskan enam teras utama bagi menjayakan Misi Nasional dalam RMK-9. Dalam

PIPP, enam teras strategik diberi tumpuan iaitu membina negara bangsa,

membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang

pendidikan, memartabatkan profesion keguruan, serta melonjakkan kecemerlangan

institusi pendidikan yang sedia ada. Pelaksanaan PIPP ini menggunakan dua pendekatan

iaitu menyelesaikan tugas yang belum selesai untuk menyamaratakan medan persaingan,

dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan dengan menjana kecemerlangan institusi

pendidikan. Sesungguhnya, bagi melaksanakan PIPP, KPM perlu melipatgandakan

usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Merintis Pembaharuan Satu Misi

Nasional.

Page 23: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

4

Kejayaan PIPP memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada

semua pihak yang berkepentingan dalam dan luar KPM. Segala pelaksanaan

program/projek perlu dilaksanakan secara telus dan terbuka kerana setiap individu

berhak bersuara terhadap kualiti pendidikan yang dihasilkan oleh sekolah. Oleh itu,

KPM telah mengenal pasti indikator prestasi utama untuk setiap teras bagi memudahkan

pemantauan pelaksanaan. Berlandaskan situasi ini serta pengagihan siling peruntukan

yang terbesar kepada pendidikan, KPM komited dalam menyediakan kad laporan

prestasi, dua kali setahun.

Salah satu teras yang terkandung dalam PIPP ini ialah memartabatkan profesion

keguruan. Melalui teras ini, KPM sentiasa berusaha memartabatkan profesion keguruan

supaya kekal dihormati bersesuaian dengan peranan penting para guru dalam

pembangunan modal insan. Sehubungan itu, tiga komponen utama diberi penekanan

dalam teras ini iaitu kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru ( Kad Laporan

Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga 2010).

Teras ini memberi penekanan terhadap kebajikan guru. Seperti yang diketahui,

setakat ini di Malaysia, negara mempunyai seramai 190,336 orang guru disekolah

rendah dan 136,598 orang guru di sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru

berkhidmat di sekolah rendah manakala sejumlah 2,895 guru ialah sekolah menengah

iaitu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan atau

sementara. Jumlah guru yang bertugas di kawasan pedalaman ialah seramai 13, 480

orang guru. Sebelum ini, KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih

dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar

dan pedalaman. Begitu juga bagi memastikan guru terlatih mengikut opsyen

ditempatkan di semua sekolah kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Sehubungan itu dasar

untuk mewajibkan guru-guru yang baru di pendalaman dijangka boleh mengatasi

masalah tersebut. Lebih menarik lagi kementerian telah memutuskan akan menambah

Page 24: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

5

baik insentif dan mewujudkan skim ansuran khusus kepada guru yang berkhidmat di

pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.

(Utusan Malaysia, Sabtu, 17 Jan. 2007).

Selain kemudahan sedia ada yang dimiliki oleh guru-guru sedia ada seperti

Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dan Yayasan Guru Malaysia Berhad

(YGMB), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun

Hussein yang akan berfungsi untuk menjaga segala aspek kebajikan dan pembangunan

guru seperti bantuan khairat, bencana kecemasan, pendidikan anak-anak dan

pembangunan profesionalisme keguruan. (Berita Harian).

1.2 Latar Belakang Masalah

Kementerian Pelajaran Malaysian telah memberi insentif tambahan RM500

hingga RM1,500 untuk guru yang sanggup mengajar lebih lama di luar bandar dan

kawasan pedalaman. Begitu juga peruntukan tambahan RM 2.6 bilion di Semporna,

Sabah menerusi Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar. Semuanya

dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada 2.2 juta orang pelajar dan lebih 14,000

orang guru yang berkhidmat di pedalaman seluruh Negara (Berita Harian, 26 Mac

2007).

Menurut pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi Miri Sarawak,

Shaffiee Dris, pelaksanaan elaun tambahan dan Program Lonjakan Perdana Pendidikan

Luar Bandar akan menjadikan guru akan lebih bermotivasi untuk terus menyumbang

khidmat membangunkan kawasan pedalaman. Memandangkan masih ada guru yang

Page 25: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

6

menyahut cabaran mengajar di pedalaman, pegangan “hidup berkorban bakti disemai “

wajar dipuji. Beliau berkata, bila mengajar di luar bandar setiap guru itu dapat

mengumpul pengalaman unik tidak ternilai. Pokok pangkalnya ialah integriti dan jati diri

guru itu sendiri. Atas kesungguhan dan kesanggupan bersusah payah dengan keperluan

asas yang disediakan kerajaan, hanya guru yang terbilang sahaja mampu menambah

nilai kepada modal insan dari pedalaman. Maka bermaknalah kata-kata ‘guru

berkhidmat cemerlang untuk negara gagah gemilang’.

Sungguhpun demikian, walaupun telah diberi pelbagai keistimewaan namun

masih lagi berlaku isu kekurangan guru di pedalaman. Sekolah-sekolah di pedalaman

merupakan sekolah-sekolah yang sukar mendapat guru-guru terlatih yang mencukupi.

Ada kalanya guru-guru yang dihantar tidak melaporkan diri, sebahagiannya berjaya

merayu dan ditempatkan di tempat-tempat pilihan mereka. Pelajar-pelajar di kawasan

pedalaman ini tidak mendapat pendedahan secukupnya untuk membolehkan mereka

bersaing bagi mencapai kecemerlangan. Terdapat jurang yang begitu ketara dari segi

kemudahan dan peralatan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di bandar.

Untuk menuju era Wawasan 2020 , usaha merapatkan jurang pendidikan bandar

dan luar bandar semakin giat dijalankan. Hal ini kerana, sejumlah 1,517 buah sekolah

rendah dan 68 buah sekolah menengah masih tiada bekalan air awam malah mendapat

sumber air daripada sumber-sumber asli seperti air sungai, dan air telaga. Begitu juga

dengan perancangan kurikulum dan pembangunan perisian yang jauh lebih pantas

daripada pembangunan infrastruktur. Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak

mempunyai bilik sains, dan 42 buah sekolah masih menumpang di sekolah lain. Bagi

sekolah menengah, 138 buah tidak mempunyai makmal komputer, 25 buah tidak

makmal sains dan 26 buah masih menumpang di sekolah lain.

Page 26: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

7

Menurut statistik, pada awal tahun 2000 menunjukkan masih terdapat sekolah di

kawasan pedalaman, terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas. Ketika

itu, terdapat 20.6 peratus sekolah yang tidak mempunyai talian telefon, 86.6 peratus tiak

mempunyai mesin faks, 7.3 peratus tidak mendapat bekalan elektrik dan 24.78 peratus

tidak menerima bekalan air paip awam. Disebabkan kekurangan infrastruktur ini juga

merupakan salah satu faktor penyumbang kepada keengganan guru bertugas di kawasan

pedalaman.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan daripada apa yang dibincangkan dan menjadi persoalan sekarang

ialah kebanyakan guru enggan dan ingkar untuk mengajar di kawasan pedalaman

mengakibatkan masalah kekurangan tenaga pengajar untuk mengajar di sekolah

pedalaman terus berlaku setiap tahun. Ini kerana bilangan guru di kalangan pendidik

yang mengajar di kawasan pedalaman yang masih kecil, pemohonan berpindah ke

tempat asal oleh guru yang telah berkhidmat selama 3 hingga 5 tahun di pedalaman dan

terdapat persaraan di dalam kalangan guru tersebut. Sehubungan itu, dengan

mewajibkan penempatan guru-guru baru untuk berkhidmat di pedalaman dijangka boleh

mengatasi masalah tersebut.

Lebih menarik lagi kementerian telah memutuskan akan menambah baik insentif

dan mewujudkan skim ansura khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain

menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Namun masih terdapat

beberapa guru yang ingkar untuk berkhidmat di kawasan tersebut sehingga

menimbulkan masalah kekurangan guru.

Page 27: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

8

Dalam kehangatan isu keingkaran ramai guru untuk berkhidmat di kawasan

pedalaman, masih ada guru yang sanggup berkorban demi memenuhi tanggungjawabnya

sebagai pendidik. Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya telah dikejutkan dengan

kematian seorang guru Pendidikan Islam yang ditemui mati di Sungai Sagang Kapit,

Sarawak pada 11 Mei lalu di Kampung Air Merah (Berita Harian 2007). Situasi ini

membuktikan keselamatan guru di kawasan pedalaman masih kurang terjamin kerana

kedudukan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain sangat jauh dengan situasi

kekurangan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan sebagainya. Ini menyukarkan

pergerakkan guru untuk menyediakan kemudahan asas pengajaran memandangkan

keadaan kawasan kedai yang sangat jauh dari pedalaman.

Berdasarkan permasalahan tersebut, didapati terdapat beberapa cabaran yang

dihadapi dan sering dilalui oleh guru yang bertugas di kawasan pedalaman sehingga

ianya mempengaruhi keengganan guru lain untuk berkhidmat di kawasan pedalaman.

Situasi ini telah mendorong kepada pengkaji untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang

menjadi cabaran kepada guru di kawasan pedalaman.

1.4 Objektif Kajian.

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang

dihadapi oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman di sekolah-sekolah Daerah

Muar, Johor. Sejauhmana faktor yang disenaraikan di bawah ini merupakan satu cabaran

kepada guru terbabit. Bagi tujuan kajian ini beberapa objektif telah ditetapkan iaitu :-

Page 28: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

9

1.4.1 Mengenal pasti faktor sikap individu menjadi cabaran kepada guru-guru yang

mengajar di kawasan pedalaman.

1.4.2 Mengenal pasti faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang

mengajar di kawasan pedalaman.

1.4.3 Mengenal pasti faktor kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur menjadi

cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

1.4.4 Mengenal pasti faktor sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru yang

mengajar di kawasan pedalaman.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan utama dalam kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti

apakah faktor-faktor yang menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan

pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Berdasarkan kepada objektif kajian,

penyelidik telah mengemukakan empat persoalan kajian seperti berikut :-

1.5.1 Adakah faktor sikap individu menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar

di kawasan pedalaman?

1.5.2 Adakah faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di

kawasan pedalaman?

1.5.3 Adakah faktor kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur menjadi cabaran

kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman?

Page 29: SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH · PDF fileSATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR. JOHOR. MAIZURA BINTI MOHD YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ... ekonomi,

10

1.5.4 Adakah faktor sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di

kawasan pedalaman?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti masalah dan cabaran

sebenar yang dihadapai oleh guru yang berkhidmat di pedalaman. Salah satu faktor ini

mungkin menjadi penghalang kepada guru untuk mengajar di kawasan pedalaman.

Dapatan daripada kajian ini juga amat berguna bagi pihak kerajaan untuk

membuat pembaharuan dalam usaha menyediakan bakal guru agar lebih bersedia dalam

apa jua keadaan terutamanya dari segi ketahanan mental dan emosi.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini adalah terbatas kepada beberapa perkara seperti berikut:

1.7.1 Hanya tertumpu kepada masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru yang

berkhidmat di sekolah-sekolah terpilih di Daerah Muar, Johor.