sajak

6
WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY (Abdul Ghafar Ibrahim) TEMA Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup. MAKSUD SETIAP RANGKAP Rangkap pertama Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya. Rangkap kedua Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain. Rangkap ketiga Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya. Rangkap keempat Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi. Rangkap kelima Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang. Rangkap keenam

Upload: nazimah-ahmad

Post on 05-Dec-2015

329 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SAJAK ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG

TRANSCRIPT

Page 1: SAJAK

WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

(Abdul Ghafar Ibrahim)

 

TEMA

Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap pertama

Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

Rangkap kedua

Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

Rangkap ketiga

Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.

Rangkap keempat

Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

Rangkap kelima

Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.

Rangkap keenam

Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

Rangkap ketujuh

Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

Rangkap kelapan

Page 2: SAJAK

Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

 

PERSOALAN 

1. Kepentingan merancang kehidupan

Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

 

2. Kegigihan untuk menyelesaikan masalah

Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

 

3. Cara menjalani hidup dengan bermanfaat

Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

 

BENTUK SAJAK 

1. Terdiri daripada lapan rangkap2. Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap3. Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris4. Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.

o Rangkap pertama : abaco Rangkap kedua : abaco Rangkap ketiga : abbo Rangkap keempat : abco Rangkap kelima : abcdeo Rangkap keenam : abcbco Rangkap ketujuh : abcdefeo Rangkap kelapan : abcdefghbh

Page 3: SAJAK

 

GAYA BAHASA 

1. sinkof

Contoh :

untuk ku merdekakan warga fikirku yang tak diduga klimaksnya Elakkan dirimu menjadi sia-sia

 

2. hiperbola

Contoh :

hidup menentang senja dan malam aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan

 

3. personifikasi

Contoh :

ombak gelora menampar pantai aman oleh kata yang mengekang oleh kata yang menyerang bagai siang memanggil malam

 

4. repitisi

Contoh :

menghayati skrip demi skrip peristiwa datang peristiwa pergi

 

5. anafora

Contoh :

akuberlatih menangkis angin akuberlatih memunggah awan

Page 4: SAJAK

 

6. responsi

Contoh :

aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan

 7. simile

Contoh :

bagai siang memanggil malam

 

8. metafora

Contoh :

Dalam kebun diriku aku tanam saujana rancangan untuk memerdekakan warga susahku Dalam parlimen diriku untuk ku merdekakan warga fikirku Dalam laut diriku Dalam gergasi diriku Dalam pentas diriku Dalam dewan diriku ke rumah cabaranku Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia

 

9. kata ganda

Contoh :

Elakkan dirimu menjadi sia-sia

 

NILAI

1. Nilai rasional

Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

Page 5: SAJAK

2. Nilai kegigihan

Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

3. Nilai keinsafan

Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

 

PENGAJARAN 

1. Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan

Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

 

2. Kita mestilah memiliki pendirian

Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

 

3. Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri

Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.