sajak tingkatan 3 - keusangan budaya

8
Keusanga n Budaya Muka surat 21

Upload: jolynn-tee

Post on 15-Apr-2017

270 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya

Keusangan

BudayaMuka surat 21

Page 2: Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya

MAKSUD

SAJAK

Page 3: Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya

Rangkap 5: Generasi tua berasa sedih kerana budaya kita semakin dilupakan oleh generasi muda.

Rangkap 1 : Pada zaman dahulu, gadis-gadis duduk dengan bersopan santun dan memakai pakaian tradisional Melayu.

Rangkap 2 : Pemuda-pemuda pada masa dahulu amat rajin bekerja namun tetap mempertahankan nilai-nilai warisan bangsa.

Rangkap 3 : Kini keadaan sudah berubah. Gadis dan pemuda tidak lagi menitikberatkan budaya Melayu. Mereka kurang bersemangat dan tidak produktif.

Rangkap 4: Pemuda-pemudi lebih menggemari muzik Barat hingga menyebabkan muzik dan pakaian tradisional semakin dipinggirkan.

Page 4: Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya

Persoalani. Keindahan dan kesopanan budaya Melayu yang perlu

dipertahankan.ii. Pengaruh budaya asing dalam budaya Melayu.iii. Kecenderungan anak-anak muda terhadap budaya

asing selain melupakan budaya sendiri.iv. Harapan golongan tua agar budaya warisan terus

dipertahankan.

TemaTema sajak ini ialah peranan golongan muda dalam mempertahankan adat dan budaya Melayu

Nada• Melankolik

Page 5: Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya

i. Berbentuk bebas.ii. Terdiri daripada lima rangkap.iii. Bilangan katanya satu hingga lima patah kata

sebarisiv. Terdiri daripada empat hingga empat belas suku

kata sebaris.v. Rima akhir setiap rangkap adalah berbeza. -Contohnya, rima akhir rangkap pertama

ialah aaab manakala rima akhir rangkap kedua ialah abbcc,

Bentuk

Page 6: Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya

 i. Asonansi (pengulangan vokal a)Contohnya, kelihatan sang dara bersimpuh ayu, berbaju Melayu warisan bangsa, menganyam segar.(pengulangan vokal e)Contohnya, bersalut songket tenunan Melayu, meniup seruling bambu.

ii.  Aliterasi (pengulangan konsonan d)Contohnya, Ayahanda bonda di pondok.

Unsur-unsur Bunyi

Page 7: Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya

i. Anafora (pengulangan kata pada awal baris)Contohnya,-kata tiada pada rangkap ketiga baris 2 dan 3-kata tubuh-tubuh pada rangkap ketiga baris 5 dan 6

ii. PersonifikasiContohnya: irama gamat menodai kedamaian, seruling bambu diam keusangan, songket dan batik muram disisihkan.

iii. Inversi (ayat songsang)Contohnya: tiada lagi sang dara ayu

Gaya Bahasa

Page 8: Sajak Tingkatan 3 - Keusangan Budaya

PENGAJARANi. Golongan muda hendaklah mengekalkan warisan pakaian tradisional kita.ii. Golongan muda jangan lah mudah terpengaruh oleh

budaya.iii. Kita mestilah mempunyai jati diri.

Nilaii. KesopananContohnya, memelihara tingkah laku.ii. KerajinanContohnya, sentiasa mengamalkan sikap ringan tulang.iii.BertanggungjawabContohnya, mempertahankan warisan.