sajak sempena hari guru.docx

Upload: hanisah-mohamad

Post on 06-Jul-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 SAJAK SEMPENA HARI GURU.docx

    1/2

    SAJAK SEMPENA HARI GURU

    Tajuk: Sabarlah Cikgu

    Sabarlah Cikgu

    Ketika kerja keranian

    dilonggokkan di mejamu

    Di celahan buku-buku latihan

    anak muridmu ada fail lusuh

    berisi borang ini dan itu

    Sabarlah cikgu

    Ketika pelbagai dasar caca marba

    digalaskan ke pundakmu

    Relakan mereka melucutkan hakmuTanpa rotan di tangan

    Dengan suara bisu

    Teruskan juangmu

    menjunjung ilmu

    Sabarlah cikgu

    Ketika anak-anak itu mencebirkanmu

    Mereka hanyalah kain putih

    yang tercemar lumpur dungu

    Dari tempias cendikiawanyang mengaku tahu

    Persis sang tikus

    membaiki labu

    Sabarlah cikgu

    Ketika tugasan maya

    menghenyakmu tak bermaya

    Tugas hakiki terperenyuk

    di hujung meja

    Pelajar gagal kau yang ditanya

    Sabarlah cikgu

    Ketika kau diludahi

    karenah pentadbiran yang ego

    dan perasan

    Dukung prinsipmu

    biar prestasimu ditekan

  • 8/17/2019 SAJAK SEMPENA HARI GURU.docx

    2/2

    Gaulkan semuanya di pinggan iman

    Hirup hikmahnya biar kau

    semakin KENTAL!!!!

    Sabarlah cikgu...sabarlah

    Luruskan dudukmuGenggam pena ilmu

    Dakap redha Tuhanmu

    Kejayaan pasti menunggu...

    Copy and paste...

    Dedicated to: cikgu2 dlm group ni...