sajak merdeka

18
RIANG RIA MERDEKA Lari dan berlari.. Kanak-kanak berlari mengejar rakan Riang bermain di senja hari Membawa senjata palsu melawan musuh Kononnya berperang menuntut merdeka Adakah mereka kenal erti merdeka? Sorak dan tawa.. Mereka gembira menawan musuh Mendapat bendera tanda mereka menang Bersorak-sorak Melompat-lompat bertepuk tangan Mengibar bendera menjadi tugu negara Bangga berjaya mengalahkan musuh Mereka menjerit mentertawakan yang tewas Mentari melabuhkan tirainya Malam menyusul bersama bulan dan bintang Keheningan malam membangkitkan suasana Penat bermain di siang hari Kini lena diulit mimpi Adik-adikku.. Mengertikah engkau maksud kemerdekaan? Di sebalik bermain perang menentang musuh Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan? Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..

Upload: hazita-hasan

Post on 08-Dec-2015

295 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sajak

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak Merdeka

RIANG RIA MERDEKA

Lari dan berlari..Kanak-kanak berlari mengejar rakan

Riang bermain di senja hariMembawa senjata palsu melawan musuhKononnya berperang menuntut merdeka

Adakah mereka kenal erti merdeka?

Sorak dan tawa..Mereka gembira menawan musuh

Mendapat bendera tanda mereka menangBersorak-sorak

Melompat-lompat bertepuk tangan

Mengibar bendera menjadi tugu negaraBangga berjaya mengalahkan musuh

Mereka menjerit mentertawakan yang tewasMentari melabuhkan tirainya

Malam menyusul bersama bulan dan bintangKeheningan malam membangkitkan suasana

Penat bermain di siang hariKini lena diulit mimpi

Adik-adikku..Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?Di sebalik bermain perang menentang musuh

Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..

Wahai adik-adikku..Hayatilah erti kemerdekaan

Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaanKelak engkau akan faham

Mengapa merdeka perlu dipertahankanMengapa bendera dikibarkan

Page 2: Sajak Merdeka

Mengapa tugu negara dibinaMengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang

Kibarkanlah jalur gemilangTabikla perwira-perwira negara

Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan

Adik-adikku..Bergembirala

BersoraklaBila engkau tahu apa itu kemerdekaan

Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.

Nurkilan   Md.Rz @ Mohd Rozaimie.. Ogos07

Page 3: Sajak Merdeka

NEGARAKU BEBAS MERDEKA

Kini..tiada lagi tangisan insan terseksa

terkapai-kapai lemas mencari daratanberkorban jiwa pertahan negara

penjajah durjana merampas segala50 tahun dahaulu..

stadium merdeka menjadi saksinegaraku merdeka

rakyatku tidak lagi sengsaramenangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..tiada lagi penjajahan..tiada lagi penderitaan..

tiada lagi jeritan penyiksaan..tanah air ditadbir insan bijak bestari..memimpin negara mengukir nama..

Kini..50 tahun sudah merdeka..

negaraku cemerlang, gemilang dan terbilangburung berkicau bebas berterbanganmenjadi tanda negaraku aman daman

Maju berteknologikearah mencapai wawasan 2020.

kugenggam erat amanah pejuang tanah airpertahanlah kemerdekaan

teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaansematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati

semoga kekal selamanyamerdeka tetap merdeka..

Nurkilan Md.Rz..July07

Page 4: Sajak Merdeka

HUJAN MERDEKADi langit Ogos

awan gembira mengkhabarkanhujan merdeka turun lagiuntuk kesekian kalinya

membasahi bumi keramat inidinginnya merangkul perasaan nusasyahdunya menyelimuti hati pembela

damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyidalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan

kukecapi aroma pembangunankukucupi wangian pembebasan

dan telah kuwarnai kanvas jati dirimengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagititisnya menjelajahi hati srikandipertiwi tersenyum menerimamumemeluk janji yang termetarai

harapan yang terkotateguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdekawalau langit Ogos berlalu

titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP""Universiti Malaya"

Page 5: Sajak Merdeka

DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandarkedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua

puluh satusiapa yang ditentang juga jelas

menegakkan keadilan dengan tangan kasarmeja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termanggu melihat kejadianperistiwa yang tidak terlintas di fikiranapakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaankau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarahputih bersih sedap mata memandang

kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampartangannya letih hendak menangani

mereka yang bingung di pentas kebebasantercari-cari nama negeri bumi yang dipijak

sedangkan ladang sudah dibajakbenih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedihaku membina kamu meruntuhkan.

KHADIJAH HASHIMTaman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Page 6: Sajak Merdeka

31 OGOS TIBA LAGI

31 OGOS TIBA LAGISetiap kali tibamu Ogos

mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarahdalam matang akal fikir

semangat dan kudrat masih berbakimerisik khabar pejuang yang jauh

dalam lipatan darmawisata merdekamahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba juamenyentak lolong makrifat membiak musim

ceriteranya berderai plotnya berkecaimengirai skrip duga yang tak sudah

atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdekatanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang

tetap menyimpul senyummeskipun termateri kenangan pahit

yang mahal dan cantik.

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagibersama gemersik angin di bumi bertuah

mendewasakan ukhuwah dan ummahsiap siaga warga berdaulat memahat sejarah

dalam tamadun bangsa yang gah.

Terima kasih pejuang tanah merdekaterima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

WAN ZAHARI WAN ALI,SMK Saujana, Setiu, Terengganu.

Page 7: Sajak Merdeka

KETAATAN DALAM KEMERDEKAAN

KETAATAN DAN KEBERANIANBerjanjilah kami demi keberanian

melalui suara-suara hijazputaran kemerdekaan

menyusur sungai-sungai matikepada insan seikat masyarakat

yang telah bebas.

Dalam sejarah kepahitanmuterselit larian aku anak kecil

dibentuk dalam kelas-kelas rendahhingga ke kamar dewasa

jiwa ini digantung loceng mongellalu direntap-rentap

terbawa-bawa.

Titisan darah ibukupada papan cendana pejal

masih melekat di situdi perigi yang telah terkambus

hanyir masih terbautembuni dalam diam berubah fosil

atas tanah yang merdeka.

Seperti selaluberlarilah kami dengan sebuah bendera kecil

menyamai pemberian hadiah bapamukami menyebut MERDEKA!!!MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

NAFISAMarang, Terengganu

Page 8: Sajak Merdeka

MENYAMBUT MERDEKAMENYAMBUT MERDEKA

Sambutannya berulang lagisaban tahun ia kembali

keranamu Malaysia aku di sinimenabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megahsana sini mencipta indah

namun segelintir tiada endahsatukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercintapejuang bersusah untuk merdeka

jangan siakan apa yang adasayangilah tumpah darah kita.

ZAINAL ABIDIN AHMADBTP

012-2855100

Page 9: Sajak Merdeka

POKOK BANGSA

POKOK BANGSA ITU ADALAH KITAAnak merdeka alaf baru!

antara bunga mimpi dan tragedidalam membina generasi globalisasi

bukanlah semudah menciptacerita kosong di kedai kopi

atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.

Anak merdeka alaf baru!tanamlah, semailah, bajailah

anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggidemi generasi dan agama

mentafsir wawasan membina jati dirimeraih akar dalam tunjang diri

menegak pepohon yang merendangkandedaun semangat.

Anak merdeka alaf barusiramkanlah falsafah minda

jangan biarkan kering dan matikerana pokok bangsa itu adalah serumpun

kerana pokok bangsa ituadalah kita yang merdeka.

AMYLIA HUSSAINJambatan Merdeka, Sg. Petani

Page 10: Sajak Merdeka

Rumah Usang

Kata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan;

Tapi sebenarnya,

Negara itu rumah,

Dan rakyat ahli keluarganya…

Mungkin rumah kita ini sudah usang,

49 tahun usianya, dan ada yang bertanya

Apa perlunya diagungkan rumah yang usang?

Barangkali kita lupa,

Zaman kita dibodohkan oleh british,

Kata-kata manis, taburan janji,

kita dihina di tanah sendiri.

Mungkin juga kita lupa,

Pada kemarau yang dibawa

Dari terik matahari jepun.

Kita menjadi abdi ditanah sendiri,

Betapa peritnya bila difikirkan kembali.

Dan kita terlupa,

Setelah terbenam si matahari,

13 malam kita lalui,

Gelap gelita semuanya,

Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,

Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa,

Hanya dari 3 butir bintang…

Mungkin benar, rumah kita sudah usang,

Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata,

Page 11: Sajak Merdeka

jangan kita lupa,

Rumah usang ini dibina dari darah keringat,

Air mata dan derita.

Kata orang, melayu mudah lupa,

Tapi sebenarnya,

Melayu, Cina India,

Kita semua memang mudah lupa.

Page 12: Sajak Merdeka

TRAGEDI DULU

KINI KIAN HALUS MERAPATI KITA

Bumi ini pernah diulit tragedi

mimpi ngeri berdarah

deritanya hingga ke tulang sendi

Anak-anak dulu takut pada pedang

dari Matahari Terbit

Anak-anak dulu gementar pada senapang

dari Barat yang jauh

Kini semua ini

usahkan gentar

malah menjadi suatu kebanggaan

terucap di lidah

pada tubuh-tubuh

pada mata dan budaya

Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita

kita tentang dengan minda merdeka

Namun hari ini,

mereka menjajah minda anak-anak kita

Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita

menjadi benteng kemerdekaan?

Tragedi dahulu,

kini perlahan-lahan

halus, diam, merapati kita

bersahabat dengan minda anak-anak kita.

Amiene Rev (C) 2007

Page 13: Sajak Merdeka

SAYANGKAH KITA PADA NEGARA?

Sayangkah kita pada negara?

atau pada diri kita?

Keluarga kita?

Anak-anak kita, jika ada?

Sanak saudara kita, jika ada?

Agama kita, jika ada?

Tanah tanih kita?

Sudah semestinya ada!

Sayangkah kita pada negara?

Merdeka negara merdekakah kita?

Jika ya, buang karat-karat Barat!

Kita rakyat Timur,

jangan gementar genggaman kita

Page 14: Sajak Merdeka

kuat berpegang pada apa

janji kita pada darah kita.

Nukilan: Amiene Rev (C) 2007

MERDEKA DALAM TANGISAN DARAH

Negara kita bebas dengan bayaran darah

dengan janji-janji yang menjadi korban

dengan kata telus pembakar api harmoni

Jiwa berbeza bangsa bersatu dalam hati

Namun hari ini kita rasa kita merdeka

Page 15: Sajak Merdeka

Sedangkan nenek moyang kita telah abdi

Pada janji yang mencetus tangis darah

Darah mereka dibiar mengalir sia-sia

Angkara kita rapuh biar minda dijajah

Dan moyang kita terus menangis

Biar negara kita maju

Dan moyang kita tetap terus menangis

Kerana Melayu dan adatnya sudah jauh

semakin lama meninggalkan kita

Di mana adab apabila berdepan orang tua?

Di mana adab apabila berkunjung ke rumah orang?

Di mana adab apabila berdepan dengan Tok Ketua?

Page 16: Sajak Merdeka

Di mana adat menjunjung budaya?

Nenek moyang kita menangis lagi...

Kita sambut merdeka dalam tangisan darah.