sajak kelahiran

3
Sajak Kelahiran -------------------------- Dari aku setitis air mani yang bernama nutfah, Dari aku segumpal darah yang bernama khalakah, Dari aku segumpal daging yang bernama mudghah, Dikumpulkan ciptaan kami dalam rahim ibu, Kemudian diutuskan malaikat kepadamu, Lalu ditiupkan roh ke jasadmu, Wahai malaikat, tulis, tulis, tulis......, Apakah hujung hayatnya mati husnul khatimah, Apakah hujung hayatnya mati suul khatimah, Sesungguhnya syurga itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang baik, Sesungguhnya neraka itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang jahat, "Tuhanku, aku bukanlah layak untuk syurgaMu, Tetapi aku tidak pula kuat menannggung siksa nerakaMu, Dari itu, kurniakanlah keampunan kepadaku, Ampunikanlah dosa-dosaku, Bahawasanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa yang besar," Kemudian, lahirlah bayi ini, Kemudian, lahirlah makhluk ini, Kemudian, lahirlah hamba Allah ini, Kemudian, lahirlah khalifah Allah di muka bumi ini, Kemudian, lahirlah aku makhluk Allah yang bernama manusia!!!, Tangisan bayi di bawah kelopak keheningan sujud, Kenapa engkau menangis anak?, Demikian tiap manusia dilahirkan, Tidak terlepas dari kutukan syaitan terkutuk, Demikian hari pertama manusia lahir bersama tangisan, Demikian manusia kembali kepada Allah bersama TANGISAN !!!!!!!!!! Kelahiran Insan. Sejurus dengar tangis sendu sukma berbisik syahdu mengungkap kebesaran Tuhan melingkari makna sebuah kelahiran.

Upload: vira-hashim

Post on 05-Aug-2015

208 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak Kelahiran

Sajak Kelahiran--------------------------

Dari aku setitis air mani yang bernama nutfah,Dari aku segumpal darah yang bernama khalakah,Dari aku segumpal daging yang bernama mudghah,Dikumpulkan ciptaan kami dalam rahim ibu,Kemudian diutuskan malaikat kepadamu,Lalu ditiupkan roh ke jasadmu,

Wahai malaikat, tulis, tulis, tulis......,Apakah hujung hayatnya mati husnul khatimah,Apakah hujung hayatnya mati suul khatimah,Sesungguhnya syurga itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang baik,Sesungguhnya neraka itu sehasta sahaja jaraknya dengan amalanmu yang jahat,

"Tuhanku, aku bukanlah layak untuk syurgaMu,Tetapi aku tidak pula kuat menannggung siksa nerakaMu,Dari itu, kurniakanlah keampunan kepadaku,Ampunikanlah dosa-dosaku,Bahawasanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa yang besar,"

Kemudian, lahirlah bayi ini,Kemudian, lahirlah makhluk ini,Kemudian, lahirlah hamba Allah ini,Kemudian, lahirlah khalifah Allah di muka bumi ini,Kemudian, lahirlah aku makhluk Allah yang bernama manusia!!!,

Tangisan bayi di bawah kelopak keheningan sujud,Kenapa engkau menangis anak?,Demikian tiap manusia dilahirkan,Tidak terlepas dari kutukan syaitan terkutuk,

Demikian hari pertama manusia lahir bersama tangisan,Demikian manusia kembali kepada Allah bersama TANGISAN !!!!!!!!!!

Kelahiran Insan.

Sejurus dengar tangis sendusukma berbisik syahdu

mengungkap kebesaran Tuhanmelingkari makna sebuah kelahiran.

Tatkala ibu ayahmenatap kasih wajah suci

menzikirkan dengan kalimah Illahibisikan iman menyelimuti diri

dengan alunan azan dan iqamahbuat membina aqidah

pada insan baru di alam syahadah.

Page 2: Sajak Kelahiran

Datar nikmat ini ditapakiteroka segala isi alam

dengan matlamat seorang insan;memakmurkan dunia

memimpin keamanan sejagatdengan taburan mawar islamikmengharumi ujana kehidupan

penghiasnya seorang insaninsan baru.

Maka, kelahiran disyukuriinsan dinanti , hadir ke bumi

penuh pasti , dengan izin Illahi.

Babah dan ummi tujukan sajak ini.. istimewa untuk anak-anak babah dan ummi.. sempena hari ulang tahun kelahiran kalian..

Anakku dengarlah ayahmu bermadah.. sebagai nasihat untukmu semasa hayat masih di badan.. sebelum ayah memejamkan mata sebagai ingatanku dan kenanganmu..

Anak-anakku yang tercinta

Jika kamu alim.. jadilah obor kepada semesta..

Jika kamu jahil.. bernaunglah di bawah cahaya..

Jika kamu kaya.. jadilah bank kepada masyarakat

Jika kamu miskin.. berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu.. hindarlah dari meminta-mintasupaya terpelihara keizzahanmu.. Biarlah kamu miskin dengan Tuhanmu, kaya dengan manusia..

Jika kau saudagar.. jauhilah riba.. betulkan timbangan.. berbuat adillah dalam berjual beli..

Jika kamu perlu.. mintalah kepada Tuhanmu agar manusia tidak menghinamu..

Jika pemimpin.. jadilah payung kepada umatnya.. rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin.. serahkanlah kepada kebijaksanaan ketuamu..

Jika kamu pejuang.. banyakkan mengingati Tuhanmu.. hadapilah musuh.. jangan melampaui balasan-batasannya..

Jika kamu menderita.. tersiksa.. berserahlah kamu.. itu tanda 'basyar' dari Tuhan.. Tuhan kasih padamu.. kasih Tuhan itu lebih besar dari kasih seorang ibu kepada anaknya...