sajak fragmen sebuah kehidupan

2
SAJAK FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN Maksud Sajak Rangkap 1: Dadah merupakan musuh utama negara yang merosakkan jiwa dan menyebabkan kematian. Rangkap 2: Dadah membawa keburukan kepada banyak pihak seperti negarawan, seniman, olahragawan, jutawan, sasterawan, bijak pandai dan pejuang. Rangkap 3: Dadah telah menghancurkan istitusi keluarga. Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah. Hal ini bermakna, dadah telah menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara. Rangkap 4: Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan, penulis memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan iman. Matlamatnya agar cita-cita untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang maju akan tercapai. Rangkap 5: Nasihat penulis ialah masih banyak yang menanti pada masa akan datang. Oleh itu, mereka perlulah bijak memilih jalan yang betul dan menghindari jalan yang salah. Tema Tema sajak ini ialah dadah membawa banyak kemusnahan kepada banyak pihak. Persoalan (a) Kerosakan jiwa dan kematian akibat dadah. (b) Penyalahgunaan dadah mampu merosakkan pelbagai lapisan masyarakat. (c) Peranan generasi muda dalam membangunkan negara. (d) Kekuatan iman mampu menangkis pengaruh negative. (e) Kebijaksanaan dalam memilih antara yang baik dengan yang keji. Nada Sinis. Bentuk (a) Berbentuk bebas. (b) Terdiri daripada lima rangkap. (c) Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua mempunyai lapan baris, rangkap ketiga mempunyai tujuh baris, rangkap keempat mempunyai tujuh baris dan rangkap kelima mempunyai empat baris. (d) Bilangan katanya satu hingga sembilan patah kata sebaris. (e) Terdiri daripada dua hingga dua puluh enam suku kata sebaris. (f) Rima akhir rangkap pertama ialah aaaa, rima akhir rangkap keduaialah abbbbbbb, rima akhir rangkap ketiga ialahaaabaca, rima akhir rangkap keempat ialah abcdaee dan rima akhir rangkap kelima ialah abcc. Unsur-unsur Bunyi (a) Asonansi. (pengulangan vokal a). Contohnya: dewa sa mengeja r cita -cita , Sa ha ba tku segenera siku.

Upload: khamini-dilly-kannan

Post on 03-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sajak

TRANSCRIPT

SAJAK FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN

Maksud SajakRangkap 1: Dadah merupakan musuh utama negara yang merosakkan jiwa dan menyebabkan kematian.Rangkap 2: Dadah membawa keburukan kepada banyak pihak seperti negarawan, seniman, olahragawan, jutawan, sasterawan, bijak pandai dan pejuang.Rangkap 3: Dadah telah menghancurkan istitusi keluarga. Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah. Hal ini bermakna,dadah telah menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.Rangkap 4: Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan, penulis memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan iman. Matlamatnya agar cita-cita untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang maju akan tercapai.Rangkap 5: Nasihat penulisialah masih banyak yang menanti pada masa akan datang.Oleh itu, mereka perlulah bijak memilih jalan yang betul dan menghindari jalan yang salah.

TemaTema sajak ini ialah dadah membawa banyak kemusnahan kepada banyak pihak.

Persoalan(a)Kerosakan jiwa dan kematian akibat dadah.(b)Penyalahgunaan dadah mampu merosakkan pelbagai lapisan masyarakat.(c)Peranan generasi muda dalam membangunkan negara.(d)Kekuatan iman mampu menangkis pengaruh negative.(e)Kebijaksanaan dalam memilih antara yang baik dengan yang keji.

NadaSinis.

Bentuk(a)Berbentuk bebas.(b)Terdiri daripada lima rangkap.(c)Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua mempunyai lapan baris, rangkap ketiga mempunyai tujuh baris, rangkap keempat mempunyai tujuh baris dan rangkap kelima mempunyai empat baris.(d)Bilangan katanya satu hingga sembilan patah kata sebaris.(e)Terdiri daripada dua hingga dua puluh enam suku kata sebaris.(f)Rima akhir rangkap pertama ialahaaaa, rima akhir rangkap keduaialahabbbbbbb, rima akhir rangkap ketiga ialahaaabaca, rima akhir rangkap keempat ialahabcdaeedan rima akhir rangkap kelima ialahabcc.

Unsur-unsur Bunyi(a)Asonansi. (pengulangan vokala). Contohnya:dewasamengejar cita-cita, Sahabatku segenerasiku.(pengulangan vokali) Contohnya:marikita pilih jalan lurus ke syurga, rimba didepan kita masih luas terbentang.(pengulangan vokalu) Contohnya:bekalkan akukudrat iman yang tulus, kautidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga.(b)Aliterasi. (pengulangan konsonann). Contohnya:yang penuh onak dan duri.(pengulangan konsonanr). Contohnya:tegarmemburu negara jaya.(pengulangan konsonant). Contohnya:sepertitercatatdalam sejarah.

Gaya Bahasa(a)Anafora (pengulangan kata pada awal baris). Contohnya: frasaadalah dadah itupada rangkap pertama baris 2,3 dan 4; frasaangkara dadah telah mati seorangpada rangkap kedua baris 2,3,4,5,6,7 dan8.(b)Metafora. Contohnya:lorong hidup, lorong hitam, laut masa depan.(c)Sinkope. Contohnya:kau, mu, ku.(d)Inversi (ayat songsang). Contohnya:adalah dadah itu perosak jiwa, angkara dadah telah mati seorang sasterawan.(e)Simile. Contohnya:seperti tercatat dalam sejarah.Penggunaan katasepertimerupakan unsur simile bagi sajak ini.

Nilai(a)Rasional. Contohnya, bijak memilih jalan yang baik dan menghindarkan jalan yang keji.(b)Bertanggungjawab. Contohnya, mempunyai kesedaran untuk memberikan nasihat kepada rakan-rakan agar berhati-hati memilih jalan hidup.(c)Patriotisme. Contohnya, berusaha untuk memajukan negara dan tidak mahu dadah menghancurkan negara.(d)Ketakwaan. Contohnya, memohon petunjuk daripada Tuhan.

Pengajaran(a)Kita jangan sesekali terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah yang akan membawa kehancuran.(b)Sejarah keruntuhan sebuah empayar akibat dadah perlulah dijadikan iktibar.(c)Kita perlulah berusaha sambil memohon pertolongan daripada Tuhan.(d)Kita perlulah menasihati rakan-rakan agar tidak menjadi mangsa dadah.(e)Kita perlulah gigih berusaha untuk memajukan negara.