sajak akar

12
Sajak Akar Sajak "Akar" karya Hilmi Rindu merupakan sajak yang perlu diberi perhatian. Sajak ini menyuntik kesedaran kepada kita, betapa besarnya peranan ibu bapa dan anak-anak harus memahami hakikat tersebut. Sajak ini memang menarik kerana gaya bahasanya padat sesuai dengan penyusunan idea dan gambaran yang ingin disampaikan oleh penyajak. AKAR Ibu bapa adalah akar hidup kita bukan sekadar tangga untuk naik dan turun ibu bapa adalah tunjang yang paling dalam tanpa mereka kita tidak mengenal alam. Akar bagi pohon adalah penentu kesuburan meskipun tidak dirasa akarlah yang mengutuhkan segala ibu bapa bagi kita adalah penentu kewujudan meskipun tidak dikenang merekalah yang menyempurnakan jalan. Anak-anak yang dikasihi kasihilah ibu bapa sebagaimana mereka mengasihi sayangilah ibu bapa sebagaimana mereka menyayangi mereka tidak meninggalkan sedikit pun kecuali rasa kasih sayang mereka terhadap kita. Ibu bapalah akar dalam kehidupan yang meneguhkan pohon di mana pun tempat tumbuh rapuh akar maka rapuhlah hidup kita mereka bukanlah sekadar tangga atau titian mereka malah memberi tanpa mengharap balasan.

Upload: zainol-muda

Post on 26-Nov-2015

89 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak Akar

Sajak Akar

Sajak  "Akar" karya Hilmi Rindu merupakan sajak yang perlu diberi perhatian. Sajak ini menyuntik kesedaran kepada kita, betapa besarnya peranan ibu bapa dan anak-anak harus memahami hakikat tersebut. Sajak ini memang menarik kerana gaya bahasanya padat sesuai dengan penyusunan idea dan gambaran yang ingin disampaikan oleh penyajak.

AKAR

Ibu bapa adalah akar hidup kitabukan sekadar tangga untuk naik dan turunibu bapa adalah tunjang yang paling dalamtanpa mereka kita tidak mengenal alam.

Akar bagi pohon adalah penentu kesuburanmeskipun tidak dirasaakarlah yang mengutuhkan segalaibu bapa bagi kita adalah penentu kewujudanmeskipun tidak dikenangmerekalah yang menyempurnakan jalan.

Anak-anak yang dikasihikasihilah ibu bapa sebagaimana mereka mengasihisayangilah ibu bapa sebagaimana mereka menyayangimereka tidak meninggalkan sedikit punkecuali rasa kasih sayang merekaterhadap kita.

Ibu bapalah akar dalam kehidupanyang meneguhkan pohon di mana pun tempat tumbuhrapuh akar maka rapuhlah hidup kitamereka bukanlah sekadar tangga atau titianmereka malah memberi tanpa mengharap balasan.

Analisis Sajaka) Gaya bahasa sajak.Gaya bahasa pengulangan kata dimanfaatkan dengan ketara. Terdapat anafora (pengulangan kata pada awal baris), responsif (pengulangan kata pada tengah baris) dan repitisi (pengulangan kata).Anafora - cth :mereka bukanlah sekadar tangga atau titian

Page 2: Sajak Akar

mereka malah memberi tanpa mengharap

Responsif - cth :kasihilah ibu bapa sebagaimana mereka mengasihisayangilah ibu bapa sebagaimana mereka menyayangi

Repitisi - cth : rapuh akar maka rapuhlah hidup kitaSimbolik - cth : Akar, tangga, titianPerbandingan terus - cth : Ibu bapa adalah akar hidup kitaSaya percaya pelajar tahu mengapa contoh itu bukan simile. Tentu sahaja kerana perkataan bandingan adalah yang digunakan bukannya, umpama, bak, atau seperti.

b) Tema sajakAda yang menganggap tema sajak itu ialah kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak. Kita perlu mendalami emosi dan motif penyajak melalui cara penyampaiannya yang mengharapkan kita memahami hakikat kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa dan seterusnya, menghargai mereka. Maka, tema yang tepat ialah penghargaan atau sanjungan terhadap kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

c) Kemukakan nilai dalam sajak.Nilai kasih sayang (kecuali rasa kasih sayang mereka), nilai mengenang jasa (tanpa mereka kita tidak mengenal jalan) dan nilai keikhlasan (mereka malah memberi tanpa mengharap balasan) jelas mendasari sajak ini.

Page 3: Sajak Akar

Sajak – Kalau Kita menjadi kayu

TemaTema yang terdapat dalam puisi ini ialah kepentingan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Contohnya:Kalau kita menjadi kayubiarlah jadi gaharu atau cendanawangi dan bernilai tinggi

Persoalan Persoalan kebijaksanaan memilih jalan hidup. Contohnya:Kalau kita menjadi kayubiarlah jadi gaharu atau cendana wangi dan bernilai tinggi

Persoalan menjaga harga diri. Contohnya: Jika terpaksa, cukuplah jadi kayuasal punya harga diri

Persoalan kesetiaan kepada bangsa dan tanahairsampai sanggup jadi huluyang rela diperkuda kapakhingga tergamak menetakkaum sendiri

Persoalan berbuat bakti dan kebaikan semasa hidupatau paling tidakjika terpaksa, cukuplah jadi kayu apiasal punya harga diri

Persoalan tidak bertindak terburu-buru dan merugikan diri sendiricuma, jangan pula nantisampai sanggup jadi huluyang rela diperkuda kapak

BentukTerdapat dua rangkap.

Page 4: Sajak Akar

Jumlah baris dalam rangkap tidak sama. Contohnya;R1 - 6 barisR2 - 9 baris

Jumlah perkataan dalam baris tidak samaContoh : Terdapat antara 2 hingga 6 patah perkataan sebaris. Kaum sendiri - 2 patah perkataanJika terpaksa, cukuplah jadi kayu api - 6 patah perkataan

Jumlah sukukata dalam baris tidak seimbangContoh Terdapat di antra 5 hingga 14 suku kata sebaris. Ka/um/ sen/di/ri - 5 suku kataJi/ka/ ter/pak/sa,/ cu/kup/lah/ ja/di/ ka/yu/ a/pi - 14 suku kata 

Rima puisi ini bebas iaitu:R1 - abcdccR2 - aababaccb

Kesimpulannya puisi ini berbentuk bebas

 NadaSinis. Contohnya;cuma, jangan pula nantisampai sanggup jadi huluyang rela diperkuda kapakhingga sanggup menetakkaum sendiri. 

Perasaan dan SikapKesal dan marah. Contohnya:cuma, jangan pula nantisampai sanggup jadi huluyang rela diperkuda kapak

Berhati-hati. Contohnya:seperti cengal, keruing atau merantiitu juga pilihanmucuma, jangan pula nantisampai sanggup jadi hulu 

Page 5: Sajak Akar

Mengharapkan kejujuran dan keikhlasan serta jati diri yang tinggicuma, jangan pula nantisampai sanggup jadi huluyang rela diperkuda kapakhingga tergamak menetakkaum sendiri. 

BahasaPemilihan diksi yang mudah difahami. Contohnya:Kalau kita menjadi kayu

Unsur alam. Contohnya kayu, cendana, gaharu

Simile. Contohnya:seperti cengal, keruing atau meranti

Personifikasi. Contohnya:yang rela diperkuda kapak 

Sinkof. Contohnya; itu juga pilihanmuatau mu

Unsur BunyiAsonansi iaitu ulangan bunyi vokal ‘i’. Contohnya:wangi dan bernilai tinggi 

Aliterasi iaitu ulangan bunyi konsonan ‘k’. Contohnya:Kalau kita menjadi kayu 

Rima akhir tidak sama atau bebas. Contohnya:Rangkap 1 : abcdcc

Page 6: Sajak Akar

Rangkap 2 : aababaccb

Terdapat jeda di tengah-tengah baris. Contohnya:Kalau kita / menjadi kayu

NilaiHarga diri. Contohnya:Jika terpaksa, cukuplah jadi kayu apiasal punya harga diri. 

Kebijaksanaan. Contohnya:Kalau kita menjadi kayubiarlah jadi gaharu atau cendanawangi dan bernilai tinggi 

PengajaranKita hendaklah sentiasa menjaga harga diri agar dihormati oleh orang lain. Contohnya:jika terpaksa, cukuplah jadi kayu apiasal punya harga diri.

Page 7: Sajak Akar

TEMA

Kebimbangan terhadap keadaan dunia yang tidak aman.Contoh:kedewasaan ketika manusia semakin takut kerana di setiap sudut benua ini tidak lagi sejuk

PERSOALANPersoalan manusia bukanlah sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.Contoh:Terlalu mustahil untuk menjalin bilah-bilah usia menjaedi sebidang tikaryang teranyam indah. 

Persoalan usia yang semakin meningkat untuk mencari kedamaian hidup.Contoh:Usiaku yang semakin gersang dari menadah suci embun 

Persoalan pergolakan yang berlaku di serata dunia menjejaskan kedamaian hidup.Contoh:kerana di setiap sudut benua ini tidak lagi seluk 

Persoalan kebimbangan terhadap hidup yang semakin mencabar.Contoh:kerana mungkin terdapat bilah-bilahnya yang serong dan warna kesumbanya ada yang cerah dan indah berubah warna

BENTUK

Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap

Jumlah baris tidak sama:R1 – 5 baris

Page 8: Sajak Akar

R2 – 6 barisR3 – 8 baris

Jumlah perkataan antara 3 hingga 7 patah perkataan sebaris.Contoh:Yang teranyam indah – 3 patah perkataanAda yang cerah dan indah berubah warna – 7 patah perkataan

Jumlah suku kata antara 6 hingga 17 suku kata dalam satu baris.Contoh:Yang teranyam indah – 6 suku kataKedewasaan ketika manusia semakin takut – 17 suku kata

Rima bebas:R1 - abcdR2 -abcdecR3 -abcddded

Kesimpulannya puisi ini berbentuk bebas.

NADA

Melankolik Contoh:Kedewasaan ketika manusia semakin takut kerana di setiap sudut benua ini tidak lagi sejuk 

PERASAAN DAN SIKAP

Perasaan kesal/ takut/ bimbangContoh:Lalu kita terpaksa berlari mencari akar dan pucuk dunia 

Sikap waspada, berhati-hati Contoh: Terlalu mustahil untuk menjalin bilah-bilah usia menjadi sebidang tikar yang teranyam indah

GAYA BAHASA

Page 9: Sajak Akar

Asonansi - (ulangan bunyi vokal ‘a’)Di halaman rumah mungkin bilah-bilah 

Aliterasi - (ulangan bunyi konsonan ‘l’)Terlalu mustahil untuk menjalin 

Diksi yang indah dan puitis Yang teranyam indah 

Unsur alam Embun, daun-daun kering, akar

Metafora Pucuk dunia

Hiperbola Mencari akar dan pucuk dunia 

Perlambangan Daun-daun kering, melambangkan usia yang semakin lanjut

NILAIKeinsafanPenyajak berasa insaf dengan keadaan dunia yang semakin tidak tenteram Contoh: kedewasaan ketika manusia semakin takut kerana di setiap sudut benua ini tidak lagi seluk 

Berwaspada Penyajak menyeru supaya kita berwaspada dengan keadaan hidup yang semakin mencabar.Contoh: lalu kita terpaksa berlari mencari akar dan pucuk dunia 

KeyakinanWalaupun dunia semakin kelam-kabut, kita diminta mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berdepan dengan masalah hidup.Contoh : lalu kita terpaksa berlarimencari akar dan pucuk dunia

Ketakwaan

Page 10: Sajak Akar

Sebagai manusia hendaklah sentiasa mengingati kematianContoh : usiaku yang semakin gersang

PENGAJARAN

Manusia hendaklah insaf dengan pergolakan yang berlaku di dunia pada masa kini dan mengambil ikhtibar daripadanya.Contoh: kedewasaan ketika manusia semakin takut kerana di setiap sudut benua ini tidak lagi seluk 

Kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam mengharungi cabaran hidup pada masa ini.Contoh: kerana mungkin terdapat bilah-bilahnya yang serong dan warna kesumbanya 

Kita hendaklah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengatasi semua masalah yang dihadapi.Contoh: lalu kita terpaksa berlari mencari akar dan pucuk dunia 

Hendaklah mengingati matiContoh : usiaku yang semakin gersang

Page 11: Sajak Akar