isu dan cabaran institusi masjid dalam pembentukkan sahsiah remaja di era globalisasi dan cadangan...

20
SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010) 1 ISU DAN CABARAN INSTITUSI MASJID DALAM PEMBENTUKKAN SAHSIAH REMAJA DI ERA GLOBALISASI DAN CADANGAN PENYELESAIANNYA Oleh: Abdul Razak Abd Muthalib (Kolej Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur) Mohd Khairil Anwar Abd Latif (Kolej Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur) Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof (Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) Abstrak Institusi masjid merupakan institusi yang memainkan peranan sangat penting di dalam kehidupan masyarakat Islam. Tetapi pada masa kini fungsi masjid dilihat tidak lebih hanya sebagai tempat mendirikan solat lima waktu sahaja. Ini sangat berbeza dengan fungsi masjid di zaman Rasulullah s.a.w. di mana ianya pusat segala aktiviti kehidupan. Tindakan Nabi s.a.w. membina masjid sebagai langkah pertama yang dilakukannya sebaik sahaja tiba di Madinah membuktikan dan menjelaskan perkara ini. Antara cabaran yang dihadapi oleh Insitutusi Masjid di Era Globalisasi ini ialah peranannya dalam pembentukan syakhsiah remaja. Remaja merupakan aset Negara pada masa akan datang, jika golongan ini bermasalah akan menyebabkan kesan yang negatif kepada Negara. Umumnya pengajaran dan pembelajaran di institusi masjid pada masa kini kurang atau tidak mengambil berat terhadap peranannya dalam menarik golongan muda ini khususnya remaja. Kelemahan dari sudut pengajaran, antaranya isi kandungan penyampaian yang tidak mencapai piawaian yang sepatutnya serta tidak bersesuaian dengan kehidupan masyarakat, khususnya golongan remaja di era globalisasi ini. Akhirnya merebak kepada kelemahan di dalam sistem pembelajaran yang hanya terhad kepada cara-cara yang tertentu sahaja. Kertas kerja ini akan mengkaji pelbagai sudut peranan yang mesti dimainkan oleh sebuah institusi masjid dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ini. Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dikaji dan diperbaiki sekiranya didapati padanya sebarang kelompangan yang akan membantutkan peranan institusi ini secara keseluruhannya.

Upload: ezry-fahmy

Post on 27-Jul-2015

2.435 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kertas kerja ini akan mengkaji pelbagai sudut peranan yang mesti dimainkan oleh sebuah institusi masjid dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ini. Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dikaji dan diperbaiki sekiranya didapati padanya sebarang kelompangan yang akan membantutkan peranan institusi ini secara keseluruhannya.

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

1

ISU DAN CABARAN INSTITUSI MASJID DALAM PEMBENTUKKAN SAHSIAH REMAJA DI

ERA GLOBALISASI DAN CADANGAN PENYELESAIANNYA

Oleh:

Abdul Razak Abd Muthalib

(Kolej Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur)

Mohd Khairil Anwar Abd Latif

(Kolej Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur)

Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof

(Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF)

Abstrak

Institusi masjid merupakan institusi yang memainkan peranan sangat penting di dalam

kehidupan masyarakat Islam. Tetapi pada masa kini fungsi masjid dilihat tidak lebih hanya

sebagai tempat mendirikan solat lima waktu sahaja. Ini sangat berbeza dengan fungsi masjid di

zaman Rasulullah s.a.w. di mana ianya pusat segala aktiviti kehidupan. Tindakan Nabi s.a.w.

membina masjid sebagai langkah pertama yang dilakukannya sebaik sahaja tiba di Madinah

membuktikan dan menjelaskan perkara ini. Antara cabaran yang dihadapi oleh Insitutusi Masjid

di Era Globalisasi ini ialah peranannya dalam pembentukan syakhsiah remaja. Remaja

merupakan aset Negara pada masa akan datang, jika golongan ini bermasalah akan

menyebabkan kesan yang negatif kepada Negara. Umumnya pengajaran dan pembelajaran di

institusi masjid pada masa kini kurang atau tidak mengambil berat terhadap peranannya dalam

menarik golongan muda ini khususnya remaja. Kelemahan dari sudut pengajaran, antaranya isi

kandungan penyampaian yang tidak mencapai piawaian yang sepatutnya serta tidak

bersesuaian dengan kehidupan masyarakat, khususnya golongan remaja di era globalisasi ini.

Akhirnya merebak kepada kelemahan di dalam sistem pembelajaran yang hanya terhad kepada

cara-cara yang tertentu sahaja. Kertas kerja ini akan mengkaji pelbagai sudut peranan yang

mesti dimainkan oleh sebuah institusi masjid dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ini.

Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dikaji dan diperbaiki sekiranya didapati padanya

sebarang kelompangan yang akan membantutkan peranan institusi ini secara keseluruhannya.

Page 2: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

2

Tujuan Kertas Kerja

Kertas kerja ini secara keseluruhannya bertujuan untuk melihat apakah isu-isu dan cabaran

yang dihadapi oleh institusi masjid dalam usaha pembentukan syakhsiah remaja dan beberapa

cadangan penyelesaiannya.

Objektif Kertas Kerja

Bagi mencapai tujuan di atas, secara khususnya kertas kerja ini bertujuan untuk mencapai

objektif berikut:

Mengenal pasti peranan utama institusi masjid di sisi Islam

Mengenal pasti realiti peranan yang dimainkan oleh institusi masjid pada masa sekarang

Mengenal pasti isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh institusi masjid dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat golongan

remaja

Mengenal pasti langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh institusi masjid dalam usaha

menarik minat golongan remaja

Fungsi dan Peanan Masjid Dalam Islam

Tujuan utama penciptaan manusia ini ialah supaya manusia mengabdikan diri kepada Allah. Di

dalam Islam, masjid merupakan suatu institusi mulia yang digunakan oleh umat Islam untuk

beribadah bagi membuktikan ketaatan dan pengabdian yang ikhlas kepada Allah. Allah s.w.t

berfirman yang bermaksud. “Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat

kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-

sama Allah”.1

Jadi, masjid adalah tempat untuk beribadah. Ibadah di sini bukan beerti solat semata-mata,

tetapi mencakupi ruang lingkup ibadah yang lebih luas. Inilah fungsi utama masjid seperti yang

dijelaskan di dalam firman Allah yang bermaksud, "Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan

nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya

dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat

memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya,

yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati

1 Surah al-Jin, ayat 18.

Page 3: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

3

Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya

berbalik-balik hati dan pandangan."2

Menurut Abd al-Rahman bin Nasr al-Sa’di (2005), ketika menghuraikan ayat ini beliau

menyatakan ”termasuk di dalam maksud ”supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama

Allah padanya” ialah dengan ditunaikan solat sama ada fardhu atau sunat, membaca al-Quran,

bertasbih, bertahlil dan zikir-zikir yang lain,proses pengajaran dan pembelajaran,

bermuzakarah, iktikaf dan ibadat-ibadat lain yang boleh dilakukan di masjid...”.

Jelas bahawa fungsi masjid seperti yang dijelaskan oleh ayat ini bukan hanya untuk ditunaikan

solat semata-mata, tetapi mencakupi seluruh aspek ibadah yang lain. Dalam erti kata lain, ia

merangkumi segala aktiviti umat Islam yang boleh membentuk nilai ketakwaan. Di atas dasar

inilah Rasulullah menjadikan agenda membina masjid sebagai perkara pertama yang dilakukan

selepas baginda sampai di Madinah. Justeru, fungsi utama masjid ialah sebagai sebuah

institusi umat Islam yang berusaha membentuk dan memupuk nilai taqwa di dalam diri umat

Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,"Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang

dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid (Quba) yang didirikan

atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang

padanya...".3

Oleh sebab itu, peranan yang dimainkan oleh masjid nabawi yang dibina oleh Rasulullah s.a.w

bukan sekadar sebagai tempat untuk ditunaikan solat semata-mata. Masjid di zaman Rasulullah

telah berfungsi sebagai nadi penggerak ummah ketika itu. Menyentuh tentang hal ini, menurut

Halimaton Saadiah (1997), ”Daripada perjalanan kehidupan Rasulullah s.a.w, umat Islam perlu

mengambil iktibar bahawa masjid boleh berfungsi lebih daripada apa yang biasa dianggap kini,

iaitu masjid sebagai rumah ibadat bagi umat Islam”.

Kemudian, beliau menyenaraikan beberapa fungsi yang telah dimainkan oleh masjid di zaman

Rasulullah s.a.w:

1) Fungsi Ibadah: Solat berjemaah lima kali sehari semalam merupakan tonggak

segala aktiviti lain.

2) Pusat pengajaran dan pembelajaran

2 Surah Al-Nur, ayat 36-37. 3 Surah At-Taubah, ayat 108.

Page 4: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

4

3) Pusat Pentadbiran

4) Pusat Kehakiman: Penduduk Madinah mengajukan masalah-masalah mereka

kepada Rasulullah s.a.w di masjid dan Baginda juga telah menyelesaikan banyak

pertelingkahan di masjid.

5) Pusat Penerangan dan Maklumat: Khutbah memainkan peranan yang penting bagi

menyalurkan ilmu, maklumat dan nasihat.

6) Pusat Perhubungan: Rasulullah bukan sahaja mengadakan perhubungan dengan

sahabat-sahabat baginda bahkan melayani rombongan dan pengunjung-pengunjung

bukan Islam dengan baik.

7) Pusat Kebajikan: Golongan fakir miskin ditempatkan di suatu ruang dalam masjid

Nabawi.

8) Pusat Rawatan dan Kecemasan: Selepas peperangan khususnya, mereka yang luka

turut dirawat di masjid.

9) Pusat Interaksi Masyarakat

Berdasarkan Muhammad (2007) pula, fungsi masjid ketika zaman Rasulullah s.a.w merupakan

tempat penyebaran dakwah dan ilmu Islam. Masjid juga dijadikan tumpuan dan pusat bagi

sebarang penyelesaian masalah individu dan masyarakat. Walaupun bertempatkan masjid yang

serba sederhana, ianya digunakan oleh Rasulullah s.a.w untuk menerima dan berjumpa dengan

duta-duta asing, dan tempat yang mana pemimpin-pemimpin Islam bersidang selain digunakan

sebagai madrasah dan tempat pengajian bagi menuntut ilmu tentang ajaran Islam. Ketika

menggambarkan fungsi utama masjid selain tempat ibadat, Muhammad (2007) berkata:

“Sejarah masjid Quba di Madinah menjadi bukti sebagai institusi pendidikan

apabila ianya didirikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri sebagai medium untuk

baginda s.a.w memberi khutbah dan halaqah sementara para sahabat duduk

mengelilingi baginda dan melakukan soal jawab berkaitan urusan agama sehari-

hari. Begitulah juga fungsi dan peranan masjid-masjid utama yang lain seperti

Masjid Nabawi, Masjidil Haram, Masjid Kufah, Masjid Basrah dan banyak lagi”

(p.220-221).

Melihat kepada fungsi yang dimainkan oleh institusi masjid pada zaman Rasulullah ini,

kemungkinan ia suatu yang sukar untuk diaplikasikan keseluruhannya kepada masjid-masjid

yang ada sekarang. Tetapi, sejauh manakah institusi masjid sekarang; dengan kapasiti

Page 5: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

5

kemampuan yang ada, telah memaksimumkan fungsinya supaya ia benar-benar menjadi nadi

pengerak umat? Justeru, apakah realiti fungsi masjid pada masa kini?

Realiti Fungsi Masjid Pada Masa Kini

Institusi masjid merupakan satu aset penting dalam sejarah kebangkitan Islam. Sebagai salah

satu pusat yang berperanan penting kepada simbolik wilayah Islam, institusi masjid terus

berfungsi sebagaimana fungsi-fungsinya yang universal. Dalam era globalisasi ini, fungsi dan

peranan institusi masjid dituntut supaya berperanan lebih luas sesuai dengan peredaran masa.

Tidak wajar institusi masjid yang dahulunya menjadi pusat pengembangan syiar Islam

dikecilkan skopnya sebagai hanya sekadar rumah ibadat semata.

Dalam usaha memakmurkan masjid, Ghafani Awang Teh (2008) mencadangkan beberapa

langkah praktikal antaranya:

“Menyediakan maklumat berkenaan sejarah penubuhan masjid, menyediakan

senibina yang menarik, persekitaran yang bersih dan ceria, kemudahan tandas

yang selesa, menyediakan risalah mengenai Islam dan fungsi –fungsi dalaman

masjid, menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa,

menjalankan promosi yang luas kepada masyarakat setempat dan pelancong

asing, menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong dan menyediakan

ruangan pameran serta galeri.”

Di Malaysia khususnya, kita tidak dapat menafikan keindahan seni bina masjid-masjid yang

memaparkan budaya dan etnik masyarakat setempat. Masjid-masjid seperti Masjid Negara,

Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapong-Tengku Tengah

Zaharah Kuala Terengganu, Masjid Kristal Jerteh Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar,

Masjid Kg Laut Kelantan, Masjid Ulu Melaka Melaka dan lain-lain semestinya memukau para

pelancong asing yang datang ke Malaysia. Adapun tujuan menjadikan institusi masjid sebagai

destinasi pelancongan yang menjadi matlamat utama kebanyakan pihak dikhuatiri tersasar

daripada fungsi asal kewujudan masjid.

Hal ini adalah kerana kewujudan dan pembinaan masjid dilihat lebih menfokuskan kepada seni

binanya yang bakal mengkagumkan para pelancong daripada pengisian rohani dan kesan yang

boleh dilakukan kepada masyarakat setempat. Perbelanjaan jutaan ringgit untuk membina

masjid dengan tujuan bermegah-megah adalah satu perbuatan yang sia-sia, membazir dan

Page 6: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

6

menunjukkan sifat yang berlebih-lebihan sekiranya orang yang memakmurkannya pula hanya

sedikit. Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

" Tidak akan datang kiamat sehingga manusia bermegah-megahan dalam membangun masjid"4

Sikap berlebih-lebihan ini kadang-kala dilihat menyerupai kaum Yahudi ataupun Nasrani dalam

membangunkan tempat ibadat mereka, lebih besar belanja dan keluasannya, lebih tersohor

nama masjid tersebut. Ibnu Abbas berkata: “Sungguh kalian akan memperindah dan

menghiasinya (masjid) sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani memperindah dan

menghiasi tempat ibadah mereka.”5 Maka tidaklah harian apabila ramai pihak sehingga kini

masih meragui masjid-masjid di Malaysia perihal fungsi dan peranannya dalam mencontohi

kegemilangan institusi masjid pada zaman kegemilangan Islam walaupun telah menelan

belanja yang besar.

Selain itu, masjid di sesetengah kawasan di Malaysia juga dilihat dijadikan tempat perkumpulan

(serta tarikan pelancong) kerana terdapat kuburan orang-orang ternama di dalam perkarangan

masjid. Perkara ini kurang diberi perhatian oleh jabatan agama Islam negeri (JAIN) walhal ianya

perkara yang boleh merosak fungsi utama institusi masjid sebagai tempat ibadat, bukannya

makam perkuburan. Hatta ianya hanya kuburan orang biasa yang ditanam di perkarangan

masjid apatah lagi perkuburan yang akhirnya dibangunkan masjid di atasnya adalah satu

kesalahan dari aspek fekah dan dikhuatiri mampu merosakkan akidah umat Islam.

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan agar tidak menempatkan kubur di perkarangan masjid

kerana ianya merupakan perbuatan Yahudi dan Nasrani, ianya juga dari sudut hikmah demi

mengelak menjadi sarana mempersekutukan Allah s.w.t dengan para penghuni kuburan-

kuburan tersebut, yang mana diantara akibatnya, orang-orang berkeyakinan bahawa para

penghuni kuburan yang dikuburkan di masjid-masjid itu boleh memberikan syafaat, manfaat dan

sebagainya. Hal ini jelas berbeza dengan Masjid Nabawi yang dibesarkan daripada keluasan

asal demi menampung jemaah yang semakin ramai.

Tidak keterlaluan anggapan bahawa perkara ini dipandang enteng oleh jabatan agama Islam

negeri (JAIN) apabila masih banyak kelihatan masjid-masjid yang terdapat kuburan di

perkarangan masjid dewasa ini tanpa ada sebarang tindakan diambil. Ada juga yang

4 Sahih Al-Jami As-Shagir 6 : 174, hadis no. 7298 5 Sahih Bukhari, Kitab As-Solah, Bab Bunyanil Masajid jld. 1 hal. 539.

Page 7: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

7

mengambil kesempatan menggunakan kuburan orang-orang ternama yang berada di

perkarangan masjid sebagai salah satu promosi kepada masjid berkenaan.

Antara masjid yang terkenal yang boleh dijadikan contoh dalam isu ini ialah Masjid

Melayu,Bandar Taiping (Masjid Lama Taiping), Masjid Pondok Upeh,Balik Pulau, Masjid

Kampung Kling,Melaka, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Mengabang Telipot, Masjid

Langgar, Masjid Kampung Telaga Nenas, Masjid Tok Selehor, dan banyak lagi. Mengapa ianya

menjadi isu yang penting untuk dibangkitkan ialah kerana fungsi utama masjid sebagai tempat

ibadat tercemar dengan keadaan ini apabila sudah jelas amaran Allah melalui firmanNya yang

bermaksud, “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka jangalah

kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah”6.

Di samping isu dan peranan masjid masa kini, kita juga tidak dapat menafikan wujud

sesetengah masjid yang bijak dalam menggunakan dana-dana yang diperolehi dalam

melaksanakan program atau aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Sepertimana yang dinyatakan

oleh Jaafar et. (2001) bahawa masjid juga berfungsi sebagai penerima sumbangan harta fizikal

dalam pelbagai bentuk termasuklah peralatan hinggalah tanah dan bangunan yang diwakafkan

oleh pihak-pihak tertentu. Oleh itu apabila semua sumbangan dana dan harta yang diwakafkan

ini digabungkan, maka sebahagian masjid itu mempunyai dana dan harta yang besar nilainya.

Apa yang menjadi kerisauan semua pihak ialah apabila banyak harta wakaf masjid yang terbiar

tanpa diusahakan untuk mendatangkan faedah yang diharapkan.

Perkara ini perlu diambil serius supaya fungsi masjid itu berkembang sesuai dengan peredaran

zaman dan pihak pengurusan masjid dituntut bersifat kreatif dan inovatif dalam merancang

aktiviti dan hala tuju masjid sebagai pusat pengembangan syiar Islam seperti yang pernah

diterajuinya suatu masa dahulu dan sehinggalah hari ini. Masjid tidak seharusnya hanya

bertumpu pada hal ehwal ibadat semata, contohnya wujud beberapa masjid yang hanya

mengisi jadual aktiviti bulanan mereka dengan solat hajat secara berjemaah pada isu-isu yang

dirasakan perlu, atau bacaan yasin dan tahlil yang dibuat secara mingguan dan lain-lain aktiviti

tanpa merancang program-program yang mampu lebih mendekatkan masyarakat terutamanya

remaja dengan masjid.

6 Surah Al-Jin, ayat 18.

Page 8: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

8

Jaafar et. (2001) berpandangan bahawa, “Jawatankuasa yang mempunyai kemahiran

pengurusan yang tinggi dijangka akan dapat merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang

menarik dan mampu melibatkan anggota masyarakat keliling dalam usaha memakmurkan dan

memuliakan masjid”(p.12).

Masjid juga berperanan sebagai pusat penyampaian maklumat dan kesedaran kepada

masyarakat melalui program atau aktiviti yang dijalankan selain adanya fungsi khutbah yang

disampaikan secara mingguan dalam metod yang lebih formal. Melalui program atau aktiviti

mingguan atau bulanan yang dibuat mampu menarik minat golongan tertentu untuk

mendekatkan diri mereka dengan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid. Antara program atau

aktiviti dari sudut sosial yang dianjurkan oleh masjid di sekitar ibu kota ialah seperti kelas

pengajian al-Quran, kelas taekwondo, program pengurusan rumahtangga, seminar-

seminar,khidmat sosial dan kaunseling keluarga atau kemusykilan agama dan sebagainya.

Pengajaran dan Pembelajaran di Masjid: Isu dan Cabaran Dalam Pembentukan Syakhsiah Remaja

Antara fungsi penting yang dimainkan oleh institusi masjid dari dahulu hingga sekarang ialah

sebagai tempat penyebaran ilmu dan pendidikan. Proses ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti

kuliah mingguan, ceramah, forum dan sebagainya. Cuma, berdasarkan pemerhatian rambang

yang dilakukan di kebanyakan masjid, aktiviti-aktiviti ini kurang mendapat sambutan dari

kalangan remaja.

Menurut Mohd Yusof Othman (1997), “Buat masa ini, majlis ilmu yang dijalankan oleh pihak

masjid rata-ratanya hanya dijalankan melalui majlis “baca kitab”, yakni suatu majlis membaca

(kadang-kadang tanpa mengulas) kitab-kitab lama tertentu yang muktabar oleh ulamak tertentu

pada setiap minggu atau bulan. Kegiatan sebegini harus diteruskan. Kita tidak menafikan

kepentingan majlis seperti ini, tetapi keberkesanan dan kemampuan majlis seperti ini untuk

mengajak lebih ramai golongan remaja dan bukan untuk orang-orang pencen sahaja perlulah

dikaji. Majlis ilmu seperti ini yang mana identitinya merupakan “kelab orang-orang pencen atau

majlis taubat” sahaja perlu diubah agar imejnya menjadi lebih dinamik dan progresif”.

Justeru, inilah antara isu dan cabaran penting yang perlu diambil kira oleh pihak pengurusan

masjid supaya golongan remaja lebih dekat dengan masjid dan berminat untuk hadir aktiviti-

aktiviti masjid. Apabila golongan remaja berminat untuk hadir ke masjid, barulah agenda

Page 9: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

9

tarbiyah dan pembinaan syakhsiyah dapat dilaksanakan. Oleh itu, perkara pertama yang perlu

difikirkan ialah bagaimana untuk menarik minat para remaja untuk hadir ke masjid, kemudian

barulah proses pembinaan syakhsiah itu dapat dilaksanakan.

Dalam merealisasikan perkara ini, sistem pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai oleh

institusi masjid mestilah dikaji dan diperhalusi agar ianya bertepatan dengan kehidupan

masyarakat berdasarkan peredaran zaman dan tempat. Tindakan tidak berperanan atau kurang

mengambil berat peranan institusi masjid terhadap golongan remaja ini akan menyebabkan

kerugian kepada masyarakat Islam dan dunia Islam secara keseluruhannya. Isu-isu yang wajar

diperhatikan dan diperbaiki dari sudut pengajaran supaya selari dengan keperluan zaman kini,

antaranya ialah:

1- Tenaga pengajar

Sistem pembelajaran secara terbuka seperti kuliah-kuliah pengajian, ceramah dan yang

seumpamanya yang dilakukan di dalam masjid merupakan suatu tradisi di dalam sistem

pengajian ilmu Islam yang diwarisi semenjak zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah ke hari ini.

Kuliah-kuliah ini merupakan tempat masyarakat menimba ilmu khususnya ilmu yang berkaitan

dengan hukum-hakam Islam sama ada berbentuk fardhu ain atau fardhu kifayah.

Tenaga pengajar atau guru merupakan faktor yang sangat penting dalam memainkan

peranannya menyampaikan dakwah serta menasihati masyarakat. Penyampaian yang efektif

dan berkesan terutamanya kepada golongan remaja adalah satu faktor yang mampu menarik

mereka mendekati masjid. Jika ditinjau kebanyakkan masjid yang ada di negara kita sekarang

ini, tenaga pengajar juga termasuk imam-imam masjidnya terdiri daripada mereka yang telah

berusia lanjut sehinggakan cara dalam penyampaian kuliah, ceramah dan juga khutbah lesu

dan tidak bermaya. Apabila mereka menghuraikan sesuatu masalah atau memberikan sesuatu

contoh, maka huraian atau contoh yang diberikan itu tidak sesuai dengan realiti kehidupan

remaja masa sekarang. Kesannya menyebabkan golongan remaja ini tidak berminat untuk

mendengarnya.

Ini tidak bermaksud untuk mengatakan usia yang lanjut itu tidak diperlukan lagi, bahkan

sebahagian mereka yang lanjut usianya itu kaya dengan pengetahuan dan pengalaman serta

masih bersemangat dalam misi dakwahnya. Cuma, tindakan yang mungkin boleh diambil oleh

tenaga pengajar ialah mempelbagaikan cara penyampaian mereka agar sesuai juga untuk

diterima oleh golongan remaja. Lihatlah kepada ‘uslub’ atau cara yang digunakan oleh

Page 10: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

10

Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai ucapan dan penyampaianya. Jabir bin Abdillah ketika

menyifatkan cara Nabi sewaktu berkhutbah meriwayatkan: “Nabi s.a.w. apabila baginda

berkhutbah, merah kedua matanya, kuat suaranya, bertambah kemarahannya sehinggakan

baginda seolah-olah sedang memberikan peringatan kepada tentera.”7

Di ketika yang lain pula al-Irbadh bin Sariyah meriwayatkan: “Pada suatu hari setelah selesai

daripada solat subuh Rasulullah s.a.w. memberikan peringatan kepada kami dengan suatu

peringatan yang mengalirkan air-air mata, dan menggentarkan hati-hati. Berkata seseorang:

Peringatan ini seperti peringatan perpisahan…”.8

Kedua-dua hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap penyampaian yang dibuat

haruslah meraikan keadaan dan orang yang mendengarnya. Dalam usaha untuk menarik

golongan remaja untuk mendengar sesuatu penyampaian, hendaklah cara penyampaian

tersebut sesuai dengan jiwa mereka. Sesebuah institusi masjid juga tidak harus mengenepikan

peranan pendakwah-pendakwah muda. Termasuk juga jawatan sebagai imam, khatib dan

muazzin yang seharusnya diberikan sedikit ruang kepada golongan muda supaya golongan

remaja ini lebih senang untuk didekati kerana jarak usia yang tidak terlalu berbeza.

Dari satu faktor yang lain, sikap sesetengah penceramah, tenaga pengajar atau pihak

pengurusan masjid sendiri yang terlalu cepat melabel dan menghukum golongan remaja

dengan persepsi yang negatif juga dilihat sebagai salah satu faktor kenapa remaja tidak

berminat untuk hadir ke kuliah-kuliah di masjid. Sebagai contoh, bayangkan apa perasaan

remaja jika dia pergi mendengar kuliah dan si ustaz mengatakan di dalam kuliahnya ayat-ayat

seperti: “Remaja-remaja sekarang semuanya telah rosak…”, atau “Remaja sekarang sudah

tidak boleh diharapkan lagi… dan sebagainya. Adakah sikap penceramah sebegini akan

mendekatkan lagi remaja dengan masjid atau pun sebaliknya?.

2- Bahan Pengajaran

Perkara yang paling penting dalam sistem pengajaran ialah bahan atau kandungan pengajaran

itu sendiri. Ianya suatu bahan pengisian yang membentuk dan mempengaruhi pemikiran serta

tindakan seseorang. Jika pengisian yang diguna pakai itu suatu pengisian yang baik dan

7 Sahih Muslim, kitab al-Jumuah, bab Takhfif al-Solat wa al-Khutbah, no: 1435. 8 Sunan Al-Tirmizi, Kitab al-Ilm an Rasulillah, bab Ma Ja’a fi al-Akhzi bi al-Sunnah wa ijtinab al-Bida’, no: 2676, beliau berkata hadis ini Hasan Sahih.

Page 11: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

11

berkualiti, maka ia akan melahirkan jiwa-jiwa yang berkualiti dan begitulah sebaliknya. Bahan

pengajaran inilah yang dinamakan sebagai ilmu, dan Islam amat mementingkan perkara ini.

Terdapat tenaga pengajar yang mengajar di masjid-masjid menggunakan bahan-bahan yang

tidak mencapai piawaian yang Islam mahukan. Islam mewajibkan setiap perkara yang hendak

disampaikan menepati fakta agama iaitu nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Selain itu

Islam juga turut mengiktiraf kajian sains dan perubatan.

Kehadiran tenaga pengajar yang tidak mementingkan keaslian dan kesahihan fakta terhadap

bahan-bahan yang disampaikannya, disebabkan dua faktor. Pertama ialah mereka tidak ada

suatu metodologi yang kukuh dalam memperolehi ilmu dan maklumat, menyebabkan mereka

tidak dapat menapis dengan baik segala maklumat yang mereka perolehi dari sudut keaslian

dan kesahihannya. Kedua ialah faktor sikap, iaitu seperti merasa diri sudah sangat berilmu,

malas untuk membuat kajian, hanya berpada dengan maklumat yang sedia ada dan

sebagainya. Antara bahan-bahan pengajaran yang dikenal pasti tersebar dan disampaikan oleh

tenaga pengajar atau penceramah-penceramah yang tidak mencapai piawaian ilmu yang

dikehendaki oleh Islam ialah:

a) Penggunaan hadis-hadis dhaif (lemah) dan maudu’ (palsu)

Perkara ini berlaku apabila para pengajar atau penceramah tidak menitik beratkan ilmu hadis

terutamanya ulum al-hadith atau mustolah al-hadith. Ilmu ini bertujuan menyiapkan seseorang

pengajar dengan ilmu untuk menyaring hadis-hadis yang hendak disampaikan kepada

masyarakat sama ada hadis tersebut boleh digunakan atau tidak. Sebahagian mereka mungkin

telah pun mempelajarinya tetapi oleh kerana tidak mengambil berat dalam masalah ini atau

kerana mereka sendiri tidak memahaminya menyebabkan perkara ini tersebar di dalam sistem

pengajaran dan pembelajaran di masjid khususnya.

Menurut Mariam Mohamed (2004), yang telah mengkaji hadis-hadis dari koleksi khutbah

Jumaat Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, beliau mendapati bahawa daripada 102 hadis

yang dikaji, 32 (31.3%) adalah hadis dhaif, 6 (5.9%) amat dhaif, 8 (7.8 %) adalah palsu.

Menurut Jawiah Dakir (2009) yang memetik kajian yang dibuat oleh Rosmani A. Hamid (2005)

pula, dalam kajian beliau terhadap hadis-hadis yang terdapat dalam beberapa khutbah Jumaat

negeri Melaka, beliau mendapati bahawa daripada 131 hadis yang dikaji, terdapat 27 hadis

adalah dhaif, 6 (4.5 %) amat dhaif, dan 12 (9.16 %) palsu, manakala 7 (5.34 %) tidak dapat

Page 12: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

12

dikesan sumbernya. Ini bermakna sebanyak 45 (34.35 %) hadis dalam teks khutbah pilihan

tidak boleh dijadikan hujah.

Kesimpulan yang dibuat oleh Jawiah Dakir (2009) bahawa diantara faktor berlakunya

penyebaran hadis-hadis yang tidak sahih dari kelangan para penceramah ialah keghairahan

mereka untuk mengajak manusia ke arah kebaikan tanpa membuat rujukan terlebih dahulu,

sikap mengambil mudah dengan tidak menyemak semula kesahihan bahan yang ingin

diajarkan, kurang merujuk kepada kitab-kitab hadis, pembelajaran ilmu hadis yang tidak

mendalam dan kurangnya terjemahan kitab hadis.

Hadis-hadis yang lemah dan palsu ini memberikan kesan yang buruk terhadap kefahaman dan

imej Islam serta boleh menjauhkan golongan remaja dari mendekati masjid. Antara contoh-

contoh hadis lemah dan palsu yang sering disampaikan oleh golongan penceramah atau di

tampal di dinding-dinding masjid ialah:

1- Hadis yang melarang kanak-kanak hadir ke masjid “Jauhkanlah masjid-masjid kami dari

kanak-kanak dan orang-orang gila”.9

Hadis ini merupakan hadis yang lemah. Imam al-Baihaqi berkata: hadis ini tidak sahih, Ibn al-

Jauzi juga menghukumkannya tidak sahih. Berkata Imam al-Bazzar selepas meriwayatkannya

daripada Ibn Mas’ud: Tidak ada asal dari hadisnya.10 Kelemahan hadis ini juga dinyatakan oleh

Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani.11

Hadis ini telah menyebabkan kanak-kanak disisihkan apabila mereka hadir ke masjid sehingga

saf mereka juga diasingkan jauh dari saf dewasa. Perkara ini boleh meninggalkan kesan

kepada kanak-kanak tersebut apabila mereka merasa disisihkan dan sering dimarahi. Akhirnya

apabila mereka meningkat ke alam remaja mereka tidak berminat untuk ke masjid. Yang

benarnya ialah jika saf dewasa masih terdapat kekosongan, hendaklah dipenuhkan dengan

kanak-kanak. Inilah yang dinyatakan oleh Imam Khatib al-Syarbini al-Syafi’e.12 Begitu juga

hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Dawud yang menyatakan Rasulullah menjadikan

saf kanak-kanak di belakang saf dewasa. Hadis ini lemah dari sudut sanadnya.

9 Sunan Ibn Majah dengan takhrij al-Albani, Kitab al-Masajid wa al-Jamaat, bab Ma Yukrah fi al-Masajid, no. 750. 10 Al-Asqalani, Ibn Hajar, Talkhis al-Habir fi Takhriji Ahadith al-Rafi’I al-Kabir, 11 Al-Albani, Muhammad Nasiruddin, Sunan Ibn Majah, takhrij al-albani dan Al-Irwa’ Al-Ghalil jilid 7, hlm 361. 12 Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, jilid 1, hlm 492.

Page 13: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

13

Kata Syeikh al-Albani: “Sanad (rangkaian perawi) hadis ini dhaif (lemah). Terdapat seorang

periwayat hadis yang lemah, namanya Syahr bin Husyab. Menjadikan saf kanak-kanak di

belakang saf dewasa aku tidak mendapati hadis yang lain kecuali hadis ini sahaja dan ianya

tidak boleh dijadikan hujah. Aku berpendapat tidak mengapa kanak-kanak bersolat sekali

dengan saf dewasa sekiranya terdapat kekosongan. Hadis Anas yang bersolat bersama

seorang anak yatim dibelakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini.”13

2- Hadis yang melarang bercakap urusan dunia di dalam masjid “Sesiapa yang bercakap di dalam masjid dari urusan dunia, Allah akan menghapuskan semua

amalannya selama 40 tahun”.

Imam al-Syaukani berkata: Hadis ini merupakan hadis maudu’ iaitu palsu.14 Kandungan hadis

ini juga bertentangan dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi dan para sahabat seperti

yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya dimana Jabir bin Samurah menjelaskan para

sahabat sedang bersembang-sembang lalu mereka menceritakan kehidupan mereka sewaktu

jahiliyyah dan bergelak ketawa, Nabi s.a.w. hanya tersenyum mendengarnya.15

Hadis ini secara tidak langsung difahami seolah-olah Islam adalah suatu agama yang

memisahkan antara urusan agama dan urusan dunia. Inilah yang diperjuangkan oleh fahaman

sekular. Sedangkan telah dinyatakan bahawa masjid pada zaman Rasulullah s.a.w.

menjalankan pelbagai urusan dari pentadbirannya sehinggalah menahan tawanan perang yang

kafir di dalam masjid. Bagaimanakah untuk menarik golongan remaja ke masjid jika dalam

masa yang sama mereka tidak dibenarkan bercakap-cakap sesama mereka berkenaan sesuatu

urusan yang dikatakan keduniaan? Masjid bukanlah tempat pertapaan dan pendetaan. Tetapi

masjid berfungsi membangunkan umat dari sudut kerohanian dan fizikal.

Ini hanyalah dua contoh dari sekian banyak hadis lemah dan palsu yang sering dibacakan oleh

penceramah bahkan menjadi panduan kepada sebahagian masjid-masjid di Malaysia dengan

memasukkannya ke dalam adab-adab apabila berada di dalam masjid yang ditampal di papan-

papan kenyataanya.

b) Unsur-unsur Israiliyyat

13 Al-Albani, Tamam al-Minnah, 284 14 Al-Syaukani, Al-Fawa’id al-Majmu’ah, hlm 40. 15 Sahih Muslim, Kitab al-Masajid, bab Fadli al-Julus fi Musolla ba’da al-Subhi, no:1523.

Page 14: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

14

Antara bahan yang sering membasahi lidah-lidah penceramah-penceramah di masjid juga ialah

cerita-cerita Israiliyyat. Israiliyyat ialah cerita-cerita yang diambil dari Bani Israel atau Yahudi.

Kisah-kisah ini banyak yang mencemarkan imej agama Islam, malangnya ramai penceramah

yang tidak dapat membezakan cerita-cerita yang benar berdasarkan al-Quran dan hadis

dengan riwayat-riwayat yang datangnya dari Israiliyyat.

Di zaman moden ini golongan muda khususnya remaja telah terdedah dengan pelbagai

makumat hasil dari kemodenan sistem teknologi sekaligus sistem pembelajaran. Ini

menyebabkan masyarakat kita sudah mampu menapis maklumat dan hanya menerima

maklumat yang berdasarkan fakta.

Abu Syahbah mengulas cerita karut yang disebarkan kepada masyarakat:

“Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu, batu tersebut berada di atas tanduk seekor

lembu jantan. Apabila lembu itu menggerakkan kepalanya, maka bergeraklah batu tersebut lalu

bergeraklah bumi dan terjadinya gempa bumi”

Katanya: “Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para rasul”.16 Generasi moden tidak

boleh menerima perkara ini, tetapi ada golongan-golongan agama yang masih

mempercayainya.

Antara lain kisah Israiliyyat ialah perincian tentang sifat Luqman al-Hakim yang diberian hikmah

kebijaksanaan. Al-Quran menceritakan nasihat-nasihat Luqman yang sangat berguna kepada

anak-anaknya antaranya jangan mensyirikkan Allah dan berbuat baik kepada kedua orang tua.

Namun riwayat Israiliyyat menyibukkan pembaca dengan perkara-perkara yang tidak memberi

sebarang faedah seperti Luqman merupakan seorang hamba Habsyi berkulit hitam, pendek,

hidung penyek, bibirnya tebal dan bermacam-macam lagi. Inilah yang telah mencemarkan

warisan ilmu Islam terutamanya dalam bidang tafsir dan sukar pula untuk dibersihkan.17

c) Unsur-unsur dongeng, tidak logik, khurafat dan syirik

Terdapat penceramah yang memenuhkan bahan pengajarannya dengan cerita-cerita dongeng

dan cerita-cerita yang tidak logik menurut akal yang sihat. Tujuannya berkemungkinan untuk

menarik perhatian masyarakat kepadanya, atau bertujuan pengajaran dan menakut-nakutkan

orang dari melakukan maksiat atau perkara yang bercanggah dengan Islam. Islam tidak

16 Abu Syahbah, Al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafsir, hlm 305. 17 Rujuk Al-Qaradhawi, Thaqafah al-Da’iyyah, hlm 41.

Page 15: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

15

menghalalkan sesuatu cara yang tidak betul semata-mata untuk mencapai matlamat tertentu.

Ada juga yang memperkenalkan dan mempromosikan sesuatu barangan yang didakwanya

mempunyai hikmat atau keistimewaan tertentu yang kesemuanya ini mengundang perkara-

perkara khurafat dan syirik. Antara contoh-contoh perkara yang dinyatakan ialah:

Buku dialog Nabi s.a.w. dengan Iblis, salah satu dialognya Nabi s.a.w. bertanya kepada

Iblis, Apakah tempat yang paling engkau suka? Jawab Iblis: Panggung wayang.

Cerita azab kubur yang tersebar di dalam masyarakat. Kononnya mereka mendakwa

telah merakam bunyi suara jeritan dan sebagainya.

Mayat yang mati berubah menjadi khinzir, atau bertukar kepada kepala anjing serta

perkara-perkara pelik dan aneh yang lain.

Memperkenalkan sesuatu barang seperti kayu, batu, rajah dan sebagainya yang

didakwa mempunyai kesaktian dimana si pemakainya akan mendapat sesuatu manfaat

dan tiak akan terkena kemudaratan seperti kayu kokka, selipar nabi, batu cincin dan

sebagainya. Ini merupakan perkara khurafat bahkan syirik kepada Allah s.w.t.

Unsur-unsur yang disebutkan ini membodohkan umat Islam dan memburukkan imej Islam. tidak

hairanlah kita jika ada orang Islam sendiri yang mempertikaikan agamanya sendiri kerana

merasakan agama ini berlawanan dengan kewarasan akal yang sihat. Kesemuanya berpunca

dari bahan-bahan pengajaran yang tidak mencapai piawaian ilmu yang dikehendaki oleh Islam.

d) Menyusahkan amalan agama

Agama Islam sememangnya agama yang mudah. Agama yang tidak menyanggahi fitrah

manusia. Ini jelas seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam surah al-Maidah: 6

bermaksud: “Allah tidak menginginkan untuk menyusahkan kamu”.

Allah berfirman lagi di dalam surah al-Baqarah:185 bermaksud: “Allah menginginkan kepada

kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesusahan kepada kamu.”

Konsep kemudahan di dalam syariat Islam ini menunjukkan bahawasanya segala perkara yang

diperintahkan oleh Allah dan Rasul itu ianya mudah dan mampu dilaksanakan oleh semua

orang. Tetapi di sana terdapat sebahagian daripada kalangan agamawan yang suka mengambil

pendekatan yang menyusahkan masyarakat dalam pengamalan agama sehariannya. Apabila

pendekatan ini dibawa ke dalam masyarakat terutamanya kepada golongan remaja,

menyebabkan mereka merasakan pengamalan agama ini sangat susah dan membebankan.

Page 16: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

16

Akhirnya mereka tidak akan mendekati pengajaran dan pembelajaran di masjid-masjid.

Memudahkan pemahaman agama ini bermula dari aqidahnya seterusnya mudah di dalam

pemahaman feqahnya serta akhlak.

e) Bahasa lama yang sukar difahami

Terdapat juga kuliah-kuliah di masjid yang menggunakan bahan mengajarnya berdasarkan

gaya bahasa Melayu lama yang sukar difahami oleh generasi remaja sekarang. Menggunakan

bahan seperti ini tidaklah menjadi suatu kesalahan, tetapi ianya boleh mengurangkan minat

remaja untuk menghadiri kuliah tersebut. Apatah lagi, jika tenga pengajar tersebut membaca

teks tersebut sahaja tanpa diulas dengan gaya bahasa moden. Jika diulas pun tetap dengan

gaya bahasa lama dan contoh-contoh yang diberikan juga ialah contoh-contoh yang sudah

dianggap oleh remaja ini sebagai ketinggalan zaman.

3- Bentuk dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Sistem pengajaran dan pembelajaran tidak akan sempurna jika tidak menitik beratkan kaedah

atau cara dalam pelaksanaannya. Apa yang berlaku kepada sesetengah masjid sekarang ialah

sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sangat terhad hanya kepada bentuk

kuliah-kuliah khusus berkenaan agama iaitu aqidah, feqah, akhlak yang diadakan secara

mingguan atau bulanan. Kaedahnya masih menggunakan pendekatan lama sama ada dari

sudut gaya penyampaian atau bahan pengajaran.

Di pihak pengurusan masjid pula ada yang mengambil tenaga pengajarnya hanya semata-mata

sekadar ada program yang diisi. Mereka tidak memikirkan jauh dari itu untuk meneruskan

agenda perjuangan sebagai khalifah di muka bumi. Mengapa kita tidak berfikir untuk meluaskan

lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di masjid dengan mengadakan kelas-kelas khas

kepada para remaja berkaitan matapelajaran akademik seperti sains, matematik, geografi dan

sebagainya supaya golongan remaja lebih mendekati kepada masjid, bahkan jika kita

memikirkan keuntungan dakwah Islam mungkin ianya juga boleh dibuka kepada yang bukan

Islam untuk datang dan belajar di masjid, kerana Islam tidak pernah melarang orang kafir dari

memasuki masjid.

Selain itu kaedah moden juga boleh digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran ini

seperti penggunaan aplikasi ‘power point’, tayangan video, carta dan sebagainya. Barulah

Page 17: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

17

institusi masjid kita hidup dan dapat menjadi tempat tumpuan dalam kehidupan masyarakat

Islam pada era kini.

Inilah antara isu-isu yang perlu diperhatikan yang juga merupakan cabaran kepada institusi

masjid dalam usaha membentuk syakhsiah remaja di era globalisasi ini. Jika tiada inisiatif dari

institusi masjid untuk menangani isu-isu ini, dibimbangi generasi yang baru khususnya

golongan remaja akan hilang keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap sistem pengajaran

dan pembelajaran di institusi-institusi masjid.

Cadangan penyelesaian

Bagi menangani isu-isu dan cabaran yang telah dinyatakan, kertas kerja ini mencadangkan

beberapa perkara seperti berikut:

1. Tenaga pengajar di masjid mesti memiliki kemahiran penyampaian yang efektif dan berkesan

supaya dapat menarik masyarakat terutamanya golongan remaja untuk mendengarnya.

Kemahiran ini boleh dimiliki dan ditingkatkan melalui pembacaan buku-buku pembinaan diri

atau mengikuti kursus-kursus latihan.

2. Pihak pengurusan masjid juga perlu meramaikan pendakwah-pendakwah muda dan

memberi peluang kepada mereka sama ada untuk mengajar, membaca khutbah atau

mengendalikan program-program untuk golongan remaja. Jika para pendakwah muda ini diberi

peluang untuk mereka terlibat aktif dengan aktiviti masjid, ianya akan lebih dapat menarik minat

golongan remaja disebabkan gaya penyampaian dan maklumat terkini yang sesuai dan mudah

diterima oleh remaja. Faktor jarak perbezaan umur yang tidak terlalu jauh juga merupakan

sebab yang akan membuatkan para remaja tidak berasa begitu janggal dan segan untuk

bergaul dengan para pendakwah muda ini.

3. Tenaga pengajar mestilah mereka yang mempunyai kefahaman Islam yang sebenar supaya

pengisian kuliah-kuliah mereka mencapai piawaian ilmu yang dikehendaki oleh Islam. Perkara

ini penting untuk mengelakkan bahan-bahan penyampaiannya mengandungi unsur-unsur hadis

lemah dan palsu, cerita-cerita Israiliyyat, khurafat, syirik dan bohong. Oleh itu, para pensyarah

universiti dalam bidang agama, atau pun graduan lulusan agama seharusnya diberikan peluang

untuk mengajar atau membaca khutbah tanpa perlu lagi kepada syarat-syarat atau prosedur

yang menyusahkan.

Page 18: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

18

4. Menubuhkan kelab remaja bagi setiap masjid yang digerakkan oleh golongan remaja sendiri.

Oleh itu, pihak masjid boleh melantik beberapa orang remaja yang dilihat mempunyai

kebolehan mempimpin untuk mengetuai kelab remaja ini. Pengerusi kelab remaja ini boleh juga

dilantik menjadi salah seorang AJK rasmi masjid. Apabila perkara ini dilaksanakan, barulah

golongan remaja merasakan kewujudan mereka ini dirasai dan dihargai oleh pengurusan

masjid. Melalui penubuhan kelab ini, para remaja mempunyai sebab dan alasan untuk mereka

hadir ke masjid berkumpul dan melakukan aktiviti sesama mereka dengan dipantau

pergerakannya oleh pihak pengurusan masjid.

5. Menganjurkan kelas-kelas tuisyen di masjid khas untuk golongan remaja. Kelas-kelas ini

khas untuk mengajar subjek-subjek penting yang dipelajari di sekolah. Jika sebelum ini, kuliah-

kuliah di masjid adalah berkaitan agama secara langsung, dan ia kurang mendapat sambutan

dari kalangan golongan remaja di atas beberapa faktor yang telah dijelaskan sebelum ini, maka

dengan penganjuran kelas-kelas tuisyen ini ia diharap dapat mendekatkan para remaja dengan

masjid. Jika remaja ini berjaya suatu hari kelak, mereka akan mengakui bahawa masjid di

kawasannya mempunyai jasa dan sumbangan kepada mereka.

6. Menubuhkan perpustakaan mini atau ruang membaca untuk para remaja dan jemaah lain.

Perpustakaan mini atau ruang membaca ini dilengkapi dengan bukan sahaja buku-buku agama,

tetapi juga buku-buku rujukan berkaitan mata pelajaran di sekolah dan bahan bacaan umum.

Jadi, para remaja boleh menjadikan masjid sebagai tempat untuk membuat kerja sekolah,

mengulangkaji pelajaran dan membaca bahan-bahan ilmiah yang lain.

7. Menyediakan tempat beriadah yang sesuai di dalam kawasan masjid. Bersukan dan main

memang tidak dapat dipisahkan dengan golongan remaja. Jika ini minat kebanyakan para

remaja, maka pihak masjid boleh mengambil inisiatif untuk menyediakan tempat beriadah yang

sesuai untuk para remaja ini. Barulah masjid tidak dilihat oleh para remaja hanya untuk

golongan yang sudah pencen sahaja. Mereka boleh berkumpul dan beriadah bersama-sama

dengan ahli jemaah masjid yang lain. Jika suasana ini boleh diwujudkan, maka hubungan yang

akrab antara golongan remaja dan dewasa dapat dipupuk bermula di masjid.

Kesimpulan

Page 19: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

19

Membentuk sahsiah remaja dengan menggunakan institusi masjid selaku medium perantara

merupakan perkara yang sangat penting yang perlu diambil kira oleh setiap golongan muslim

yang bertanggungjawab. Tatkala zaman era globalisasi ini, golongan remaja semakin terdedah

kepada masalah sosial yang berpanjangan, justeru usaha daripada pihak yang terlibat perlu

berkerjasama dalam hal ini untuk mencari penyelesaian terbaik dan atas dasar itulah kertas

kerja ini dibuat bagi mencadangkan kita kembali kepada contoh zaman awal yang mana

kemuncak Islam dicapai apabila institusi masjid diberikan peranan yang sepatutnya.

Demi mencapai matlamat yang betul, kita memerlukan cara dan gaya penyampaian yang juga

betul disisi agama. Cara yang betul telahpun dicontohkan oleh para salafussoleh dalam

menggunakan institutsi masjid sebagai sarana kepada pengembangan syiar Islam. Maka dalam

hal ini, untuk menarik perhatian golongan remaja hadir ke masjid tidaklah wajar menggunakan

sarana yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam, seperti yang telah banyak dikemukan di

dalam kertas kerja ini apabila fungsi utama institusi masjid ini disalahgunakan oleh sesetengah

pihak akibat salah faham dan kejahilan mereka. Tiada ruginya jika ditelusuri semula tenaga

pengajar, bahan pengajaran, bentuk dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diguna

pakai di institusi masjid, hal ini bagi mengukuhkan dan mengembalikan semula kelahiran tokoh-

tokoh dan golongan agamawan yang pernah suatu ketika dahulu lahir dari pendidikan institusi

masjid.

Justeru perkembangan fungsi masjid masa kini memerlukan pihak pengurusan masjid untuk

cekap dalam pengurusan dan pembiayaian semua aktiviti yang terlibat. Oleh kerana pihak yang

diberikan amanah untuk menjadi pihak pengurusan tersebut ialah jawatankuasa masjid, maka

ahli-ahlinya perlu bersedia menerima perubahan dan meningkatkan kemahiran seperti yang

sewajarnya bagi memastikan fungsi masjid itu dapat dilaksankan dengan efektif.

Page 20: Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)

20

Rujukan

Abd al-Rahman Nasr al-Sa’di, 2005, Taysir al-Karim al-Rahman, Beirut: Muassasah al-Risalah. Abu Syahbah, 2006, Kitab Israiliyyat wal Maudhuat fi Kutub al-Tafsir, Maktabah al-Sunnah. Al-Albani, Nasiruddin, 2001, Tamam al-Minnah, Riyadh: Dar al-Rayyah. Al-Qaradhawi, Yusuf, Thaqafat al-Da‘iyah, Beirut: Muassasah al-Risalah. Abu Syahbah, Maktabah al-Sunnah, Kaherah. Al-Albani, Nasiruddin, al-Irwa’ al-Ghalil, 1985, Maktab al-Islami. Al-Syaukani, al-Fawaid al-Majmua’h al-Islamiyah, Beirut. Ghafani Awang The, 2008, Jadikan masjid destinasi pelancongan, Utusan Malaysia. Halimaton Saadiah Hashim, 1997, Institusi Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat, INMIND. Jaafar Ahmad Sanep Ahmad Mariani A. Majid Hairunnizam Wahid, 2001, Dana dan Harta Masjid di Malaysia: Ke arah Pengurusan Strategik, National Workshop on Capacity Building Towards Excellance in Econ. Research & Policy Formulation, 23-24 April 2001, Fakulti Ekonomi UKM dan UUM, 01, Salinan Keras (Kertas). Jawiah Dakir, 2009, Hadis-hadis masyur dalam masyarakat Islam di Malaysia: Realiti dan keperluan takhrij. Kertas kerja Seminar Takhrij Hadis Nusantara, Akademi Pengajian Islam:Universiti Malaya. Mariam Mohamed, 2004, Kajian hadis dalam teks khutbah Jumaat JAIN Sarawak, Tesis Master Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yusof Othman, 1997, Menjana Kelahiran Khaira Ummah Melalui Institusi Masjid, INMIND. Muhammad Syafii Antonio, 2007, Muhammad SAW: Super Leader Super Manager. Jakarta:ProLM Centre & Tazkia Multimedia. Sahih Muslim, 2000, Beirut: Darul Ma’rifah. Sunan Abi Daud, Riyadh: Maktabah al-Maa’rif. Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Maarif.