pendekatan islam hadhari ke arah pembentukan sahsiah cemerlang murid

37
PENDEKATAN ISLAM HADHARI KE ARAH PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID CEMERLANG Oleh : Hj.Samsudin bin Md Noor Pendahuluan Pendekatan Islam hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2004, merupakan satu pendekatan bagi membangun ummah dan memajukan negara berteraskan konsep ketamadunan Islam, dalam aspek spiritual, keilmuan, ekonomi, kualiti hidup masyarakat, undang-undang dan sebagainya. Islam hadhari bukanlah mazhab baru, ajaran baru atau agama baru tetapi ia merupakan pendekatan atau usaha kerajaan untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar menurut al-Quran dan al-Sunnah. ‘Islam hadhari bukanlah agama baru, Islam hadhari bukan ajaran baru, Islam hadhari bukannya mazhab baru, Islam hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas dan fundemental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis, yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam’ ‘Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal, pendekatan yang dapat memperkasakan perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat’. Sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 55 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 23 September 2004 Perkara yang dijelaskan dalam objektif Islam hadhari iaitu bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. Pendekatan Islam

Upload: guestd41206c

Post on 09-Aug-2015

2.056 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

PENDEKATAN ISLAM HADHARI KE ARAH PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID CEMERLANG

Oleh : Hj.Samsudin bin Md Noor

Pendahuluan

Pendekatan Islam hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2004, merupakan satu pendekatan bagi membangun ummah dan memajukan negara berteraskan konsep ketamadunan Islam, dalam aspek spiritual, keilmuan, ekonomi, kualiti hidup masyarakat, undang-undang dan sebagainya. Islam hadhari bukanlah mazhab baru, ajaran baru atau agama baru tetapi ia merupakan pendekatan atau usaha kerajaan untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar menurut al-Quran dan al-Sunnah.

‘Islam hadhari bukanlah agama baru, Islam hadhari bukan ajaran baru, Islam hadhari bukannya mazhab baru, Islam hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas dan fundemental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis, yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam’

‘Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal, pendekatan yang dapat memperkasakan perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat’.

Sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 55 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 23 September 2004

Perkara yang dijelaskan dalam objektif Islam hadhari iaitu bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. Pendekatan Islam hadhari merupakan satu pendekatan untuk mencapai kemajuan secara harmoni dalam keadaan aman dan damai.

Pendekatan Islam Hadhari

Dari sudut istilah “hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilization Islam”, dan dalam Bahasa Arab disebut sebagai “al-Islam al-Hadhari”.

Islam hadhari adalah suatu pendekatan anjakan paradigma bagi mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam seperti mana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang tidak mengurangkan prinsip akidah dan syariat dalam ajaran Islam malah menekankan aspek penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan.

Page 2: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Pendekatan Islam hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang berdasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal.

Pendekatan ini adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (Wasatiyyah), selaras dengan dasar-dasar Negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara. Pendekatan yang menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

Visi, Misi dan Objektif

Visi Islam hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat yang membangun dan memiliki ilmu pengetahuan, berkemahiran dan berketrampilan serta berakhlak mulia berpaksikan kepada kepercayaan agama.

Misi Islam hadhari adalah melaksanakan agenda pembangunan Negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

Objektif Islam hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Prinsip-prinsip Islam hadhari

Sepuluh prinsip Islam hadahari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor dan partisan. Konsep hidup sebagai hamba Allah dan khalifah Allah yang berkewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan. Khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip maqasid al-syariah yang sentiasa berkembang seperti menjaga, memertabat dan memperkasa agama, akal, nyawa, harta, keturunan, maruah, institusi keluarga dan alam sekitar.

Prinsip-prinsip Islam hadhari ialah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemuliharaan alam semulajadi, dan kekuatan pertahanan

Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah

Keimanan dan ketakwaan adalah asas yang paling kuat untuk menjadikan manusia itu melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-laranganNya. Orang yang sebenar-benarnya bertaqwa akan melaksanakan tuntutan-tuntutan fardu ain dan

2

Page 3: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

fardu kifayah iaitu gabungan perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah, akhlak sebagai teras kehidupan berkualiti, cemerlang dan gemilang. Prinsip ini dijelmakan melalui gabungan aqidah, syariah, akhlak, moral dan nilai-nilai murni. Matlamatnya adalah untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar di dunia ini dan mengharapkan kebahagiaan abadi di akhirat. Firman Allah S.W.T Surah ali-Imran : 110, bermaksud,

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang keji, serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.

Pada prinsipnya, penentuan agama bagi mereka yang bukan Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing.Firman Allah SWT Surah al-Baqarah : 256, bermaksud,

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)”.

Firman Allah SWT Surah al-Kaafirun : 6, bermaksud,

“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agama ku”.

Oleh kekuatan seseorang muslim itu amat bergantung kepada kukuhnya pegangan terhadap keimanan kepada Allah SWT. Semakin kukuh keimanannya kepada Allah SWT maka semakin kukuhlah keperibadian muslim itu, begitulah sebaliknya.kekuatan akidah bergantung kepada keyakinan akan kebenaran yang mutlak, hakikat yang mutlak dan pasti serta abadi. Allah SWT menyeru kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran yang dikurniakan untuk mencari hakikat tersebut, bukti yang lahir daripada kebenaran hakikat merupakan sutau jalan yang terbaik bagi beriman dan berakidah kepada Allah SWT. Keimanan itu mestilah disertai dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman rohani, supaya iman yang wujud itu kekal selama-lamanya.

Keimanan boleh bertambah dan berkurang, kebenaran ilmu yang dimiliki dan diamalkan menjadikan manusia itu lebih dekat kepada Allah SWT. Sahsiah yang baik adalah berkait rapat dengan ilmu dan amal yang bertunjangkan kepada pegangan akidah ilmu bagi membentuk taqwa. Affif Abdul Fatah Tabarrah telah merumuskan definasi takwa iaitu manusia takut (untuk melaksanakan) perkara-perkara yang dimurkai Tuhan dan takut kepada perkara-perkara yang merosakkan dirinya sendiri dan merosakkan orang lain.

Memantapkan akidah dan ketaqwaan dapat disemaikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dan kegiatan kerohanian di samping bimbingan berterusan di dalam dan di luar bilik darjah.

Kerajaan Adil dan Amanah

Nabi Adam a.s. sebagai manusia dan pemimpin pertama telah sanggup menerima amanah Allah SWT. Dengan penerimaannya itu Allah SWT telah berfirman, bermaksud,

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.

3

Page 4: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Setiap insan yang dilahirkan di bumi Allah ini adalah sebagai hamba Allah dan khalifah Allah yang diberi kewajipan atau tanggungjawab mengurus dan mentadbir segala urusan keduniaan secara adil dan beramanah kerana alam dan segala isinya adalah milik Allah SWT maka manusia telah menerima tanggungjawab untuk menguruskannya.

Keadilan bermaksud memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Pelaksanaan keadilan tidak dilihat pada keturunan, warna kulit, bangsa dan kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama.Firman Allah SWT Surah al-Maidah 8, bermaksud :

“Hai orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang menegak (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada) siapa jua kerana sikap adil itu telah hampir kepada taqwa”.

Amanah pula bermaksud, menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Firman Allah SWT Surah al-Nisak, ayat 58, bermaksud :

“Sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”.

Amanah adalah sifat yang mulia yang wajib diamalkan oleh setiap orang Islam. Semua urusan hidup seharian sama ada urusan (ibadat) dengan Allah AWT dan berurusan kepada sesama manusia wajib dilaksanakan dengan jujur dan amanah. Keadaan huru-hara dan kekalutan dalam pemerintahan akan terjadi apabila pemimpin tidak jujur dan tidak amanah.

Kedudukan yang tinggi dan mulia bagi pemerintah yang adil telah digambarkan oleh Rasulullah SAW, sabda Baginda, maksudnya: “ Orang yang paling dikasihi Allah SWT pada hari akhirat dan paling tinggi kedudukanya di sisi-Nya ialah pemimpin(pemerintah) yang adil dan manusia yang paling dimurkai Allah SWT pada hari kiamat dan paling jauh kedudukannya di sisi-Nya ialah pemimpin (pemerintah) yang zalim”.

Riwayat al-Tarmizi

Langkah-langkah pemimpin negara berusaha melaksanakan pentadbiran secara lebih adil dan beramanah serta telus adalah sebagai usaha ke arah memartabatkan dan mempertingkatkan keharmonian hidup rakyat jelata.

Sifat jujur, amanah, dan bertanggungjawab yang diterapkan dalam diri murid melalui pendekatan amalan yang dipraktikkan sepanjang masa berupaya melahirkan generasi pemimpin masa depan yang sentiasa melaksanakan tugas dengan adil, amanah dan bertanggungjawab. Rakyat Berjiwa Merdeka

Warga Negara yang berjiwa merdeka adalah golongan yang sentiasa berfikiran terbuka, dinamik, positif, kreatif dan inovatif yang berkeupayaan memikirkan idea-idea yang bernas yang tidak bercanggah dengan nilai dan etika serta bersifat sejagat ke arah

4

Page 5: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

memperkasakan akal dan memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan negara. Firman Allah SWT Surah al-An’am ayat 50, bermaksud :

“Katakanlah, adakah sama orang yang buta dengan orang yang celek, tidakkah kamu memikirkannya”.

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus dibelenggu.

Keupayaan guru menjana pemikiran murid agar bebas daripada kongkongan hidup yang berpaksikan kefahaman-kefahaman yang salah yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada mereka. Penjanaan pemikiran berdasarkan wahyu Allah untuk membina jati diri, menjaga keutuhan Negara berasaskan semangat patriotisma yang tinggi.

Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Ilmu pengetahuan adalah asas utama ke arah pembinaan masyarakat dan negara bertamadun. Ketinggian pengetahuan dalam pelbagai ilmu yang merangkumi ilmu fardu ain dan fardu kifayah disokong oleh kajian dan penyelidikan bagi meningkat kecemerlangan intelektual, kecemerlangan bekerja, kecemerlangan peribadi dan kecemerlangan emosi serta bijak berkomunikasi. Penjanaan ilmu pengetahuan sedemikian rupa dapat melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bertepatan dengan matlamat Falasafah Pendidikan Negara. Firman Allah SWT Surah al-Mujadalah : 11, bermaksud,

“Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan Allah meninggikan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat”.

Di antara fungsi ilmu kepada manusia ialah :

a. Membolehkan manusia mengetahui hakikat-hakikat penting dalam kehidupan, iaitu hakikat dirinya, hakikat manusia lain, hakikat alam dan hakikat Tuhan Yang Maha Pencipta.

b. Membolehkan manusia membangunkan dirinya sebagai insan yang dapat memenuhi matlamat kewujudannya dan mampu melaksanakan amanah dengan baik dan berkesan.

c. Dengan menguasai ilmu, manusia dapat membangunkan alam serta mengambil manfaat darinya.

d. Dengan menguasai ilmu, manusia dapat mengetahui cara dan kaedah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

e. Dengan ilmu, manusia mencapai kemenangan dan kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. (Rasid Muhammad, 1996: 70)

5

Page 6: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Persoalan ilmu adalah suatu yang penting yang dapat mempengaruhi seseorang ataupun masyarakat bukan hanya demi kebahagiaan dunia, tetapi juga akhirat.

Murid-murid diasuh secara bersikap positif dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang dapat memikat mereka supaya menyintai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mencapai kemajuan di dunia dan kebaikan di akhirat. Penguasaan ilmu dan kemahiran bukan sekadar untuk dijadikan pengetahuan dan amalan, malah ianya sebagai bahan kajian, pembuktian, penyelidikan, penerokaan sejajar dengan perkembangan tamadun manusia.

Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

Usaha-usaha Negara dalam membangunkan ekonomi yang seimbang dan komprehensif adalah selari dengan kehendak Islam. Firman Allah SWT Surah al-Jumuah : 10 bermaksud :

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnian Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).

Bagi mencapai hasrat untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran Negara maka usaha-usaha untuk meningkatkan dan memantapkan kestabilan ekonomi dengan membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menceburi dalam pelbagai bidang yang disedia dan disusun atur oleh pemimpin Negara.

Rakyat bersedia untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produktiviti dan mempelbagaikan hasilan serta memperluaskan pemasaran melalui promosi hebat. Strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, pertumbuhan ekonomi yang mapan, di samping berusaha dengan berani membuat perubahan seperti bidang pertanian atau bioteknologi, keadilan dan kesetabilan ekonomi akan dapat dicapai.

Bekerja dengan tekun, berdisiplin, istiqamah dengan pekerjaan yang menghasilkan rezeki-rezeki yang halal dan diredhai Allah serta berwawasan sebagai satu usaha yang bertujuan tidak mengabaikan habuan di dunia.

Murid-murid diasuh dan dididik mencari rezeki yang bersih dan halal, tekun dalam pekerjaan dan menghindarkan daripada perkara-perkara yang dilarang Allah seperti mencuri, memeras ugut, dan melibatkan diri dalam perniagaan berunsur riba. Mereka diberikan bimbingan yang sewajarnya supaya memahami ciri-ciri ekonomi Islam yang melarang melakukan penindasan, penipuan, ketidakadilan, dan berbagai unsur yang tidak sihat.

Kehidupan Berkualiti

Islam menuntut supaya manusia mencapai kebahagiaan hidup di dunia seterusnya mencapai kebahagiaan yang abadi di akhirat sebagai kehidupan yang berkualiti. Maka untuk mencapai matlamat ini, seseorang insan itu perlu melaksanakan semua aspek kehidupan yang merangkumi rohani dan jasmani, fizikal dan mental, material dan spiritual secara bersepadu dan sentiasa meningkat maju iaitu menjadikan hari ini lebih

6

Page 7: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Mereka juga hendaklah tidak melakukan kerosakan dan kemusnahan alam dan persekitaran. Firman Allah SWT Surah al-Qasas : 77, bermaksud :

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Berbuatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melakukan kerosakan”.

Mengamalkan budaya hidup berkualiti yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falasafah Pendidikan Kebangsaan akan melahirkan generasi modal insan berkualiti.

Murid-murid lebih didedahkan dengan nilai-nilai kesyumulan dalam Islam yang merangkumi keseluruhan kehidupan manusia bagi melahirkan insan dan masyarakat yang berkualiti iaitu mencapai kebaikan dan kebagaiaan di dunia serta mencapai kesejahteraan di akhirat.

Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Islam bukan agama yang mengamalkan diskriminasi. Pendekatan pendidikan Islam hadhari memberikan keutamaan kepada kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, samada mereka dari golongan majoriti atau minoriti. Dalam Islam ia terkandung dalam pengsyariatan syariat Islam (Masqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atas alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina.

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Golongan wanita diberi hak untuk bersama membangunkan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain.

Islam amat menitik berat soal keadilan, kesamarataan, amanah dan tanggungjawab ke atas orang yang berada di bawah kepimpinannya. Firman Allah SWT Surah al-Hujrat : 13, bermaksud :

“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan permpuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”

Galakan dan asuhan agar murid sentiasa saling tolong-menolong, hormat-menghormati, saling bekerjasama sesama mereka walaupun berlainan jantina dan puak dapat dipraktikkan dalam kerja berkumpulan sama ada dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum.

7

Page 8: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Keutuhan Budaya dan Moral

Budaya dan moral rakyat perlu diperkukuh dan dipertahan seiring dengan kepesatan pembangunan Negara. Malah kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa sewajarnya diiring dengan keluhuran budaya, ketinggian akhlak, kemurnian budi pekerti dan disemadi nilai-nilai murni yang disuburkan di tengah-tengah kemajuan negara. Keutuhan budaya dan ketinggian moral adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang akan menyumbang kepada kebudayaan tinggi. Akhlak mulia adalah tunjang dalam pembentukan masyarakat di dunia ini. Sabda Rasulullah S.A.W, bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik agamanya”.

Akhlak membezakan manusia dengan haiwan, manusia tanpa akhlak yang baik akan hilang taraf kemanusiaannya. Islam menyusun dengan begitu rapi sitem dan kaedah akhlaknya. Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan simbol kepada kepentingan akhlak dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud,

”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”Riwayat al-Bukhari

Seseorang Islam yang mempunyai ketinggian akhlak juga mempunyai darjat keislaman dan keimanan yang tinggi. Sabda Rasulullah SAW bermaksud,

Rasulullah pernah ditanya oleh seeorang, ”Siapakah mukmin yang paling baik imannya?” Jawab Rasulullah, ”Orang yang paling baik akhlaknya”

Riwayat Muslim

Islam menetapkan manusia kepada lima nilai iaitu pertama nilai wajib iaitu perbuatan yang dilakukan mendapat pahala dan meninggalkannya mendapat dosa. Kedua, nilai sunat iaitu perbuatan yang diberikan pahala apabila melakukannya dan tidak berdosa apabila meninggalkannya. Ketiga, nilai haram iaitu diberi balasan dosa apabila melakukannya dan diberikan pahala apabila meninggalkannya. Keempat, nilai makruh iaitu diberikan pahala apabila meninggalkannya dan tidak berdosa apabila melakukannya. Kelima, nilai harus iaitu tidak berdosa apabila melakukannya atau meninggalkannya. Penetapan nilai ini adalah bertujuan supaya setiap orang itu dapat mengetahui dengan penuh kesedaran nilai-nilai perbuatan yang dilakukannya setiap hari. Penyemaian akhlak dan sahsiah di kalangan murid supaya menjadi pentabiatan dan pembudayaan dalam kehidupan seharusnya dilihat sebagai usaha yang mampu meningkatkan kecemerlangan sahsiah mereka, yang membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan.

Pemuliharaan Alam Semulajadi

Kehidupan yang sejahtera apabila manusia mampu menghubungkan dirinya dengan Allah SWT dengan hubungan yang baik dengan sesama manusia dan hubungan dengan alam sekitar. Pemeliharaan alam sekitar adalah menjadi tanggungjawab manusia, dan pembangunan Negara haruslah diurus seimbang dengan pengurusan alam secara terancang supaya tidak berlaku kerosakan yang kesannya akan mengancam kehidupan manusia sendiri.

8

Page 9: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Adalah menjadi pendekatan Islam hadhari agar kehidupan manusia lebih aman dan harmoni melalui penjanaan alam sekitar yang seimbang melalui pemantauan berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Firman Allah SWT Surah al-Qasas : 77, bermaksud :

“Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melakukan kerosakan”.

Murid-murid sewajarnya dididik supaya sensitif dengan kebersihan,dan keceriaan alam sekitar bermula dengan latihan berwudhuk, menjaga kebersihan bilik darjah, sekolah, kawasan persekitaran serta di mana sahaja mereka berada, di bandar atau di desa, di tempat-tempat awam atau di tempat-tempat persendirian. Sikap bertanggungjawab ke atas alam sekitar merupakan ciri akhlak mulia bagi mengekalkan keseimbangan alam sekitar, dan memahami segala bentuk perlakuan yang boleh mengundang risiko kepada alam dan manusia.

Kekuatan Pertahanan

Kekuatan pertahanan adalah perkara yang tidak boleh diabaikan bagi menjaga maruah bangsa dan Negara. Bangsa yang maju dan bermaruah dilihat dari kekuatan tenteranya, oleh itu persediaan Negara untuk memperlengkapkan dengan kekuatan ketenteraan dari aspek kekuatan fizikal, persenjataan dan kemahiran untuk berhadapan dengan musuh adalah sebagai langkah untuk mempertahankan diri dan Negara, bukan bertujuan penaklukan ke atas Negara lain. Setiap rakyat sewajarnya bersemangat petriotik iaitu cinta kepada Negara sebagai tanah tumpah darahnya. Firman Allah SWT Surah al-Anfal : 60, bermaksud :

“Dan bersiap sedialah kamu dengan kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui mereka”.

Semangat cintakan negara yang diterapkan dalam diri muri-murid sehingga merasakan bahawa semangat jihad dan pengorbanan untuk mempertahan maruah negara adalah menjadi suatu kewajipan, kerana mereka memahami bahawa cinta kepada negara sebahagian daripada iman. Memelihara akidah, istiqamah dalam pelaksanaan ibadat melahirkan insan yang berjiwa murni yang bersedia berkorban untuk negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Negara yang berilmu, pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

9

Page 10: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Matlamat pendidikan di Malaysia ialah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu, melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara dan memberi peluang pendidikan kepada semua wargaNegara Malaysia

Misi pendidikan di Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.

Pendidikan Islam yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai falasafahnya sendiri iaitu Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian, dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah menÿÿÿÿÿÿÿÿbaikan di dunia daÿÿdi akhirat.

Penekanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat, misi Kementerian Pelajaran Malaysia dan diperkukuhkan oleh Falsafah Pendidikan Islam telah meletakkan akhlak mulia sebagai perkara penting ke arah pembinaan sahsiah murid cemerlang.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

Enam teras strategik yang dikenalpasti dapat memperkukuhkan sistem pendidikan Negara iaitu membina Negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memertabatkan profesion keguruan, dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Mengikut PIPP, usaha membangunkan modal insan yang menjadi salah satu daripada teras PIPP akan dilakukan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Teras ini juga berhasrat murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Kementerian Pelajaran juga akan menyediakan sistem penilaian yang holistik, membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

Kementerian Pelajaran menyokong hasrat untuk membina negara bangsa Malaysia bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan Negara. Matlamat dasar ini ialah untuk melahirkan murid yang memiliki jatidiri yang kukuh, patriotik, berpegang kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatupadu. Kementerian Pelajaran bertanggungjawab untuk menyemai nilai ini sejak murid di bangku sekolah lagi.

Timbalan Perdana Menteri pernah menyatakan,”warga glokal yang kita hasratkan ialah warga yang berakar nasional. Maksudnya di samping kita hebat dalam Negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran agama yang suci”.

10

Page 11: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Pembangunan Negara masa depan adalah teras kedua RMK9 iaitu meningkatkan kepuayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi berNegara serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa depan negara bukan sahaja bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian bagi membina tamadun, menjulang martabat bangsa.

Pembangunan Sahsiah Murid

Menurut Kamus Dewan, sahsiah bermaksud keperibadian. Pembangunan kualiti manusia bergantung kepada pembentukan nilai tingkahlaku, moral dan akhlak yang mulia. Pengurusan sekolah dan proses pendidikan perlu mencorakkan tingkah laku, moral, dan akhlak yang baik. Nilai-nilai murni juga perlu dipupuk untuk melentur tingkah laku yang konstruktif dan terkawal.

Matlamat utama pendidikan nilai adalah untuk mempertahankan kehidupan yang baik dan membentuk individu yang bertanggungjawab. Dasar-dasar negara yang mementingkan masyarakat yang mempertahankan nilai-nilai baik akan dapat mengukuhkan kualiti sosial dan moral anggota masyarakat.

Kemerosotan nilai-nilai murni menyebabkan berlakunya gejala keruntuhan moral dalam masyarakat. Pengaruh kebendaan yang tidak seimbang dan nilai liberal menyebabkan berlakunya krisis moral. Nilai-nilai kerohanian dan akhlak mulia perlu dipupuk bagi menguatkan ketahanan moral diri sebagai langkah menghadapi pengaruh negatif yang melanda masyarakat. Keutuhan budaya dan moral adalah prinsip yang memberi penekanan kepada penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi yang menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan masyarakat majmuk, akhirnya menjadi bangsa yang dihormati dan disegani. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah adalah asas yang kukuh bagi membina generasi yang memiliki sahsiah mulia.

Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dan ditanamkan dalam diri murid bagi membentuk sahsiah dan personaliti di samping memiliki ketahanan diri dan moral yang tinggi agar mampu mengatasi masalah dan mampu menghadapi cabaran globalisasi ialah beriman, bertaqwa, amanah, jujur, bertanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, berdisiplin, mengutamakan masyarakat melebihi diri sendiri, kesanggupan berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral, berkelakuan baik, kesederhanaan, bersih, bekerjasama, toleransi,berbudipekerti mulia, bersyukur, bersopan santun, berilmu, kreatif, inovatif, adil, hormat-menghormati, kasih sayang, sabar, berjimat cermat, bertimbang rasa, berbakti, berterima kasih, taat, setia, istiqamah, berwawasan, yakin diri, cekap, cergas, menepati masa, dan sebagainya seharusnya menjadi sifat-sifat keperibadian yang dapat membentuk jati diri. Dalam masa yang sama mereka dididik supaya tidak mengamalkan segala bentuk amalan yang negatif atau mazmumah yang bertentangan norma-norma kemanusiaan.

Usaha melakukan kebaikan dan melaksanakannya memerlukan kepada latihan dan kebiasaan sehinggalah ia sebati dan mesra pada jiwa dan mudah pula melakukannya. Melatih dan membiasakan amal baik sejak kecil lagi adalah asas yang kukuh bagi pembentukan akhlak yang baik supaya mereka meningkat remaja dan dewasa dengan

11

Page 12: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

keperibadian Islam. Permata itu indah tetapi manusia berakhlak mulia lebih indah daripada segala permata yang terindah.

Tujuan utama penerapan nilai dalam proses pendidikan di sekolah adalah untuk membina dan menimbulkan kesedaran tentang soal-soal kemoralan, akhlak, etika dalam amalan kehidupan harian. Nilai-nilai sahsiah mulia seharusnya menjadi amalan sehingga ianya dikembangkan sebagai satu proses penghayatan yang dapat dilihat dari segi amalan dan tindakan yang membawa kepada pembudayaan dalam kehidupan individu dan masyarakat seperti tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati, kesopanan dan kesusilaan, kasih-sayang dan sebagainya.

Sahsiah Merentas Kurikulum dan Kokurikulum

Semua prinsip pendekatan Islam hadhari sewajarnya diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kerana prinsip-prinsip tersebut secara langsung dan tidak langsung menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan sahsiah murid.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) telah mengambil keputusan untuk menggunakan pendekatan Islam hadhari dalam Pendidikan Islam iaitu diserapkan ke dalam Huraian Sukatan Pelajaran yang disemak semula mulai tahun 2003 dengan dibuat sedikit penambahbaikan bagi memasukkan prinsip-prinsip Islam hadhari.

Kepentingan penyerapan prinsip-prinsip Islam hadhari dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran adalah bagi menggabungkan aspek-aspek fardu ain dan fardu kifayah, ilmu-ilmu aqli dan naqli yang lebih terarah kepada pembangunan diri, bangsa dan Negara secara holistik.

Penekanan terhadap pembentukan dan pembinaan keperibadian muslim (muslim character building) serta pembangunan jenerasi muda yang kukuh iman, memiliki daya juang dan daya saing yang mantap, mengutamakan perpaduan ummah serta berkeupayaan menyumbang ke arah pembinaan tamadun bangsa dan Negara.

Pembinaan modal insan berkualiti yang menjadi agenda negara sewajarnya dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan intelek, rohani, emosi dan jasmani seharusnya disemai melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berterusan supaya ianya menjadi amalan, penghayatan dan pembudayaan. Penyerapan nilai dalam mata pelajaran lain dan kebijaksanaan menggunakan berbagai kaedah dan teknik bagi meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan di samping menjana kemahiran berfikir, dan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi dan berintraksi, kemahiran menulis, kemahiran berhujah, kemahiran imiginasi dan sebagainya bagi membina kemenjadian murid.

Tugas penting seorang guru dalam pengurusan bilik darjah ialah mencorak sikap dan tingkahlaku yang baik serta bertanggung serta memiliki nilai-nilai keperibadian yang mulia. Guru yang berdedikasi memiliki sifat sabar dan tegas, berkeperibadian dan kepimpinan yang baik untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam bilik darjah memerlukan komitmen. Peranan guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi juga sebagai pembimbing, pengubah sikap, pembentuk sahsiah, tingkah

12

Page 13: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

laku murid dan sebagai pembina generasi bermoral dan berhemah tinggi supaya gejala sosial yang meluas dalam masyarakat dapat dibenteras dan dibendung daripada menguasai dan merosakkan generasi muda.

Penekanan kepada kemenjadian murid dalam aspek pembinaan perlakuan positif, mengurangkan kes-kes disiplin dan meningkatkan minat murid untuk menjadi murid cemerlang dan berktrampilan yang memiliki sahsiah akhlak-akhlak terpuji ke arah pembinaan bangsa yang bermoral dan bermaruah.

Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah perlu diterapkan dalam diri murid supaya generasi muda dapat mengatasi dan menangani masalah-masalah yang mereka hadapi dengan bijaksana. Kesedaran moral amat penting bagi mengukuhkan lagi amalan dan tindakan sesuatu generasi berasaskan apa yang baik dan memberi faedah kepada diri mereka dan masyarakat umumnya di samping membolehkan mereka berperanan secara positif untuk menolak segala bentuk kemungkaran dan kejahatan.

Latihan kemoralan dalam bilik darjah dititikberatkan bagi membina generasi muda yang bermoral dan berhemah tinggi. Aspek-aspek kemoralan dalam pengurusan dalam bilik darjah perlu diberikan penekanan yang sewajarnya,. Motivasi berterusan melalui pendekatan berhemah bagi mencorakkan perubahan dan perkembangan sahsiah, akhlak dan tinglaku yang baik di kalangan murid.

Usaha-usaha JAPIM membina modul-modul pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pendekatan Islam hadhari adalah sebagai usaha pembuka tirai ke arah pembinaan sahsiah murid dalam kurikulum kebangsaan.

Contoh Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berasaskan Pendekatan Islam hadhari bagi membentuk sahsiah dan keperibadian murid.

Bidang Tamadun IslamMasa 80 minit / 2 masa (pengajaran berlaku di kawasan tanaman herba

sekolah di luar bilik darjahTajuk Ibnu SinaFokus 1.

2.

3.

4.

Pemahaman : Murid dapat menjelaskan sumbangan Ibnu Sina dalam ilmu pengetahuan khusunya bidang perubatan.Amalan : Membiasakan murid membuat kajian seperti kajian tentang khasiat sesuatu herba.Penghayatan : Sentiasa berfikiran kreatif, inovatif dan sedia menyahut cabaran zaman.Pembudayaan : Menjadikan tabiat membaca, mengkaji, menyelidik melalui pembacaan, guru, dan rakan sebaya sebagai suatu budaya dalam kehidupan harian.

Prinsip Islam hadhari

1.2.3.

Penguasaan ilmu pengetahuan.Keutuhan budaya dan moralKehidupan berkualiti

Modul /Model /Kaedah /Teknik

1.2.3.4.

Pembelajaran Masteri 5. Kajian perpustakaanKajian masa depan 6. Bercerita Pembelajaran konstruktif 7. PerbincanganSumbangsaran

13

Page 14: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Pengetahuan sedia ada

1.2.

3.

Murid menguasai bacaan dan penulisan jawi.Murid pernah mendengar dan mengetahui tokoh-tokoh perubatan Islam.Murid mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan perubatan

Sumber pengajaran dan pembelajaran

1.2.3.4.5.

Gambar lakaran tokoh melalui LCD / bahan cetakanKertas manjung Nota / bahan rujukan / bahan edaran.Buku teks.Soalan-soalan latihan

Hasil pembelajaran 1.

2.3.

1.2.3.4.

1.

2.

3.

4.

Aras 1. Murid-murid dapat :menyatakan riwayat hidup, sifat peribadi dan pendidikan Ibnu Sina.menyatakan sumbangannya dalam ilmu dan pemikiran Islam. mencontohi Ibnu Sina dalam menyatupadukan ilmu tabi’e dengan ilmu wahyu Aras 2. Murid-murid dapat :menjelaskan sumbangan Ibnu Sina dalam ilmu perubatan.menerangkan sikap tokoh dalam bidang perubatan.menyenaraikan hasil-hasil karya Ibnu Sinamengambil iktibar dari sifat ketabahan dan kegigihan beliau menerokai dan menguasai ilmu pengetahuan.Aras 3. Murid-murid dapat :menghuraikan kesan-kesan sumbangan dan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang perubatan terhadap dunia hari ini.membuat perbandingan cabaran antara perubatan dahulu dan sekarang.berusaha mengembalikan semangat kecemerlangan Islam dalam bidang perubatan.mencontohi Ibnu Sina dalam menyatukan ilmu yabi’e dengan ilmu wahyu

Isi Isi pengajaran

1. Riwayat hidup, sifat peribadi dan pendidikan Ibnu Sina2. Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam3. Sumbangan Ibnu Sina dalam ilmu perubatan4. Sikap Ibnu Sina dalam bidang perubatan5. Hasil-hasil karya utama Ibnu Sina6. Kesan-kesan sumbangan dan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan terhadap dunia hari ini7. Cabaran antara perubatan dahulu dan sekarang8.Usaha mengembalikan kecemerlangan Islam dalam bidang perubatan

Penyerapan 1.Tokoh-tokoh sejarah seperti Abdul Rahman Limbong dan Tok Gajah2. Menulis karangan mengenai tokoh-tokoh tanah air3. Mengkaji tubuh manusia4. Mengkaji ubat-ubatan

Gabungjalin

1. Kepentingan ilmu pengetahuan2. Pengorbanan dan jihad

14

Page 15: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

3. Manusia sebagai khalifah Allah4. Kemenangan kepada orang yang berjihad

Kemahiranberfikir

1. Menyenaraikan sifat-sifat peribadi2. Menganalisa tokoh dari sudut sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

Set Induksi 1. Guru mempamerkan keratan-keratan akhbar yang berkaitan / slide dengan pakar-pakar perubatan Islam dan pusat-pusat tempatan dan luar Negara.2. Murid memberi sumbangsaran mengenai kepentingan herba dalam kehidupan

Perkembangan Langkah 1 : Untuk semua murid bagi memenuhi hasil pembelajaran aras 1Ilmu 1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan

2. Guru mengedar lembaran kerja dalam bentuk grafik dan murid mengisi jawapan.1.2. Kumpulan 1: Riwayat hidup, sifat peribadi dan pendidikan Ibnu Sina (lembaran kerja 1)2.2. Kumpulan 2: Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam (lembaran kerja 2)3.2. Kumpulan 3: Usaha Ibnu Sina dalam menyempurnakan ilmu tabii dan ilmu wahyu (lembaran kerja 3)4.2. Kumpulan 4: Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan (lembaran kerja 4)3. Guru merumuskan hasil perbincangan

Amali Mengkaji buku berkaitan tokoh Ibnu SinaAmalan Minat membaca dan suka membuat kajian di pusat

sumberNilai Berkeperibadian mulia dan berjiwa besarPenghayatan Sentiasa berani menyahut cabaranPembudayaan Suka berdamping dengan guru, rakan dan buku-buku

ilmiahPendekatan prinsip Islam hadhari

Keutuhan budaya dan moralGuru meminta murid memiliki akhlak yang terpuji seperti Ibnu Sina yang membawa kepada kejayaan seseorang.

Penilaian 1. Terangkan riwayat hidup, sifat peribadi dan pendidikan Ibnu Sina2. Jelaskan sejarah pendidikan Ibnu Sina sejak kecil sehingga beliau berumur 10 tahun3. Nyatakan dua sumbangan Ibnu Sina dalam bidang ilmu.

Langkah 2: Untuk semua murid bagi memenuhi hasil pembelajaran aras 2Pengukuhan / Pemulihan: Murid aras 1 menjawab semula soalan secara bertulisIlmu 1. Guru menjelaskan sumbangan Ibnu Sina dalam

bidang perubatan2. Guru menyenaraikan hasil karya Ibnu Sina

15

Page 16: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

3. Guru meminta murid mengambil iktibar dari ketabahan dan kegigihan beliau dalam meneroka dan menguasai ilmu (lembaran kerja 5)4. Guru memberi nota kepada setiap kumpulan5. Setiap kumpulan membuat nota dalam bentuk peta minda mengikut isi pengajaran di atas

Amalan Sentiasa berfikir untuk kemajuan umat IslamNilai Yakin dengan kebolehan diri sendiriPenghayatan Tabah menghadapi kesusahan dalam hidup

PembudayaanPembudayaan Berdamping dengan orang yang berpengetahuan dan

berkemahiran dan bahan bacaan ilmiahPendekatan prinsip Islam hadhari

Penguasaan ilmu pengetahuanMurid menyenaraikan beberapa iktibar dari ketabahan dan kegigihan Ibnu Sina untuk meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan

Penilaian 1. Nyatakan kitab terkemuka hasil penulisan Ibnu Sina2. Apakah pengajaran yang dapat diambil oleh murid hari ini dari kegigihan Ibnu Sina dalam menerokai ilmu pengetahuan

Langkah 3: Untuk semua murid bagi memenuhi hasil pembelajaran aras 3Pengukuhan / Penilaian: Murid aras 2 menjawab semula soalan tersebut secara bertulis setelah berbincang dengan rakanIlmu 1.Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan

2. Setiap kumpulan mengadakan perbincangan mengikut tajuk1.2. Kumpulan 1: Kesan-kesan sumbangan dan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan terhadap dunia hari ini2.2. Kumpulan 2: Usaha mengembalikan kecemerlangan Islam dalam bidang perubatan3.2. Kumpulan 3: Membuat perbandingan cabaran antara perubatan dahulu dengan sekarang3. Ketua kumpulan membentang hasil bengkel

Amalan Suka membuat kajian ilmiahNilai Peka terhadap kemajuanPenghayatan Minat menuntut ilmuPembudayaan Tabiat mengkaji dan suka mendampingi orang yang

berilmu pengetahuan dan bahan bacaan ilmiah.

Pendekatan prinsip Islam hadhari

Kehidupan berkualitiGuru memaparkan melalui slide perbandingan kaedah perubatan dahulu dengan sekarang melalui media untuk membina kehidupan yang berkualiti

Penilaian 1. Apakah kesan-kesan sumbangan dan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan terhadap dunia hari ini? (lembaran kerja 6)2. Huraikan perbezaan cabaran antara perubatan dahulu

16

Page 17: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

dan sekarang (lembaran kerja 7)Rumusan Guru menasihati murid mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam

menuntut ilmu pengetahuanTugasan Aras 1

Menjawab soalan yang diberi dalam buku teks / edaran.Aras 2Mencari bahan-bahan di perpustakaan berkaitan Ibnu Sina, dan membuat folio.Aras 3Menjawab soalan-soalan dalam buku teks, peta minda dan menyiapkan peta minda di atas kertas mahjung untuk sudut kelas

Ulasan kendiri (Ditulis selepas pengajaran dan pembelajaran)1. Lima orang murid yang hanya menguasai aras 1.2. Dua murid pula mengulangi aras 2.3. Semua murid yang lain menguasai ketiga-tiga aras.4. Semua murid memberi tumpuan walau ada yang agak tidak begitu serius.5. Teknik pengajaran boleh ditingkatkan melalui kaedah penggunaan ICT, laman web dan lambaran kerja berkesan.

Dalam perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara yang boleh diambilkira bagi membantu perkembangan sahsiah ialah kaedah yang berpusatkan murid, meransangkan pemikiran dan cetusan idea, menggalakkan pemikiran terbuka sesuai dengan tahap pemikiran murid, kemahiran mengakses maklumat, memproses maklumat dan menambah nilai kepada maklumat dengan menggunakan bahasa yang halus dan mudah difahami serta menerapkan nilai-nilai murni bagi membentuk sahsiah diri, keyakinan diri, semangat setiakawan, serta membentuk sikap-sikap positif.

Di bidang kokurikulum juga tidak boleh diabaikan, kerana kegiatan kokurikulum adalah lanjutan daripada kegiatan kurikulum yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan sahsiah murid. Malah kegiatan kokurikulum jika diuruskan secara efektif dapat meningkatkan jati diri murid.

Pembinaan sahsiah mulia boleh diterapkan secara langsung atau tidak langsung berasaskan pendekatan Islam hadhari kerana semua prinsip Islam hadhari adalah releven untuk merentas kokurikulum.

Modul-modul kegiatan kokurikulum yang dirangka dalam perjumpaan mingguan, atau kegiatan bermusim seperti perkhemahan, program-program tertentu yang dilakukan di dalam atau di luar kawasan sekolah boleh diserapkan prinsip-prinsip Islam hadhari seperti mana kurikulum bagi membina dan memantap sahsiah murid.

Kegiatan-kegiatan berbentuk kerohanian, kecergasan jasmani, pembinaan intelek dan kesedaran emosi adalah menjurus kepada pembinaan sahsiah murid sekiranya semua program itu dilaksanakan secara yang terkawal dan tersusun yang meletakkan keutamaan pencapaian objektif, bukan semata-mata untuk sekadar memenuhi program tahunan sekolah sahaja.

17

Page 18: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Keberkesanan pelaksanaan pendekatan Islam hadhari dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah bergantung kepada pelan strategi yang berkesan, di sokong oleh kesungguhan dan komitmen pentadbir dan dan semua guru serta ibubapa. Pengurusan bilik darjah yang dinamik, mengambil perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan fizikal, sumber, organisasi, iklim bilik darjah yang kondusif, pengurusan murid, pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan menarik minat murid dapat membantu mencapai objektif pendekatan Islam hadhari dalam pembangunan sahsiah murid.

Aplikasi Islam Hadhari Pendekatan Islam hadhari yang menekankan aspek ketamadunan,visi, misi dan objektif yang selari dengan Fakasafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan misi pada kseleuruhannya berpaksi kepada pembentukan masyarakat yang seimbang dari aspek intelek rohani, emosi dan jasmani yang dikaitkan dengan pembinaan modal insan bagi melahirkan Negara bangsa yang taat setia, bersatupadu, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera, serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Penerapan prinsip-prinsip Islam hadhari secara menyeluruh dan bersepadu yang bertujuan untuk membangunkan sahsiah murid dapat dilaksanakan secara yang lebih berkesan di sekolah melalui pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah yang efektif, aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Pemupukan Budaya Penyayang

Sekolah dan semua warganya adalah seperti sebuah rumahtangga dan keluarga. Bagi menjayakan budaya penyayang guru yang penuh dengan perasaan, pengurusan sekolah dan guru perlu mempunyai tanggapan yang betul dan positif mengenai setiap anak didik mereka di sekolah.

Sahsiah adalah aspek diberikan keutamaan dalam Falasafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Misi dan juga dalam Falsafah Pendidikan Islam. Murid yang bersahsiah mulia ialah murid yang sentiasa mengetahui nilai baik dan buruk, sentiasa menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk, yakin kepada semua nilai murni (mahmudah), mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk serta menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

Bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab yakni rakyat yang menyedari tugas dan tanggungjawab adalah satu amanah, yang mesti dilaksanakan dengan sempurna, menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, sentiasa meningkatkan daya pengeluaran, mematuhi undang-undang dan peraturan Negara dan berusaha memajukan diri masyarakat dan Negara.

Pemupukan nilai kasih sayang, bekerjasama, dilaksanakan secara berkesan di kalangan murid sekiranya guru berjaya menerapkan melalui kurikulum, kokurikulum jiga dalam pengurusan sekolah.

Pembangunan modal insan yang meletakkan pembinaan sahsiah sebagai salah satu agenda pembangunan pendidikan perlu kepada penyediaan kurikulum yang lebih releven,

18

Page 19: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

penyediaan sistem penyampaian yang berkesan mengikut keadaan semasa dan menarik minat murid, dan menekan aspek-aspek yang berkaitan dengan kerohanian dan moral.

Peranan Guru

Guru memainkan peranan yang luas dalam mencorakkan perkembangan nilai terhadap pembangunan sekolah. Pengaruh guru dalam kehidupan dan perkembangan nilai hidup boleh dikatakan tiada batasan. Guru-guru yang berpengaruh dan berkesan menjadi ’role model’ kepada murid. Proses sosialisasi nilai pada umumnya membabitkan peranan guru-guru di sekolah.

Guru yang efektif juga harus melihat peranannya secara holistik dalam pengurusan bilik darjah iaitu bertindak sebagai penyampai ilmu (muallim) pembina adab (muaddib), pengajar (mudarris), petunjuk (mursyid), pengurus, penyelola, penyelia, pendakwah, pembimbing, pemudahcara (fasilitator), penunjuk teladan, pakar rujuk, pemikir, mentor, penyelidik, pengubat, patriot,penggerak, agen perubahan dan agen sosialisasi.

Pengetua atau Guru Besar yang efektif adalah pemacu pendekatan Islam hadhari ke arah pembinaan sahsiah murid melalui sistem pentadbiran yang telus. Pentabir bertindak sebagai pemimpin, pengurus, pembimbing, penyelia, pemantau, penilai dan pengarah bagi menentukan keberkesanannya.

Pendidikan adalah satu proses untuk mendidik manusia, menyebabkan pendidik sewajarnya memiliki beberapa kualiti asas.

Pertama, pendidik harus mempunyai kekuatan ilmu, ketrampilan dan pengkhususan. Kekuatan ini amat penting supaya pendidik dapat melaksanakan pendidikan dengan baik. Ini kerana, ia merupakan perkara asas dalam pendidikan. Tanpa ilmu tidak mungkin pendidikan boleh mencapai matlamatnya.

Kedua, pendidik harus mempunyai kualiti diri yang boleh dicontohi dan diteladani. Tanpa kualiti ini, proses didik sukar diterap kerana kebiasaan murid perlu selalu belajar melalui contoh. Pendidik seharusnya menjadi contoh, sumber ikutan dan rujukan para murid. Kadang-kadang, antara pandangan pendidik dan ibu bapa, pandangan pendidik lebih dihormati oleh murid kerana pendidik berjaya menarik hati mereka.

Ketiga, pendidik harus mempunyai kaedah penyampaian atau metodologi yang berkesan dalam menyampaikan bahan atau sukatan. Apabila bahan yang disampaikan kepada murid dapat difahami dengan baik dan asas kefahaman yang diterima dapat difikir, sudah tentu akan berlaku proses internalisasi bertujuan mengukuhkan lagi apa yang difahami. Apabila proses ini berlaku, sudah tentu ia akan diterjemahkan sebagai sumber amalan dalam kehidupan mereka.

Keempat, pendidik akan menitip dan menerapkan nilai-nilai murni kepada murid supaya ilmu yang diperolehi dan ketrampilan yang diterima mampu memanfaatkan manusia sejagat. Bagi murid-murid Islam pula, nilai akidah, ibadah, akhlak, syariah dan nilai-nilai quranni wajib diperkukuhkan secara bijaksana. Tujuannya agar subjek yang diajar bukan sahaja menarik minat mereka, bahkan sentiasa ada penerapan nilai.

19

Page 20: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Kelima, pendidik harus kreatif dan proaktif dalam mengolah dan menyampaikan ilmu, maklumat dan ketrampilan kepada para murid.

Keenam, pendidik harus sentiasa memahami cabaran sezaman dan karenah lingkungan. Cabaran sezaman ialah bentuk-bentuk perubahan yang berlaku dalam dasar pendidikan, tuntutan ke arah pemantapan dan penyesuaian keperluan kurikulum, metadologi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bersifat dinamik.

Ketujuh, keupayaan pendidik mewujudkan suasana kondusif ketika proses pendidikan berlaku. Oleh itu, akhlak pendidikan murabbi yang bersifat penyayang adalah perlu bagi menarik minat murid untuk terus belajar. Sementara akhlak pendidik muallim dan pendidik muaddib amat diperlukan kerana pendidikan tanpa dihubungkan dengan faktor rabbani tidak mungkin membentuk akhlak yang baik.

Proses kajian tentang kaedah dan prinsip pendidikan (pedagogi) memerlukan nilai yang diserapkan secara bijaksana. Hal yang sama juga berkait rapat dengan kegiatan kokurikulum samaada berbentuk sukan, permainan, kesenian dan persatuan.Namun ia tetap berkembang dalam batas nilai. Nilai bukan sahaja bersifat contoh yang ditunjukkan oleh guru. Tetapi, nilai akan sebati dalam ilmu, ketrampilan dan juga amalan melalui pendidikan dan kesanggupan murid mencontohi guru.

Dalam pendidikan perlu ada nilai teras yang bersifat fundamental seperti amanah, jujur, ikhlas, rajin, hormat menghormati, tolak ansur, sedehana, adil, sopan-santun, benar, dan bijaksana. Nilai-nilai teras disamping nilai-nilai tambahan dan dikembangkan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana. Sifat nilai harus merentasi kurikulum dan kokurikulum dan mampu diterjemahkan dalam amalan. Pada diri guru harus ada sifat-sifat pendidik yang tinggi seperti berilmu, kasih sayang, belas kasihan, kreatif, sabar, bijaksana, amanah, dan melihat proses didik sebagai proses bina insan.

Subjek-subjek yang diajar oleh guru juga terkandung nilai. Oleh itu ilmu yang diajar oleh guru harus dikaitkan dengan nilai yang bersifat fitrah serta releven dengan kepentingan hidup para murid.

Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sejarah, guru bukan sahaja mengajar mereka tentang peristiwa, tarikh, tokoh dan zaman. Mereka juga perlu diterapkan dengan elemen sejarah dan ibrah iaitu pengajaran dan teladan.Matematik juga harus dilihat secara ilmu dan tidak hanya sesuatu kemahiran memanipulasikan dengan angka. Pada angka terdapat nilai ketepatan, keseimbangan dan akuntabiliti. Allah menciptakan alam ini dan kehidupan manusia bersifat matematikal. Sains juga tidak sekadar satu proses mengkaji, dan membuat rumusan, fakta dan data tetapi harus ada nilai tadabbur. Semuanya ini hendaklah dihubungkan kepada Pencipta Manusia pada hakikatnya tidak pernah melakukan penciptaan. Manusia hanya meniru, mengubah atau mereka sesuatu yang sudah diciptakan Allah. Itulah tradisi sains dalam Islam yang membimbing manusia mengenal diri, mengenal alam dan mengenal Pencipta. Sebab itulah kurikulum dan kokurikulum yang mendidik anak murid mestilah bersifat value-laden (bertaut nilai) bukannya value-free (bebas nilai).

Dalam tradisi Islam, nilai diukur menerusi perbuatan dan amal. Pendidikan yang tidak menghubungkan iman sebagai faktor mendidik hanya sekadar memindahkan maklumat, pengetahuan, atau ketrampilan kepada muridnya tanpa usaha membentuk akhlak dan

20

Page 21: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

peribadinya. Akhirnya para murid hanya memperolehi sijil atau ijazah sebagai syarat mendapat kerja. Tetapi ditempat kerja, dia akan berhadapan dengan cabaran menepati dan mengisi waktu, amananh terhadap penggunaan masa, jujur dalam melaksanakan keputusan, amanah terhadap kewangan dan lain-lain.

Menanam dan menyemai nilai-nilai etika dan moral yang baik bagi meningkatkan sahsiah murid sewajarnya menjadi sebahagian daripada tugas para pendidik.

Kekuatan dan Kekangan

Pendekatan Islam hadhari ke arah pembangunan sahsiah murid bagi melahirkan ummah yang terbilang, berupaya mencipta pelbagai kecemerlangan dan kegemilangan dalam sistem pendidikan Negara perlu ada kekuatan.

Kekuatan yang ada antaranya :

1. Negara Malaysia yang telah merdeka daripada penjajahan yang memboleh pemimpin melaksanakan program pembangunan rakyat mengikut acuan sendiri.

2. Falasafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan misi yang telah ada menjurus kepada pembentukan sahsiah sebagai salah satu perkara utama ke arah pencapaian matlamat pendidikan nasional.

3. Visi, misi dan objektif pendekatan Islam hadhari telah meletakan pembangunan sahsiah yang berpaksikan kepada ajaran agama, bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai kekuatan spritual, akhlak, intelektual, yang mampu menangani cabaran-cabaran secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

4. Konsep pendidikan sepanjang hayat dengan memberi peluang rakyat meneruskan pengajian tanpa membatasi usia.

5. Usaha pembanguna modal insan yang memberi tumpuan kepada aspek nilai, disiplin, sahsiah dan jati diri murid dalam perencanaan Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Kekangan yang terpaksa dihadapi ialah yang terbesar ialah cabaran-cabaran yang sedang melanda masyarakat dan perlu ditangani dengan bijaksana, anataranya :

1. Cabaran daripada arus pembangunan yang pesat dan peralihan sosio ekonomi yang cepat akan menimbulkan tekanan kepada individu, keluarga dan masyarakat.

2. Peranan ibubapa sebagai pendidik utama tidak mampu memupuk nilai sahsiah mulia terhadap anak-anak mereka menyebabkan tidak ada kesinambungan antara pendidikan di rumah dengan pendidikan di sekolah. Mereka menyerah sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan permasalahan anak-anak mereka.

3. Kecenderungan ibubapa yang meletakkan keutamaan akademik tanpa diimbangi dengan peningkatan kerohanian dalam diri anak-anak mereka.

21

Page 22: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

4. Nilai-nilai dari luar yang kurang sihat dan bersifat negatif memberi kesan yang buruk kepada perkembangan nilai masyarakat, budaya hippies, punk, kebebasan, jenayah belia barat membawa ancaman dan kemusnahan disebabkan budaya meniru di kalangan belia-belia timur.

5. Globalisasi merupakan agenda perubahan abad ke-21 yang akan menjadikan masyarakat dunia khususnya di negara-negara membangun berhadapan dan berkofrantasi dengan pelbagai nilai baru seperti dunia tanpa sempadan, pasaran bebas, kegawatan ekonomi dunia, budaya global, kemiskinan global, perubahan nilai kenegaraan, pergeseran tamadun, perkongsian masa depan dan keperluan mewujudkan tanggungjawab global. Keburukan nilai-nilai global akan menghancurkan sistem, struktur kebudayaan dan ketamdunan serta nilai-nilai murni, jika tidak dikawal dengan baik.

6. Cabaran yang bersifat dalaman iaitu dalam diri manusia iaitu hawa nafsu ammarah, firman Allah SWT, Surah Yusuf, ayat 53, bermkasud, ” Dan aku tidak membebaskaan diri aku (dari kesalahan). Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberikan rahmat oleh Tuhanku. Maka Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha mengasihani”.

7. Cabaran daripada hasutan dan syaitan, firman Allah SWT, Surah Faathir, ayat 6 bermaksud, ”Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya), sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

8. Cabaran keruntuhan akhlak dan kerosakan sosial, yang berbagai bentuk. Antaranya cabaran bentuk adat, cabaran berbentuk jiwa kerana kelemahan iman yang mendedahkan mereka kepada dosa, kesalahan, penyelewengan akhlak dan jiwa. Cabaran luaran seperti perancangan dan strategi musuh, perancangan penjajah, perancangan fahaman-fahaman sekularisma, kapitalisma, materialisma dan komunisma dan juga cabaran media-massa.

Implikasinya kepada Kurikulum Kebangsaan

Apabila dikaji dalam semua aspek yang telah diperjelaskan di atas maka didapati pelaksanaan pendekatan Islam hadhari dalam kurikulum kebangsaan iaitu bagi semua mata pelajaran yang di ajar diserapkan dengan prinsip-prinsip Islam hadhari yang bertujuan untuk membina pembangunan sahsiah murid cemerlang dapat dilaksanakan bagi melahirkan ummah yang terbilang yang berupaya mencipta pelbagai kecemerlangan dan kegemilangan.

Penerapan ini secara langsung akan mempercepatkan proses intergrasi dan kesepaduan ilmu, walau pun beberapa permasalahan kecil yang mungkin dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang singkat seperti permasalahan kefahaman sebahagian guru tentang prinsip-prinsip Islam hadhari dapat di atasi melalui penyampaian ilmu melalui kursus pendedahan yang boleh disampaikan diperingkat sekolah atau daerah.

Penutup

Pembinaan sahsiah secara penyerapan dan gabungjalin atau merentasi kurikulum bagi semua mata pelajaran dalam kurikulum kebangsaan melalui pendekatan Islam hadhari bukanlah suatu impian yang tidak boleh menjadi kenyataan. Malah perlaksanaan nilai-

22

Page 23: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

nilai murni merentas kurikulum telah pun terlaksana di peringkat sekolah, semua mata pelajaran disarankan supaya memasukkan elemen nilai murni dalam modul pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan pada sesuatu masa.

Harapan semua pihak untuk melihat kejayaan Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 bagi teras ke-2 iaitu pembinaan modal insan akan dilakukan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri murid. Teras ini juga berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.

Secara amnya pendekatan Islam hadhari ke arah pembangunan sahsiah murid cemerlang dapat dilaksanakan secara langsung dan tidak langsung melalui pendidikan formal dan tidak formal sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah secara gabungjalin, penerapan dan perentasan dan sebagainya, boleh dilaksanakan oleh semua mata pelajaran yang diajar di sekolah.

23

Page 24: Pendekatan Islam Hadhari ke Arah Pembentukan Sahsiah Cemerlang Murid

Bibliografi

Abd Rahim Abd Rashid (1999). Profesionalisma Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Abd Rahim Abd Rashid (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan Menghadapi Perubahan Dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn BhdAbdullah Nasih Ulwan terjemahan Hasnan bin Kassan. Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah. Mudah Urus Enterprise Sdn Bhd)Afif Abdullah Fattah Thabbarah (1986). Dosa Dalam Pandangan Islam. Bandung: Risalah Bandung.Dangiran Haji Mustafa (2007). Pelaksanaan Pendidikan Islam Ke Arah Pembentukan Masyarakat Hadhari. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.Hal Ehwal Murid (2007). Mewujudkan Budaya Penyayang Di sekolah. Pendidik Bil 38/Julai2007). Ampang: Widad Publication Sdn Bhd.Haron Din (2007). Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn Bhd.Himpunan Soal jawab Islam Hadhari.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(2006). Jabatan Perdana Menteri.Islam Hadhari Satu Penjelasan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(2005). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia BerhadKamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka (2007).Mohd Liki Hamid (2003). Pengajian Tamadun Islam. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.Mohd Puad Razali (2007). Peranan Pendidikan Dalam Pembinaan Negara Bangsa. Pendidik Bil 38/Julai 2007. Ampang: Widad Publication Sdn Bhd.)Muhamad Iqbal Abideen. Islam Hadhari Releven Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur, Penerbitan seribu Dinar. Muhammad Ghazali, 1995, Takwa Membentuk Akhlak Yang Mulia. Batu Caves : Pustaka Ilmi.Panduan Pengajaran Dan pembelajaran Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 5 Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral, JAPIM (2006).Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi. Kementerian Pelajaran Malaysia.Rasid Muhammad (1996). Matra Tamadun Islam. Petaling Jaya: ABIMSaniyah Ali (2004). Perubahan Sikap Dan Anjakan Paradigma. Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia.Sidiq Baba (2006). Pendidikan Rabbani. Shah Alam: Karya Bestari Sdn Bhd.

24