1. pengenalan kumpulan -...

35
KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 1 1. PENGENALAN KUMPULAN 1.1 Nama Kumpulan : Gemilang KB 1.2 Tarikh Penubuhan : 4hb. March, 2012 1.3 Fasilitator : En. Wan Shanusi Bin Wan Daud - Pen. Jurutera 1.4 Ketua Kumpulan : En. Pauzi Bin Che Soh - Juruteknik Kanan 1.5 Ahli Kumpulan : En. Mazlan Bin Md Saleh - Juruteknik Awam YM. Engku Hafiza Bt. Tengku Mustaffa - Juruteknik Awam YM. Raja Noorliana Rahayu Bt. R. Yusof - Juruteknik Awam YM Tengku Shukri Bin Tengku Ismail - Pemb. Tadbir Cik Marhaini Binti Mokhtar - Pemb. Tadbir (S) Cik Syamiaiza Binti Raimi - Pemb. Tadbir (S) En. Sazali Bin Mat Noor - PRA En. Mat Noor Bin Sulong - Pemandu 1.6 Bidang Tugas Kumpulan Sembilan (9) ahli kumpulan terdiri daripada Juruteknik Kanan, Juruteknik Awam, Pembantu Tadbir, Pekerja Rendah Awam (PRA) dan Pemandu merupakan ahli yang terlibat secara langsung dengan Kumpulan Inovatif & Kreatif JPS Jajahan Kota Bharu. Tugas utama kumpulan kami adalah mencari altenatif bagi kaedah menstabil tebing dengan kos yang lebih murah, mudah dan menjimatkan masa berbanding dengan kaedah-kaedah sediada yang biasa digunakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 1.7 Carta Organisasi Jabatan Kumpulan Gemilang KB daripada JPS Jajahan Kota Bharu dibimbing oleh pemudahcara En. Wan Shanusi Bin Wan Daud dan disokong oleh pihak pengurusan selaku Jurutera Jajahan YM Tengku Zamri Bin Raja Zainal Abidin. (Rujuk Rajah 1 Carta Organisasi)

Upload: others

Post on 23-Sep-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 1

1. PENGENALAN KUMPULAN

1.1 Nama Kumpulan : Gemilang KB

1.2 Tarikh Penubuhan : 4hb. March, 2012

1.3 Fasilitator : En. Wan Shanusi Bin Wan Daud - Pen. Jurutera

1.4 Ketua Kumpulan : En. Pauzi Bin Che Soh - Juruteknik Kanan

1.5 Ahli Kumpulan : En. Mazlan Bin Md Saleh - Juruteknik Awam

YM. Engku Hafiza Bt. Tengku Mustaffa - Juruteknik Awam

YM. Raja Noorliana Rahayu Bt. R. Yusof - Juruteknik Awam

YM Tengku Shukri Bin Tengku Ismail - Pemb. Tadbir

Cik Marhaini Binti Mokhtar - Pemb. Tadbir (S)

Cik Syamiaiza Binti Raimi - Pemb. Tadbir (S)

En. Sazali Bin Mat Noor - PRA

En. Mat Noor Bin Sulong - Pemandu

1.6 Bidang Tugas Kumpulan

Sembilan (9) ahli kumpulan terdiri daripada Juruteknik Kanan, Juruteknik Awam,

Pembantu Tadbir, Pekerja Rendah Awam (PRA) dan Pemandu merupakan ahli yang

terlibat secara langsung dengan Kumpulan Inovatif & Kreatif JPS Jajahan Kota Bharu.

Tugas utama kumpulan kami adalah mencari altenatif bagi kaedah menstabil tebing

dengan kos yang lebih murah, mudah dan menjimatkan masa berbanding dengan

kaedah-kaedah sediada yang biasa digunakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

1.7 Carta Organisasi Jabatan

Kumpulan Gemilang KB daripada JPS Jajahan Kota Bharu dibimbing oleh pemudahcara

En. Wan Shanusi Bin Wan Daud dan disokong oleh pihak pengurusan selaku Jurutera

Jajahan YM Tengku Zamri Bin Raja Zainal Abidin.

(Rujuk Rajah 1 – Carta Organisasi)

Page 2: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 2

3

MAZLAN MD SALEH

TENGKU ZAMRI RAJA ZAINAL ABIDIN

(JURUTERA JAJAHAN)

WAN SHANUSI BIN WAN DAUD

(FASILITATOR)

MARHAINI BINTI MOKHTAR

(SETIAUSAHA)

PAUZI BIN CHE SOH

(KETUA KUMPULAN)

TENGKU MOHD SHUKRI

TENGKU ISMAIL

MAT NOOR SULONG ENGKU HAFIZA

TENGKU MUSTAFFA

RAJA NOORLIANA

RAHAYU RAJA YUSOF

SYAMIAIZA RAIMISAZALI MAT NOOR

Rajah 1 – Carta Organisasi Gemilang KB

1.8 Bukti Penyertaan Kumpulan

Ketua Kumpulan Gemilang KB En. Pauzi Bin Che Soh telah mengahantar permohonan

penyertaan kepada penasihat YM. Tengku Zamri Bin Raja Zainal Abidin dan diluluskan

oleh beliau. Setelah surat kelulusan dikeluarkan (sepertimana Lampiran 1) Ketua

kumpulan sekali lagi memohon kelulusan daripada Pihak Pengurusan untuk mengadakan

mesyuarat sebagaimana surat yang dilampirkan (sepertimana Lampiran 2).

Page 3: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 3

2

PENUBUHAN KUMPULAN

GEMILANG KB PADA 04 MAC 2012

Lampiran 1 – Surat Permohonan Dan Kelulusan Penubuhan Kumpulan K.I.K

5

SURAT PERMOHONAN & KEBENARAN

MENGADAKAN MESYUARAT

Lampiran 2 – Surat Permohonan Dan Kelulusan Mengadakan Mesyuarat

Page 4: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 4

2. PEMILIHAN PROJEK

2.1 Pengendalian Aktiviti Kumpulan

2.1.1 Kekerapan Bermesyuaat

Bagi menjayakan projek ini kumpulan kami telah mengadakan mesyuarat secara

berkala iaitu pada hari Ahad setiap minggu bermula pada pukul 8.30 pagi hingga

9.30 pagi. Bertempat di bilik Mesyuarat Berlian, JPS Kota Bharu. Peratus

kehadiran ahli ialah 91.7% sebagaimana jadual dibawah dan bagi laporan

kedatangan ahli sebagaimana rajah 2.

BILANGAN MESYUARAT 24

HARI AHAD

MASA 8.30 Pagi – 9.30 Pagi

TEMPAT Bilik Mesyuarat Berlian,

JPS Kota Bharu

PERATUS KEHADIRAN 91.7 %

Jadual 1 – Jadual Mesyuarat

7

LAPORAN KEHADIRAN AHLI

Bil.

Ahli Kumpulan Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept. Jum. %

1 Pauzi B. Che Soh 3 5 2 3 4 2 4 23 95.8

2 Mazlan B. Md. Saleh 3 5 2 3 4 2 4 23 95.8

3 Engku Hafiza Bt. Tengku Mustaffa

3 5 2 3 4 2 4 23 95.8

4 Raja NoorlianaRahayu Bt. Raja Yusoff

2 5 2 3 4 2 4 22 91.7

5 Tengku Mohd ShukriB. Tengku Ismail

3 5 2 3 4 2 1 20 83.3

6 Marhaini Bt. Makhtar 3 4 2 3 4 2 3 21 87.5

7 Syamiaiza Bt. Raimi - - - - - 1 3 4 80

8 Mat Noor Bin Sulong 3 5 2 3 4 2 4 23 95.8

9 Sazali Bin Mat Noor 3 5 2 3 4 2 4 23 95.8

Purata Peratus Kehadiran 184 91.7

Rajah 2 – Laporan Kehadiran Ahli

Page 5: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 5

2.1.2 Kaedah Pelaksanaan

Bagi memudahkan pelaksanaan projek, Kumpulan Gemilang KB menggunakan

kaedah PDCA dalam merancang dan melaksanankan projek kami. Program-

program kumpulan Gemilang KB dimuatkan dalam gambarajah PDCA.

(Rujuk Rajah 3 – Sistem PDCA)

•Persembahan

•Penyeragaman

•Pembetulan

•Pengesanan & Penilaian

•Pencapaian Hasil

Projek

•Merancang Program

•Mengenalpasti

masalah

•Pilih masalah

•Analisa Masalah

•Cadangan Penyelesaian

•Perlaksanaan

Cadangan

(RANCANG) (LAKSANA)

(SEMAK)(TINDAKAN)

AKTIVITI GEMILANG KB

Rajah 3 – Sitem PDCA

Page 6: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 6

2.1.3 Carta Perlaksanaan Projek

Jadual perancangan program atau aktiviti kumpulan Gemilang KB telah kami

rangka dengan jelas dalam carta pelaksanaan projek.

(Rujuk Jadual 2 – Carta Pelaksanaan)

CARTA PELAKSANAAN PROJEK

BulanTAHUN 2012

Aktiviti Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept. Okto. Nov.

Penubuhan Kumpulan

Mengenal Pasti Masalah

Analisa Masalah

Kumpul Data & Analisa

Cadangan Penyelesaian

Pelaksanaan Percubaan

Kumpul Data & Analisa Selepas

Persembahan Kpd Pengurusan

Tindakan Penyeragaman

PETUNJUK

Perancangan

Sebenar

Jadual 2 – Carta Perbatuan

Page 7: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 7

2.2 Pemilihan Tajuk Projek

2.2.1 Percambahan Fikiran

Berdasarkan masalah yang dipilih, Kumpulan Gemilang KB menjalankan kajian

untuk mendapat sebab paling mungkin berlakunya perkara tersebut. Hasil daripada

percambahan fikiran, kami telah mengenalpasti beberapa cadangan idea yang telah

disenaraikan melalui kaedah brainstorming sebagaimana berikut.

KAEDAH BRAINSTORMING

BIL CADANGAN IDEA ALASAN / SEBAB NAMA PENYUMBANG

IDEA / E-MAIL

1

Menukar mata mesin

rumput daripada besi

kepada bahan terpakai

seperti plastik

Lebih berkesan dan jimat

tenaga bagi menggantikan

tali plastik yang sedia ada

Sazali Bin Mat Noor

2

Menstabil tebing

menggunakan tayar

terpakai

Jimat Kos dan Mesra Alam Mazlan Bin Md. Saleh

3 Perangkap sampah

Portable / Fleksibel Jimat masa dan tenaga

Raja Norliyana Rahayu Bt.

Raja Yusoff

4 Data kontraktor Jimat masa dan tenaga Engku Hafiza Bt. Tengku

Mustaffa

5 Penambah baikan CCF Jimat masa dan tenaga Mat Noor Bin Sulong

Jadual 3 – Jadual Pemilihan Tajuk

Page 8: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 8

2.2.2 Pemilihan Projek

Melalui kaedah “Force Ranking” setiap masalah akan diundi mengikut kategori

dan wajaran yang sesuai. Kumpulan kami telah memilih tajuk ‘Menstabil Tebing

Menggunakan Tayar’ kerana tajuk tersebut mendapat undian yang paling tinggi.

(Rujuk Jadual 4 – Pemilihan Projek (Force Ranking))

Bil Masalah Bil. Undian Jumlah Ranking

Wajaran Kategori 1 2 3

1 Tidak

Penting

1 Menukar mata mesin rumput

daripada besi kepada bahan

terpakai seperti plastik

4

6 0 16

2 Penting 2 Menstabil tebing

menggunakan tayar

0 5 12 46

3 Sangat

Penting

3 Perangkap sampah Portable /

Fleksibel

2 4 5 25

4 Data kontraktor 8 6 5 35

5 Penambah baikan CCF 6 6 3 27

Nota : Undian dijalankan keatas semua kakitangan JPS Jajahan Kota Bharu seramai 20 orang

Jadual 4 – Pemilihan Projek (Force Ranking)

ALAT KAWALAN KUALAITI : PEMILIHAN PROJEK (FORCE RANKING)

Page 9: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 9

Menukar mata mesin

rumput daripada besi

kepada bahan terpakai

seperti plastik, 16

Menstabil tebing

menggunakan tayar, 46

Perangkap sampah

Portable / Fleksibel, 25

Penambah baikan CCF,

27

Data kontraktor, 35

Rajah 4 – Peratus Pemilihan Tajuk K.I.K

2.2.3 Statistik Aduan Awam

Setelah pemilihan tajuk dibuat, kami membuat analisa aduan awam mengenai

runtuhan tebing yang berlaku di dalam Jajahan Kota Bharu sepanjang tahun 2009

sehingga Julai 2012. Setelah analisa dibuat, kami mendapati aduan awam

mengenai runtuhan tebing ini banyak dibuat dan tidak sampai separuh dari masalah

runtuhan itu dapat di baikpulih oleh jabatan kerana peruntukan yang di aggihkan

adalah terhad. Jadual 5 menunjukkan Statistik Runtuhan Tebing.

Page 10: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 10

14

STATISTIK RUNTUHAN TEBING (ADUAN AWAM)

DI JAJAHAN KOTA BHARU BAGI

TAHUN 2009 HINGGA 2012

TAHUN JUMLAH ADUAN

YANG DITERIMA

JUMLAH YANG

TELAH DIBAIK

PULIH

JUMLAH YANG BELUM DIBAIK PULIH

2009 12 3 9

2010 12 5 7

2011 13 4 9

2012 15 5 10

Jadual 5 – Statistik Runtuhan Tebing Di JPS Jajahan Kota Bharu

2.2.4 Rumusan Pemilihan

Daripada jadual dan carta pai tersebut, kumpulan Gemilang KB mendapati masalah

No. 2 telah mendapat Jumlah Wajaran paling tinggi iaitu 46. Sehubung dengan itu,

tajuk No. 2 iaitu “ Menstabil Tebing Menggunakan Tayar Terpakai” telah

diberi keutamaan oleh kumpulan Gemilang KB untuk dilaksanakan.

Pemilihan tajuk ini selaras dengan piagam pelanggan jabatan kami yang komited

untuk memberi perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam perancangan,

rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan semua program dan projek Pengairan,

Saliran dan Kejuruteraan Sungai.

Perkhidmatan kami adalah berasaskan prinsip kejuruteraan yang mesra alam dengan

mengambilkira kemampuan ekonomi dan keperluan sosial.

Page 11: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 11

3. PENJELASAN PROJEK

3.1 Maksud Tajuk Projek

3.1.1 Menstabil

Kerja – kerja membaikpulih kerosakan atau runtuhan ke bentuk sediada

3.1.2 Tebing

Dinding batas sungai sisi kiri dan kanan dari palung sungai.

3.1.2 Tayar

Lingkaran getah yang dipasang sekeliling roda (untuk mengurangkan getar).

Terdapat dua jenis tayar iaitu Tayar Hidup – angin tayar yang diisi dengan uadara

(angin) dan Tayar Mati – padu tayar yang pejal (padat) dan tidak berongga.

3.1.2 Terpakai

Sesuatu yang sudah digunakan dan dibuang tetapi masih boleh digunakan untuk

kegunaan yang lain.

3.2 Penjenamaan Tajuk Projek

Setelah perbincangan dibuat sesama ahli kumpulan serta pemidahcara, kami telah

menjenamakan semula tajuk projek kami iaitu „Meenstabil Tebing Menggunakan

Tayar‟ kepada „Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing‟ atau T BEST. Ini kerana

kedudukan tayar yang dipasang bersambungan antara satu sama lain atau berangkai dan

tayar yang kami gunakan adalah tayar yang terpakai.

3.3 Definisi Projek

Dalam mendefinisikan latarbelakang masalah, konsep 5W dan 1H telah kami gunakan

iaitu :-

i) “What” (Apa)

Apa bahan yang digunakan?

- Dalam melaksanakan tajuk yang dipilih, kumpulan Gemilang KB hanya

menggunakan tayar terpakai sebagai bahan utama.

Page 12: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 12

ii) “Where” (Dimana)

Di mana penggunaannya?

- Di tebing sungai dan alor atau longkang tanah yang berkadar aliran rendah.

iii) “When” (Bila)

Bilakah penggunaannya?

- Apabila berlakunya runtuhan tebing.

iv) “Who” (Siapa)

Siapakah yang akan menerima risiko?

- Penduduk yang berhampiran dengan sungai atau alor.

v) “Why” (Kenapa)

Kenapa kerja penstabilan tebing perlu dilakukan?

- Untuk mengelakkan kemudahan infrastruktur dan rumah yang berhampiran

terjejas

vi) “How” (Bagaimana)

Bagaimana runtuhan terjadi?

- Kadar alir air sungai atau alor yang tinggi serta keadaan sungai yang berliku.

3.4 Objektif Projek

Kumpulan Gemilang KB telah sebulat suara bersetuju menetapkan obtektif utama

adalah untuk menjimatkan kos pembinaan serta mesra alam.

Page 13: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 13

4. PENGGUNAAN T BEST

4.1 Menganalisa Sebab – Sebab Utama

4.1.1 Faktor KOS

Memandangkan peruntukan tahunan yang terhad, suatu alternatif lebih mudah,

murah dan efisien amat diperlukan bagi menggantikan kaedah – kaedah yang

sediada.

4.1.2 Faktor BAHAN

Kenaikan harga bahan binaan dan jentera yang sentiasa meningkat menjurus

kepada penglibatan kos yang tinggi.

4.1.3 Faktor MASA

Kerja pembinaan memakan masa yang agak panjang.

4.1.4 Faktor LOKASI

Kebanyakan tempat kerja tiada jalan sesuai bagi kenderaan berat untuk menghantar

bahan ke tapak bina serta boleh merosakkan jalan sediada.

4.1.5 Faktor TENAGA KERJA

Kerja pembinaan struktur stabil tebing memerlukan pekerja mahir dan penggunaan

jentera berat.

4.1.6 Faktor ADUAN DAN DESAKAN PELANGGAN

Jabatan banyak menerima aduan dan permohonan bersabit dengan runtuhan tebing.

Page 14: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 14

4.2 Akibat Masalah.

4.2.1 Kos Penyelenggaraan

Sekiranya runtuhan tebing tidak dibaikpulih dengan segera akan mengakibatkan

kenaikan kos pembinaan dan penyelenggaraan.

4.2.2 Kerugian Pada Harta Benda

Dengan berlakunya runtuhan tebing akan mengakibatkan kerosakan kepada

kemudahan infrastruktur dan membahayakan keselamatan orang awam.

4.2.3 Kepuasan Hati Pelanggan

Piagam pelanggan aduan awam tidak dipenuhi jika aduan yang dibuat oleh orang

awam tidak dilaksanakan.

4.2.4 Imej Jabatan

Imej jabatan turut terjejas apabila membiarkan tebing yang runtuh terus berlaku

sehingga memudaratkan pengguna dan orang awam.

4.3 Pelaksanaan Projek

Setelah berbincang dengan Fasilitator, Ketua Kumpulan Gemilang KB telah memohon

kebenaran daripada pihak Pengurusan iaitu Jurutera Jajahan JPS Kota Bharu untuk

melaksanakan Projek Menstabil Tebing Menggunakan Tayar Terpakai yang telah di

ubah tajuknya kepada “Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST)”

Setelah mendapat persetujuan dan kelulusan dari Jurutera Jajahan seperti surat di

Lampiran 3.

Page 15: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 15

25

SURAT KEBENARAN MENJALANKAN

PROJEK K.I.K

Lampiran 3 – Surat Permohonan Dan Kelulusan Menjalankan Projek

Kami telah menjalankan kerja menstabil tebing seperti berikut :-

4.3.1 Kerja pembinaan semula tebing yang runtuh.

Dengan menggunakan ‘backhoe’ bagi membaiki cerun/tebing yang runtuh

mengikut bentuk asal.

Kerja-kerja menggalian asas bagi pemasangan dua (2) lapisan tayar paling bawah

diisi batu sebagai pemberat.

4.3.2 Kerja menghampar Geotextile

Setelah penggalian asas siap dijalankan, Geotextile dihamparkan untuk

mengelakkan tanah/pasir yang membentuk cerun tadi runtuh.

4.3.3 Kerja-kerja pemasangan tayar terpakai

Setelah Geotextile dihampar, tayar terpakai yang di perolehi secara percuma dari

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd. disusun sepanjang cerun/tebing yang

hendak dibaikpulih sebagaimana pelan pandangan sisi yang dilampirkan. Tayar

yang disusun tadi di ikat dengan menggunakan steel bolt dan nut pada setiap

sambungan.

Page 16: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 16

4.3.4 Dua lapisan paling bawah diisi batu sebagai pemberat

Dua (2) lapisan paling bawah diisi dengan batu yang bersaiz 50 mm – 100 mm

sebagai pemberat dan ditimbus kembali sehingga ke aras dasar sungai seperti asal.

4.3.5 Lapisan tayar paling atas diisi konkrit

Lapisan tayar yang berada di atas tebing diisi dengan konkrit Gred 15 yang

berfungsi sebagai pemberat untuk mengelakkan susunan tayar tadi bergerak

sepertimana Pelan Pandangan Hadapan.

30

LAPISAN TAYAR PALING ATAS DIISI KONKRIT

DUA LAPISAN TAYAR PALINGBAWAH DIISI BATUSBG. PEMBERAT

PANDANGAN SISI

CADANGAN STABIL TEBING MENGGUNAKAN TAYAR TERPAKAI

Tayar terpakai

Dasar sungai

Tebing Sungai

Steel Bolt & Nut

(setiap sambungan)

Geotextile

Rajah 5 – Pelan Pandangan Sisi

Rajah 5 - Pelan Pandangan Sisi

Page 17: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 17

29

CADANGAN STABIL TEBING MENGGUNAKAN TAYAR TERPAKAI

DI ALOR LUBUK MULONG, BUNUT PAYUNG, KOTA BHARU, KELANTAN

PANDANGAN HADAPAN

JPS.KN.KB.INOV.2/2012

Tayar terpakai(diisi batu batu 50-100mm)

Tayar terpakai(diisi konkrit setiap 4 bilangan)

Diisi konkrit

Diisi batu 50 – 100mm

Diisi tanah/pasir

Terdedah

Tenggelam

Dasar sungai

Steel Bolt & Nut

Rajah 6 – Pelan Pandangan Hadapan

Page 18: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 18

4.4 Kos Pembinaan Struktur

Kos pembinaan projek yang di pilih oleh kumpulan Gemilang KB dengan

menggunakan Tayar Terpakai seperti Rajah dibawah.

31

KOS PEMASANGAN TBEST

Kerja Menstabilkan Tebing di Alor Lubok Mulong,Bunut Payong,

Kota Bharu

Ukuran: 96m panjang X 7m lebar (Luas = 672m2) melibatkan kos

seperti berikut:-

BIL. BUTIRAN KERJA AMAUN (RM)

1 PENYEDIAAN TAPAK (menambun, memampat & membina

kecerunan tebing)

5,240.00

2 Membekal dan memasang “Geotextile” 5,480.00

3 Mengangkut dan memasang tayar termasuk mengikat

dengan bolt & nut

4,520.00

4 Membekal dan mengisi batu dan konkrit 1,760.00

5 Mengisi tanah 2,000.00

6 JUMLAH KESELURUHAN 19,000.00

GEMILANG KBJadual 6 – Kos Pemasangan T BEST

Oleh yang demikian, kos bagi setiap meter persegi untuk pembinaan T BEST

adalah sebanyak RM 28.27 m² ( Jumlah Keseluruhan ÷ Keluasan )

Page 19: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 19

4.5 Perbandingan Kos

4.5.1 Hamparan Batu “Rock Rivetment”

Kos yang diperlukan untuk pembinaan “rock rivetment” seperti di Rajah 7

35

Perbandingan Kos

• Kos dan masa pembinaan “ rock rivetment ”

Kerja menstabil tebing di :–

Sg. Keladi Kota Bharu ( No.: JPS.KN.KB.08/2007)

•120m panjang X 11m lebar ( Luas = 132m2 ) kos RM 103,848.00

RM 78.67 bagi setiap meter persegi.

Rajah 7 – Kos Pembinaan “Rock Rivetment”

Rajah 7 – Kos Pembinaan “Rock Rivetment”

Page 20: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 20

4.5.2 Gabion

Kos yang diperlukan untuk pembinaan Gabion seperti di Rajah 8

34

KOS MENGGUNAKAN GABION

(CONTOH 2) Kerja Stabil Tebing di Sg Melor, Kota Bharu

(Sebutharga No.: JPS.KN.KB.PPPP.SH.14/2009)

Ukuran: 90m panjang X 12m lebar (Luas = 1080m2) melibatkan

kos RM 96,750.00 (harga melibatkan kerja Rivetment sahaja)

RM 89.59 bagi setiap

meter persegi.

GEMILANG KB

Rajah 8 – Kos Pembinaan Gabion

Page 21: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 21

4.5.2 Softrock

Kos yang diperlukan untuk pembinaan Softrock seperti di Rajah 9

35

KOS MENGGUNAKAN SOFT ROCK

(CONTOH 3) Kerja Stabil dan membaikpulih tebing di Sg

Pengkalan Chepa, Kg. Sg. Keladi, Kota Bharu

(Sebutharga No.: JPS.KN.KB.PPPP.SH.10/2010)

Ukuran: 350m panjang X 15m lebar (Luas = 5250m2) melibatkan

kos RM 419,385.78

RM 79.88 bagi setiap

meter persegi.

GEMILANG KB

Rajah 9 – Kos Pembinaan Softrock

Page 22: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 22

4.5.2 Wellguard

Kos yang diperlukan untuk pembinaan Wellguard seperti di Rajah 10

38

• Kos menggunakan “Wellguard”.

Kerja menstabil tebing di –

Sg. Melor, Kota Bharu, Kelantan. ( No: JPS.KN.KB.11/2009)

100m panjang X 7m dalam ( Luas = 700m2 ) kos RM 121,000.00

RM 171.42 bagi setiapmeter persegi.

Rajah 10 – Kos Pembinaan Weuard

Rajah 10 – Kos Pembinaan Wellguard

Page 23: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 23

39

RINGKASAN PERBANDINGAN KOS

(KAEDAH LAMA DAN KAEDAH TBEST)

BIL PERKARA HARGA

(RM/m2)

BEZA HARGA

DGN TBEST

(% PENJIMATAN)

1 KAEDAH TBEST 28.27 -

2 CONTOH 1

(ROCK RIVERTMENT)

78.67 50.40

(178%)

3 CONTOH 2

(GABION)

89.59 61.32

(216%)

4 CONTOH 3

(SOFTROCK)

79.88 51.61

(182%)

5 CONTOH 4

(WELLGUARD)

171.42 143.15

(506%)

Rajah 11 - Perbanding Kos

Jadual 7 - Perbanding Kos

4.6 Hasil Dan Faedah Dari Penggunaan T BEST

Setelah tajuk yang dipilih oleh kumpulan Gemilang KB dijalankan, kami telah

memperolehi hasil dan faedah dari penggunaan T BEST berbanding dengan kedah

stabil tebing yang biasa digunakan. Antara faedah yang kami perolehi adalah

sebagaimana berikut :-

4.6.1 Pengurangan Kos

Penjimatan menggunakan T BEST melebihi seratus peratus seperti Rajah 11.

Bahan utama yang digunakan juga adalah tayar yang telah diguna pakai dan

diperolehi secara percuma dari Syarikat Pengangkutan secara tidak langsung

dapat mengitar semula bahan terbuang. Seperti yang sedia maklum, tayar ini

adalah sejenis bahan yang tidak mudah reput dan tahap ketahanannya juga

tinggi.

Page 24: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 24

4.6.2 Penjimatan Masa Dan Tenaga

Untuk mejalankan projek T BEST ini, tenaga kerja mahir tidak diperlukan. Ia

juga hanya memerlukan penggunaan backhoe untuk kerja-kerja membentuk

cerun atau tebing dan kerja penyusunan tayar serta pemasangan bolt dan nut

hanya menggunakan tenaga buruh biasa. Tempoh masa pembinaan juga

adalah lebih singkat.

4.6.3 Peningkatan Hasil Kerja

Oleh kerana kos yang diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan T BEST ini

adalah rendah, maka dengan peruntukan yang disalurkan dapat melaksanakan

projek dalam kuantiti yang lebih maksima. Secara tidak langsung dapat

memenuhi kepuasa hati pelanggan.

4.6.4 Faedah-Faedah Lain

Menepati Surat Arahan Teknikal Bil. 1/2007

Imej jabatan lebih terjaga

Mesra Alam

Tidak merbahaya berbanding kaedah lama

4.7 Carta Radar

Selain dari segi kos pembinaan T BEST dengan kaedah yang sediada,

kumpulan Gemilang KB juga telah membuat perbandingan lain yang kami

telah kenal pasti. Antara perbandingan lain yang diperoleh adalah :-

a) Mesra Alam

- Sebagaimana yang dinyatakan, pembinaan T BEST ini menggunakan

tayar terpakai sebagai bahan utama. Maka dengan penggunaan semula

tayar ini dapat mengurangkan pembuangan tayar ditempat pelupusan dan

pembakaran terbuka sekaligus dapat mengurangkan pencemaran udara

yang boleh menipiskan lapisan ozon.

- Secara tidak langsung projek ini dapat memenuhi konsep Kitar Semula

yang disarankan oleh Kerajaan.

Page 25: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 25

b) Penggunaan Jentera Berat

- Proses pembinaan T BEST ini hanya menggunakan backhoe sebagai

jentera bagi membina semula tebing yang runtuh. Jika dibandingkan

kaedah stabing tebing sediada yang kebanyakannya menggunakan

excavator dan kren.

c) Kepuasan Hati Pelanggan

- Dengan penggunaan T BEST ini jabatan dapat menyelesaikan aduan yang

diterima dalam kuantiti yang banyak dengan peruntukan yang terhad

sebagaimana adaun mengikut statistik di Jadual 5.

d) Tenaga Kerja Yang Mahir

- Proses pembinaan T BEST ini tidak memerlukan tenaga kerja yang mahir

untuk menyiapkan projek ini. Sekaligus dapat mengurangkan kos buruh.

Perbandingan sebelum dan selepas pembinaan T BEST ini dapat dilihat

melalui Carta Radar sebagaimana Rajah 11.

Page 26: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 26

42

Skala Pencapaian

5 – Sangat Baik4 – Baik3 – Sederhana2 – Lemah1 – Sangat Lemah

Rajah 11 – Carta Radar

Page 27: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 27

5. PENYERAGAMAN

5.1 Perlaksanaan Percubaan

Projek T BEST yang dipilih oleh kumpulan Gemilang KB telah berjaya dilaksanakan.

Kami telah melakukan percubaan untuk projek Stabil Tebing di Sungai Lubok Mulong

(Jamabatan Pertama) Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan. Proses pembinaan

mengambil masa selama tiga (3) minggu yang dilaksanakan dalam tahun 2012. Hasil

keberkesanan untuk ketahanan T BEST yang sebenar masih lagi belum dapat di analisa

kerana ketahanan sebenar T BEST dapat diukur apabila tiba musim tengkujuh yang mana

kawasan pemasangan T BEST selalu ditenggelami air banjir.

Jika dibandingkan kaedah penggunaan Gabion dan T BEST, kekuatan T BEST adalah

lebih lama ketahanannya. Ini kerana Gabion menggunakan dawai berjejaring yang di

perbuat dari besi sebagai pengikat utama bagi menahan tebing. Sebagaimana kita

maklum, ketahanan besi tidak lama kerana besi akan berkarat dan ikatan jaring akan

tertanggal lama kelamaan.

Jika dibandingkan kaedah penggunaan Soft Rock dan T BEST, Soft Rock mudah

terkoyang sekiranya terkena benda tajam.

Buat masa ini projek T BEST ini hanya dapat dianalisa dalam bentuk KOS dan MASA

pembinaan.

5.2 Penyeragaman Projek T BEST

Setelah kejayaan pembinaan T BEST kumpulan perolehi, Gemilang KB telah

mencadangkan kepada pihak pengurusan supaya kaedah ini dapat diguna pakai di setiap

JPS Jajahan yang terdapat di negeri Kelantan. Surat kebenaran dan pengesyoran

penggunaan T BEST adalah sebagaimana Lampiran 4.

Page 28: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 28

44

PENYERAGAMAN

• Surat Pengesyoran Pembinaan T BEST Kepada Seluruh Jajahan

Di JPS Negeri Kelantan.

Lampiran 4 – Surat Penyeragaman

5.3 Penilaian Kumpulan

Faktor kejayaan utama kumpulan Gemilang KB dalam melaksanakan K.I.K ini adalah

seperti berikut :-

a) Kakitangan lebih komited mencari penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan

produktiviti dan hasil kerja demi kepentingan jabatan.

b) Hubungan pihak Pengurusan dan Kakitangan menjadi lebih mesra dan akrab setelah

faeadah K.I.K di capai.

c) Kepuasan kakitangan yang terlibat dengan K.I.K setelah idea mereka di hargai dan

diguna pakai oleh Pengurusan.

Page 29: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 29

5.4 Pembelajaran Yang Diperolehi

Sepanjang tempoh dalam menyiapkan K.I.K ini banyak pengalaman dan pengetahuan

yang ahli kumpulan Gemilang KB perolehi. Antaranya adalah seperti berikut :-

a) Idea yang baik untuk memajukan produktiviti dan imej jabatan terletak kepada

semua kakitangan tidak hanya dari pihak Pengurusan.

b) Melatih diri supaya dapat bekerja secara berpasukan demi faedah bersama.

Page 30: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 30

6 KESIMPULAN

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (K.I.K) tidak sekadar membantu organisasi dalam

menyelesaikan masalah yang di hadapi bahkan dapat menjimatkan KOS, MASA, TENAGA,

dan membantu dalam pembangunan individu serta MENINGKATKAN IMEJ JABATAN.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif ini tidak akan berjaya dijalankan jika sokongan

padu, nasihat, serta pandangan dari pihak Pengurusan tidak di perolehi. Maka jelaslah disini

bahawa peranan pihak Pengurusan amat penting dalam menyiapkan projek K.I.K ini selain

daripada kerjasama yang erat dari semua ahli pasukan.

Page 31: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 31

GAMBAR-GAMBAR YANG TERLIBAT

Gambar 1 – Kerja Membina Semula Tebing Yang Runtuh

Page 32: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 32

Gambar 2 – Kerja Menghampar Geotextile

Page 33: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 33

Gambar 3 – Kerja Menyusun Tayar Dan Memasang Bolt Dan Nut

Page 34: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 34

Gambar 4 – Mengisi Tanah Dan Pasir Ke dalam Tayar Yang Siap Di Pasang

Page 35: 1. PENGENALAN KUMPULAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1158-tayar-berangkai-elok-stabil... · KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012 Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing

KUMPULAN INOVASI & KREATIF 2012

Tayar Berangkai Elok Stabil Tebing (T BEST) Page 35

Gambar 5 – Keadaan Tayar Selepas 21 hari Projek Di Laksanakan