rph

Upload: anonymous-rodehausfa

Post on 06-Mar-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph peratus

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Tarikh: 5 Mac 2013Hari: SelasaMasa: 10.00-11.00 pagi (60 minit)Tahun: 5 BestariBilangan murid: 25 muridMata pelajaran: MatematikTajuk: PeratusBidang pembelajaran: Konsep peratusObjektif pembelajaran: Murid akan diajar untuk :1) Memahami konsep peratus dan menguasai kemahiran menukarkan peratus kepada pecahan kepada perpuluhan.Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid boleh :1) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri peratus.2) Menukarkan perpuluhan kepada peratus sekurang-kurangnya dalam lingkungan 10% hingga 100%.3) Menukarkan pecahan kepada peratus sekurang-kurangnya dalam lingkungan 10% hingga 100%.Hasil Pembelajaran Berkumpulan:i. Murid yang pandai akan berjaya menjawab sekurang-kurangnya 9 daripada 10 soalan dengan betul.ii. Murid yang sederhana akan berjaya menjawab sekurang-kurangnya 7 daripada 10 soalan dengan betul.iii. Murid yang lemah akan berjaya menjawab sekurang-kurangnya 5 daripada 10 soalan dengan betul.Pengetahuan sedia ada:1. Murid-murid telah mempelajari nombor bulat, pecahan dan perpuluhan.2. Murid pernah melihat simbol peratus.Nilai-nilai murni: 1. Kerjasama2. Bersungguh-sungguh3. Berani4. BerketerampilanKemahiran berfikir: Membayangkan, membuat pilihan, membuat keputusan.Bahan bantu mengajar: Video, kad imbasan, papan peratus, petak seratus, domino pecahan, lembaran kerja, persembahan slaid, komputer.

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pembelajaran & PengajaranCatatan

Set Induksi( 5 minit)Pengenalan terhadap peratus.

1. Apakah unsur matematik yang terdapat dalam video tersebut?

2. Pernahkah dengar perkataan peratus?

3. Dimanakah biasa kelihatan simbol %?

1. Guru menunjukkan video Tiga Abdul.

2. Guru menanyakan soalan dan meminta murid jawab .Kaedah & Strategi Pengajaran :1. Berpusatkan guru2. Menjana idea3. Soal Jawab

Media Pengajaran :1. Video2. Kad imbasan

Nilai Murni :1. Kesabaran

Kemahiran Berfikir :1. Membayangkan

Langkah 1(10minit)Pengenalan kepada konsep peratus

Persembahan slaid.

Petak Seratus

1. Guru memberi penerangan mengenai konsep peratus menggunakan petak seratus.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja.

3. Aktiviti dijalankan secara individu.

4. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.

Strategi & kaedah mengajar:1. Berpusatkan guru & berpusatkan murid.2. Memberi penerangan.

Media pengajaran1. Lembaran kerja2. Papan peratus3. Persembahan slaid

Penerapan nilai1. Bersungguh-sungguh

Kemahiran berfikir1. Membuat pilihan yang betul

Langkah 2(15 minit)Papan Peratus

1. Guru mengimbas kembali maksud peratus yang diterangkan pada langkah 1.

2. Guru memperkenalkan Papan Peratus kepada murid.

3. Guru memberitahu fungsi Papan Peratus iaitu untuk memudahkan pemahaman murid menukar peratus kepada pecahan dan perpuluhan.

4. Guru menunjukkan beberapa contoh penggunaan Papan Peratus.

Contohnya :

= 60 %

= 0.6

5. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut kumpulan.

6. Guru membincangkan jawapan bersama murid-murid.

7. Guru mengadakan kuiz tentang peratus.

Strategi :

1. Berpusatkan Guru2. Berpusatkan murid3. Berpusatkan bahan

Media Pengajaran :

1. Papan peratus2. Lembaran kerja

Nilai Murni :

1. Keberanian2. Keterampilan

Kemahiran Berfikir :

Membuat keputusan

Langkah 3( 15 minit)Domino Pecahan Perpuluhan Peratus

1. Guru mengimbas kembali proses penukaran pecahan kepada perpuluhan.

2. Murid diminta menyebut nilai pecahan dan menukarkan dalam bentuk perpuluhan.

3. Guru menunjukkan alat bantu mengajar kepada murid.

4. Murid diberi penjelasan mengenai permainan domino.

a. Permainan dijalankan secara berkumpulan.b. Wakil kumpulan diminta datang ke hadapan untuk mengambil papan domino.c. Guru akan mengangkat kad pilihan soalan domino untuk dipilih oleh murid.d. Murid akan memilih kepingan jawapan domino yang disediakan.e. Permainan dilakukan dengan melekatkan kepingan domino yang terdiri daripada nilai peratus,pecahan dan perpuluhan.f. Nilai peratus,pecahan dan perpuluhan hendaklah sama bagi setiap sambungan.g. Sambungan boleh dilakukan pada setiap sisi domino.

Strategi :

1. Berpusatkan guru

2. Berpusatkan murid

Media Pengajaran :

Domino Pecahan.

Nilai Murni :

Kerjasama

Kemahiran Berfikir :

1. Membuat keputusan

Langkah 4(10minit)Lembaran Kerja

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.

2. Guru memberikan arahan kepada murid untuk menyiapkan lembaran kerja dalam masa 5 minit.

3. Guru melakukan perbincangan bersama murid mengenai lembaran kerja yang diberi.

Strategi :1. Berpusatkan Guru2. Berpusatkan murid3. Berpusatkan bahan

Media Pengajaran :1. Lembaran kerja

Nilai Murni :1. Keberanian

Kemahiran Berfikir :1. Membuat keputusan

Penutup(5 minit)Membuat rumusan tentang konsep peratus.

1. Guru menerangkan konsep peratus secara keseluruhan.

2. Guru menceritakan sebuah cerita yang berkait dengan topik sebagai rumusan.

3. Guru memberi kerja rumah kepada murid. 4. Guru memberikan penerangan kepada murid-murid mengenai persediaan untuk tajuk yang seterusnya.

Strategi pengajaran dan kaedah pengajaran :1. Berpusatkan guru

Nilai moral :1. Kasih saying2. Hormat-menghormati

Kemahiran Berfikir:1. Membuat kesimpulan.