rph

4
Topik: Masa dan Waktu Tingkatan: Tahun 6 Standard Kandungan: 6.1 Sistem 24 jam 6.2 Tempoh masa 6.3 Penyelesaian masalah melibatkan masa Objektif P&P: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat, a) Hubungan antara sistem 12 jam dengan sistem 24 jam. b) Mengira tempoh masa dalam sebarang unit masa. c) Menyelesaikan masalah harian melibatkan masa termasuk zon masa. Resos yang diperlukan: slaid PowerPoint, lembaran kerja, jam buatan sendiri Langkah / Standard pembelajaran Prosedur Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Resos yang diperlukan Set induksi (6.1 Sistem 24 jam (i) Hubungan antara sistem 12 jam dengan sistem 24 jam.) +/- 5 minit 1. Guru menggunakan slaid PowerPoint untuk mempamerkan dua gambar rajah. 2. Guru menyuruh pelajar memerhati gambar rajah tersebut dan menyatakan apa yang telah ditunjukkan. Slaid PowerPoint Selamat tinggal, bapa! Saya sudah balik!

Upload: maggi-how

Post on 12-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

matematik

TRANSCRIPT

Topik: Masa dan WaktuTingkatan: Tahun 6Standard Kandungan: 6.1 Sistem 24 jam 6.2 Tempoh masa 6.3 Penyelesaian masalah melibatkan masaObjektif P&P: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat,a) Hubungan antara sistem 12 jam dengan sistem 24 jam.b) Mengira tempoh masa dalam sebarang unit masa.c) Menyelesaikan masalah harian melibatkan masa termasuk zon masa.Resos yang diperlukan: slaid PowerPoint, lembaran kerja, jam buatan sendiri

Langkah / Standard pembelajaranProsedur Pelaksanaan Pengajaran dan PembelajaranResos yang diperlukan

Set induksi(6.1 Sistem 24 jam (i) Hubungan antara sistem 12 jam dengan sistem 24 jam.)+/- 5 minit1. Guru menggunakan slaid PowerPoint untuk mempamerkan dua gambar rajah.2. Guru menyuruh pelajar memerhati gambar rajah tersebut dan menyatakan apa yang telah ditunjukkan.

Selamat tinggal, bapa!Saya sudah balik!

Slaid PowerPoint

Langkah 1Penjelasan+/- 10 minit

1. Guru menyuruh murid menulis masa yang ditunjukkan dalam kedua-dua gambar rajah dalam bentuk masa sistem 12 jam.2. Guru akan menggunakan jam buatan sendiri untuk memberi gambaran jelas tentang hubungan sistem 12 jam dan 24 jam berdasarkan masa yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

3. Guru menjelaskan hubungan antara sistem 12 jam dan 24 jam seperti 1a.m. boleh ditulis sebagai 0100, tetapi 1p.m. boleh ditulis sebagai 1300.4. Guru akan memberi beberapa contoh sambil membimbing murid untuk sebutan sistem 12 jam dan sistem 24 jam.5. Guru menjelaskan kepentingan sistem 12 jam dan sistem 24 jam serta aplikasi sistem tersebut dalam kehidupan seharian.

Slaid Powerpoint, buku teks, jam buatan sendiri

Langkah 2Latihan+/- 10 minit1. Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid untuk mengukuhkan pemahaman murid terhadap sistem 12 jam dan sistem 24 jam.2. Guru akan membincangkan soalan-soalan bersama dengan murid sambil memerhatikan lembaran kerja mereka.3. Guru membimbing serta membetulkan kesalahan serta sebutan mereka terhadap sistem 12 jam dan sistem 24 jam.lembaran kerja

Langkah 3Permainan pengukuhan+/- 20 minit1. Guru mengagihkan satu kad Cari Kawan kepada setiap pelajar dalam kelas.2. Guru menjelaskan cara permainan kad Cari Kawan ini.3. Pelajar perlu mencari kawan sendiri yang tepat dengan sistem jam yang ditunjukkan pada kad masing-masing.4. Guru menasihati pelajar supaya berhati-hati semasa bermain permainan ini.5. Setelah semua pelajar dapat mencari kawan mereka, guru menyuruh setiap kumpulan kawan membacakan sistem jam yang ada pada kad masing-masing dan biar pelajar lain untuk menyemak jawapan kumpulan kawan mereka betul atau tidak.

Kad Cari Kawan

Langkah 4Lembaran kerja+/- 10 minit

1. Guru memberi murid lembaran kerja dan menyuruh murid-murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.2. Guru meronda di dalam kelas dan membantu murid yang tidak tahu buat.3. Guru juga memberi peluang kepada murid untuk tanya soalan dan apa-apa ketidakfahaman.Lembaran kerja

Penutup+/- 5 minit1. Guru membuat kesimpulan tentang sistem 12 jam dan sistem 24 jam yang telah diajar.