kata-kata terpilih

Click here to load reader

Post on 12-Jan-2016

47 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kata-kata Terpilih. - Bahasa aras tinggi mampu melonjakkan markah dalam penulisan jika digunakan dengan betul. Justifikasi= alasan yang kuat untuk mewajarkan tindakan. 1. Beliau menjadikan hak asasi manusia sebagai justifikasi perjuangannya. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

  • Kata-kata Terpilih- Bahasa aras tinggi mampu melonjakkan markah dalam penulisan jika digunakan dengan betul.

  • Justifikasi= alasan yang kuat untuk mewajarkan tindakan. 1. Beliau menjadikan hak asasi manusia sebagai justifikasi perjuangannya.2. Kita tidak boleh menghalalkan cara yang salah sebagai menjustifikasikan tindakan kita.

  • Lestari= keaslian, tidak berubah seperti sediakala. 1. Alam yang lestari perlu dikekalkan untuk kelangsungan hidup generasi akan datang.2. Rakyat diseru agar menjaga kelestarian alam semula jadi demi kepentingan bersama.

  • Tendensi = kecenderungan1. Pelajar itu mempunyai tendensi yang tinggi terhadap bidang teknologi maklumat.2. Pelabur luar negera menunjukkan tendensi yang tinggi untuk melabur dalam pelbagai sektor di negara kita.

  • Proaktif = maju ke depan1. Langkah proaktif amat penting dilaksanakan agar segala gerak kerja menghasilkan keputusan yang baik.2. Tindakan proaktif telah diambil oleh kerajaan negeri agar wabak denggi dapat diatasi dengan segera.

  • Konklusi = kesimpulan1. Konklusinya, semua pelajar hendaklah berusaha untuk mengharumkan nama sekolah.2. Setelah bermesyuarat, ahli persatuan telah mencapai satu konklusi yang baik untuk kebaikan semua pihak.

  • Fenomena= sesuatu yang dapat dilihat1. Fenomena cuaca yang berjerubu berlaku di negara kita sejak seminggu yang lalu.2. Pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lampu isyarat merupakan fenomena biasa yang sukar diatasi.

  • Kronik = parah dan serius1. Gejala sosial yang semakin kronik perlu ditangani segera agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan sejahtera.2. Penyakit kronik sukar diubati kerana kekurangan kemudahan perubatan.

  • Komitmen = kesungguhan1. Pegawai itu memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya.2. Cita-cita yang murni sukar direalisasikan sekiranya kita tidak bekerja dengan penuh komitmen.

  • Merealisasikan= menjadikan sebagai kenyataan1. Anak-anak mesti berusaha untuk merealisasikan harapan ibu bapa yang mendidik mereka sejak kecil.2. Negara maju belum dapat direalisasikan selagi rakyat tidak cemerlang dalam pendidikan.

  • Kemandirian= dapat berdikari1. Kemandirian negara dalam pengeluaran makanan mampu menyelamatkan negara daripada krisis ekonomi.2. Pelajar yang mandiri mampu cemerlang dalam segala aspek kehidupan.

  • Aspek = segi, sudut1. Dari aspek ekonomi, Malaysia dapat dikategorikan sebagai negara perindustrian.2. Segala aspek diambil kira sebelum beliau dipilih sebagai pelajar mithali.

  • Kategori = kelas barang atau orang mengikut ciri-ciri tertentu.1. Azlin menjadi johan tilawah al-Quran bagi kategori pelajar berumur 12 tahun ke bawah.2. Kereta BMW itu dapat dikategorikan sebagai kenderaan mewah.

  • Terampil = cekap dan cergas1. Pengawas yang terampil menjalankan tugas itu diisytiharkan sebagai tokoh pelajar.2. Pemimpin diseru agar meningkatkan keterampilan masing-masing ketika menjalankan tugas.

  • Teruja = timbul minat yang tinggi terhadap sesuatu1. Peminat motosikal teruja apabila melihat kecekapan jaguh itu menunggang motosikalnya.2. Para penonton teruja akan nyanyian merdu oleh bintang kecil itu.

  • Mampan = mampu berkembang dari segi ekonomi, pembangunan dsn.1. Sektor pelancongan yang mampan dapat dicapai melalui kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta.2. Rakyat dapat hidup dalam keadaan yang selesa apabila ekonomi negara mampan.

  • Menjana = kemampuan untuk menghasilkan sesuatu1. Sumber laut yang meningkat dapat menjana pendapatan keluarga nelayan itu.2. Generasi yang cemerlang dapat menjana ekonomi negara pada masa hadapan.

  • Kondusif = selesa dan baik1. Peperangan dikatakan tidak kondusif dalam melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yang berwibawa.2. Bilik yang sempit tidak kondusif untuk dijadikan tempat perbincangan.

  • Intensif = dengan giat dan sungguh-sungguh1. Kerja-kerja pembetungan dijalankan secara intensif agar siap sebelum musim tengkujuh.2. Setelah mengikuti kursus intensif, Hassan berjaya menyelenggarakan komputer dengan baik.

  • Insentif = sesuatu yang diberikan sebagai dorongan dan galakan.1. PIBG akan memberi insentif kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.2. Pelbagai insentif diberikan kepada pelabur yang menanam modal di negara kita.

  • Wibawa = sifat atau keistimewaan sesuatu atau seseorang.1. Pemimpin yang berwibawa dipandang tinggi oleh rakyat jelata.2. Kewibawaan seseorang dapat dilihat daripada gaya dan keberkesanan kepimpinan.

  • Alternatif = satu pilihan antara dua kemungkinan.1. Penduduk persisiran pantai hanya mempunyai alternatif sama ada berpindah atau terus berhadapan dengan musibah ombak besar.2. Sebagai alternatif, pelajar yang gagal hadir ke kelas malam boleh menggantikannya pada hari minggu.

  • Mempraktikkan = mengamalkan1. Pelajar berjaya mempraktikkan kaedah peta minda dalam pembelajaran mereka.2. Setelah para petani mempraktikkan sistem tanaman padi dua kali setahun, pendapatan mereka pun bertambah.

  • Ketirisan = kebocoranKetirisan ekonomi berlaku apabila rasuah dan pembaziran berlaku secara berleluasa.

    Manusia berada dalam keadaan tidak harmoni kerana ketirisan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

  • Fungsi = peranan, tugas, jawatan.Timbalan Pengarah akan menjalankan fungsi Pengarah apabila Pengarah sakit.

    JPM mesti selalu meninjau bidang ilmunya untuk terus maju dan berfungsi kepada masyarakat.

  • Persepsi= tanggapan, bayangan dalam hati atau fikiran.Persepsi masyarakat terhadap bekas penagih dadah amat negatif.

    Sekiranya kita tidak mempunyai maklumat yang lengkap, persepsi kita terhadap sesuatu sudah pasti tidak tepat.