rph model assure math

6
Rancangan Pengajaran Harian menggunakan Model ASSURE Matapelajaran Matematik Tarikh 2 Oktober 2011 Kelas 4 Bestari Bidang Ukuran panjang Tajuk Operasi asas melibatkan unit panjang Objektif pembelajaran Murid dibimbing untuk: 1. Menguasai operasi penambahan dan penolakan dalam unit panjang. Hasil pembelajaran Murid berupaya untuk: 1. Melakukan operasi tambah melibatkan unit panjang a) milimeter b) sentimeter 2. Melakukan operasi tolak melibatkan unit panjang a) milimeter b) sentimeter Masa 60 minit Pengetahuan sedia ada 1. 1. Murid dapat menghubung kaitkan perkaitan antara unit milimeter dan unit sentimeter. 2. Murid dapat mengira unit panjang dengan menggunakan pembaris. Bahan bantu mengajar 1. 2. Perisian Microsoft Powerpoint 3. Lembaran kerja Pendekatan 1. 2. Deduktif 3. Induktif Kemahiran bernilai tambah Kemahiran Berfikir Menghubung kait, mengimbas dan menentukan bagaimana unit milimeter boleh ditukarkan kepada unit sentimeter dan sebaliknya. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Menggunakan perisian Microsoft Powerpoint Kemahiran Belajar Cara Belajar Kecerdasan Pelbagai Interpersonal, Intrapersonal, Logikal Matematik. Konstruktivis Konseptual Pengisian Kurikulum Ilmu: Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik Nilai: Bekerjasama, jujur, fokus dalam belajar, tekun berusaha, rajin bertanya.

Upload: syahir-shuhaimi

Post on 18-Dec-2015

154 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

rph model assure

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian menggunakan Model ASSUREMatapelajaranMatematik

Tarikh2 Oktober 2011

Kelas4 Bestari

BidangUkuran panjang

TajukOperasi asas melibatkan unit panjang

Objektif pembelajaranMurid dibimbing untuk:1. Menguasai operasi penambahan dan penolakan dalam unit panjang.

Hasil pembelajaranMurid berupaya untuk:1. Melakukan operasi tambah melibatkan unit panjanga) milimeterb) sentimeter2. Melakukan operasi tolak melibatkan unit panjanga) milimeterb) sentimeter

Masa60 minit

Pengetahuan sedia ada1. 1. Murid dapat menghubung kaitkan perkaitan antara unit milimeter dan unit sentimeter.2. Murid dapat mengira unit panjang dengan menggunakan pembaris.

Bahan bantu mengajar1. 2. Perisian Microsoft Powerpoint3. Lembaran kerja

Pendekatan1. 2. Deduktif3. Induktif

Kemahiran bernilai tambahKemahiran Berfikir Menghubung kait, mengimbas dan menentukan bagaimana unit milimeter boleh ditukarkan kepada unit sentimeter dan sebaliknya.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Menggunakan perisian Microsoft Powerpoint

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kecerdasan Pelbagai Interpersonal, Intrapersonal, Logikal Matematik.

Konstruktivis

Konseptual

Pengisian KurikulumIlmu:Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik

Nilai:Bekerjasama, jujur, fokus dalam belajar, tekun berusaha, rajin bertanya.

LangkahIsi PelajaranKaedah penyampaianCatatan

PermulaanArahkan seorang murid memimpin membaca doa pelajar.Guru menyediakan alat-alat yang akan digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Set Induksi

Pengenalan kepada tajuk.

Guru menyanyikan lagu unit panjang kepada murid sebelum menyanyi bersama-sama murid.

Murid-murid akan melagukan perkaitan unit panjang dalam bentuk nyanyian untuk mengimbas kembali pengajaran sebelum ini.

Pada waktu ini guru akan membuat analisis/pemerhatian manakah antara murid-murid yang masih ingat tentang perkaitan antara unit.

Langkah 1

Pengukuhan mindaGuru menuliskan perkaitan antara unit di papan tulis setelah untuk mengukuhkan ingatan pelajar terutamanya mereka yang sudah lupa.

1 m = 100 cm1 cm = 10 mm

Strategi P&P:

Kaedah : KelasTeknik : PeneranganAlat : Papan tulisKemahiran Berfikir: Kritis, kreatifNilai: Sentiasa mengingati ilmu

Langkah 2

Pemfokusan pengajaran

Penerangan konsepPelajar diberi penerangan berkenaan penukaran unit daripada cm kepada mm dan mm kepada cm

Pelajar diberi beberapa contoh soalan untuk pengukuhan di papan putih.

Pelajar diberi pengukuhan bagaimana untuk menukar unit panjang.

Pelajar diberi pengukuhan bagaimana untuk menyelesaikan operasi tambah dan tolak melibatkan unit panjang dalam bentuk number sentence

Contoh:

34mm + 20cm =_______ cm

Murid-murid ditayangkan dengan persembahan Microsoft Powerpoint.Guru memberitahu pelajar bahawa objektif pelajaran pada hari ini ialah supaya murid berupaya untuk melakukan operasi tambah dan tolak melibatkan kedua-dua unit.

Strategi P&P:

Kaedah : KelasTeknik : PeneranganAlat : Papan TulisKemahiran Berfikir: Kritis dan Kreatif.Nilai : Yakin

Guru bertanya soalan kepada pelajar:1. Bagaimana untuk menukar unit-unit tersebut?2. Apakah strategi yang digunakan untuk menjawab soalan ini?

Strategi menjawab:1. Lihat unit.2. Bulatkan kesemua unit.3. Lihat pada unit yang dikehendaki oleh soalan.4. Tukarkan unit yang dikehendaki

Langkah 3

Perkembangan konsep Pelajar ditunjukkan flash card oleh guru yang mengandungi nilai/ ukuran panjang dalam unit cm dan m. Pelajar menukar unit ukuran panjang tersebut

5 cm = ________ mm

20 mm = _______cm

Soalan pada flash card adalah mengikut aras kesukaran daripada senang kepada sukar.

Soalan ditukar kepada aras yang lebih tinggi apabila melibatkan operasi tambah dan tolak dengan 2 unit yang berbeza. Guru memberi penerangan.

20 cm + 50 mm = ___ mm

60 mm 7 cm = ___ cm

Strategi P&P:

Kaedah : KelasTeknik : Penerangan dan Soalan.Alat : Papan Tulis dan Flash Card.Kemahiran Berfikir: Kritis dan Kreatif.Nilai : Yakin

Guru mengubah bentuk soalan yang melibatkan operasi tambah dan tolak yang megandungi kedua-dua unit.

Pelajar diberi penerangan oleh guru.

Langkah 4

Perbincangan dalam kumpulan(Menjawab soalan yang diberikan)

Bentukkan lima kumpulan.

Guru akan mengedarkan beberapa flash card yang mengandungi soalan kepada kumpula tersebut untuk murid selesaikan.

Guru akan bertindak sebagai fasilitator dengan beredar dari satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain.Strategi P&P:

Kaedah: KumpulanTeknik : Perbincangan, Bimbingan.Alat: Flash CardKemahiran Berfikir: Kritis dan Kreatif.Nilai: Tolong menolong.

Langkah 5

PembentanganSetiap kumpulan akan membentangkan jawapan mereka.

Kumpulan yang lain akan menilai dan menyemak jawapan kumpulan yang membentang.

Guru akan menyemak jawapan di akhir pembentang kumpulan.

Strategi P&P: Hipotesis

Kaedah: KelasTeknik: Penerangan dan Sumbangsaran.Alat: Flash Card, papan tulisKemahiran Berfikir: Kritis dan Kreatif.Nilai : Hormat menghormati.

Rumusan

KesimpulanLembaran kerja diedarkan kepada murid-murid untuk disiapkan.

Guru membincangkan kembali apa yang dipelajari hari ini.

Strategi P&P:

Kaedah: KelasTeknik: BimbinganAlat: Lembaran kerjaKemahiran Berfikir: Kritis dan KreatifNilai: Bersyukur

PenutupMinta seorang murid memimpin bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Pentaksiran dan Penilaian: Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan-soalan daripada flash card dan lembaran kerja. Keupayaan murid melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Analisis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menggunakan Model ASSURE

Model ASSUREA Analyse learners (analisis pelajar)S State objectives (menyatakan objektif/hasil pembelajaran)S Select methods, media and materials (pilih kaedah, media dan bahan)U Utilize media and materials (gunakan media dan bahan sumber)R Require learners participation (libatkan pelajar dalam pembelajaran)E Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

Analisis pelajar:RPH di atas dimulakan dengan satu set induksi iaitu menyanyi perkaitan antara unit-unit dalam bentuk lagu. Hal ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar mengimbas kembali ilmu yang telah diajar. Lagu adalah antara kaedah yang sangat berkesan untuk membantu ingatan pelajar. Pada waktu ini, guru dapat mengenal pasti murid manakah yang masih mengingati pembelajaran yang lepas.

Menyatakan objektif/hasil pembelajaran:Setelah set induksi, guru memberikan penerangan berkenaan fokus pembelajaran iaitu untuk memastikan pelajar berupaya melakukan atau menyelesaikan soalan penambahan dan penolakan melibatkan kedua-dua unit. Fokus ini ialah objektif yang ingin disampaikan kepada pelajar.

Pilih kaedah, media dan bahan:Guru menggunakan kaedah yang berbeza-beza dalam sesi pengajaran p&p. Daripada kaedah secara kelas, individu sehinggalah kepada kaedah berkumpulan. Bahan dan media yang digunakan juga bervariasi iaitu flash card dan persembahan powerpoint.

Gunakan media dan bahan sumber:Media dan bahan sumber yang dipilih digunakan sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.

Libatkan pelajar dalam pembelajaran:Dalam RPH ini, penglibatan pelajar sangat ditekankan apabila pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.

Nilai dan semak semula:Di akhir pembentangan, kumpulan yang tidak membentang akan menyemak jawapan bersama-sama dengan guru. Mereka akan memberi jawapan mereka .Dalam masa yang saya, kumpulan yang membentang akan menilai semula jawapan mereka sama ada jawapan itu benar atau salah.