assiment math
TRANSCRIPT
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 1/20
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 2/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~1~
1.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang
dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni
visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran
kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat
penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan
penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek
yang terdapat di sekeliling mereka. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,
ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini
melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka
bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan
ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri,
membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam SukatanPelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan
karya berbentuk tiga dimensi. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini kita dapat
menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi
perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan
peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat
mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung dan paper mache.
Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang
Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail,
asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Untuk setiap aktiviti, anda perlu
menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 3/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~2~
dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah
dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-
kanak, kita perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat
perkembangan kanak-kanak.
Mengikut buku HBAE2203, Membentuk dan Membuat Binaan, Diorama merupakan
gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi
menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan
untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular pada abad ke sembilan belas. Secara
mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi.
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam
satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan
atau pun sisi. Diorama adalah merupakan satu gabungan antara model dengan gambar prespektif
dalam suatu penampilan yang utuh. Dengan diorama, kesan visual yang diperolehi lebih hidup.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding
kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan
situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
Diorama dapat dibuat dengan ukuran diperkecil, tetapi dapat juga dibuat dalam ukuran
yang sebenarnya. Terdapat pelbagai jenis ukuran diorama, ada yang kecil dan ada yang besar.
Ukuran Diorama kecil dapat dipindah-pindah atau disimpan apabila sudah selesai
digunakan.Oleh sebab itu diorama jenis yang kecil biasanya dibuat daripada bahan yang cukup
ringan dan ukurannya pun tidak terlalu besar ,tetapi dapat dilihat dengan jelas bila dipajangkan.
Adapun contoh Diorama yang besar biasanya disimpan di Museum atau tempat-tempat sejarah.
Diorama yang besar biasanya diambil dari Sejarah atau peristiwa – peristiwa penting dimasa
dahulu. Objek yang dapat dibuat untuk diorama adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang dapat
dijadikan sejarah seperti sebuah kampung atau adat istiadat disuatu daerah yg menggambarkan
peristiwa-peristiwa sejarah.
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 4/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~3~
Berikut adalah cotoh-contoh diorama :
2.0 Ciri-Ciri Diorama
Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan
bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan struktur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil
pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik.
Salah satu ciri diorama ialah bentuk diorama mestilah menepati tema dan tajuk. Sebelum
membina diorama, kita perlu memilih tema dan tajuk yang sesuai dengan peringkat umur.
Contohnya saya memilih untuk mengajar pendidikan seni visual tahun 4. Tema dan tajuk yang di
Tema : Hidupan Laut
Tema : Hidupan Di Hutan
Tema : Hidupan Liar
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 5/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~4~
pilih hendaklah bersesuaian dengan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan
seni visual tahun 4. Di dalam dokumen standard kurikulum tersebut, murid diminta untuk
membina diorama yang bertemakan alam semulajadi dan bertajuk akuarium. Daripada tema dan
tajuk ini, guru boleh membimbing murid untuk membina diorama ini. Namun begitu, ekspresi
dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian daripada cetusan tema dan tajuk. Diorama
menampilkan tema dan tajuk secara realism.
Ciri diorama yang kedua ialah Bahan Binaan Diorama mestilah sesuai dengan tujuan
hasilan. Sebelum membina diorama, seseorang guru perlu memastikan ketahanan dan kesesuaian
diorama yang akan dihasilkan. Sebagai contoh bahan-bahan yang digunakan mestilah sesuai
dengan tema dan tajuk yang dipilih supaya ianya mudah diaplikasi, selari dengan tema dan tajuk.
Untuk lebih bermutu diorama yang dihasikan, pastikan ianya menarik, sedondon dan saling
lengkap melengkapi.
Ciri yang seterusnya ialah pastikan diorama yang ingin dibina tersebut kuat, kukuh dan
selamat. Persoalan kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan supaya
diorama yang dibina dapat dipamerkan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Diorama juga perlu kukuh kerana pemerhati akan membuat pengamatan dan penilaian dengan
teliti.
Diorama Bertemakan Alam Semulajadi
Tajuk : Akuarium
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 6/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~5~
Ciri yang keempat ialah kepelbagaian bahan dapat diadun dan dipasang dengan baik,
seterusnya membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik. Menyusun atur komposisi bahan
penting untuk astistik bahan dan estetika diorama. Adunan rentak, pergerakan dan kontra dan
kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jels iaitu untuk penampilan karya yang
simple tetapi menarik. Tambahan pula kelainan alat dan bahan mempunyai cara atau teknik
adunan yang berbeza mengikut kesesuaiannya.
Ciri yang seterusnya ialah mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan,
kontra, warna, imbangan, harmoni dan kesatuan yang menarik.
2.1 Perkembangan Seni Kanak-Kanak
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini
tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan
Long, 1980). Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan
yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan
kematangan. Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa
dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan
berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangansepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta
bahasa.
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti membuat diorama berupaya memberikan
rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak
dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya.
Secara ringkasnya kepentingan membuat diorama kepada kanak-kanak dapat dilihat dari aspek
sosial, fizikal dan emosi.
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan
aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan
proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 7/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~6~
pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti membuat
diorama menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai
pengalaman luas dalam bidang hasil karya.
Penganjuran aktiviti diorama yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak
yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan. Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pacaindera dan deria. Proses membuat diorama juga menambahkan pengetahuan mengenai
konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
Aktiviti membuat diorama memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Proses ini memberikan
peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk
perasaan toleransi. Mata pelajaran ini juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.
Membuat diorama juga dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak. Mereka dapat
meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan dan hasil 3D. Kanak-kanak terlalu uniksehingga melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita hendaklah
sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang ada pada
mereka akan terus digilap sehingga berjaya.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
3.0 Perkembangan kreativiti kanak-kanak
Definisi kreativiti Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud kemampuan
mencipta. Pengertian tentang kreaviti yang dikemukakan oleh pakar: 1. June King Mc Fee
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 8/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~7~
Kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan
perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan
mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang
diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.
Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di
kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original , tersendiri, unik dan merupakan naluri
semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak
mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam
bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.
Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan
melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang
pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan
kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan
makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan
perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa
secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.
Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang memandang perkembangan
kognitif sebagai suatu proses dimana anak secara aktif membangun sistem makna dan
pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi mereka. Hal ini
bererti bahwa anak-anak mengkontruksi pengetahuan secara berterusan dengan mengasimilasi
dan mengakomodasi informasi-informasi baru.
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada
tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan
merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu
yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan
pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu
proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 9/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~8~
dikumpulkan di bahagian mental. Tiga fenomena ini dilakukan apabila berlaku proses
penaakulan ketika hendak menghasilkan benda yang baru dari bentuk-bentuk yang telah
dihasilkan.
Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi
dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi.
Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan
hanyalan dan juga animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanak-
kanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan yang besar. Ianya
memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan watak
masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu
persembahan.
Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan
merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur.
Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis
sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan
kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan
emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkandaya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self
Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan
apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap
pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera.
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 10/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~9~
4.0 Pemilihan Pendekatan Bertema ( Contoh RPH )
Modul : 3
Aktiviti : Diorama
Tema : Alam Semulajadi
Tajuk : Akuarium
Masa : 120 minit
Jenis-jenis Media : Alat : gunting
Bahan : kotak, gam,benang,lidi, polistirena, gambargambar
daripada majalah, kad manila, kertas lukisan, cat poster, plastik
pembalut buku dan bahan lain yang sesuai.
Bahan Bantu Belajar : Contoh dioramaEMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi serta TMK
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian serta ritma dan
pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan
diorama.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan
teknik dalam aktiviti menghasilkan diorama.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan diorama.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan
budaya
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni
visual yang ada pada diorama.
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Ruang - nyata
3.1.2 Prinsisp Rekaan
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 11/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~10~
3.1.2.1 Kepelbagaian - bahan dan warna dan saiz
3.1.2.2 Ritma dan pergerakan – objek
3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,
media, serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - gunting
3.2.1.2 Bahan - kotak, gam, benang, lidi, polistirena, gambar-gambar daripada
majalah, kad manila, kertas lukisan, cat poster, plastik
pembalut buku dan bahan lain yang sesuai
3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
3.2.2.1 Teknik - gabungan pelbagai teknik (montaj, kolaj, lukisan dan lain- lain).
3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama
secara kreatif.
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan diorama
3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 12/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~11~
Guru menunjukkan contoh diorama.
Guru memberi definisi diorama.
Guru membincangkan bahasa seni
visual yang terdapat pada contohdiorama
Aplikasi Seni
Guru menyatakan media yang
digunakan.
Guru menunjuk cara penghasilan
diorama
Guru meminta murid meneroka media
untuk menghasilkan diorama.
Ekspresi Kreatif
Murid memanipulasikan bahan secara
kreatif dengan bimbingan guru.
Murid menghasilkan diorama.
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan akuarium yang
dihasilkan.
Murid menceritakan pengalaman
sendiri dalam proses penghasilan
akuarium
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 13/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~12~
5.0 Penyediaan Lakaran Idea Untuk Menghasilkan Diorama
Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini
dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catanlatar belakang diorama dan objek-
objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan
subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-
perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama.
5.1. Menentukan subjek dan tema
Tema yang dipilih ialah Alam Semulajadi dan Persekitaran
Contoh :
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 14/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~13~
5.2 Menentukan Alat dan Media
Setelah subjek dan tema di pilih, Perancangan memilih alat dan bahan menjadi kriteria
penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal
subjek yang ingin di utarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seterusnya tahan lama dan
lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar
diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui
pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran
atau nisbah gambar latar secara realistik.
Subjek Tajuk Diorama Alat dan Bahan
Alam Semulajadi dan
Persekitaran
Hidupan di dalam Akuarium Alat : gunting
Bahan : kotak,
gam,benang,lidi, polistirena,
gambar-gambar daripada
majalah, kad manila, kertas
lukisan, cat poster, plastik
pembalut buku dan bahan lain
yang sesuai.
Jadual menunjukkan Cara Menentukan Alat dan Media Berdasarkan Subjek, Tema
dan Tajuk.
5.3. Membuat Thumbnail-print ( Membuat Lakaran-lakaran Kecil )
Membuat lakaran – lakaran kecil ini penting supaya gagasan-gagasan dan
pengideaan melalui konsep trial and error. Lakaran ini juga dibuat supaya dapat
melakarkan sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilankan.
Sketasa yang mantap dan hebat akan dijadikan diorama. Berikut adalah sketsa-
sketsa yang telah di lakarkan :
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 15/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~14~
SKETSA 1 – PELBAGAI JENIS HIDUPAN LIAR BERTEMAKAN ALAM
SEKITAR
SKETSA 2 - PELBAGAI JENIS IKAN BERTEMAKAN HIDUPAN LAUT
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 16/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~15~
SKETSA 3 - PELBAGAI JENIS RAMA-RAMA DAN BERTEMAKAN
ALAM SEKITAR
5.4 Memil ih salah satu lakaran yang terbaik
Sketsa 2 dipilih untuk perkembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. Kriteria
pemilihan ini di pilih kerana berkaitan dengan tema dan tajuk di dalam dokumen standard
kurikulum Tahun 4. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar
juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.
5.5 Memperi nci lakaran
Setelah memilih lakaran yangs sesuai dan terbaik, kita perlu fikir cara untuk
memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan
dan konsep keeluruhan termasuk estetika dan etika diorama yang akan dihasilkan nanti.
5.6 Membuat Karya/ Diorama
Buat kerangka dalam dan luar. Perlu fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan
kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut diambil
pertimbangan iaitu bahan dan alatan, kos pembuatan, masa yang diperlukan dan kesesuaian latar
belakang, hal subjek dan latar hadapan.
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 17/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~16~
6.0 Proses Membuat Diorama
( Rujuk Lampiran )
SKETSA 1: Hal Subjek Di Tentukn
SKETSA 2 : Hal Subjek Di Lengkapi Latar Belakang
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 18/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~17~
SKETSA 3 : Hal Subjek , Latar Belakang dan Kotak Diorama
SKETSA 4 : Diorama Yang Lengkap Untuk Peragaan
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 19/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~18~
7.0 KESIMPULAN.
Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif
terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis.
Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar,
keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee
(melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan
respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa
harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang
seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak
perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu
yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan
seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).
Pemilihan diorama adalah tepat di mana perkembangan kanak-kanak dari segi
psikomotor, fizikal, mental, emosi dan jasmani dapat ditingkatkan. Malah aktiviti diorama ini
dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak mengikut tema-tema yang terdapat di
dalam diorama ini. Proses pengajaran dan pembelajaran yang bertema boleh menimbulkan
suasana di dalam kelas lebih menyeronokkan dan kondusif.
8/13/2019 assiment math
http://slidepdf.com/reader/full/assiment-math 20/20
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2203SMP~
MEMBENTUK DAN EBUAT BINAAN ~19~
RUJUKAN / REFERENSI
John Arul Phillips. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak ,Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan.(2003). Pendidikan Seni untuk Maktab &
Universiti. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Fikir. Pahang:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Yew Kam Keong. (2003). Bebaskan Kreativiti Anda. Kula Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob.(2009). Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak.
Diperoleh pada 30 Oktober 2013 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/
perkembangan-kreativiti-kanak-kanak.html
Kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual. (2012). Diperoleh pada 1 November 2013 daripada
http://bz-li.blogspot.com/
Kreativiti dan Kanak-kanak.Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://hasliza9088.
blogspot.com/2012/01/kreativiti-dan-kanak-kanak.html
Mohamad Mohsin Mohamad Said, and Nasruddin Yunos. (2006) Hubungan kreativiti dan ilmu pengetahuan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 7 . pp. 41-52. ISSN 1511-8393.
Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://journalarticle.ukm.my/1135/1/1.pdf
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html
http://artisenivisual.blogspot.com/2012_02_01_archive.html