modul math
Post on 25-Jun-2015
1.768 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH
Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Matematik Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010
Modul : Latihan Guru-guru Matematik Sekolah Rendah Tahun 2010
Jun 2010 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1
ISI KANDUNGAN
Perkara 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Pengenalan Matlamat Objektif Kursus Objektif Modul Jawatankuasa Kerja Para Panel Penggubal Modul Kandungan Kursus 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 9.0 Pengenalan Pedagogi Matematik Pembelajaran Masteri Inkuiri Penemuan Kontekstual Kontruktivisme
Muka Surat 4 4 4 5 5 6
9 14 34 51 59
Lampiran (nota tambahan)
2
KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 2010 TARIKH: TEMPAT:
JADUAL PELAKSANAAN KURSUS
HARI/TARIKH
8.00 10.00 PAGI 8.00 8.30 PAGI Pendaftaran 8.30 10.00 PAGI 1. Pengenalan Pendedahan Strategi dan Pendekatan P&P
10.00 10.30 pagi Rehat
10.30-12.30 PETANG
12.30-2.00 PETANG
2.00-4.30 PETANG
Hari Pertama
1. Pendedahan Modul 1
Rehat
1.Pendedahan Modul 2 2. Pendedahan Modul 3
Hari Kedua
1. Pendedahan Modul 4 2. Pembahagian kumpulan
Rehat
Bengkel Pembinaan Modul
Rehat
1. Bengkel Pembinaan Modul 2. Pembentangan Modul
Hari Ketiga
Pembentangan Modul
Rehat
Pemurnian dan Penambahbaikan Modul
Rehat
1. Pemurnian Modul 2. Rumusan dan Penutup
3
1.0
PENGENALAN
Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun 2011. Mulai tahun 2012 kedua-dua mata pelajaran tersebut akan diajar dalam Bahasa Melayu di Tahun 4 dan Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, Modul Kursus Memperkasakan
Pedagogi Guru Sains Dan Matematik Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu dibangunkan sebagai persediaan awal bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu pada tahun 2012.
2.0
MATLAMAT Modul ini sebagai garis panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0
OBJEKTIF KURSUS
Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru Sains dan Matematik Tahun Empat Dalam Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Melahirkan guru-guru yang lebih kompenten dalam pedagogi. Melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion perguruan. Meningkatkan lagi pencapaian sains dan matematik ke tahap yang lebih cemerlang. Memastikan guru-guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.
4
4.0
OBJEKTIF MODUL
y
Menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik Tahun Empat dalam Bahasa Melayu.
y
Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia.
y
Mendorong pembelajaran.
sikap
dan
keupayaan
dalam
meningkatkan
hasil
JAWATANKUASA KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 2010
5.0
JAWATANKUASA KERJA Pengerusi : Dr. Haji Zahri Bin Aziz Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Naib Pengerusi : En. Abdul Halim Bin Abdul Razak Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Profesionalisme Setiausaha : Dr. Zainab Bt Hussin Ketua Penolong Pengarah Unit Kursus Dalam Perkhidmatan Pen. Setiausaha : Cik Roslina Bt. Abdul Rashid Penolong Pengarah Unit Kursus Dalam Perkhidmatan. Penyelaras : Pn. Siti Nafsiah Bt. Ismail (Bahasa Melayu) En. Shaharizan Bin Shamsuddin (Matematik) Urusetia : En. Mohd Helmi Bin Hamid
5
JAWATANKUASA PELAKSANA Semua guru sains dan matematik tahun empat sekolah rendah.
6.0
PARA PANEL PENGGUBAL MODUL : Pensyarah Kanan Jabatan Matematik IPG Kampus Pulau Pinang.
En. Choo Wai Chong
Pn. Mahayon Bt. Abas
: Pensyarah Kanan Jabatan Matematik IPG Kampus Ipoh.
Pn. Siti Khadzimah Bt. Salip
: Pensyarah Jabatan Matematik IPG Kampus Teknik.
En. Mokhtar B. Ishak
: Pensyarah Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Islam.
En. Norhawan B. Misiran : Pensyarah Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Islam.
Pn. Haslinah Bt. Abdullah : Pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Teknik.
6
En. Fazali B. Hashim
: Pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Raja Melewar.
Pn. Hasniza Bt. Embong
: Pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Ipoh.
Dr. Seman B. Salleh
: Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
Pn. Zanariah Bt. Ibrahim
: Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
En. Mohd Ghazali B. Ahmad : Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.
Pn. Fawziah Bt. Othman
:
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
En. Nasaruddin B. Shaarani :
SK Sri Tiram Tg. Karang, Selangor.
Pn. Nurriti Bt. Kurdi
:
SK Sungai Leman Sekinchan, Selangor.
7
En. Fadhlah B. Afif
:
SK Methodist Banting, Selangor.
Pn. Nur Madihah Bt. Mohd Din
:
SK Putrajaya Presint 8(2), Putrajaya.
Pn. Isnayani Bt. Zulkapli
:
Sk Serendah Serendah, Selangor.
Pn. Rahayu Bt. Ab. Rahman
:
SK Putrajaya Presint 9(2), Putrajaya.
Pn. Mariani Bt. Mohd Dom
:
SMK (P) Methodist Kuala Lumpur.
En. Azmi B. Abdul Halim
:
SK RTB Bukit Changgang Banting, Selangor.
8
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKERANGKA KURSUS KURSUS Memperkasakan Pedagogi Guru Matematik Tahap Dua Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010 Pendedahan strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran matematik
Topik
Kod Kursus Masa Personel A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat : 2 jam Penceramah
1. Memahami perkara-perkara penting yang perlu diambilkira semasapengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan
2. Menyedarkan enam penekanan dalam pengajaran dan pembelajaranmatematik yang berkesan
3. Memahami beberapa strategi dan pendekatan yang efektif dalampengajaran dan pengajaran matematik B. Kandungan Kursus 1. Pendahuluan 2. Penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik 3. Strategi dan Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik C. Kaedah Kuliah dan perbincangan
9
MODUL LATIHAN BERDASARKAN KANDUNGAN KURSUS TAJUK : PENDEDAHAN STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PENDAHULUAN Pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan hendaklah mengambil kira beberapa aspek seperti pendekatan, kaedah, teknik mengajar serta kebolehan, pengalaman dan minat murid. Setiap pelajaran matematik yang hendak disampaikan di dalam bilik darjah hendaklah dirancang dengan teliti supaya dapat memberikan pengalaman yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar kepada semua murid. Untuk itu, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. y Membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi
objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistematik sebelum diperkenalkan symbol dan algoritma yang abstrak. y Pemahaman konsep dan kemahiran matematik oleh murid perlu disusuli dengan latihan secara lisan dan bertulis yang mencukupi. Selain itu, pelbagai aktiviti perlu diberikan seperti permainan yang melibatkan nombor untuk tujuan motivasi, pengukuhan dan pengayaan. y Latihan mencongak fakta asas nombor dan operasi perlu dijalankan selalu bagi mengekalkan ingatan murid serta membiasakan penggunaannya apabila mengira, menghitung dan menyelesaikan masalah matematik. y Dorongan dan bimbingan perlu diberikan kepada murid untuk menggunakan bahasa matematik dengan tepat dan teratur semasa b erkomunikasi y Nilai-nilai murni perlu diterapkan dimana mungkin secara bersahaja semasa pengajaran dan pembelajaran. Kesemua enam perkara tersebut merupakan penekanan yang patut diberi perhatian oleh setiap guru dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik di sekolah memaksimumkan kesan pengajaran dan pembelajaran matematik. bagi
10
PENEKANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Kurikulum Matematik telah disusun dalam bentuk dimana ianya memberi ruang untuk guru membuat pengubahsuaian (luwes) agar dapat menyediakan satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan, berkesan, berguna dan memberi cabaran ke atas pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pada masa yang sama, ianya penting untuk memastikan murid menunjukkan peningkatan dalam memperolehi konsep dan kemahiran matematik. Pada penghujung sesuatu topik dan untuk menentukan peningkatan ke topik yang baru, perlu diambil kira perkara-perkara yang berikut : y y Kemahiran atau konsep yang diperolehi dalam topik atau skop pembelajaran yang baru. Memastikan hiraki atau perhubungan diantara skop pembelajaran dan topik telah diikuti secara sistematik; dan y Memastikan konsep asas atau kemahiran asas telah diperolehi atau dikuasai sebelum beralih ke konsep yang lebih abstrak. Proses pengajaran dan pembelajaran menekankan kepada pembangunan konsep, penguasaan kemahiran dan juga penerapan nilai-nilai murni. Selain itu, ada elemen-elemen lain yang perlu diambil kira dan dipelajari melalui proses pengajaran dan pembelajaran Penekanan utama adalah seperti berikut: dalam kelas.
1. PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK Model yang ker