contoh aplikasi model assure dalam rph

28
ANALISIS MODEL ASSURE MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN Analyse Learners ( Analisis Pelajar) Kelas : 6 Bijak Bilangan : 34 Orang ( 18 orang perempuan, 16 orang lelaki ) Umur : 12 tahun Pengetahuan sedia ada: Telah tahu tentang haiwan peliharaan dan haiwan yang bearda dirumah serta pernah berkunjung ke zoo. Sikap: Aktif dan suka bergerak State Objective ( Nyatakan objektif / Hasil pembelajaran) 1. 1. Kognitif -Murid dapat menyatakan sesetengan haiwan hidup secara berkumpulan dan hidup menyendiri. - Murid dapat menamakan 5 haiwan hidup berkumpulan dan 5 haiwan hidup menyendiri. - - Murid dapat mengelaskan haiwan berdasarkan cara hidup haiwan tersebut. 2. Afektif - Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi jawapan semasa sesi soal jawab. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber) Kae Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan - Kaedah perbincangan - Kaedah penyoalan - - kaedah berpusat - - kaedah berpusatkan bahan. Media yang digunakan -Komputer riba -Tayangan video -Tayangan slaid Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan Komputer riba Tayangan video Tayangan slaid Bahan 2D (gambar haiwan dan lembaran kerja ) Bahan 3D( model haiwan) Utilize media and materials (Gunakan media Ta Bahan 2 D iaitu Gambar haiwan digunakan dalam set induksi bagi menarik minat murid. T

Upload: norzaibasima

Post on 27-Oct-2015

1.778 views

Category:

Documents


78 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

ANALISIS MODEL ASSURE MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

Analyse Learners( Analisis Pelajar)

Kelas : 6 Bijak Bilangan : 34 Orang ( 18 orang perempuan, 16 orang lelaki )Umur : 12 tahunPengetahuan sedia ada: Telah tahu tentang haiwan peliharaan dan haiwan yang bearda dirumah serta pernah berkunjung ke zoo.Sikap: Aktif dan suka bergerak

State Objective( Nyatakan objektif / Hasil pembelajaran) 

1.  1. Kognitif    -Murid dapat menyatakan sesetengan haiwan hidup secara

berkumpulan dan hidup menyendiri.

   - Murid dapat menamakan 5 haiwan hidup berkumpulan dan 5 haiwan hidup menyendiri.

- - Murid dapat mengelaskan haiwan berdasarkan cara hidup haiwan

tersebut.

    2. Afektif    - Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri

untuk memberi jawapan semasa sesi soal jawab.

 Select methods, media and materials( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)

Kae Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan   - Kaedah perbincangan   - Kaedah penyoalan

- - kaedah berpusat- - kaedah berpusatkan bahan.

     Media yang digunakan     -Komputer riba     -Tayangan video     -Tayangan slaid

     Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan     Komputer riba     Tayangan video     Tayangan slaid     Bahan 2D (gambar haiwan dan lembaran kerja )

Bahan 3D( model haiwan)

Utilize media and materials(Gunakan media dan bahan sumber)

Ta Bahan 2 D iaitu Gambar haiwan digunakan dalam set induksi bagi menarik minat murid.

T Tayangan video semasa langkah 1 membantu murid memahami

gambaran cara hidup haiwan iaitu hidup secara berkumpulan dan menyendiri.

Page 2: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

ii.   Tayangan slaid pula digunakan bagi menambah pemahaman murid.Lembaran kerja pula digunakan bagi tujuan pengukuhan.

iii.     Require learner participation(Libatkan pelajar  dalam  pembelajaran)

M Murid terlibat secara aktif Set induksi : Pemusatan bahan dan murid Langkah 1 : Pemusatan bahan dan murid     Langkah 2 : Pemusatan murid dan guru

Langkah 3 : Pemusatan bahan dan murid     Langkah 4 : Pemusatan murid dan bahan

Penutup : Pemusatan guru dan murid, bahan

Evaluate and Revise( Nilai dan semak  semula)

    Membuat kesimpulan dan rumusan daripada keseluruhan pembelajaran pada hari ini. Murid membuat kesimpulan dengan melengkapkan peta minda pada slaid.

Page 3: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

ANALISIS MODEL ASSURE

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya

sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai.  Model pengajaran yang sesuai

digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada

pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan

pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk

menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang

ingin disampaikan jelas dan tepat.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan

dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap

dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak

dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model

reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.

Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah

model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan

media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982).

Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan

pengajaran yang menggunaan media.  Model ini berfokus kepada perancangan

pengajaran dalam situasi bilik darjah.

 Model ASSURE bermaksud mempastikan  pembelajaran berlaku.  Dalam

model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

 •       A - Analyse learners (Analisis pelajar).

•       S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).

•       S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).

•       U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).

•       R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).

•       E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

Langkah 1 : Analisis pelajar

Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar

termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan

sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam

Page 4: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

pemilihan media.  Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar

dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan,

sikap dan latar belakang pelajar.

Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada

pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.  Maklumat diperolehi daripada ujian

kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.  Pelajar pernah mendapat

maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan

TV.

Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan

pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar,

terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu:  penggunaan sesuatu media

dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri

pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri.

Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan

tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang

digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil

pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya

dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b terdiri

daripada kaum Melayu, Cina, dan India. 

Langkah 2: Nyatakan objektif

Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih

fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan

maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang

bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran

dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan

kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

Objektif topik ini ialah pelajar dapat:

1.      Memahami pengelasan mikroorganisma.

2.      Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan

saiz.

Page 5: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan

Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu

berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin

dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:

i.     memilih kaedah

Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk

disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set

induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik

perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah

perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang

baru.

ii.     memilih media

Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan

secara bermakna.  Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer

multimedia.  Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

iii. Memilih bahan

Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang

menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5,

nota, dan buku latihan.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal

ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran.  Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan

menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains

tingkatan 5 juga digunakan.  Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan

persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan

dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya

dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar. 

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam

aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi

Page 6: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar

yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk

mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet.  Selepas itu latihan struktur

juga diberikan kepada pelajar.

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan

Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P

mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap

sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan

pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.

Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan

dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan

untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam

pengajaran.  Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu

perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap

perkara yang dinilai.  Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga,

iaitu

i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu

set objektif yang telah ditentukan)

ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.

iii.Sikap.

Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka.

Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.

Kesimpulan:

Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat

secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan

menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 7: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph
Page 8: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph
Page 9: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

Inkuiri

Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data, menyemak

hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

Ekspositori

Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Mereka hanya

mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.

Pengajaran Langsung

Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi

matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Pembelajaran Masteri

Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan

kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-

masing.

Pembelajaran Koperatif

Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan dan

pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan & Simulasi

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami

keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan

objek yang sebenar.

Page 10: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

Synectics

Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-

prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

Page 11: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

3.0 PENDEKATAN PENGAJARAN

Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan berkesan dengan mengambil kira kebolehan pelajar yang pelbagai,

beberapa pendekatan yang sesuai telah dipilih.

3.1 Kaedah Penyoalan

Antaranya ialah kaedah penyoalan. Kaedah penyoalan adalah sesuai untuk

menggalakkan pemikiran dan pembelajaran murid. Penyoalan boleh dibahagikan

kepada enam tahap berdasarkan Taksonomi Bloom. Bagi peringkat awal, murid-

murid akan diajukan dengan soalan dari kategori pengetahuan. Soalan sebegini

berperanan untuk memastikan murid-murid boleh mengenal pasti dan mengingati

kembali sesuatu maklumat. Contohnya, dalam rancangan pengajaran harian yang

telah dibuat, pengajaran dimulakan dengan guru menyoal fungsi anggota badan

seekor haiwan. Dengan ini murid-murid akan mengingati kembali fungsi anggota

badan haiwan yang diketahui. Selain itu soalan ini juga dapat memberi gambaran

awal tentang tahap kebolehan seseorang pelajar. Selain dari soalan mengenai

pengetahuan, soalan aplikasi juga sesuai diberi kepada murid-murid. Soalan ini

sesuai diajukan setelah berlaku proses pengajaran dimana pada peringkat ini murid

akan diminta mengaplikasikan maklumat yang telah diperolehi. Murid-murid juga

akan menggunakan peraturan atau proses untuk menyelesaikan masalah. Ia juga

sesuai untuk meningkatkan tahap pemikiran murid. Berdasarkan rancangan

pengajaran harian, guru meminta murid memadankan kad gambar dengan kad

perkataan yang sesuai. Ini dapat membantu murid untuk menggunakan isi pelajaran

yang telah dipelajari untuk memadankan kad imbasan tersebut.

3.2 Pengajaran Secara Kelas

Kaedah seterusnya ialah pengajaran secara kelas. Pengajaran secara kelas

bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas, Mok Soon Sang

(1991). Seperti kaedah penyoalan, kaedah ini juga sesuai kerana isi pelajaran,

latihan dan kerja dapat diberikan sama kepada semua pelajar. Guru pula dapat

mengenal pasti murid yang lemah bagi memudahkan langkah pemulihan dibuat.

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan kaedah pengajaran secara kelas.

Antaranya guru dapat menjimatkan masa dan tenaga. Guru dapat menjelaskan

konsep dan kemahiran kepada semua murid dalam satu masa sahaja. Selain itu

kebanyakkan murid suka belajar beramai-ramai. Oleh yang demikian, ia adalah amat

Page 12: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

sesuai terutamanya bagi murid-murid tahap satu. Menerusi kaedah ini juga minat

murid dapat diransang kerana mereka lebih cenderung dan gemar belajar bersama-

sama. Pada masa yang sama semua murid dapat berkerjasama dalam aktiviti-aktiviti

pembelajaran dan yang akhir sekali murid-murid dapat bertanding antara satu sama

lain disamping dapat melatih murid-murid yang sederhana dan lemah mencontohi

rakan-rakan mereka yang cerdas. Seperti dalam rancangan pengajaran harian yang

disediakan, pengajaran secara kelas dibuat apabila guru memaparkan persembahan

power point yang mengandungi gambar haiwan yang telah dilabelkan bahagian-

bahagian anggota badannya serta guru mengajar murid-murid menyebut nama

anggota badan haiwan secara beramai-ramai di dalam kelas. 

3.3 Kaedah Kumpulan

Oleh kerana kelas terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan, kaedah

kumpulan adalah salah satu kaedah yang sesuai kerana murid-murid tersebut boleh

dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang

pelbagai kebolehan dalam setiap kumpulan. Contohnya dalam satu-satu kumpulan

terdiri daripada murid cerdas, sederhana dan lambat. Pengajaran secara

berkumpulan baik kerana ia membolehkan murid-murid belajar mengikut kebolehan

masing-masing. Melalui kaedah berkumpulan juga murid-murid cerdas akan terus

maju melalui aktiviti pengayaan manakala murid-murid lambat dapat menguasai

kemahiran asas melalui aktiviti pemulihan. Pengajaran berkumpulan juga

membolehkan guru merancang aktiviti pembelajaran mengikut kebolehan kebolehan

dan memudahkan guru dalam memberi bimbingan kepada murid-murid. Bukan itu

sahaja, murid-murid juga mendapat peluang untuk mengembangkan potensi

masing-masing selain dari dapat membina semangat kerjasama, bertanggungjawab

dan bertoleransi. Aktiviti berkumpulan yang dibuat dalam rancangan pengajaran

harian ialah guru membahagikan murid-murid kepada tujuh kumpulan dimana setiap

kumpulan mengandungi lima orang murid yang terdiri pelbagai kebolehan dan

seterusnya guru mengedarkan lukisan seekor haiwan yang tidak lengkap dan

meminta mereka melengkapkan gambar tersebut dengan melukis bahagian anggota

badan yang tiada.

3.4 Perbincangan

Kaedah terakhir yang digunakan ialah perbincangan. Perbincangan merupakan satu

Page 13: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan

murid-murid dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-

tukar fikiran atau idea atau berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui

perbualan di bawah penyeliaan seorang guru, Mok Soon Sang (1991). Antara tujuan

perbincangan dilaksanakan ialah untuk menggalakkan perkembangan mental murid

supaya dapat menyumbangkan idea. Pada masa yang sama murid juga dilatih

berfikir dengan teliti dan berkomunikasi dengan berkesan. Seterusnya ia juga

mampu memupuk semangat kerjasama antara murid. Antara rancangan yang

meliputi aktiviti perbincangan di dalam kelad ialah guru membuat penyoalan secara

terbuka dan dijawab oleh murid. Di samping itu, guru akan memberi penerangan

sekiranya terdapat murid tidak faham.

4.0 MEDIA PENGAJARAN

Media ialah sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran

disampaikan, Reiser dan Gagne (1983). Selain itu media juga diberi takrifan sebagai

alat atau perkakasan yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat

dikalangan manusia, Muhamad Hassan Abdul Rahman (2000). Manakala media

pengajaran pula ialah media yang membawa mesej tentang pengajaran, Heinich

(2002). Media pengajaran juga dikatakan sebagai audio visual dan bahan-bahan

yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran.

Namun begitu, media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan

untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat

meransang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar sehingga dan

seterusnya terjadinya proses pembelajaran, Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr.

Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu (2005). Oleh kerana murid-murid tediri dari

pelbagai kebolehan, maka pemilihan media yang sesuai adalah penting supaya

proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan. Media

pengajaran yang baik dapat memperjelaskan mesej terutamanya mesej yang

disampaikan secara simbol verbal. Selain itu, media juga sepatutnya dapat

mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera, dapat menimbulkan minat,

kefahaman dengan penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi serta

dapat menyediakan pengalaman dan persepsi yang sama kepada semua murid.

Kepelbagaian kebolehan murid menyebabkan saya memilih media yang

mengandungi unsur-unsur seperti audio dan visual. 

Page 14: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

4.1 Boneka

Untuk melaksanakan set induksi, saya telah memilih model tiga dimensi iaitu boneka

sebagai media pengajaran. Boneka dipilih kerana ia mempunyai bentuk sebenar

sesuatu objek. Oleh itu rujukan yang lebih konkrit dapat disediakan berbanding

dengan simbol verbal kerana ia boleh dipegang dan dirasa. Berdasarkan isi

pengajaran yang hendak diajar, boneka seekor binatang seperti ikan digunakan

untuk menunjukkan bahagian-bahagian anggota badannya. 

4.2 Persembahan Power Point

Selain boneka, saya juga menggunakan media tayang kaku iaitu persembahan

power point. Power point digunakan untuk menunjukkan objek sebenar. Ini adalah

sesuai kerana ia dapat mengukuhkan lagi kefahaman murid dimana ia merupakan

gambaran objek sebenar dan ia juga merupakan satu pendedahan kepada keadaan

sebenar. Menerusi media jenis ini, saya akan menghasilkan satu persembahan

power point yang mengandungi gambar beberapa ekor binatang yang sudah dilabel.

Untuk menambahkan keberkesanan persembahan ini, label-label yang digunakan

boleh dimasukkan kesan khas seperti gerakan dan warna supaya lebih menarik dan

seterusnya dapat meransang minat murid-murid. 

4.3 Kad Imbasan

Media pengajaran terakhir yang digunakan ialah media pengajaran dari jenis gambar

kaku iaitu kad imbasan. Kad imbasan adalah sesuai untuk penilaian. Ini kerana

murid-murid akan diminta untuk memadankan kad gambar dengan kad perkataan.

Kad imbasan amat sesuai untuk penilaian kerana kad imbasan merupakan media

pengajaran yang menyediakan rujukan simbolik. Maka, murid-murid akan belajar

untuk menyesuaikan pembelajarannya dengan pelbagai keadaan.

5.0 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH

Pengurusan tingkah laku murid dalam bilik darjah adalah amat penting untuk

menyediakan murid yang berminat untuk mengikuti proses pengjaran dan

pembelajaran yang dijalankan. 

5.1 Faktor Masalah Tingkah Laku Dalam Bilik Darjah

Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan masalah tingkah laku dalam bilik

Page 15: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

darjah. Antaranya ialah suasana persekitaran rumah yang kurang selesa. Selain itu

suasana persekitaran sekolah yang tidak kondusif, aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang membosankan. Keadaan fizikal sekolah yang kurang kondusif

serta pengurusan sekolah yang bercorak autokratik juga boleh menimbulkan

masalah tingkah laku dalam bilik darjah. Masalah tingkah laku dalam bilik darjah

juga disebabkan oleh pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian dari

pihak sekolah serta penilaian negatif yang mewujudkan permusuhan nyata dengan

membalas dendam. Oleh yang demikian pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah

sangat penting dan salah satu cara untuk menguruskannya ialah dengan memantau

perlakuan murid. 

5.2 Pemantauan Tingkah Laku Dalam Bilik Darjah

Dua kategori perlakuan yang penting dalam bilik darjah ialah penglibatan murid

dalam aktiviti pembelajaran seperti perhatian semasa pengajaran, perbincangan dan

lain-lain tugasan dan yang kedua ialah pematuhan murid kepada peraturan bilik

darjah, Emmer dan rakan-rakan (1989). Pemantauan tingkah laku boleh dibuat

sekiranya guru boleh melihat semua murid dalam bilik darjah. Antara cara-caranya

ialah guru bergerak antara barisan murid dan memberi fokus kepada beberapa

murid sahaja. Selain itu pemantauan juga boleh dibuat dengan bergerak dari satu

murid kepada murid yang lain untuk mengatahui kemajuan dan memberi maklum

balas. Pada masa yang sama guru juga perlu bangun dan berjalan untuk menyelia

dan memastikan murid mengikuti arahan. Namun begitu tedapat beberapa perkara

yang perlu dielakkan oleh guru. Antaranya ialah bercakap dengan papan tulis,

menyelia murid yang memerlukan bantuan atau yang mengangkat tangan sahaja,

mengambil masa yang lama pada satu tempat atau murid. Untuk memantau murid

pada peringkat awal membuat tugasan individu, pastikan semua mulakan aktiviti

serta meletakkan semua bahan yang diperlukan di atas meja. Murid juga hanya

akan memulakan latihan atau menjawab soalan setelah guru memberikan arahan

dan lakukan perbincangan untuk menyemak jawapan supaya guru dapat

mengetahui sama ada murid memahami apa yang dipelajari. 

5.3 Ketekalan

Untuk menguruskan tingkah laku dalam bilik darjah guru juga perlu tekal. Ketekalan

bermakna mengekalkan harapan perlakuan yang sesuai dan tidak sesuai dalam

Page 16: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

aktiviti tertentu, ianya juga bermakna bahawa harapan ini adalah untuk semua murid

dalam semua keadaan, Emmer dan rakan-rakan (1989). Tedapat faktor-faktor yang

mempengaruhi ketidaktekalan, iaitu peraturan yang tidak sesuai, guru gagal

memantau murid dan tidak dapat mengesan tingkah laku yang tidak sesuai. Guru

yang merasakan bahawa penguatkuasaan peraturan adalah penting juga

menyebabkan berlakunya ketidaktekalan. Sekiranya murid didapati tidak tekal guru

bolehlah mengambil beberapa langkah, salah satunya ialah menjelaskan semula

peraturan. Bukan itu sahaja guru juga boleh mengubahsuai peraturan dan

memperkenalkan semula kepada murid. Namun begitu sekiranya peraturan sedia

ada adalah tidak sesuai, ia boleh dibatalkan dan diganti dengan peraturan yang

baru.

5.4 Pengurusan Segera Kepada Tingkah Laku Negatif

Cara terakhir dalam menguruskan tingkah laku dalam bilik darjah ialah pengurusan

segera kepada tingkah laku negatif. Ini adalah penting supaya tingkah laku negatif

tidak terus merebak. Contoh-contoh tingkah laku negatif ialah kurang penglibatan

dalam aktiviti pembelajaran, mengambil masa yang lama untuk membuat tugasan,

tidak memberi perhatian penuh dan sentiasa mengelak dari tugasan yang diarahkan.

Oleh sebab itu guru perlu mengambil langkah segera untuk membanteras tingkah

laku tersebut dengan mengarah semula perhatian murid kepada tugasan sekiranya

mereka tidak menyiapkan tugasan. Selepas itu guru perlu menyemak kemajuan

mereka selepas beberapa minit. Guru juga perlu bergerak ke arah murid berkenaan,

guna isyarat badan untuk membetulkan tingkah lakunya sehinggalah dia akur.

Seandainya murid masih bertingkah laku negatif, ingatkan dia tentang peraturan

kemudian tanya atau beritahu murid supaya berhenti bertingkah laku sedemikian.

6.0 JENIS-JENIS SOALAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tahap pemahaman murid boleh diuji

dengan soalan-soalan yang sesuai. Berdasarkan Domain Kognitif Bloom, terdapat

beberapa jenis soalan yang boleh digunakan untuk menguji kefahaman murid.

6.1 Pengetahuan

Pengetahuan merupakan peringkat yang paling rendah dalam hierarki Bloom.

Pengetahuan di tahap ini ialah pengetahuan yang telah dipelajari. Oleh sebab itu,

Page 17: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

aras ini menguji kebolehan murid mengingati kembali fakta, erti, istilah, prinsip,

hukum dan definisi. Contoh-contoh soalan yang digunakan ialah manakah, apakah,

siapakah dan bilakah. Antara soalan yang diajukan berdasarkan aras pengetahuan

ialah ‘burung makan dengan apa?, ayam berjalan dengan apa?’. Soalan-soalan

yang diberikan ini ditujukan untuk semua murid supaya mereka dapat mengingat

kembali pengetahuan sedia ada mereka untuk menghubungkaitkan dengan isi

pengajaran yang akan diajar.

6.2 Kefahaman

Aras yang seterusnya ialah kefahaman. Oleh kerana ia merupakan peringkat yang

menunjukkan kebolehan memberi interpretasi, menterjemah dan menerangkan

dengan perkataan sendiri, maka soalan-soalan yang digunakan pada peringkat ini

biasanya berkaitan dengan mengulas, mentafsir, merumus dan merancang. 

6.3 Aplikasi

Selain itu murid juga boleh diuji mengenai kebolehan menggunakan maklumat

seperti prinsip, teori dan konsep kepada situasi baru dan dalam situasi yang

berlainan melalui aras aplikasi. Antara keadaan-keadaan yang sesuai untuk

mengemukakan soalan-soalan berkaitan aplikasi ialah dalam pengiraan,

menterjemah, mengilustrasi, menyusun, mempraktik dan menjangka. Oleh yang

demikian, soalan-soalan yang biasa digunakan ialah tunjukkan, kirakan, selesaikan,

demonstrasikan, susunkan, uruskan, gunakan. Selepas murid-murid mengikuti

pengajaran, mereka diberi penilaian yang berbentuk penyoalan berdasarkan aras

aplikasi di mana mereka diminta memadankan kad gambar dengan kad perkataan

berkaitan tajuk yang dipelajari. Jenis penyoalan ini adalah ditujukan kepada semua

murid dengan harapan agar murid pandai, lemah dan sederhana dapat

mengapilikasikannya dan juga meningkatkan lagi kefahaman murid lemah.

6.4 Analisis

Untuk peringkat yang lebih tinggi, soalan berkaitan analisis amat sesuai digunakan.

Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara yang telah dipelajari kepada

bahagian-bahagian tertentu sehingga kefahaman hubungan struktur organisasi

diperolehi, Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini

Abu, (2005). Pada aras ini murid diuji membanding dan menghuraikan faktor-faktor

Page 18: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain dan soalan-

soalannya seperti bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan dan bahagikan. Untuk

soalan dari aras analisis murid-murid diberi tugasan untuk membezakan anggota

badan yang dimiliki oleh haiwan yang berlainan. Soalan ini diberikan kepada semua

murid dengan harapan agar murid yang lemah dapat menggunakan isi pengajaran

yang dipelajari pada tahap yang lebih khusus. 

6.5 Sintesis

Untuk menguji kebolehan murid dalam mengintegrasikan bahagian-bahagian kecil

kepada satu bahagian besar yang baru soalan dari aras sintesis sesuai digunakan.

Bentuk-bentuk soalan dari aras ini biasanya gabungkan, bentukkan, kumpulkan,

gubahkan dan susunkan. Soalan dari aras sintesis telah diberikan pada semua

pelajar dengan harapan dapat menguji kefahaman murid lemah dan seterusnya

dapat meningkatkan tahap kefahaman murid pintar. Contoh soalan yang

dikemukakan ialah murid-murid disuruh melengkapkan gambar seekor haiwan

dengan melukis bahagian anggota badan yang tiada. Dengan adanya soalan ini

diharap agar murid lemah dapat mengenal pasti setiap anggota badan haiwan

dengan tepat.

6.6 Penilaian

Penilaian merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki Bloom. Aras ini menguji

kebolehan murid membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritik, merumuskan

atau memberi pendapat sesuatu penyataan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Oleh yang demikian soalan-soalan yang digunakan ialah nilaikan, rumuskan,

tafsirkan dan buktikan.

7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa penyediaan persediaan mengajar

merupakan satu langkah penting dalam pengajaran. Persediaan mengajar yang

meliputi pemilihan reka bentuk pengajaran, pendekatan yang sesuai, perancangan

media yang baik dan bentuk soalan yang sesuai, dapat menyediakan guru yang

lebih berkeyakinan dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan dalam

pengajaran.

Page 19: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

REFLEKSI

Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini telah

menimbulkan model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan.

Diantaranya ialah model ANSSURE . Dalam tugasan kali saya telah ditugaskan

membuat satu rancangan harian berasas model ANSSURE . Berdasarkan tugasan

ini saya dapat mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan

pengajaran.

Melalui tugasan ini saya juga dapati teknologi pendidikan adalah kaedah

sistematik dengan menggabungkan pelbagai media komunikasi yang inovatif.

Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah untuk mempengaruhi

pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada pengajaran guru

tetapi kepada media dan bahan.

Dengan menggunakan teknologi kita dapat memotivasikan pelajar untuk

belajar.Teknologi juga dapat membantu dalam proses kognitif, motivasi dan

membantu keperluan sosial pelajar.

Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran

menjadi lebih hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan

sumber maklumat dan alat pembelajaran.

Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kerja

guru dan mejimatkan masa dalam penyimpanan rekod dan data. Sudah semestinya

guru akan lebih produktif sekiranya mereka dilatih dan didedahkan dalam kaedah

berasaskan teknologi dan mampu mengakses dengan pantas maklumat bagi

keperluan mereka.

Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini amatlah

penting dan ia perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan mereka untuk menjadi

pelajar bermaklumat.

Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa penyediaan persediaan

mengajar merupakan satu langkah penting dalam pengajaran. Persediaan mengajar

yang meliputi pemilihan reka bentuk pengajaran, pendekatan yang sesuai,

perancangan media yang baik dan bentuk soalan yang sesuai, dapat menyediakan

Page 20: Contoh Aplikasi Model Assure Dalam Rph

guru yang lebih berkeyakinan dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan

dalam pengajaran.

DISEDIAKAN OLEHNORZAIBASIMA BADARUDINKUMPULAN SAINS 2SEMESTER 4.