rph matematik wang

6
Kumpulan 3 (Model Berasaskan Masalah) Model : Pembelajaran Berasaskan Masalah Tajuk : Wang Bidang : Wang sehingga RM 10000 Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk menyelesaikan operasi bergabung tambah dan tolak melibatkan wang hingga RM 10 000 Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nilai wang hingga RM 10 000 Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran , murid dapat mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nilai wang hingga RM 10 000 Masa : 60 minit (2 waktu) Fasa Cadangan aktiviti Cadangan komunikasi Persediaan Pemerhatian dan analisis Guru memperlihatkan powerpoint berkaitan soalan tajuk wang. Guru memilih 2 orang murid secara rawak untuk menyebut harga kedua-dua barang tersebut .

Upload: rajesh

Post on 07-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

matematik oum rph wang

TRANSCRIPT

Kumpulan 3 (Model Berasaskan Masalah)Model : Pembelajaran Berasaskan MasalahTajuk : WangBidang: Wang sehingga RM 10000Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk menyelesaikan operasi bergabung tambah dan tolak melibatkan wang hingga RM 10 000Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nilai wang hingga RM 10 000Objektif Pengajaran: Pada akhir pengajaran , murid dapat mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nilai wang hingga RM 10 000Masa: 60 minit (2 waktu)

FasaCadangan aktivitiCadangan komunikasi

Persediaan

Pemerhatian dan analisis

Mengenalpasti masalah

Menjelaskan masalah

Guru memperlihatkan powerpoint berkaitan soalan tajuk wang.

RM 190 RM 80

Jika cikgu mempunyai RM 500 berapakah baki wang cikgu selepas membeli kedua-dua barang tersebut?

Guru memilih 2 orang murid secara rawak untuk menyebut harga kedua-dua barang tersebut .

Bagaimana cara kamu menyelesaikan masalah ini?

Imaginasi

Mencari penyelesaian

Mencari alternatif penyelesaian

Guru menampalkan kertas mahjong yang telah tertulis masalah berikut:

Anita mempunyai RM 1730 dan adiknya mempunyai RM 1450. Mereka sepakat untuk membeli sebuah komputer riba yang berharga RM 3200. Berapakah jumlah wang yang masih diperlukan oleh mereka?

1) RM 1730 + RM 1450 = ___________

RM 3200 - ________ = ___________

2) RM 3200 RM 1730 RM 1450 = ___________Perhatikan masalah yang cikgu tampal.

Apakah masalah yang dihadapi oleh mereka?

Apa yang perlu dilakukan?

Bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Apakah operasi matematik yang perlu digunakan?

Perkembangan

Melakukan operasi

Menilai penyelesaian masalah

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan wang contoh berjumlah RM 1500.

Guru membuka satu kaunter jual beli barang. Mereka dikehendaki membeli dua jenis barang. Wakil kumpulan perlu mencabut 1 kad yang mengandungi senarai dua barang yang perlu dibeli di kaunter tersebut.

Barang-barang yang dijual:

Almari RM 850.00 Meja makan RM 550.30 Periuk nasi RM 250.90 TV LCD RM 1009.00 Peti sejuk RM 1699.35 Mesin basuh RM 1798.00 Ketuhar RM 499.45 Dapur RM 299.85 Katil RM 1888.00 Sofa RM 1659.50

Dalam kumpulan, mereka perlu mengira jumlah harga kedua-dua barang yang telah dipilih.

Jika wang tidak cukup, mereka perlu menyenaraikan cara mendapatkan wang untuk membolehkan mereka membeli barang yang telah dipilih tadi.

Apakah masalahnya? Sebut dan tuliskan.

Fikirkan bagaimana kamu hendak menyelesaikan masalah itu?

Adakah wang mereka cukup untuk membeli barang tersebut?

Rancang, sebut dan tuliskan.

Tindakan

Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat.Wakil kumpulan bentangkan dapatan.

Kumpulan menceritakan dapatan dan ulasan mereka.Murid menghubungkaitkan operasi tambah dan tolak dalam masalah yang diselesaikan.

Murid mempersembahkan hasil tugasan.

Murid membuat penilaian di antara kumpulan.

Murid menilai kerja kumpulan lain dan memberi markah.Bagaimana cara murid mendapat jawapan?

Kita boleh menyelesaikan masalah dengan banyak cara.

Adakah cara lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah?

Adakah cara yang dilakukan dapat menyelesaikan masalah yang diberi?

Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu?

Pentaksiran

Guru memberi lembaran kerja kepada setiap murid berdasarkan keupayaan mereka.

Guru melihat bagaimana murid menjawab soalan sambil membimbing.

Nilai dan sikap

Bekerjasama semasa melakukan aktiviti kumpulan.

Sifat kepimpinan semasa perbentangan.

Jujur dalam melakukan proses jual beli.

TMK.

Keusahawanan.

Kreativiti.

Lembaran Kerja

Nama: .......................................................... Kelas:..............................

Jawab soalan-soalan di bawah.

1) RM299.60 + RM45 - RM 3.50 =

2) RM900 RM510 + RM 19.80 =

3) RM3570.30 - RM1060 + RM 88.99 =

4) RM5000 RM 500 + RM 4775.80 =

5) 6525.80 + RM 1634.20 RM 3118.40 =

6) RM4860.99 + RM750 RM 2999.99=

7) RM1050 + RM 25.88 RM 250

8) RM 905.29 + RM 1689.82 RM 298.41 =

Lembaran kerja

1. + -

+ - - +=

2. - +