rph m1h1 (3s)

Upload: eizzat-zack

Post on 29-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TAHUN 3

MATA PELAJARANBahasa Malaysia

TAHUNTahun 3 USM

TARIKH3 April 2013

MASA2.00 3.30 petang

BILANGAN MURID23 Orang

TEMATema 3 - Kesihatan Dan Kebersihan

TAJUKMenjaga Kebersihan Diri

FOKUSStandard Kandungan2.4Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

Standard Pembelajaran2.4.2Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk membuat

penilaian dengan betul.

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran, murid dapat

i. Membaca dan memahami poster 7 langkah mencuci tangan dengan betulii. Murid dapat membuat penilaian berdasarkan poster 7 langkah mencuci tangan dengan betul.

PENGISIAN KURIKULUM / ELEMEN MERENTAS KURIKULUMIlmu : KebersihanNilai Murni : berkerjasama, tolong menolongKreatif dan Inovatif

SISTEM BAHASAMorfologi : Kata kerjaSintaksis : Ayat tunggal dan majmuk

Kosa kata : rohani, kuman, sisa

BAHAN BANTU BELAJARKad Gambar, Kad perkataan, Lembaran Kerja.

PENGETAHUAN SEDIA ADAMurid selalu mengamalkan kebersihan diri di rumah.

Aktiviti Pengajaran Dan PembelajaranLANGKAH / / MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Set Induksi

(5 minit)Alat Kebersihan diri Sabun Berus gigi Ubat gigi Pemotong kuku Sikat rambut

Guru menunjukkan alat-alat untuk menjaga kebersihan diri dan murid memerhatikan alat tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kegunaan alat-alat untuk menjaga kebersihan diri. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

BBM

Bahan maujud

KBT

Kemahiran berfikir

Langkah 1

(15 minit)Petikan Teks

Amalan Kebersihan Diri

(Rujuk Lampiran A)

Soal jawab

Mengapakah kita menjaga kebersihan diri?

Bagaimanakah cara menjaga kebersihan diri?

Nyatakan amalan kebersihan diri yang biasa dilakukan?

Guru mengedarkan petikan teks Amalan Kebersihan Diri kepada murid.

Murid membaca secara senyap

Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.

Guru bersoaljawab dengan murid tentang menjaga kebersihan diri.

Murid menyatakan cara-cara menjaga kebersihan diri, berdasarkan teks dan pendapat sendiri Murid diminta memberi pendapat tentang akibat tidak menjaga kebersihan diri.

BBM

Petikan Teks

Amalan Kebersihan Diri

Kemahiran membaca

KP Verbal linguistik

Langkah 2

(20 minit)Kad Gambar 7 langkah mencuci tangan dengan betul.

Guru menunjukkan kad gambar tentang 7 langkah mencuci tangan dengan betul.

Guru memberi penerangan mengenai langkah-langkah mencuci tangan dengan betul.

Guru menunjukkan demontrasi cara mencuci tangan kepada murid Murid dikehendaki menyebut semula 7 langkah mencuci tangan dengan betul

BBM

Kad Gambar

Langkah 3

(15 minit)Aktiviti penggayaan 7 langkah mencuci tangan dengan betul.

Lembaran kerja latihan langkah mencuci tangan dengan betul.

Guru meminta murid untuk menampalkan kad gambar langkah-langkah mencuci tangan dengan betul mengikut susunan yang betul.

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

Guru berbincang latihan tersebut bersama-sama dengan murid

BBM Kad gambar

KBT

Kemahiran Berfikir

Penutup

(15 minit)Lagu Bangun Pagi

Bangun pagi

gosok gigi,

bersih diri selalu,

cuci muka, pakai baju,

nampak kemas selalu.

Bangun pagi,

gosok gigi,

cuci muka dan mandi,

pakai baju minum susu,

badan sihat senang hati..

(Ulang semula 2X)

Murid menyanyikan lagu Bangun Pagi beramai-ramai.

Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini.

BBM Lagu Bangun Pagi

Nilai murni

Kebersihan

Disiplin

Petikan teksBaca petikan dibawah dengan menggunakan intonansi yang betulAmalan Kebersihan DiriKebersihan diri amat penting dijaga. Kebersihan diri membantu kita untuk menjadikan kita sihat dan cergas. Badan kita juga hendaklah sentiasa bersih. Jika kita sentiasa menjaga kebersihan, diri kita akan terhindar daripada sebarang penyakit. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga kebersihan diri. Tubuh badan yang sihat menjadikan minda, rohani, dan jasmani kita cemerlang.

Kita boleh menjaga kebersihan diri dengan mandi tiga kali sehari. Sewaktu mandi, kita hendaklah menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran dan menjadikan badan kita berbau wangi.

Mencuci tangan adalah salah satu cara untuk menjaga kebersihan diri. Mencuci tangan adalah cara terbaik untuk mengelakkan daripada diri kita dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, sebelum makan kita hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan sabun. Dan selepas makan pula kita hendaklah menggosok gigi untuk menghilangkan sisa makanan. Dengan cara tersebut, gigi kita tidak akan menjadi cantik dan tidak rosak. Apabila gigi kita cantik, senyuman kita akan bertambah manis.

Amalam kebersihan diri termasuklah memotong kuku. Amalan ini bertujuan untuk menghilangkan kekotoran yang terlekat pada kuku. Kuku yang kotor akan mengakibatkan jangkitan kuman. Potonglah kuku kita sekurang-kurangnya sekali seminggu, sebaik-baiknya pada hari Jumaat.

Rambut ialah mahkota diri seseorang. Oleh yang demikian, rambut perlu dibersihkan dan disikat rapi supaya nampak kemas. Rambut yang panjang dan tidak terurus haruslah dipotong. Jika perlu gunalah pencuci rambut untuk mencuci rambut agar rambut kita kelihatan lembut dan cantik.

Apabila kita menjaga kebersihan diri, kita mudah mendapat kawan. Oleh itu, kebersihan diri patut dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

Nama : ___________________________________________________________________

Kelas : __________________

Tarikh :______________

LatihanSusunkan 7 langkah mencuci tangan mengikut susunan yang betul.7 Langkah Mencuci TanganBilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurnaGosok setiap jari dan celah-celah jari Gosok kuku pada tapak tangan Basuh tangan dengan sabun Keringkan tangan dengan tuala yang keringGosok belakang tangan dan celah jari.Gosok kedua-dua tapak tangan

Lirik Lagu : Bangun Pagi

Bangun pagi

gosok gigi,

bersih diri selalu,

cuci muka, pakai baju,

nampak kemas selalu.

Bangun pagi

gosok gigi,

cuci muka dan mandi,

pakai baju minum susu,

badan sihat senang hati.

(Ulang semula 2X)

Lirik Lagu : Bangun Pagi

Bangun pagi

gosok gigi,

bersih diri selalu,

cuci muka, pakai baju,

nampak kemas selalu.

Bangun pagi

gosok gigi,

cuci muka dan mandi,

pakai baju minum susu,

badan sihat senang hati.

(Ulang semula 2X)

Lirik Lagu : Bangun Pagi

Bangun pagi

gosok gigi,

bersih diri selalu,

cuci muka, pakai baju,

nampak kemas selalu.

Bangun pagi

gosok gigi,

cuci muka dan mandi,

pakai baju minum susu,

badan sihat senang hati.

(Ulang semula 2X)

Lirik Lagu : Bangun Pagi

Bangun pagi

gosok gigi,

bersih diri selalu,

cuci muka, pakai baju,

nampak kemas selalu.

Bangun pagi

gosok gigi,

cuci muka dan mandi,

pakai baju minum susu,

badan sihat senang hati.

(Ulang semula 2X)