rph kump

15
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH Kelas 4 ARIF Tema/Tajuk Mari Belajar Sejarah Masa 8.40 – 9.40 pagi (1 Jam) Standard Kandungan: 4.1 Mengetahui dan memahami kedudukan kerajaan Melayu awal Standard Pembelajaran: 4.1.1 Menamakan kerajaan-kerajaan Melayu awal. 4.1.2 Mengenal pasti lokasi kerajaan- kerajaan Melayu awal pada peta Malaysia K4.1.5 Menyatakan keistimewaan kerajaan- kerajaan Melayu awal Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat; i. Menamakan dan menandakan 3 lokasi kerajaan kerajaan Melayu pada peta Malaysia. ii. Menyebut keistimewaan kerajaan- kerajaan Melayu Awal. Aktiviti 1. Menayangkan slaid peta Malaysia. 2. Bersoaljawab dan perbincangan tentang lokasi kerajaan-kerajaan Melayu di Malaysia. 3. Mengenalpasti keistimewaan setiap kerajaan- kerajaan Melayu awal. 4. Menjelaskan kegiatan ekonomi di setiap lokasi –cara hidup. EMK Nilai Murni - bersyukur, kerjasama, rajin, 6

Upload: afyana-omar-baki

Post on 25-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: rph kump

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEJARAH

Kelas 4 ARIF

Tema/Tajuk Mari Belajar Sejarah

Masa 8.40 – 9.40 pagi (1 Jam)

Standard Kandungan:

4.1 Mengetahui dan memahami kedudukan kerajaan Melayu awal

Standard Pembelajaran:

4.1.1 Menamakan kerajaan-kerajaan Melayu awal.4.1.2 Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta Malaysia

K4.1.5 Menyatakan keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu awal

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;i. Menamakan dan menandakan 3 lokasi kerajaan

kerajaan Melayu pada peta Malaysia.ii. Menyebut keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu

Awal.

Aktiviti 1. Menayangkan slaid peta Malaysia.2. Bersoaljawab dan perbincangan tentang lokasi kerajaan-

kerajaan Melayu di Malaysia.3. Mengenalpasti keistimewaan setiap kerajaan-kerajaan

Melayu awal.4. Menjelaskan kegiatan ekonomi di setiap lokasi –cara

hidup.

EMK

Nilai Murni - bersyukur, kerjasama, rajin, kreatif KPS - Elemen asas sejarah Dimensi Kewarganegaraan – Perasaan kekitaanTMK – belajar melalui TMK

Bahan Bantu Belajar

Komputer, projektor, skrin, buku latihan, alat tulis

Refleksi

6

Page 2: rph kump

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI EMK/PEDAGOGI CATATANPermulaan (5 minit)

Menonton tayangan video

1. Murid menonton tayangan klip video ’Merong Mahawangsa’.

2. Perbincangan dan soal jawab berdasarkan video.

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni

-bersyukur- kerjasama

TKPTMKKB-Menjana Idea-Menghubung kait

BBM

-Komputer riba, projektor, skrin

Aktiviti 1 (15 minit)

1. Guru menayangkan slaid peta Malaysia.

2. Perbincangan dan penerangan tetang kerajaan-kerajaan Melayu awal serta lokasinya berdasarkan slaid peta Malaysia

 a. Bruasb. Kedah Tuac. Gangga Negara

 3. Penerangan dan soal jawab tentang

keistimewaan kerajaan-kerajaan melayu awal.

NilaikerjasamaKBmenjana idea

Layar Peta Malaysia

Buku Teks(Tajuk 4 )Kerajaan-kerajaan Melayu Awal

*DSKP Tahap Penguasaan

Aktiviti 2 (15 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

2. (Kumpulan Pintar) -Murid diminta menandakan dan menamakan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta Malaysia yang diberikan

3. (Kumpulan Bijak) -Murid diminta menamakan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal mengikut lokasi yang telah ditandakan pada peta Malaysia dengan

KBMenghubungkait

BBMPeta

Kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta.Cth:

- Kedah Tua- Patani

*DSKP

6

Page 3: rph kump

bimbingan guru.

4. (Kumpulan Pandai) -Murid diminta melengkapkan nama kerajaan-kerajaan Melayu awal dengan mengisi huruf- huruf yang tertinggal pada lokasi yang ditanda pada peta Malaysia.

Aktiviti 3 (20 minit)

1. Wakil murid diminta tampil ke hadapan kelas membentangkan hasil kerja kumpulan.

2. Perbincangan dan soal jawab tentang hasil kerja yang dibentangkan.

3. Guru mengedarkan lembaran kerja (peta minda).

4. Semua murid diminta melengkapkan keistemewaan 3 kerajaan-kerajaan Melayu awal berdasarkan gambar yang disediakan.

ICT

KBmenjana idea

BBMPeta

*DSKP

Penutup (5 minit)

1. Guru meminta murid-murid membuat kesimpulan tentang apa yang dipelajari.

2. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.

Nilaibersyukur BBM

Lembaran kerja

6

Page 4: rph kump

BAHAN BANTU BELAJAR

Projektor Skrin

Peta Malaysia

6

Page 5: rph kump

Peta Kerajaan Melayu Awal

Latihan Pengukuhan

6

Page 6: rph kump

Nama : _____________________________________________________

Kelas : 4 _____________________

Latihan Pengukuhan

Nama : _____________________________________________________

6

Page 7: rph kump

Kelas : 4 ___________________

Latihan Pengukuhan

Nama : _____________________________________________________

Kelas : 4 ____________________

6

Page 8: rph kump

REFLEKSI 1

Nama : Afyana binti Omar BakiNo. K/P : 840926-12-5272

6

Page 9: rph kump

Tugasan SJH 3063 berkumpulan merupakan tugasan yang telah memberikan

saya satu pengalaman pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, ia

secara tak langsung telah memberikan saya pengetahuan dan pendedahan tentang

pengajaran mata pelajaran Sejarah sekolah rendah.

Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran ini di sekolah.

Oleh yang demikian, saya berasa sedikit tertekan pada mulanya ketika diberikan

tugasan untuk menghasilkan rancangan pengajaran harian yang lengkap.

Sejujurnya, saya tidak dapat menggambarkan sesi pengajaran dan pembelajaran

Sejarah itu sendiri kerana tidak terdedah langsung dengan mata pelajaran ini di

sekolah.

Syukurlah, kerana kerja kursus ini adalah secara berkumpulan.Saya dan

rakan sekumpulan iaitu Fatimah telah bekerjasama memikirkan satu pengajaran

yang sesuai dan menarik untuk dilaksanakan di dalam kelas. Selepas mengadakan

beberapa sesi perbincangan, kami sebulat suara memilih tajuk empat iaitu Kerajaan

Melayu Awal untuk dilaksanakan. Oleh itu, kami berdua telah berusaha

mengumpulkan maklumat yang berkaitan tentang tajuk ini. Melalui beberapa siri

pertemuan dan perbincangan, dapatlah kami menghasilkan rancangan pengajaran

yang kami fikirkan sesuai dan menepati kehendak soalan yang telah diberikan.

Dalam kefahaman saya untuk mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang harmoni dan kondusif, guru hendaklah memainkan peranan

dalam mencipta suasana tersebut. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif untuk

menyediakan suatu rancangan pengajaran yang menarik sesuai dengan objektif

yang dirancangkan. Pengurusan masa dan isi kandungan pelajaran juga akan dapat

menjadikan sesuatu sesi pembelajaran itu berjaya dan dapat memenuhi objektif

pengajaran yang disasarkan. Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan saya satu

dimensi baru mengenai mata pelajaran Sejarah ini. Ia secara tak langsung telah

menjadikan saya seorang guru yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang positif

terhadap tugasan.

Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan

sekumpulan, rakan guru, keluarga dan tidak lupa juga kepada pensyarah bagi

kursus SJH 3063 ini iaitu Tn. Hj. Mohd Husin bin Mohd Tap kerana memberikan

6

Page 10: rph kump

tunjuk ajar, sokongan dan komitmen yang tinggi dalam membantu menyiapkan

tugasan ini. Berkat sokongan dan bantuan kalian, kerja kursus ini dapat disiapkan

dengan jayanya.

REFLEKSI 2

Nama : Fatimah bt MahidiNo. K/P : 810426-13-5426

6

Page 11: rph kump

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana tugasan yang diberi telah dapat

disiapkan walaupun terdapat banyak celanya. Ribuan terima kasih diucapkan

kepada pensyarah kami iaitu En Husin b Mohd Tap yang memberi panduan bagi

melaksanakan tugasan ini. begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan yang

banyak membantu. Begitu juga dengan keluarga saya.

Mata Pelajaran Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh

semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di

Tahap II. Pendedahan Sejarah ini untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata

pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai

pengetahuan serta kemahiran Sejarah.Kurikulum Sejarah menyepadukan

pengetahuan,kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam

pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. KSSR terdapat elemen

kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah sebagai

asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Secara

tidak lansung elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai

kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Setelah melaksanakan tugasan ini saya

dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah.

Walaupun pelbagai masalah dan rintangan yang dilalui dalam perjalanan

hidup seorang pendidik dan seorang pelajar. Lebih-lebih lagi tidak ada pengalaman

mengajar subjek Sejarah. saya dan Afyana akhirnya berjaya menyiapkan tugasan

berkumpulan menyediakan rancangan pengajaran harian Sejarah.

Bagi menyiapkan tugasan ini, saya dan Afyana mempunyai bahan rujukan

seperti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah ppg dan bahan

rujukan dari kawan-kawan banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini. di

samping itu juga pencarian di internet memudahkan lagi saya mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan tugasan kumpulan ini. walaupun duduk berjauhan

namun kemudahan teknologi digunakan sehabis baik bagi menyiapkan tugasan

berkumpulan ini.

Kelemahan saya pula, kadang-kadang apabila mkalumat yang kita kehendaki

tidak dapat dicari menyebabkan timbul perasaan putus harapan untuk menyiapkan

tugasan ini. Tatkala seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil

dimana memerlukan pemerhatian dari saya mencabar juga kewibawaan saya. Apa-

apa pun alasan yang diberikan tugasan mesti disiapkan. Tugasan mesti dihantar

6

Page 12: rph kump

untuk membantu saya jalan ke arah lulus dalam mata pelajaran ini disamping

menambah ilmu pengetahuan.

Saya berharap ilmu yang saya dapat dalam melaksanakan tugasan ini dapat

diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan ini saya

juga boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sekolah.

Terima kasih sekali lagi pensyarah Sejarah iaitu Encik Husin B Mohd Tap

atas garis panduan yang diberikan bagi menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima

kasih juga kepada pasangan tugasan saya Afyana yang sangat dedikasi dalam

menyiapkan rancangan pengajaran harian kami ini.

Sekian terima kasih.

6