pembentangan kump 3-clor

11
 WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANG PISMP Muzik Sem 4

Upload: chu-han

Post on 05-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

WAJ Seni Dalam Pendidikan

TRANSCRIPT

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN TAJUK 3 DERIA DAN SENI

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 3IRAMA, WARNA DAN RUANGPISMP Muzik Sem 4

SentuhanBiasanya dilakukan dengan menggunakan jari.Perkembangan psikomotor sebelum berbahasa. Aktiviti yang dapat dilaksanakan Seni visual: melukis gambar di atas kertas atau kanvas. Muzik : mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu.Pergerakan: mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh. Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.

MendengarDeria telinga. Aktiviti yang dijalankan Seni visual: melukis berdasarkan apa yang telah didengarMuzik: mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Pergerakan: membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

MelihatDeria mata yang melibatkan pengamatan dan pemerhatian. Seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Bagi orang buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya. Dengan melihat, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual.

RasaRasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Apabila maklumat itu dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut pengalaman ekspresinya. Seni visual: meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Muzik: mendengar muzik dan secara tidak langsung kaki akan bergoyang.Pergerakan: terdapat rangsangan apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan pergerakan.

HiduHidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi. Guru boleh merancang strategi dengan cara-cara berikut: (a) Kebolehan Mental Pelajar - untuk memastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru. (b) Pendekatan Pengajaran Antaranya ialah: (i) Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. (ii) Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. (iii) Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

Proses Ringkas Pengamatan dan Persekitaran

Situasi Tepi Laut

Situasi Stesen Keretapi

Situasi Pasar Malam