ppt (kump 7)

91
ANALISIS KURIKULUM SEKOLAH RENDAH KRP 6044 KURIKULUM LAMA DAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH ( BERDASARKAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK DAN SAINS) Disediakan oleh: Norazizah bt Tahrim ( M20132001827 ) Roslyza bt Md Salleh( M20132001996 ) Nor Hizal bt Abdul Wahid ( M20132001826 ) KUMPULAN 7

Upload: teestarteestar

Post on 07-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

PPT (KUMP 7)

TRANSCRIPT

Slide 1

ANALISIS KURIKULUM SEKOLAH RENDAHKRP 6044

KURIKULUM LAMA DAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH( BERDASARKAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU,BAHASA INGGERIS, MATEMATIK DAN SAINS)

Disediakan oleh:

Norazizah bt Tahrim ( M20132001827 )Roslyza bt Md Salleh( M20132001996 ) Nor Hizal bt Abdul Wahid ( M20132001826 )

KUMPULAN 7

PengenalanSistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Setelah negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan di negara ini.

Tujuan Pendidikan a. Perpaduan b. Membasmi buta huruf rakyat c. Melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara.

Penegasan dalam pendidikan selepas Merdeka :a. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang samab. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem persekolahanLaporan Jawatankuasa Kabinet

Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982.

KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M.

KBSR ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993.

Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN (mulai 1996 FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi,Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011.

KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah1983

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah1993

KBSR (semakan)Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)2003

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)2011

Latar belakang Kurikulum Sekolah Rendah

Kurikulum Bahasa MelayuKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, menyatakan bahawa:-

1. Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.

2.Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

3. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat.

4. Ia juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.

5. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan:-

Untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.

Murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KBSR)MatlamatPada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:

i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;

iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

OBJEKTIFv. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;

vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

Vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan

X. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

Organisasi KandunganHasil pembelajaranKemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran MendengarKemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuaiKemahiran BertuturKemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Jurnal 1 : http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf Jurnal 2 : http://www.ukm.my/jpbm/pdf/93-109%20Yahya%20et%20al.pdf

Kemahiran Membaca Dapatan kajian

Dapatan kajian dalam masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca. Manakala dapatan kajian tentang masalah kemahiran menulis menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat membezakan huruf besar atau huruf kecil melalui pengecaman dan mengenali tanda baca.

Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, pendidikan pemulihan merupakan satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Program pemulihan peringkat awal akan memberi kesan yang lebih efektif dalam usaha memperkasakan pendidikan di negara kita.

Jurnal 1

Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam

Dapatan kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mengaplikasikan kaedah fonik dalam pengajaran membaca. Responden juga mampu mengajarkan membaca menggunakan kaedah fonik seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Brunei. Kaedah fonik ini juga didapati memberikan kesan positif terhadap prestasi pembelajaran murid terutamanya dari segi mempercepatkan penguasaan kemahiran membaca. Selain itu, murid didapati lebih bermotivasi dan berminat untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

Jurnal 2

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.Jurnal http://www.ukm.my/jpbm/pdf/67-87_CheZanariah,Fadzilah.UPM.pdf

KEMAHIRAN MENULIS Dapatan kajian

Dapatan kajian dalam masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca. Manakala dapatan kajian tentang masalah kemahiran menulis menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat membezakan huruf besar atau huruf kecil melalui pengecaman dan mengenali tanda baca.

Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, pendidikan pemulihan merupakan satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Program pemulihan peringkat awal akan memberi kesan yang lebih efektif dalam usaha memperkasakan pendidikan di negara kita.

Jurnal 1

Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar

Menurut Buku Panduan Am KBSR yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa pemulihan dalam KBSR ,

Ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau 3M.

Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M. Program pemulihan (KBSR)Kia 2m

Protim

Sistem penarikan keluar

Jenis-jenis pemulihanProgram Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

Mereka ini BUKAN hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif.KIA 2MDijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu selama 3 atau 6 bulan.

Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.

Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.KIA 2MProgram Pemulihan Tiga M (membaca, menulis, mengira)

Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik untuk murid tahun 4- 6.

Murid yang mengikuti PROTIM akandibekalkan dengan satu modul oleh Kementerian Pelajaran.

PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas peperiksaan UPSR. Murid yang terlibat adalah mereka yang gagal pra ujian UPSR.PROTIMMurid yang dikenal pasti lemah akan ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuk subjek Bahasa Melayu atau Matematik atau kedua-duanya sekali.

Selepas belajar di kelas khas pemulihan mereka akan pulang semula ke kelas masing-masing untuk mengikuti pengajaran di kelas biasa.

CONTOH

Murid A merupakan murid pemulihan. Murid A akan belajar seperti biasa di dalam kelas perdana tetapi apabila tiba waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik, murid A ini akan ke kelas pemulihan khas untuk mengikuti pembelajaran pada waktu itu.

Setelah tamat waktu berkenaan, murid A akan kembali ke kelas perdana dan meneruskan pembelajaran subjek lain.

Sistem penarikan keluar (withdrawal system)MBMMBI

Manfaat

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif

melalui

tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetikaketerampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian,sikap dan nilai

TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.

KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.Fokus KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip KSSR

Kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia.

Standard yang diketengahkan ini mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. DSKP Bahasa MalaysiaStandard kandunganStandard pembelajaranPenyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.Standard kandungan dan standard pembelajaranStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Matlamat Murid berkeupayaan untuk: i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;

ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar, dibaca dan ditonton menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;Objektifvi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;

vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

viii. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;

xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan;

xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;Objektifxiii. melakukan aktiviti pra menulis dengan betul;

xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; xvi. menulis imlak dengan tepat;

xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;

xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

Objektif xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan;

xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.Objektifxiii. melakukan aktiviti pra menulis dengan betul;

xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; xvi. menulis imlak dengan tepat;

xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;

xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan;

xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.ObjektifPembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa.

Pada Tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Ini bermakna konsep kembali kepada asas (back to basic) diberi penekanan yang khusus. Penekanan juga diberikan kepada pembelajaran yang menyeronokkan yang berkonsepkan aktiviti didik hiburFokus KSSRPada Tahap 2 pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa.

Melalui penguasaan kemahiran bahasa ini, murid dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan, manakala melalui kemahiran membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata di samping memupuk minat membaca.

Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu murid menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti. AFokus KSSR 1. Standard Kurikulum2. Kemahiran Bahasa 3. Pendekatan Modular 4. Sistem Bahasa5. Pengisian Kurikulum 6. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Organisasi kandungan kurikulum Literacy and Numeracy Screening(Saringan Literasi dan Numerasi) LINUS

LINUS diperkenalkan di bawah program NKRA apabila didapati murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik.

Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012..

LINUS dilaksanakan berdasarkan:Surat Siaran KPM Bilangan 9/2012: Tatacara Pelaksanaan Saringan dan Tahap Penguasaan Literasi dan Numerasi (LINUS) Murid Tahap 1, Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Siaran KPM Bilangan 6/2013: Pelaksanaan Program LINUS 2.0: Literasi Bahasa Melayu dan Numerasi Serta Pelaksanaan Literasi Bahasa Inggeris Mulai Tahun 2013

PELAKSANAAN LINUSPelaksanaan sebelum 2013:LINUS (Literasi B. Melayu dan Numerasi) wajib dilaksanakan di semua SK, SJKT, SJKC dan SABK.SEMUA murid Tahun 1 diwajibkan pada Saringan 1.Hanya murid LINUS dan LINUS TEGAR sahaja terlibat dalam Saringan 2 Saringan 9.

Pelaksanaan selepas 2013:LINUS 2.0 (Literasi B. Melayu, Literasi B. Inggeris dan Numerasi) wajib dilaksanakan di semua SK, SJKT, SJKC dan SABK.SEMUA murid Tahun 1 hingga Tahun 3 WAJIB disaring.Hanya terdapat 2 saringan sahaja.

KonstrukKeupayaanK1Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.K2Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.K3Keupayaan membaca dan menulisperkataan suku kata terbuka.K4Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.K5Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.K6Keupayaan membaca dan menulis perkataan yangmengandungi suku katatertutupng.K7Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.K8Keupayaan membaca dan menulis perkataan mengandungi vokal berganding.K9Keupayaan membaca dan menulisperkataan yang mengandungidigraf dan konsonanbergabung.K10Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.K11Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.K12Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.LITERASI BAHASA MALAYSIAConstructC1Able to identify and distinguish the letters of the alphabet.C2Able to associate sounds with the letters of the alphabet.C3Able to blend phonemes into recognizable words and segment words into phonemesC4Able to understand and use the language at word level.C5Able to participate in daily conversations using appropriate phrases.C6Able to understand and use the language at phrase level in linear texts.C7Able to understand and use the language at phrase level in non- linear texts.C8Able to understand and use the language at sentence level in linear Texts.C9Able to understand and use the language at sentence level in non- linear texts.C10Able to understand and give simple instructions and directions with guidance.C11Able to read and understand sentences with guidance.C12Able to construct sentences with guidance. LITERASI BAHASA INGGERISKONSTRUKKeupayaanK1Keupayaan pra nombor dan mengenal angka.K2Keupayaan membilangK3Keupayaan memahami nilai nomborK4Keupayaan membuat seriasiK5Keupayaan mengenal mata wang MalaysiaK6Keupayaan menyatakan waktu K7Keupayaan mengendalikan operasi asasK8Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang MalaysiaK9Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.K10Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya K11Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat K12Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.NUMERASICabaran guru program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasaoleh

Abdul Jalil Othman Normarini Norzan Ghazali Darusalam Saedah Siraj Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Dapatan kajianHasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa faktor kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Kerjasama yang melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya dapat membina pembelajaran yang menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak dicapai oleh guru. Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Jurnal : http://repository.um.edu.my/26745/1/scan0001.pdf

Jurnal LINUSSukatan PelajaranKurikulum Bersepadu Sekolah RendahMATEMATIK (KBSR)Kurikulum matematik sekolah rendah bertujuan untuk : membina pemahaman murid terhadap konsep nombor dan kemahiran asas dalam operasidiaplikasikan dalam kehidupan harian dengan berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan aspirasi menjadi sebuah masyarakat dan negara majukemahiran ini membolehkan murid melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

MATLAMAT KBSR

Kurikulum matematik sekolah rendah membolehkan murid-murid untuk:

1. Mengetahui dan memahami konsep, prosedur dan prinsip berkaitan:NomborOperasiBentukUkuranPerwakilan data

2. Menguasai operasi asas matematik:PenambahanPenolakanPendarabanPembahagian

OBJEKTIF KBSR

3. Menguasai kemahiran operasi bergabung4. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:membuat anggaran dan penghampiran pengukuran pengumpulan data mewakili maklumat dalam bentuk graf dan carta

OBJEKTIF KBSR

Berkebolehan menggunakan kemahiran dan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan dan penuh tanggungjawab.Berkebolehan menggunakan bahasa matematik yang betul.Berkebolehan menggunakan teknologi yang sesuai dalam membina konsep, kemahiran dan penyelesaian masalah matematik.OBJEKTIF KBSRBerkebolehan membina pengetahuan secara sistematik, heuristik, dengan tepat dan berhati-hati.Menyertai aktiviti yang berkaitan dengan matematik.Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

OBJEKTIF KBSR

Kandungan pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah terdiri dari empat tajuk iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang dan Statistik.Untuk setiap tajuk, topik-topik disusun dari yang paling asas hingga abstrak.Penyelesaian masalah dan kemahiran komunikasi digabungkan dalam setiap topik.

KANDUNGAN ORGANISASI KBSR

1. NOMBORSatu topik amat penting yang mesti dikuasai oleh murid sebelum murid mengikuti topik lain. 1.1 Nombor Bulat1.2 Pecahan1.3 Perpuluhan1.4 Wang1.5 Peratus

KANDUNGAN KBSR2. UKURANUkuran adalah satu bidang yang penting dalam kehidupan harian kita. 2.1 Masa2.2 Ukuran Panjang2.3 Timbangan Berat2.4 Isipadu Cecair

KANDUNGAN KBSR3. BENTUK DAN RUANGBidang ini menekankan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bentuk dan ruang yang ada hubungan kepada kehidupan harian murid. Ini membentuk satu sikap yang positif dan menghargai keindahan semula jadi yang terhasil.3.1 Bentuk Dua-Dimensi3.2 Bentuk Tiga Dimensi

KANDUNGAN KBSR4. STATISTIKStatistik mewakili satu bidang pembelajaran yang membolehkan murid mengumpul, menganalisis dan membuat kesimpulan daripada data. Skop bidang ini meliputi purata dan perwakilan data.4.1 Purata4.2 Perwakilan Data

KANDUNGAN KBSR

Sukatan Kurikulum Standard Sekolah RendahMATEMATIK (KSSR)Membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.MATLAMAT KSSRSetiap murid di Malaysia berpeluang melalui sekurang-kurangnya enam tahun pendidikan asas di sekolah.

STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH ( KSSR )TAHAPTUJUANIKurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap I bertujuan membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas.

IIKurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap II bertujuan membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks di kalangan murid supaya dapat digunakan dalam menangani cabaran dalam kehidupan seharian secara berkesan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid: Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik. OBJEKTIF KSSRMengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasikan dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian. KANDUNGAN KSSRMenggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.Menghargai dan menghayati keindahan matematik.Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.KANDUNGAN KSSRKandungan bagi KSSR Matematik adalah sebagaimana berikut:

BIDANG PEMBELAJARAN KSSRNOMBOR DAN OPERASISUKATAN DAN GEOMETRIPERKAITAN DAN ALGEBRASTATISTIK DAN KEBARANGKALIANNombor BulatPenambahanPenolakanPendarabanPembahagianOperasi BergabungPecahanPerpuluhanWangMasa dan WaktuUkuran PanjangTimbanganIsipadu CecairBentuk Tiga DimensiBentuk Dua DimensiBagi peringkat KSSR Matematik, tiada kandungan secara tajuk yang disenaraikan, ianya lebih berupa unsur secara tidak langsung.Perwakilan DataPurataPeratus

KREATIVITI DAN INOVASI

Perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak peringkat awal persekolahan. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.

Pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif boleh diterapkan melalui penyelesaian masalah, penaakulan mantik, komunikasi, membuat perkaitan dan penggunaan teknologi.ELEMEN NILAI TAMBAH KSSRKEUSAHAWANAN DALAM MATEMATIKMerupakan satu usaha yang dilakukan bagi membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam kalangan murid.

Elemen ini boleh diterapkan dalam bidang pembelajaran Matematik yang sesuai di sekolah rendah seperti dalam nombor dan operasi, sukatan dan geometri serta statistik dan kebarangkalian.

ELEMEN NILAI TAMBAH KSSRTEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Ledakan kemajuan pelbagai teknologi di dalam kehidupan masa kini dan akan datang menjadikan elemen ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Boleh dijadikan sebagai akses untuk menjadi pembelajaran tersebut lebih menarik dan menyeronokkan.ELEMEN NILAI TAMBAH KSSRPPSMI(2007-2012)Julai 2002 Mesyuarat khas Jemaah Menteri meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 Diperkenalkan berperingkat dimulai dengan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah.

Januari 2007 Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 Kajian & demonstrasi

2012 - Dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya Kenyataan akhbar di sebelahOleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, selain menambah masa konteks dalam Bahasa Inggeris. (Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan, 20 Julai 2002)

KSSRTahap 1- Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)Waktu pengajaran dan pembelajaran DST diperuntukkan sebanyak 60 minit seminggu. Dalam p&p DST diperuntukkan nisbah 4:1 iaitu 4 waktu untuk Sains dan RBT dan 1 waktu untuk TMK. Sebagai contoh jika mengambil kira 60 waktu p&p DST setahun, agihan masa untuk Sains ialah 48 waktu dan TMK ialah 12 waktu. TMK juga digunakan dalam p&p Sains dan RBT.Kandungan kurikulum merangkumi 6 tema (thp 1 & 2)~Pengenalan Kepada Sains~Sains Hayat~Sains Fizikal~Sains Bahan~Bumi dan Sains Angkasa~Teknologi dan Kehidupan Lestari

Tahap 2- Kurikulum Sains .Waktu pengajaran dan pembelajaran diperuntukkan sebanyak 120 minit seminggu.Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Dokumen Standard Kandungan & Standard Pembelajaran.

English Language Curriculum For Primary Schools

Aims The English Language Curriculum for Primary SchoolsAims to equip pupils with basic language skills to enable them to communicate effectively in a variety of contexts thats appropriate to the pupils level of development.OBJECTIVES By the end of Year 6, pupils should be able to

i. communicate with peers and adults confidently and appropriately in formal and informal situationsii. read and comprehend a range of English texts for information and enjoymentiii. write a range of texts using appropriate language, style and form through a variety of mediaiv. appreciate and demonstrate understanding of English language literary or creative works for enjoymentv. use correct and appropriate rules of grammar in speech and writingModulesKBSRKSSRfour language skills of listening, speaking, reading and writing are not expected to be taught separately.

In KBSR, the four language skills should be integrated in a thematic and topical lesson. Language arts and grammar are incorporated (most of the time in a covert manner) throughout the curriculum as part of a lesson activity.modules for KSSR English language, teachers are expected to teach these modules separately and individually, and in sequence.

starting with Module 1 (Listening and Speaking), then move on to Module 2 (Reading), then Module 3 (Writing) and Module 4 (Language Arts).

For Year 3 onwards, after Module 4 the sequence will continue with Module 5 (Grammar).KBSRKSSRCurriculum design is based on 6 areas:CommunicationSpiritual, Attitude and ValuesHumanitarianPhysical and Aesthetical DevelopmentScience and TechnologyCurriculum design is based on 3 areas:CommunicationMan and his environmentSelf-development of the individualCurriculum MaterialsCurriculum Standard DocumentsCurriculum MaterialsStudy SyllabusDesign of the CurriculumModulesDesign of the CurriculumLinearOrganisation of the CurriculumLevel 1 (Year 1, 2 and 3)Basic Core Modules, Thematic Core Modules and Elective ModulesLevel 2 (Year 4, 5 and 6)Organisation of the Curriculum Level 1 (Year 1, 2 and 3)Core, compulsory and additional subjectsLevel 2 (Year 4, 5 and 6)Core, Compulsory and Additional SubjectsJOURNALEnglish Language Teaching (ELT) Curriculum Reforms in Malaysiaby

Bawani Selvaraj (Corresponding author) Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Kedah PO Box 187, 08400 Merbok, Kedah

http://kedah.uitm.edu.my/v1/images/stories/industrial_linkages/uitm_press/voa_5_1_2010/5_1_2010_6.pdf

Factors influencing reading literacy at the primary school level ByAndrejs Geske, Antra Ozola University of Latvia, Riga,

Abstract:

The objective of this paper is to find out the reasons behind the low level of reading literacy among primary school students. The data from IEA (International Association for the Evaluation of Educational Achievement) Progress in International Reading Literacy Study (PIRLS) 2001 are analyzed. And the main conclusions are drawn that the socioeconomic situation of the family has a great impact on students reading literacy as well as parents education and reading aloud to a child at the preschool age. Students high achieving in reading literacy usually like reading for their own enjoyment and come from families where parents spend a lot of time on reading. Keywords: reading literacy, factors, PIRLS, achievement level, primary schoolJurnal