pkk-kump 3.ppt

36

Upload: geetha

Post on 02-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALANPERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAKPERENTALIMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAYIKANAK-KANAKAWAL REMAJA

  • PENGENALAN

    PERKEMBANGAN FIZIKAL MERUJUK KEPADA PERUBAHAN SAIZ FIZIKAL, KADAR PERTUMBUHAN BAHAGIAN BADAN, FUNGSI ANGGOTA- ANGGOTA BADAN DAN PERAWAKAN MANUSIA. SEMASA PEMBESARAN, KANAK-KANAK AKAN MENGALAMI PERUBAHAN DALAM KETINGGIAN, BERAT BADAN, MENJADI LEBIH KUAT DAN DAPAT MELIBATKAN DIRI DALAM KEGIATAN FIZIKAL YANG LEBIH KOMPLEKS.

  • Prinsip asas dalam perkembangan fizikal1. Perkembangan fizkal bermula daripada kepala dan beransur ke kaki.Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seseorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepelanya dahulu kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa 2 bulan selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan. Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.

  • Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan danberterusan ke luar badan.

    Pada peringkat pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari dan kaki merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Seseorang bayi selepas kelahiran akan cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menggengam objek dengan sebelah tangan menggunakan jair tangan kerana otot tanga sudah berkembang.

  • Kebolehan menyanyi bertambah jelas dan spesifik.Sebagai contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayiakan menagais kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit.

    Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimumsemasa peringkt remaja tetapi bahagian bahu mangambil masalebih lama. Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat danmencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapikebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan.

  • PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL

    PRENATAL

    Perkembangan organisma bermula pada masa persenyawaan, iaituapabila sperma bapa bersatu dengan ovum telur ibu. Seseorang wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua-dua ovarinya. Selepas seseorang wanita mencapai akil baligh, satu ovum akan mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam ovari. Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia. Proses ini dipanggil ovulasi. Selepas ovulasi, ovum tersebut akan bergerak ke tiub falopia. Persenyawaan berlaku apabila ovum ibu bergabung dengan sperma bapa dia bahagian atas tiub falopia bersebelahan dengan ovari. Sekiranya ovum tersebut

  • tidak disenyawakan dalam masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan dikeluarkan sebaga haid. Manakal ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kadangkala seseorang wanita akan menghasilkan lebih daripad satu telur, samada secara semulajadi ataupun dengan rangsangan dadah. Persenyawaan dua ovum ole dua sperma berbeza menghasilkan kebar dwizigot atau lebih dikelnali sebagai kembar bersaudara.

  • Jika ovum yang disenyawakan oleh sperma bercerai kepada dua bahgian, iaitu zigot mambahagi kepada dua dan setiap bahgian melalui pembahagian sel dan berkembang menjadi dua individu yang serupa maka kembar monozigot atau serupa terhasil. Kembar monozigot terhasil daripada zigot yang sama, oleh itu dia mewarisi gen yang sama daripada ibu dan bapa.Peringkat prenatal ialah selam sembilan bulan dan terbahgi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan (geminal stage), embrio dan fetal.

  • Fasa pembenihan

    Fasa ini bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat pada dinding rahim.

    Tempoh fasa ini biasanya selama dua minggu.selepas persenyawaan, zigot akan bergerak ke rahim . Zigot mempunyai 23 kromosom daripada sperma ibu. Kromosom-kromosorm ini akan berpasangan.

    Setiap pasangan kromosorm mempunyai gen-gen yang mengandungi cetakan trait dalam ciri-ciri kebakaan daripada ibu bapa.

    Zigot seterusnya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis. Zigot seterusnya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis.

    Sel-sel baru yang berbentuk akan menjadi bahagian-bahagian sistem saraf, otak,organ dan bahagian lain badan.sel-sel baru ini akan menerima salinan gen-gen yang diperuntukan daripada ibu bapa.

    Gen-gen ini mengandungi DNA. Aturan-aturan struktur DNA dan banyak akan menyebabkan trait dan baka berbeza yakni tidak ada dua individu yang mempunyai baka yang sama kecuali kembar serupa yang berasal daripada zigot yang sama.

  • Zigot seterusnya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis. Sel-sel baru yang berbentuk akan menjadi bahagian-bahagian sistem saraf, otak,organ dan bahagian lain badan.sel-sel baru ini akan menerima salinan gen-gen yang diperuntukan daripada ibu bapa. Gen-gen ini mengandungi DNA. Aturan-aturan struktur DNA dan banyak akan menyebabkan trait dan baka berbeza yakni tidak ada dua individu yang mempunyai baka yang sama kecuali kembar serupa yang berasal daripada zigot yang sama.

  • Fasa Embrio

    Selepas pembenihan pada dinding rahim, fasa kedua perkembangan perantal mula. Fasa ini bermula daripada minggu ketiga sehingga minggu kelapan selepas persenyawaan.pada fasa ini , organisma yang terbentuk dipanggil embrio.pada minggu keempat perkembangan otak bermula, mata telinga, dan mulut muka terbentuk.pada minggu kelapan, embrio mempunyai sistem organ yang asas, rupa muka, jari ,tangan dan kaki.Embrio menerima makanan,

  • khasiat dan oksigen melalui tali pusat.Tali pusat ini juga membawa karbon dioksida dan bahan kumuh daripada embrio kepada ibu untuk dikumuhkan. Peranan tali pusat ini sangat penting tetapi ia juga bertanggungjawab keatas kecacatan yang mungkin berlaku kerana ia boleh membawa bahan-bahan seperti dadah yang telah diambil oleh ibu atau penyakit penyakit lain yang dibawah ibu. Perkembangan yang agak pesat pada fasa ini. Struktur struktur dan sistem sistem asas badan pada fasa ini.

  • Fasa Fetal Fasa ini bermula pada mula ketiga selepas persenyewaan sehingga kelahiran bayi . Pada fasa ini , ia dipanggil fetus dan pada peringkat ini organ utama bertambah saiz , otot dan sisitem saraf sudah mula terbentuk dan isyarat daripada otok serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan. Perkembangan antara bulan ketiga sehingga bulan keenam agak pesat. Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria- deria penglihatan dan pendengaran bayi sudah mula berfungsi. Pada bulan ketujuh , sekiranya bayi lahir, ia mempunyai peluang untuk hidup tetapi akan mengalami masalah pernafasan.dengan teknologi kini peluang hidup bayi in agak tinggi. Pada peringkat ini juga, berat badan dan panjang bayi bertambah. Fetus mengubah arah keduduka sebelum lahir dengan kepalanya pada dasar rahim.

  • Proses Persenyawaan

  • Bayi( lahir hingga 2 tahun)Secara purata berat bayi semasa kelahiran lebih kurang 3.5kgBerat badan bertambah lebih kurang 10 kg dan ketinggian bayi bertambah sebanyak 40cm.Saiz dan komplleksiti otak akan betambahSel-sel neuron dalam otak berkembang.Gigi susu pada gusi di bawah mula kelihatan apabila bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Pertumbuhan gigi ini dipengaruhi oleh kesihatan bayi, baka khasiat yang diterimanya sebelum dan selepas kelahiran.

  • Pertumbuhan gigi seterusnya di bawah gusi di atas.Bayi mula menujukkan autonomi dan kekuatan melalui pergerakan seperti memusingkan badan, merangkak dan berjalan hasil perkembangan psikomotor yang melibatkan otot otot besar seperti leher, tangan, dan kaki. Pergerakan mempengaruhi interaksi bayi dengan ibu bapa dan persekitarnya.Perkembangan otot-otot halus (jari tangan) yang membolehkan bayi mencapai, menggegam dan koordinasi antara mata dan tangan mula kelihatanDiakhir tahun kedua, bayi sudah boleh melakukan aktiviti yang kompleks melibatkan berapa langkah seperti memegang pensil,krayon dan melukis.

  • Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun)Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

  • Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun)Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanakkanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Didalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

  • Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

  • Awal Remaja (12-15 tahun)Perkembangan pesat.Perubahan fizikalKetinggianSaiz dan bentuk badanMencapai akil baligh.Perubahan berlaku kepada perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki.

  • Jean Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada 4 tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah, Tahap Sensorimotor atau deria motor (0 hingga 2 tahun), Tahap Praoperasi (2 hingga 7 tahun), Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) dan Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas).Tahap Sensorimotor atau deria motor (0 hingga 2 tahun). Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari masa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat,menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.

  • Tahap praoperasi ( 2-7 tahun ). Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu, tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) dan tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Pada tahap ini kanak-kanak berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan. Kanak-kanak pada tahap ini bersifat egosentrik yang melihat sesuatu dari perspektif diri sendiri sahaja.

  • Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun), pada tahap ini kanak-kanak boleh berfikir secara logik dan konkrit. Kanak-kanak pada tahap ini menyelesaikan masalah secara cubajaya Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik yang menyebabkan mereka dapat menerima pendapat orang lain. Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas), Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Pada tahap ini manusia berfikir secara abstrak, mampu membuat hepotesis dan memahami akibat jangka panjang sesuatu tindakan.

  • Pada peringkat umur 11 hingga 14 tahun merupakan masa trasisi atau peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Zaman ini berlaku konflik berhubung dengan akil baligh dan keremajaan. Semasa berumur 15 hingga 16 tahun, mereka dapat menyesuaikan diri dengan alam remaja dan merupakan permulaan kepada persediaan untuk menghadapi alam dewasa

  • Pengajaran merupakan suatu proses kompleks yang melibatkan penyusunan kegiatan dan perubahan tingkah laku pada diri individual dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

    Pengajaran disampaikan melalui variasi metod; penerangan, tunjuk cara, eksperimen, demonstrasi dan sebagainya serta bermediumkan sumbersumber, pengetahuan dan kemahiran guru, kakitangan sumber, serta alat bantu mengajar (BBM).

    Suatu pengajaran dikenalpasti dan disahkan afektif jika proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan variasi nilai yang diajar dapat dikuasai oleh para pelajar.

    Pengajaran

  • Para guru hendaklah merancang topik, objektif, input, cara penyampaian dan penilaian yang sejajar, stabil serta sesuai dengan kebolehan dan potensi para audiens. Maka, Model pendekatan sistematik telah diperkenalkan dan perlu diamalkan oleh para pengajar.

  • Pembelajaran Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan pembelajaran sebagai proses (kegiatan) belajar. Pembelajaran dikatakan afektif sekiranya individual berjaya mengadaptasikan sesuatu pengalaman melalui dua cara, iaitu akomodasi dan asimilasi demi menyelesaikan sesuatu masalah baharu dan berpandukan rentetan pengalaman terdahulu.

  • Seorang guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti seperti:CeramahKaunseling(membentuk diri seorang remaja)Menyediakan latihan membina daya tenaga dan daya tahan.Memberi input tentang gaya hidup sihatPemakananSenamanMenggelakkan aktiviti-aktiviti negatifMEROKOKDADAH

  • Guru boleh merancang senaman supaya menyeronokkan dan jadikannya aebagai satu aktiviti sosial yang sihat.Guru harus menyediakan bilik persalinan yang berasingan bagi pelajar lelaki dn perempuan.Guru harus memastikan peluang remaja perempuan kurang diperhati oleh lelaki semasa aktiviti senaman.Ini adalah penting bagi keselamatan kedua- dua pihak.

  • Perkembangan kanak-kanak bukan sahaja bermakna otot-otot bertambah kuat dan penambahan koordinasi.Akil baligh juga menandakan kematangan dari segi seksual.Oleh itu guru digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan.Guru juga perlu menyediakan peluang dan ruang untuk remaja untuk membincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang mereka hadapi.

  • Seorang guru haruslah memberi perhatian yang serius terhadap perubahan- perubahan yang dihadapi oleh murid masing- masing.Ini kerana perubahan tersebut mempengaruhi kesediaan, keupayaan, dan minat kanak-kanak didalam pembelajaran di sekolah.

  • SEKIAN TERIMA KASIH

    *