rph kemahiran memerhati dan mengelas

7
Rancangan Pengajaran Harian Sains KSSR Kelas : Tahun 3A1 Bil. Murid : 31 orang Tarikh : 12/2/2015 Masa : 9.15 – 10.15 pagi (60 minit) Tema/Tajuk : Pengenalan kepada Sains/ Kemahiran saintifik Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat 1.1 Memahami kemahiran proses sains Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati 1.1.2 Mengelas Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid dapat: 1. Murid dapat mengenalpasti 3 daripada 5 ciri-ciri objek melalui pemerhatian secara bertulis. 2. Murid dapat mengelaskan sekurang- kurangnya 3 daripada 5 ciri objek dengan betul secara bertulis dalam lembaran aktiviti yang diberi. Aktiviti P&P : 1) Murid diminta memerhati dan meneka bahan/objek apakah yang terdapat di dalam kotak 2) murid diminta memerhatikan dan mencirikan kedua- dua bahan yang ditunjukkan oleh guru. 3) Murid melakukan aktiviti berkumpulan.

Upload: nur-farhanim

Post on 23-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sains tahun 2

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Kemahiran Memerhati Dan Mengelas

Rancangan Pengajaran Harian Sains KSSR

Kelas : Tahun 3A1

Bil. Murid : 31 orang

Tarikh : 12/2/2015

Masa : 9.15 – 10.15 pagi (60 minit)

Tema/Tajuk : Pengenalan kepada Sains/ Kemahiran saintifik

Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat

1.1 Memahami kemahiran proses sains

Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati

1.1.2 Mengelas

Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid dapat:

1. Murid dapat mengenalpasti 3 daripada 5 ciri-ciri

objek melalui pemerhatian secara bertulis.

2. Murid dapat mengelaskan sekurang-kurangnya 3

daripada 5 ciri objek dengan betul secara bertulis

dalam lembaran aktiviti yang diberi.

Aktiviti P&P : 1) Murid diminta memerhati dan meneka bahan/objek

apakah yang terdapat di dalam kotak

2) murid diminta memerhatikan dan mencirikan kedua-

dua bahan yang ditunjukkan oleh guru.

3) Murid melakukan aktiviti berkumpulan.

4) Murid memerhati sekeliling mereka dan mengelaskan

benda hidup dan benda bukan hidup.

5) Murid membuat refleksi dengan bimbingan guru.

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah tahu menggunakan deria penglihatan,

pendengaran, sentuhan, rasa atau bau dalam

kehidupan seharian.

Kemahiran Saintifik : Memerhati, berkomunikasi, mengelas

Kemahiran Berfikir : Menghubungkat, banding beza, menjana idea

Sikap Saintifik dan nilai murni : Sifat ingin tahu, kerjasama, disiplin, tolak ansur

EMK : Kreativiti dan inovasi

Page 2: Rph Kemahiran Memerhati Dan Mengelas

Sumber P&P : Kotak hitam, buah limau, buah pisang, lembaran aktiviti.

Pentaksiran P&P : B3DS1E1 Memerhati ( menggunakan deria penglihatan,

pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk

mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena)

: B3DS1E2 Mengelas ( menggunakan pemerhatian untuk

mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena

berdasarkan ciri yang sama)

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran

Fasa/Masa Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Persediaan/

orientasi

(5 minit)

Aktiviti :

Permainan “black

box”

1. Guru mengeluarkan satu kotak hitam yang terdapat bahan/objek di dalamnya.

2. Murid diminta memerhati dan meneka bahan/objek apakah yang terdapat di dalam kotak tersebut.

3. Seorang murid dipilih untuk memasukan tangan ke dalam kotak hitam untuk menyentuh objek tersebut.

4. Seorang murid diminta untuk membau objek tersebut.

5. Murid menjawab soalan guru.Contoh soalan:

Apa bahan yang terdapat dalam kotak ini?

Apa yang kamu rasa bila sentuh bahan ini?

Adakah bahan ini mempunyai bau?

6. Guru mengeluarkan objek tersebut untuk dilihat murid.

KB:, Menghubungkait,

KPS: memerhati, berkomunikasi,

Imaginasi

(10 minit)

1. Guru meletakkan dua jenis buah yang berbeza di hadapan kelas.

2. Dalam berkumpulan murid

KPS:

Memerhati,

Page 3: Rph Kemahiran Memerhati Dan Mengelas

diminta memerhatikan dan mencirikan kedua-dua jenis buah tersebut berdasarkan pemerhatian mereka di atas kertas.

3. Murid menjawab soalan guru:

Berdasarkan pemerhatian kamu,apakah ciri-ciri kedua-dua buah ini?

4. Guru menerima semua jawapan yang diberi oleh murid berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka.

mengelas

SSNM:

Sifat ingin tahu

Perkembangan

(30 minit) 1. Murid dibahagikan kepada 6

kumpulan.

2. Setiap kumpulan diedarkan

dua bahan yang berbeza,

dan lembaran aktiviti.

3. Murid diminta berbincang

dalam kumpulan dan

menyiapkan lembaran

aktiviti yang diberi.

4. Wakil kumpulan diminta

membentangkan hasil

perbincangan di hadapan

kelas.

KPS:

Memerhati,

mengelas

KB:

Banding beza,

menghubungkait

SSNM:

Kerjasama

Disiplin

Tolak ansur

EMK: Kreativiti dan Inovasi,

Tindakan

(10 minit)

Aplikasi dalam

kehidupan

seharian.

1. Murid diminta memerhati

keadaan di sekeliling

sekolah mereka.

2. Murid diminta menyatakan

benda hidup dan benda

KPS:

Memerhati

Page 4: Rph Kemahiran Memerhati Dan Mengelas

bukan hidup yang berada di

sekeliling mereka.

KB:

Menjana idea

Banding beza

Penutup

(5 minit)

Membuat refleksi

pembelajaran

Murid membuat refleksi

tentang pengetahuan baru

yang diperolehi hari ini

dengan bimbingan guru.

.

Page 5: Rph Kemahiran Memerhati Dan Mengelas

LEMBARAN AKTIVITI

Arahan: Kenalpasti ciri-ciri persamaan dan ciri-ciri perbezaan antara kedua-dua

buah ini. Kemudian lakukan pengelasan terhadap ciri-ciri yang dikenalpasti.

Nama buah: ____________ Nama buah:____________

Persamaan

Perbezaan

Warna

tekstur

Bau

Rasa

Bentuk