rph bm (tema 8 unit 22)

Upload: fariha-azam

Post on 29-Feb-2016

174 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun Tiga Kssr(Pengajaran Aspek Tatabahasa Tahun 3 : Pendekatan Komunikatif )

Tarikh/Hari: 3 Ogos 2015 / IsninKelas: 3 DisleksiaBilangan Murid: 4 orang muridKategori: DisleksiaMasa: Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTema: Negaraku tercintaTajuk/ Unit: Kebanggaan kita

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.3.1 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :1. membaca secara mekanis petikan berkenaan perkara-perkara yang menjadi kebanggaan Malaysia dengan sebutan yang betul dan jelas. 2. menyenaraikan lima ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan yang dibaca dengan betul dan kemas.

Sistem Bahasa Tatabahasa : sintaksis - ayat tunggal dan ayat majmuk Sebutan dan intonasi : imbuhan- perkataan

Kemahiran bahasa Kemahiran lisan, membaca dan menulis.Pengisian Kurikulum Ilmu : Pendidikan Muzik. Nilai murni : Keberanian, keyakinan, kerajinan, kerjasama, kesyukuran. Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK Kreativiti dan inovasi : mengeluarkan pendapat, penjanaan idea.Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Kemahiran berfikir : Menghubung kait dengan bahan rangsangan, contoh-contoh kebanggaan Malaysia, mencirikan. BCB : Mengumpul memproses maklumat dari teks petikan Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan kehidupan seharian. Pembelajaran konstruktivisme Pembelajaran koperatif : bekerja secara berkumpulan. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kecerdasan pelbagai: verbal linguistik Pendekatan : komunikatif, eklektik, induktif

BilJenisBilangan

1 Komputer riba1

2LCD1

3Teks petikan3

4Lembaran kerja4

5Kertas A44

Pengetahuan sedia ada Murid telah pun diajar mengenai imbuhan ayat tunggal dan ayat majmuk. Murid pernah melihat dan mendengar mercu tanda kebanggaan Malaysia dan prestasi kecemerlangan rakyat Malaysia.

Bahagian/ Masa Isi PelajaranAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan

Set induksi (5 minit)Tayangan video Kebanggaan Kita.

Contoh soalan :i. Apakah yang dipaparkan dalam video tetsebut?ii. Apa yang awk semua ingin jadi suatu hari nanti sebagai kebanggaan kita semua?

1. Murid melihat tayangan video

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai video tersebut.

3. Guru mengaitkan video tersebut dengan isi pelajaran pada hari ini.BBM Komputer riba VideoKB Hubung kait

Kemahiran Bahasa Kemahiran mendengar. Kemahiran bertutur.Nilai Murni Keyakinan, keberanianIlmu Pendidikan MuzikPendekatan komunikatifKaedah soal jawab

Langkah 1(10 minit) Mengingatkan kembali tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.

Membaca secara mekanis dan mencari ayat tunggal dan ayat majmuk dalam petikan.

Teks petikan lembaran kertas

1. Guru menjelaskan secara keseluruhan beserta contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dengan meminta setiap murid untuk mencari kad berwarna.(warna biru ayat tunggalWarna kuning- ayat majmuk)2. Guru menayangkan teks petikan kepada murid.3. Guru meminta murid membaca petikan tersebut secara beramai-ramai.

4. Murid diminta menggariskan ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.5. Guru meminta setiap murid memberikan jawapan (individu)6. Guru memberikan jawapan kepada murid.

BBM Petikan Komputer riba

Kemahiran bahasa Kemahiran membaca dan lisan.KB Mencirikan

KP Verbal linguistikNilai murni Keberanian

Penilaian objektif Pemerhatian (murid dapat membaca dan memahami : ayat tunggal dan ayat majmuk. Cara sebutan setiap perkataan dengan betul.

Pendekatan :Induktif

Strategi : Berpusatkan murid

Langkah 2 (10 minit)Contoh-contoh kebanggaan Malaysia.Rujuk lampiran 2

Contoh Kebanggaan Malaysia

Jawapan :-Sukan-Akademik-Mengeliling dunia-Angkasawan

1. Guru memaparkan peta carta buih (bubble map) kepada murid.

2. Guru bersoal jawab tentang Contoh kebanggaan Malaysia berdasarkan teks petikan yang diberikan.

BBM Komputer riba Teks Petikan (lampiran 1)Kemahiran berfikir : Menghubungkait KepentinganKemahiran bahasa : MembacaNilai murni : KebersihanKreativiti : Keluarkan pendapatBCB : Mengumpul memproses maklumat dari teks petikan

Pendekatan : Eklektik

Kaedah : soal jawab, sumbang saran, perbincangan

Langkah 3(20 minit)Menulis 3 ayat tunggal dan 2 ayat majmukPermainan Jom tulis(tanpa melihat teks)

1. Guru menerangkan peraturan permainan kepada murid.2. Guru membaca teks petikan kebanggaan Malaysia rujuk lampiran 13.Guru hanya membaca 3 ayat tunggal dan 2 ayat majmuk yang sudah ditetapkan.4. Murid diminta menulis semula ayat tunggal dan ayat majmuk (imlak).5. Murid diminta melaksanakan aktiviti secara individu.BBM Kertas A4 Teks petikan (lampiran 1)Kemahiran bahasa : MenulisNilai murni Keberanian KerajinanStrategi : Berpusatkan murid

Langkah 4(10 minit)

Baca dengan kuat berdasarkan bahan bacaan yang berlainan.

Aktiviti kumpulan :Murid 1&2 :Teks petikan 1 Murid 3&4 :Teks petikan 2

Lembaran kerja

1. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan.2. Setiap murid diminta untuk mencari dan menyenaraikan 2 ayat tunggal dan 2 ayat majmuk berdasarkan petikan yang diberikan.3. Murid diminta untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

Aktiviti Pengayaan :1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.2. Guru meminta murid membina ayat tunggal dan majmuk berdasarkan gambar yang diberikan.3. Murid membuat latihan yang diberikan sambil disemak dan diperhatikan oleh guru.

Aktiviti Pemulihan :1.Membaca dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk.2. Menunjukkan contoh ayat tunggal dan majmuk serta cara penyebutannya dan murid diminta menulis semula.

BBM Teks petikan 1 dan 2Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik interpersonal.Nilai murni : Kerjasama KeberanianBBM Lembaran kerja (pengayaan)Rujuk lampiran 3 Gambar (aktiviti) rujuk lampiran 3Kemahiran Menulis dan membacaKemahiran berfikir : Menghubungkait

Kreativiti : Keluarkan pendapat

Lembaran kerja aktiviti pemulihan : Salin semula ayat tunggal dan majmuk yang ditunjukkan kepada guru.

Pendekatan : EklektikStrategi : Berpusatkan murid

Refleksi:Ulasan Pensyarah:

Lampiran 2 Contoh-contoh kebanggaan Malaysia

Contoh kebanggaan Malaysia