rph bm en roslan
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Tahun : 2 Cemerlang
Tarikh : 13 Mei 2013
Hari : Isnin
Waktu : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Makanan Tempatan
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i. bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi
yang betul dalam situasi yang tidak formal secara
bertatasusila.
ii. membaca satu petikan dialog dengan dengan lancar ,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut
tanda baca.
iii. menulis 3 daripada 4 dialog bertatasusila berdasarkan
gambar.
Kemahiran:
Fokus Utama:
Standard Kandungan
1.4 Bertutur , berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
1
Standard Pembelajaran
1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu
perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
Fokus Sampingan:
Standard Kandungan
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.
Standard Pembelajaran
2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar , sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul mengikut tanda baca.
Standard Kandungan
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul
Standard Pembelajaran
3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan
betul
Sistem Bahasa: Tatabahasa : Ayat permintaan dan penjodoh bilangan
Pengisian Kurikulum :
i. Ilmu : keusahawanan
2
ii. Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab
iii. Kemahiran Bernilai Tambah: Kecerdasan Pelbagai
Pengetahuan Sedia Ada :
i. Murid pernah mendengar dan mengenali beberapa jenis makanan tempatan.
ii. Murid pernah pergi ke pasar bersama – sma keluarga untuk membeli keperluan
harian.
iii. Murid pernah berbual – bual dengan ahli keluarga secara bertatasusila.
Alat Bantu Mengajar
i. Kuih tradisional
ii. Kad tugasan / situasi ( lampiran 1 )
iii. Petikan ( lampiran 2 )
iv. Latihan pemahaman ( lampiran 3 )
v. Latihan pengayaan ( Lampiran 4 dan 5 )
vi. Latihan pemulihan ( lampiran 6 )
3
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
Teka-teki:
Badanku berlapis
– lapis. Aku
dipotong empat
segi. Biasanya
aku berwarna
putih dan merah.
Rasaku lemak
manis. Aku sering
dihidangkan
dalam majlis atau
dijual pada waktu
pagi atau petang.
( Kuih lapis )
1. Murid diminta mendengar
teka-teki dan memikirkan
jawapannya.
2. Seorang murid diminta
untuk membaca kad teka –
teki yang telah guru
sediakan.
3. Murid menjawab soalan
teka-teki.
4. Guru kaitkan teka teki
dengan tajuk pengajaran
pada hari itu iaitu
Makanan Tempatan
Teknik:
- Soal jawab
- Sumbang saran
Bahan bantu
mengajar
- Carta Teka-teki
Nilai Murni
- Hemah tinggi
Pelbagai
Kecerdasan:
(Naturalis)
Pel. Kecerdasan
(Verbal
Lingiustik)
4
Langkah 1
(15minit)
Kad situasi
tentang suasana
jual beli di kantin
sekolah pada
waktu rehat.
( lampiran 1 )
1. Memilih beberapa orang
murid untuk melakonkan
peranan .
2. Murid membaca kad main
peranan untuk memahami
tugasan iaitu kad 1
(peniaga di kantin )
manakala kad 2
( murid atau pembeli )
3. Murid melafazkan dialog
berdasarkan kad tugasan
yang dibekalkan.
4. Guru dan murid
berbincang tentang
kesesuaian dialog yang
digunakan dalam dialog
tersebut.
Kad tugasan /
main peranan
Nilai tatasusila
KBT
keusahawanan.
Langkah 2
(15 minit)
Petikan
( lampiran 2 )
Dialog urusan
jual beli yang
berlaku di pasar.
1. Murid membaca petikan
dialog yang guru berikan.
2. Guru dan murid
membincang ayat dan
permintaan yang
Teknik
perbincangan
Pendekatan
Komunikatif
Pelbagai
5
bertatasusila dalam ayat.
3. Guru dan murid
membincangkan isi
petikan dan unsur
tatabahasa iaitu penjodoh
bilangan dan kata nama.
4. Murid menjawab soalan –
soalan pemahaman
berdasarkan petikan
Kecerdasan
(Interpersonal)
KBT:
- Kecerdasan
Pelbagai
Langkah 3
(10 minit)
Latihan
pemahaman :
melengkapkan
ayat dan isi
tempat kosong
( lampiran 3 )
1. Guru mengedarkan
lampiran latihan kepada
semua murid.
2. Murid menjawab soalan
dengan bimbingan guru.
3. Guru membincangkan
jawapan dengan murid.
Murid menyemak jawapan
yang telah ditulis.
Pelbagai
Kecerdasan:
(Visual-Ruang,
Verbal-Linguistik
& Gaya
Pembelajaran:
Langkah 4
(10minit)
Aktiviti
Pengayaan
1. Guru mengenal pasti
murid – murid untuk
Pelbagai
Kecerdasan:
6
( lampiran 4 /5 )
- badak
- popia
- loyang
- peneram
- lemang
- baulu
- karas
- keria
- ketayap
- karipap
Pemulihan
( lampiran 6 )
aktiviti pemulihan dan
pengayaan.
2. Pemulihan : Guru
membimbing murid
menuturkan ayat – ayat
bertatasusila dengan betul.
3. Pengayaan : Murid
mencari nama – nama kuih
tradisional dalam
permainan perkataan
tersembunyi.
4. Pengayaan : murid
menulis ayat bertatasusila
berdasarkan gambar.
Gaya
Pembelajaran:
(Kinestatik)
KBT:
- Kecerdasan
Pelbagai
Penutup
( 5 minit)
Teka isi di dalam
sebuah bekas
1. Murid diminta meneka isi
di dalam sebuah bekas
yang guru bawa..
Teknik:
- Soal jawab
7
( cucur badak )
Rumusan nilai
murni
- Hormat
- Kesyukuran
- Keberanian
2. Guru memanggil seorang
murid yang ditutup mata
untuk mengambil dan
memakan kuih tersebut
lalu membuat tekaan .
3. Guru memberi setiap
murid sebiji cucur badak
4. Murid mengucapkan
terima kasih kepada guru.
5. Guru membuat rumusan
tentang kepentingan
menggunakan ayat yang
bertatasusila.
- Sumbangsara
Bahan Bantu
Mengajar:
- Cucur badak
Nilai Murni:
- Hormat
- Kesyukuran
- Keberanian
Komen tentang pengajaran dan pembelajaran guru.
1. Berdasarkan pemerhatian kami, pengajaran yang dijalankan oleh guru adalah tersusun
dengan baik. Ini berdasarkan aktiviti yang beliau jalankan iaitu dari mudah kepada
8
yang lebih sukar. Pada awalnya murid diberi teka-teki yang ada kaitan dengan isi
pelajaran yang hendak diajar. Selepas itu murid melakokan dialog dengan membaca
kad main peranan. Kemudian barulah murid membaca petikan. Ini menunjukkan
bahawa guru memulakan pengajaran daripada yang mudah kepada yang lebih sukar.
Kesannya, murid mudah memahami isi pelajaran yang hendak dicapai pada
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
2. Objektif pengajaran dan pembelajaran.
Objektif adalah jelas serta spesifik. Selain itu, objektif pengajaran dan
pembelajaran juga sesuai dengan tajuk dan kebolehan murid. Ini adalah kerana situasi
yang dilakonkan oleh murid merupakan pengalaman murid itu sendiri. Contohnya
situasi murid membeli makanan di kantin sekolah, kedai runcit atau di pasar malam.
Semua ini merupakan pengalaman sendiri yang pernah mereka alami. Oleh itu
objektif pengajaran dan pembelajaran mudah untuk dicapai kerana aktiviti melibatkan
pengalaman sedia murid.
3. Penggunaan Alat Bantu Mengajar ( ABM )
Alat Bantu Mengajar ( ABM ) yang digunakan adalah amat sesuai dengan
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru menunjukkan benda maujud seperti
kuih tradisional kepada murid-murid serta kaitkan dengan isi pelajaran. Selain itu kad
main peranan juga amat sesuai digunakan sebagai panduan untuk murid berdialog.
Namun begitu ABM boleh diperbanyakkan lagi seperti tayangan gambar situasi jual
beli kantin atau di pasar malam. Selain itu petikan dialog yang diberikan oleh guru
adalah amat baik sebagai panduan untuk murid melakukan dialog. Petikan ini juga
mempunyai unsur tatabahasa iaitu penjodoh bilangan dan kata nama. Guru juga
menggunakan petikan ini sebagai aktiviti untuk menjawab soalan pemahaman.
4. Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
9
Semasa pengajaran dengan pembelajaran dijalankan, guru ini menggunakan
pendekatan komunikatif. Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang
berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti
meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Aktiviti yang dijalankan pada langkah 2,
murid-murid melakonkan dialog urusan jual beli. Ia melibatkan situasi murid
berkomunikasi sesama mereka. Teknik yang digunakan ialah teknik main peranan,
perbincangan, soal jawab dan sumbang saran. Contohnya, murid berdialog
berdasarkan peranan yang diberikan. Guru dan murid berbincang tentang ayat
permintaan yang bertatasusila yang terdapat dalam petikan. Selain itu, murid juga
berbincang tentang unsur tatabahasa iaitu penjodoh bilangan dan kata nama yang
terdapat dalam petikan. Semasa sesi penutup guru menggunakan teknik soal jawab dan
sumbang saran iaitu murid-murid memberi pendapat atau pandangan tentang jenis
kuih tradisional.
5. Kelemahan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat beberapa kelemahan yang wujud
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya guru perlu bijak untuk
mengawal keadaan kelas apatah lagi murid-murid yang diajar merupakan Tahun 2
yang sememangnya mereka amat teruja untuk mengetahui sesuatu yang mereka tidak
ketahui atau teruja untuk menjawab sesuatu yang mereka ketahui. Untuk itu guru perlu
bijak untuk mengawal situasi ini. Contohnya situasi untuk menjawab teka-teki dan
menjawab jenis kuih. Selain itu guru perlu memastikan lebih ramai murid yang diberi
peluang untuk melibatkan diri semasa aktivit dijalankan seperti aktiviti main peranan.
6. Cadangan penambahbaikan
Beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh digunapakai semasa pengajaran dan
pembelajaran ialah :
10
i. Guru boleh melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan membawa
murid-murid melawat kantin serta melihat sendiri proses jual beli yang
dilakukan oleh murid-murid serta pengusaha kantin.
ii. Guru boleh menggunakan ABM seperti tayangan video suasana jual beli di
pasar atau di kantin sekolah.
iii. ABM boleh diperbanyakkan lagi seperti membawa banyak benda maujud atau
gambar-gambar yang berkaitan dengan isi pelajaran.
Kesimpulan.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan membawa impak yang besar kepada guru
dan juga murid-murid. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar pasti segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru akan dapat diperoleh oleh para
murid.
11
Lampiran
12