ringkasan ulasan jurnal

6
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 1. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology ( ICT ) dalam pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Di antara objektif - objektif utamanya adalah : Mengenalpasti kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Mengenalpasti kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. 2. PERSOALAN KAJIAN Apakah kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik ? Apakah kelemahan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik ? Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik ? 3. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dan juga pemerhatian. Ia menggunakan dua teknik

Upload: tengkunini

Post on 05-Dec-2014

548 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Hasil daripada jurnal yang telah dianalisis.

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN ULASAN JURNAL

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIKDI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM

Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@AzizFakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

1. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology ( ICT ) dalam pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Di antara objektif - objektif utamanya adalah :

Mengenalpasti kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Mengenalpasti kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

2. PERSOALAN KAJIAN

Apakah kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik ?

Apakah kelemahan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik ?

Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik ?

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dan juga pemerhatian. Ia menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan cerapan terhadap guru pelatih. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah berdekatan yang mempunyai guru-guru pelatih UTM yang dipilih sebagai responden dan guru-guru pelatih ini mengajar Matematik di sekolah tersebut. Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan temubual. Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai persoalan utama iaitu kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

4. DAPATAN KAJIAN

Page 2: RINGKASAN ULASAN JURNAL

Persoalan Responden A Responden B Responden C Responden D

Responden E

Pemahaman ICT

Internet, komputer dan teknologi

Computer, OHP dan perkara-perkara yang berkaitan teknologi

Komputer, LCD dan Internet

Teknologi yang memudahkan manusia dalam menjalani urusan seharian

Mengajar dan menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan komputer

Penggunaan ICT dalam

P&PMatematik

Tidak selalu menggunakan kemudahan ICT dan hanya guna untuk sesetengah topik yang dirasakan perlu sahaja

Menggunakan ICT dalam tajuk Line and Plane

Mengaplikasikan penggunaan ICT

Kurang menggunakan ICT kerana masalah kekurangan computer

Menggunakan ICT

Sumber yang selalu

digunakan

Power point, LCD dan CD

Komputer, LCD, CD dan Courseware

Komputer, LCD projector dan CD-ROM

Komputer CD-ROM

Penggunaan ICT dan

kesesuaian dengan isi pelajaran

Bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana sesetengah topik, penggunaan ICT menyebabkan pelajar lebih susah memahami tajuk yang diajar

Bukan semua topik sesuai untuk diaplikasikan ICT dalam proses pengajaran

Pelajar akan memberikan sepenuhnya perhatian semasa proses P&P kerana pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan

Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi pelajar

Tidak semua tajuk yang diajar memerlukan penggunaan ICT

Kelebihan Pelajar lebih memahami isi pelajaran yang diajar kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar dan lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi yang boleh menarik minat pelajar

Guru dan pelajar dapat mengaitkan P&P Matematik dengan kehidupan seharian

Pelajar lebih bersemangat dan pelajar akan memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi P&P

Membantu untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan

Memudahkan pemahaman pelajar

Kelemahan Kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan pihak kementerian kerana untuk

Tidak membantu dalam sesetengah tajuk yang memerlukan penerangan

Pelajar mempunyai masalah untuk memahami tajuk yang diajarkan

Tidak membantu dalam semua tajuk

Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT

Page 3: RINGKASAN ULASAN JURNAL

sesetengah tajuk yang diajar responden hanya ingin mencapai dua objektif sedangkan isi pengajaran dalam CD berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif dan ia membuatkan objektif yang ingin dicapai dan objektif tersedia dalam CD tidak selari

yang lebih mendalam dan tajuk yang melibatkan proses penyelesaian masalah dimana lebih mudah pemahamannya jika kaedah chalk and talk diaplikasikan

Masalah Kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami kerosakan dan terpaksa mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakan semasa P&P

Terpaksa mengambil masa pada awal kelas dan masa tamatnya kelas untuk memasang peralatan yang ingin digunakan semasa proses P&P

Memerlukan masa untuk memasang barang-barang kelengkapan dalam kelas

Kelengkapan yang tidak mencukupi dan masalah makmal komputer yang tidak mempunyai komputer didalamnya

Masalah kerosakan Komputer yang disediakan

Cara mengatasi

Cari alternatif lain Minta bantuan pelajar untuk membantu dalam proses pemasangan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk proses P&P

Meminta bantuan guru pembimbing untuk mengajar cara pemasangan peralatan yang betul dan meminta bantuan pelajar untuk membantu membawa peralatan yang diperlukan ke kelas

Mengajar tanpa menggunakan ICT

Meneruskan sesi P&P tanpa menggunakan ICT

Bagaimana ICT dapat

membantu

Hanya membantu sesetengah tajuk sahaja

Pelajar akan lebih tertarik dengan isi pengajaran yang dipaparkan

Memudahkan proses P&P kerana dengan menggunakan ICT guru tidak perlu menulis pada papan hitam dan dapat mempercepatkan proses P&P dan pelajar juga lebih

Tugas mengajar dapat diringankan dan masa pengajaran dapat dijimatkan kerana semua persediaan mengajar telah disiapkan

Menjimatkan masa pengajaran walaupun masa yang diambil agak lama untuk penyediaan bahan-bahan pengajaran

Page 4: RINGKASAN ULASAN JURNAL

berminat untuk belajar

sebelum proses P&P dimulakan

Respon pelajar

Pelajar lebih seronok

Pelajar lebih suka guru menggunakan kaedah chalk and talk

Pelajar sangat berminat jika penggunaan ICT diaplikasikan

Pelajar berminat jika penggunaan ICT diaplikasikan

Respon pelajar biasa-biasa sahaja kerana para pelajar memang selalu didedahkan dengan penggunaan ICT dalam P&P

Kemudahan yang

disediakan oleh sekolah

LCD, CD dan Komputer

LCD (setiap kelas), OHP, komputer dan CD-ROM.

LCD projector, CD dan Courseware

CD-ROM, LCD dan komputer

CD-ROM, LCD dan kemudahan-kemudahan lain

Dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan bilangan bilik multimedia yang terhad turut mempengaruhi keselesaan pelatih dalam menggunakan ICT untuk sesi P&P. Selain itu guru pelatih juga didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT kerana faktor kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P. Penggunaan ICT ini juga turut dipengaruhi oleh tajuk-tajuk yang diajarkan sama ada bersesuaian ataupun tidak. Semua ini merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar.

5. RUMUSAN DAN CADANGAN

Beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Matematik.