ri prinsip eko 0708 (repaired)

9
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS REKA BENTUK KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSIONAL Fakulti : Perniagaan dan Ekonomi Jabatan : Ekonomi Semester : Satu Sesi : 2007/2008 Nama Kursus : Prinsip Ekonomi Kod Kursus : PEA1013 Jam Kredit : 3 Prasyarat : Tiada (Bagi kursus dengan prasyarat, pelajar mestilah telah menduduki atau menduduki dan lulus berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh fakulti/pusat) MAKLUMAT PENSYARAH: Nama : Emilda binti Hashim E-mail : [email protected] Nombor Telefon : 05-4506112 No.bilik : 19, Bangunan ICT SINOPSIS KURSUS : Prinsip Ekonomi membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan konsep asas dalam bidang mikroekonomi iaitu permintaan dan penawaran, keanjalan, gelagat pengguna dan pengeluar, kos pengeluaran serta struktur pasaran manakala bidang makroekonomi meliputi perakaunan pendapatan negara, penentuan keseimbangan pendapatan negara, peranan wang serta masalah-masalah makroekonomi serta dasar penstabilan. OBJEKTIF KURSUS : Di akhir kursus, pelajar boleh 1. menghurai dan membincangkan konsep-konsep asas ekonomi. 2. menganalisis isu-isu ekonomi semasa dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. 3. mengaplikasikan konsep-konsep asas ekonomi untuk mengikuti kursus ekonomi lanjutan seterusnya. 4. menghayati hubungan antara teori dengan realiti.

Upload: miera-huhu

Post on 25-Jul-2015

71 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: RI Prinsip Eko 0708 (Repaired)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

REKA BENTUK KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSIONAL

Fakulti : Perniagaan dan EkonomiJabatan : EkonomiSemester : SatuSesi : 2007/2008Nama Kursus : Prinsip EkonomiKod Kursus : PEA1013Jam Kredit : 3Prasyarat : Tiada

(Bagi kursus dengan prasyarat, pelajar mestilah telah menduduki atau menduduki dan lulus berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh fakulti/pusat)

MAKLUMAT PENSYARAH:

Nama : Emilda binti HashimE-mail : [email protected] Telefon : 05-4506112 No.bilik : 19, Bangunan ICT

SINOPSIS KURSUS :

Prinsip Ekonomi membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan konsep asas dalam bidang mikroekonomi iaitu permintaan dan penawaran, keanjalan, gelagat pengguna dan pengeluar, kos pengeluaran serta struktur pasaran manakala bidang makroekonomi meliputi perakaunan pendapatan negara, penentuan keseimbangan pendapatan negara, peranan wang serta masalah-masalah makroekonomi serta dasar penstabilan.

OBJEKTIF KURSUS :

Di akhir kursus, pelajar boleh

1. menghurai dan membincangkan konsep-konsep asas ekonomi.2. menganalisis isu-isu ekonomi semasa dengan menggunakan pendekatan yang sesuai.3. mengaplikasikan konsep-konsep asas ekonomi untuk mengikuti kursus ekonomi

lanjutan seterusnya.4. menghayati hubungan antara teori dengan realiti.

HASIL PEMBELAJARAN :

1. Mendefinisikan ekonomi, membincangkan masalah asas ekonomi serta menerangkan keluk kemungkinan pengeluaran.

2. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran dan menentukan keseimbangan pasaran.

3. Mengira keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran harga.

Page 2: RI Prinsip Eko 0708 (Repaired)

4. Membincangkan keseimbangan pengguna dengan menggunakan kaedah utiliti kardinal dan utiliti ordinal.

5. Menunjukkan bagaimana firma membuat keputusan pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan.

6. Menerangkan bagaimana firma membuat keputusan mengenai harga, pelaburan dan output berdasarkan struktur pasaran dan tindakan pesaingnya.

7. Membezakan setiap kaedah dalam pengiraan pendapatan negara.8. Menjelaskan bagaimana keseimbangan perbelanjaan terbentuk melalui lakaran rajah

dan pendekatan matematik.9. Menerangkan bagaimana untuk mengatasi masalah lompang deflasi dan inflasi.

RUJUKAN UTAMA :

Mohamed Nasser, et. al. (2007). Ekonomi. (Edisi Kedua). Singapore: South-Western Thomson Learning.

RUJUKAN TAMBAHAN :

Choo, et. al. (2005). Ekonomi. Singapore: South-Western Thomson Learning.Bade & Parkin. (2002). Foundation of Economics (6th ed.). Boston: Addison-Wesley Publishing

CompanyCase & Fair (2002). Principles of Economics (6th ed.). New Jersey: Prentice Hall.Deviga Vengedasalam and Karunagaran Madhavan (2007). Principles of Economics. Shah

Alam: Oxford Fajar.McConnell, C.R., & Brue, S.L. (2002). Economics : Principles, Problems and Policies.

Singapore: McGraw Hill/Irwin. Sebarang buku prinsip ekonomi boleh digunakan sebagai rujukan tambahan. Rujukan lain yang diberi dari masa ke semasa bagi topik tertentu dalam kursus.

KAEDAH PENGAJARAN :

Kuliah, perbincangan, tutorial, projek berkumpulan, pembentangan kumpulan, rujukan jurnal, forum, internet, e-mel.

KAEDAH PENERAPAN KI :

AKTIVITI / KI KOM KBKM PBPM PSK PIM ETIK KU

Tugasan √ √

Laporan jurnal √ √

Pembentangan kumpulan

√ √ √

Petunjuk :

KOM – Kemahiran Berkomunikasi

Page 3: RI Prinsip Eko 0708 (Repaired)

KBPM – Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian MasalahPBPM – Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan MaklumatPSK – Kemahiran Kerja BerpasukanPIM – Kemahiran KepimpinanETIK – Etika ProfesionalKU – Kemahiran Keusahawanan

PENILAIAN PRESTASI PELAJAR:

Kuiz 5%Tugasan kumpulan (bab buku) 15%Laporan jurnal & pembentangan kumpulan 10%Peperiksaan Pertengahan Semester 20%Peperiksaan Akhir 50%Jumlah 100%

JADUAL PENGAJARAN 14 MINGGU :

Minggu Tajuk Hasil Pembelajaran Aktiviti P & P KI Rujukan

1 1.0 Pengenalan 1.1 Definisi dan konsep asas ekonomi

1.2 Masalah asas ekonomi 1.3 Sistem ekonomi

1.4 Keluk kemungkinan pengeluaran

1. Mendefinisikan ekonomi.2. Mengenalpasti tiga

persoalan ekonomi yang perlu dijawab.

3. Mengenalpasti perbezaan antara sisitem ekonomi.

4. Menerangkan mengenai keluk kemungkinan pengeluaran.

5. Menggunakan analisis KKP untuk menerangkan tentang konsep pilihan, kos lepas, pertumbuhan ekonomi, kecekapan dan ketidakcekapan

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al. (2007)

Bab 1-2

2 2.0 Pengenalan kepada mikroekonomi 2.1 Definisi permintaan dan penawaran2.2 Penentu permintaan dan

penawaran2.3 Perubahan kuantiti, permintaan

dan penawaran2.4 Keseimbangan pasaran

1. Mendefinisikan permintaan, penawaran, hukum permintaan dan hukum penawaran.

2. Mengenalpasti faktor-faktor yang menentukan permintaan dan penawaran.

3. Menganalisa keluk permintaan, penawaran dan keseimbangan pasaran.

4. Menjelaskan bagaimana harga dan kuantiti keseimbangan ditentukan dalam pasaran.

5. Menjelaskan dan membincangkan tentang kesan harga bumbung dan harga syiling.

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al (2007) Bab 3

Page 4: RI Prinsip Eko 0708 (Repaired)

3 3.0 Keanjalan3.1 Keanjalan permintaan harga3.2 Keanjalan permintaan PendapatanKeanjalan permintaan silangKeanjalan penawaranPenentu keanjalan permintaan & penawaran

1. Mengira keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran harga.

2. Menerangkan hubungan di antara anjal, tidak anjal, permintaan anjal satu / unit dan jumlah pendapatan.

3. Mengenalpasti faktor-faktor keanjalan permintaan harga.

4. Mengenalpasti keluk anjal sempurna & tidak anjal sempurna.

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al (2007) Bab 4

4 4.0 Gelagat Pengguna4.1 Utiliti kardinal4.2 Utiliti ordinal4.3 Keseimbangan pengguna: kaedah kardinal dan ordinal

1. Menerangkan perbezaan di antara utiliti kardinal dan ordinal.

2. Mengira utiliti pengguna.

3. Membincangkan keseimbangan pengguna dengan menggunakan kaedah utiliti kardinal dan ordinal.

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al. (2007) Bab 5

& Appendiks C

5 & 6 5.0 Gelagat Pengeluar5.1 Fungsi pengeluaran 5.1.1 Pengeluaran jangkamasa pendek 5.1.2 Pengeluaran

jangkamasa panjang5.2 Kos Pengeluaran 5.2.1 Konsep-konsep kos 5.2.2 Kos jangkamasa pendek

5.2.3 Kos jangkamasa panjang

1. Membincangkan mengenai pengeluaran firma.

2. Membincangkan mengenai kos pengeluaran dalam teori firma.

3. Menunjukkan bagaimana firma membuat keputusan pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan.

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al. (2007)Bab 6

7 6.0 Struktur Pasaran6.1 Pasaran persaingan sempurna

(PPS)6.2 Ciri-ciri PPS6.3 Keseimbangan PPS6.4 Monopoli6.5 Ciri-ciri monopoli6.6 Keseimbangan pasaran

monopoli

1. Mengkaji bentuk struktur pasaran.

2. Membezakan setiap jenis pasaran.

3. Menerangkan bagaimana firma membuat keputusan mengenai harga, pelaburan dan output berdasarkan struktur pasaran dan tindakan pesaingnya.

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al. (2007)

Bab 7 & 8

8 7.0 Pengenalan kepada makroekonomi7.1 Definisi dan skop analisis makroekonomi7.2 Petunjuk/pembolehubah makroekonomi: harga dan pengangguran

1. Menerangkan 3 matlamat utama makroekonomi.

2. Mengukur harga dan pengangguran melalui pengiraan tertentu.

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al. (2007)

Bab 10 & 11

Page 5: RI Prinsip Eko 0708 (Repaired)

9 8.0 Perakaunan pendapatan negara8.1 Konsep pendapatan negara8.2 Kaedah penghitungan pendapatan negara8.3 Keluaran negara Malaysia8.4 Masalah dalam penghitungan pendapatan Negara8.5 Kelemahan dalam menggunakan data pendapatan Negara8.6 Kegunaan data pendapatan negara

1. Membezakan setiap kaedah dalam pengiraan pendapatan negara.

2. Mengenalpasti masalah pengiraan pendapatan negara.

3. Mengetahui kegunaan data pendapatan negara.

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al. (2007)Bab 11

10 9.0 Penentuan Keseimbangan pendapatan negara9.1 Konsep keseimbangan

pendapatan Negara9.2 Penentuan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor9.3 Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor9.4 Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka9.5 Analisis keseimbangan pendapatan negara dengan menggunakan pendekatan AD-AS

1. Menerangkan bagaimana fungsi penggunaan dan fungsi tabungan diterbitkan melalui pendekatan matematik.

2. Menjelaskan bagaimana keluk perbelanjaan agregat terbentuk serta faktor yang akan mengalihkannya.

3. Menjelaskan bagaimana keseimbangan perbelanjaan terbentuk melalui lakaran rajah dan pendekatan matematik.

4. Menerangkan bagaimana pengganda diterbitkan melalui pendekatan matematik.

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al. (2007)

Bab 12 - 13

11 10.0 Wang, masalah makroekonomi dan dasar penstabilan10.1 Wang10.2 Institusi kewangan10.3 Wang, harga dan aktiviti

ekonomi10.4 Masalah Makroekonomi10.5 Dasar fiskal10.6 Dasar kewangan10.7 Langkah-langkah untuk

mengatasi masalah makroekonomi

1. Mengetahui definisi wang.

2. Menerangkan fungsi Bank Negara Malaysia.

3. Mengetahui masalah makroekonomi.

4. Membezakan dasar fiskal dan dasar kewangan.

5. Menerangkan bagaimana untuk mengatasi masalah lompang deflasi dan inflasi.

KuliahTutorial

PerbincanganLatihan

Katib, et al. (2007)

Bab 15-19

12 Pembentangan kumpulan

berdasarkan tugasan kumpulan iaitu laporan jurnal

1. Demonstrasi teknik

penyampaian yang berkesan.

2. Kebolehan berfikir dan menyelesaikan masalah berdasarkan isu yang disentuh.

3. Memupuk kemahiran bekerja dalam pasukan

Pembentangan kumpulan

Sesi soal jawabPenilaian

KOMPBPMPSK

13Pembentangan kumpulan

berdasarkan tugasan kumpulan iaitu laporan jurnal

1. Demonstrasi teknik penyampaian yang berkesan.

2. Kebolehan berfikir dan menyelesaikan masalah berdasarkan isu yang disentuh.

Pembentangan kumpulan

Sesi soal jawabPenilaian

KOMPBPMPSK

Page 6: RI Prinsip Eko 0708 (Repaired)

3. Memupuk kemahiran bekerja dalam pasukan.

14 Ulangkaji 1. Mengingati dan mengulangkaji topik-topik yang lalu.

2. Berupaya mengaplikasi topik diajar.

PerbincanganLatihan

Katib, et al. (2007)