eko sistem

30
Pengenalan Menurut Kamus Dewan, flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh- tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya,punah. Kekayaan negara dalam bentuk flora dan fauna Malaysia merupakan salah sebuah daripada dua belas negara “megakepelbagaian” dunia. Kesemua negara ini mempunyai sekurang- kurangnya 60 peratus daripada spesies yang diketahui dunia. Pulau Borneo yang terdiri daripada Sabah dan Sarawak telah disenaraikan sebagai kawasan utama bagi endemisme. Flora Menurut kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, flora Malaysia sangat kaya dan secara konservatifnya dianggarkan mengandungi lebih kurang 12,500 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga, dan lebih daripada 1,100 spesies paku- pakis. Kebanyakannya adalah unik dan tidak ditemui di mana- mana tempat lain di dunia. Di Semenanjung Malaysia misalnya, 26% daripada spesies pokok adalah endermik. Endemisme yang lebih tinggi dijangka pada flora herba, dengan sesetengah genus yang lebih besar dianggarkan dalam lebih daripada 80% spesiesnya. Flora dan fauna daratan didapati di pelbagai habitat dan ekosistem, iaitu dari tanah rendah hingga ke puncak gunung yang tertinggi, serta di pelbagai jenis hutan. Jenis hutan ini merupakan tempat bermulanya kepelbagaian biologi negara. Hutan dipterokarpa tanah rendah sangat kaya dengan kepelbagaian spesies. Pada masa mary rami regok ipgk sarawak(2011-2015) Page 1

Upload: remy-ray

Post on 17-Feb-2016

263 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pemuliharaan ekosistem negara

TRANSCRIPT

Page 1: Eko Sistem

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan, flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya,punah.

Kekayaan negara dalam bentuk flora dan fauna

Malaysia merupakan salah sebuah daripada dua belas negara “megakepelbagaian”

dunia. Kesemua negara ini mempunyai sekurang- kurangnya 60 peratus daripada spesies

yang diketahui dunia. Pulau Borneo yang terdiri daripada Sabah dan Sarawak telah

disenaraikan sebagai kawasan utama bagi endemisme.

Flora Menurut kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, flora

Malaysia sangat kaya dan secara konservatifnya dianggarkan mengandungi lebih kurang

12,500 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga, dan lebih daripada 1,100 spesies paku-

pakis. Kebanyakannya adalah unik dan tidak ditemui di mana- mana tempat lain di dunia. Di

Semenanjung Malaysia misalnya, 26% daripada spesies pokok adalah endermik.

Endemisme yang lebih tinggi dijangka pada flora herba, dengan sesetengah genus yang

lebih besar dianggarkan dalam lebih daripada 80% spesiesnya.

Flora dan fauna daratan didapati di pelbagai habitat dan ekosistem, iaitu dari tanah

rendah hingga ke puncak gunung yang tertinggi, serta di pelbagai jenis hutan. Jenis hutan

ini merupakan tempat bermulanya kepelbagaian biologi negara. Hutan dipterokarpa tanah

rendah sangat kaya dengan kepelbagaian spesies. Pada masa sekarang, jenis hutan ini

tidak banyak lagi yang tinggal, sebahagian besarnya musnah akibat pengembangan

pertanian.

Ekosistem laut yang mengelilingi negara termasuk terumbu karang, amat kaya

dengan berbagai - bagai bentuk kehidupan. Komuniti terumbu karang di Malaysia dianggap

salah satu komuniti yang sangat pelbagai di dunia juga. Namun flora dan fauna di laut tidak

banyak didokumenkan. Flora tersebut termasuklah fitoplankton, rumpai air dan rumpai laut.

Fauna

Terdapat kepelbagaian fauna yang lebih besar di negara kita. Di kalangan veterbrat,

terdapat lebih kurang 300 spesies mamalia liar, 700 ke 750 spesies burung, 350 spesies

reptilian, 165 spesies amfibia dan lebih 300 spesies ikan air tawar. Mengikut anggaran yang

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 1

Page 2: Eko Sistem

konservatif, terdapat lebih daripada 100, 000 spesies invertebrat. Habitat air tawar seperti

anak sungai tanah rendah yang mengalir perlahan dan sungai tanah tinggi yang mengalir

deras menampung pelbagai fauna invertebrat akua dan pelbagai jenis ikan. Fauna laut

termasuklah ikan, sotong katak, sotong, landak laut, kimia raksasa, timun laut, kopepod,

udang segestid, cacing tanah dan banyak lagi.

Satu lagi kajian yang menunjukkan pelbagaian flora dan fauna adalah dibuat oleh

pihak MOSTI, yang mana menurut mereka, Malaysia sememangnya kaya dengan flora dan

fauna. Dianggarkan kira-kira 12,500 spesies tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100

spesies paku-pakis.Terdapat 297 spesies mamalia darat di Malaysia. Sebanyak 22 mamalia

laut direkodkan di Malaysia dan ini termasuk dolfin, ikan paus dan dugong. Malaysia menjadi

tempat tinggal hampir 742 spesies burung. Sekurang- kurangnya 522 spesies adalah

spesies tempatan, 192 spesies bermigrasi dan 52 spesies tempatan dengan ciri bermigrasi.

Manakala bilangan spesies amfibia dan reptilian yang direkodkan di Malaysia adalah

masing-masing 242 dan 567 spesies.Secara keseluruhannya, dianggarkan 15,000 spesies

turnbuhan berbunga, 600 spesies burung,286 spesies mamalia, 140 spesies ular dan 80

spesies cicak.Data ini adalah diperolehi dari sumber majalah MOSTI edisi ke- 60 pada tahun

2007.

Namun kekayaan flora dan fauna yang kita miliki semakin hari semakin berkurang

disebabkan oleh kerakusan manusia. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada

flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan

kawasan tadahan air. Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita

lihat bagaimana kekayaan spesies yang negara kita miliki semakin berkurang . Faktor ini

disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia yang kian menggugat kestabilan alam.

Hidupan seperti penyu di lautan juga kian terancam. Menurut laporan Pusat Santuari Penyu

Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukkan bahawa pada tahun 1986

terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja.

Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan

menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesis penyu ini.

Punca- punca kepupusan flora dan fauna di Malaysia

Masalah pembalakan haramMenurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan pada tahun

1986 hingga Jun 1990,terdapat 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan turut dijalankan di kawasan hutan simpan dan Taman Negara serta membabitkan spesies yang dilindungi seperti

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 2

Page 3: Eko Sistem

meranti dan cengal. Kegiatan pembalakan juga memusnahkan spesis tumbuhan seperti tumbuhan kecil.Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup kehilangan habitat.Ini ditambah lagi dengan tiada usaha untuk menanam semula hutan yang telah dibalak di mana ia menyumbang kepada kepupusan spesies flora dan fauna. Proses pemulihan mengambil masa yang panjang. Pertumbuhan hutan sekunder adalah memakan masa yang lama.

Kawasan hutan yang susut nilai kerana pokok- pokok ditebang.

Pembukaan tanah baru

Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah

rancangan oleh FELDA dan FELCRA juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan.

Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara

yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan

baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi.

Apabila jumlah penduduk Malaysia meningkat, kawasan yang lebih luas diperlukan

untuk membina rumah,kawasan industri,perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan

serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah. Saya

suka mengambil contoh terdekat iaitu kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan seluas

ratusan hektar di loji empangan Bakun di Sarawak. Pelbagai spesies haiwan serta

tumbuhan yang mempunyai nilai dimusnahkan. Contoh kedua ialah pembukaan tanah baru

di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada

beberapa syarikat yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur.

Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan flora serta fauna yang berada disekeliling

kawasan itu akan mengalami kepupusan.

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 3

Page 4: Eko Sistem

Pembukaan tanah baru untuk pertanian pindah Bukit Lojing, Gua Musang

Pembakaran hutan

Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka menyebabkan spesis-spesis

musnah. Kegiatan pertanian pindah oleh masyarakat tempatan adalah penyumbang kepada

pembakaran hutan terutamanya dari bulan Julai sehingga September di Sarawak khususnya

di mana petani mula membakar kawasan yang telah ditebang untuk penanaman. Secara

tidak langsung, hidupan dan tumbuhan di sekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati.

Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga

mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan

hutan.Sikap sesetengah pihak di negara kita yang lebih gemar mengambil jalan mudah,

seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan kawasan

hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya

mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius.

Kegiatan pemburuan haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan adalah merupakan satu

faktor yang menjurus kepada kemusnahan spesis haiwan.

Pemburu haram bukan sahaja mengeksploitasikan binatang tersebut malahan mengaut

keuntungan yang banyak. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan

tempatan terhadap binatang menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

Di Sabah dan Sarawak misalnya, permintaan yang tinggi terhadap makanan eksotik

seperti daging tenggiling, landak, babi hutan, labi- labi dan sejenis katak yang boleh

dimakan mendorong sesetengah orang menjadikan pemburuan haram sebagai punca

pendapatan utama mahupun sampingan mereka. Ini sudah tentunya menjurus kepada

kepupusan spesies fauna. Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam

kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan

Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 4

Page 5: Eko Sistem

Pencemaran air

Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan dugong semakin pupus akibat pencemaran

air seperti tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.

Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari

kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis

manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam ,   babi ,   lembu  dan lain-lain ke dalam

sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang babi

pada tahun 1980-an.

Selain itu, perkembangan industri pertanian juga penyumbang kepada pencemaran air. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Contohnya, pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut. Sungai Juru pernah diisytiharkan sebagai sungai yang paling tercemar di Asia Tenggara oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam bidang pertanian pula, baja dan racun serangga serta racun rumpai yang mengalir ke sungai menjejaskan kualiti air. Contohnya, para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terba. Selain itu, hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Natijahnya plankton yang menjadi makanan utama penghuni dasar laut musnah dan sekaligus menjejaskan haiwan akuatik juga.

PembangunanFenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas

mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu faktor.Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 5

Page 6: Eko Sistem

Usaha pemuliharaan in-situ dan ex-situKerakusan manusia perlu diberhentikan segera untuk mengelak kepupusan flora

dan fauna yang penting kepada kehidupan manusia.Tindakan memelihara dan memulihara spesies flora dan fauna ini membabitkan semua pihak termasuk Jabatan Perhutanan, Kerajaan Negeri, Jabatan Pengaliran dan Saliran, dan hatta individu yang terbabit. Setiap orang rakyat Malaysia harus mengambil peranan. Ini melibatkan pemuliharaan in-situ dan ex-situ.

Pemuliharaan in- situ

Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia

ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan

habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan

dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in- situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui

pelbagai teknik bagi memastikannya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha

pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif,

pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan

(protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai

pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.

Untuk melindungi dan memulihara kepelbagaian spesies biologi di Malaysia,

beberapa langkah in - situ telah diperkenalkan. Rangkaian kawasan yang dilindungi di

daratan mulai 997, termasuk 2.12 juta hektar Taman Negara dan Taman Negeri, Kawasan

Perlindungan Hidupan Liar, Kawasan Perlindungan Penyu dan Kawasan Simpanan Hidupan

Liar. Manakala 3.43 juta hektar lagi hutan semulajadi di dalam Kawasan Hutan Kekal seluas

14.28 juta hektar dilindungi sebagai kawasan tadahan air.

Rangkaian Kawasan Simpanan Hutan Dara di Semenanjung Malaysia dan di Sabah

melindungi jenis kepelbagaian biologi yang terhad di kawasan yang ditumbuhi hutan kecil

sebagai kumpulan gen, yang terletak di dalam hutan simpan atau kawasan pertanian yang

lebih besar ( yang biasanya bersifat komersial). Menurut maklumat yang diperolehi dari

laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, terdapat lebih kurang 458

buah kawasan telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal . Seluas 4.64 juta hektar

meliputi kawasan hutan darat, paya laut dan paya gambut. Selain itu, beberapa lagi Taman

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 6

Page 7: Eko Sistem

Negeri diwartakan seperti, Taman Negeri Endau- Rompin di Johor, Royal Belum di Perak dan Taman Negeri Perlis di Perlis

Menjelang akhir tahun 1994, perairan di sekiatr 38 pulau luar pesisir di Semenanjung

Malaysia dan di Labuan telah diwartakan sebagai Taman Laut. Selain itu, sebuah Taman

Negara di Sarawak, tiga di Sabah dan sebuah di Terengganu melindungi ekosistem pantai

dan laut.

( Sumber: Laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar )

Masalah dalam usaha menjalankan pemuliharaan in- situ

Usaha pemuliharaan ini, tidak mencukupi kerana beberapa sebab .Pertamanya,

beberapa habitat penting kurang diwakili. Misalnya, tanah lembab seperti hutan bakau, paya

gambut dan paya air tawar tidak dilindungi secukupnya. Selain penting sebagai tempat bagi

burung yang berhijrah, dan untuk mengawal aturan hidup hidrologi, serta untuk menampung

perikanan, habitat ini juga menampung flora dan fauna yang unik kerana cirinya yang

tersendiri iaitu pada antara muka bagi sistem daratan dan sistem akua. Selain itu, bukit

kuarza dan batu kapur ialah contoh yang kurang dilindungi.

Faktor yang kedua adalah usaha pemuliharaan spesies individu ditumpukan pada

haiwan besar dan burung sahaja. Hanya sedikit penumpuan yang diberikan kepada

pemuliharaan spesies individu tumbuh- tumbuhan, serangga atau ikan ( laut dan air tawar).

Perkara ini disebabkan terutamanya kekurangan pengetahuan.

Faktor yang ketiga ialah pemuliharaan diberi keutamaan yang rendah dalam dasar

penggunaan tanah sedia ada dan ini mengakibatkan persaingan bagi penggunaan tanah.

Jadi hutan diteroka sewenang- wenangnya tanpa memikirkan usaha untuk memuliharanya.

Seterusnya, usaha pemuliharaan spesies tumbuh- tumbuhan asli jenis bukit seperti

buah- buahan dan sayuran hutan tidak mencukupi, dan spesies lama ini sedang pupus

dengan pesat.

Sikap atau budaya masyarakat yang kurang kesedaran tentang mengekalkan hutan

sebagai habitat asal flora dan fauna adalah faktor yang kelima. Pemusnahan hutan jelas

ketara akibat penerokaan hutan sebagai kawasan pertanian komersial mahupun sebagai

kawasan pertanian pindah. Ada segelitir masyarakat setempat yang bersekongkol dengan

pihak yang terlibat dengan pembalakan haram di mana mereka memilih untuk bekerja

mengambil upah daripada melaporkan kegiatan tersebut kepada pihak yang berwajib. Apa

yang menyedihkan adalah, mereka hanya memandang keuntungan yang sedikit tanpa

memikirkan kesan jangka panjangnya. Keuntungan besar diperolehi oleh pihak luar yang

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 7

Page 8: Eko Sistem

memusnahkan nilai yang berharga di kawasan mereka. Kurang kesedaran menghargai nilai

flora dan fauna menyebabkan masyarakat yang menjalankan pertanian pindah

mengamalkan budaya "tebas dan bakar" (slash and burn). Apa yang menyedihkan lagi,

masih ada segelintir masyarakat yang mencuri masuk ke kawasan hutan simpan untuk

memburu haiwan ataupun mengutip hasil hutan yang berharga seperti damar, gayu gaharu

dan rotan. Jika tiada usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang nilai biologi ini maka

sia- sia sahajalah usaha kerajaan untuk melaksanakan dasar pemuliharaan in- situ.

Pemuliharaan ex-situPemuliharaan ex - situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar

habitat semula jadi mereka.Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau

spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya.

Spesies yang diancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan

dibiakkan semula di dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke

habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih

dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan

dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara flora dan fauna yang semakin

terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai

rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah

dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program

pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Usaha ini melibatkan spesies disimpan di taman botani, taman herba, arboreta dan

zoo, bank gen benih, bank gen invitro dan bank gen ladang. Bank gen benih dianggap

selamat dan berkesan bagi spesies yang menghasilkan benih.

Banyak usaha untuk memelihara kepupusan flora dan fauna secara lestari telah

dijalankan.Usaha pemuliharaan ex-situ boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu program

umum seperti program kesedaran awam dan program khusus yang dilaksanakan oleh

agensi kerajaan atau organisasi masing-masing. Jadual 1 merupakan rumusan kegiatan

atau program yang telah atau sedang dijalankan oleh agensi kerajaan, NGO dan sektor

swasta dalam usaha pemuliharaan dan kegunaan kepelbagaian biologi yang melibatkan

flora dan fauna secara lestari.

Agensi/Organisasi yang

bertanggungjawab

Kegiatan/Program Pemuliharaan dan Penggunaan

Kepelbagaian Biologi Secara Lestari

Jabatan Pendidikan Pembangunan kurikulum sekolah yang mengandungi

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 8

Page 9: Eko Sistem

aspek pemuliharaan dan penggunaan kepelbagian biologi

secara lestari

Jabatan Alam Sekitar Program pemuliharaan sumber taman laut untuk pelajar

(dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri) dan

orang awam,

Pelaporan dan pemantauan Penilaian Impak Alam

Sekitar

Jabatan Perhilitan Menjalankan Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi

(PPKB) di sekolah menengah bagi meningkatkan

kesedaran pelajar terhadap kepentingan memulihara

kepelbagaian biologi,

Meluaskan usaha menangani konflik manusia dan

hidupan liar,

Mempergiatkan usaha-usaha memelihara habitat fauna

dan inventori hidupan liar yang terancam,

Program pengayaan habitat misalnya membuat jenut

tiruan dan menanam pokok untuk menambah sumber

makanan untuk fauna,

Mewartakan taman-taman negara dan tempat

perlindungan hidupan liar,

Pertubuhan Institut Kepelbagaian Biologi sebagai pusat

kepakaran hidupan liar

Jabatan Perhutanan Program kesedaran awam di kalangan pelajar sekolah,

peserta Program Latihan Khidmat Negara, ‘summer

camp’,

FRIM Mendokumentasi “Flora of Malaya” untuk mewujudkan

pengkalan data lebih 7,000 spesies flora di Malaysia,

Mengemaskini spesies yang jarang ditemui dan endemik,

Memberi nasihat perancangan pembangunan,

Mewujudkan usaha forensik perhutanan dengan

Meng kumpul DNA sel pokok untuk menjadi bahan bukti jika

berlakunya pencerobohan hutan.

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 9

Page 10: Eko Sistem

Jabatan Perikanan Mewujudkan kawasan tukun tiruan untuk meningkatkan

sumber perikanan, mengadakan kempen kesedaran

persekitaran marin, pembersihan kawasan karang.

Menjalankan pemuliharaan sungai dan tebingan, kajian

kualiti air sungai, serta kempen kesedaran kepada

masyarakat kepentingan memulihara sungai

Pihak Berkuasa

Tempatan

Menyokong JAS dalam pelaporan dan pemantauan EIA.

Menentukan penzonan kawasan masing-masing untuk

tujuan tertentu seperti perindustrian dan pertanian.

BP Malaysia Menjalankan program kesedaran awam dan pemuliharaan

kepelbagaian biologi di sekitar kawasan operasi, selain

menyediakan sumbangan kewangan dan bekerjasama

dengan organisasi kerajaan mahupun swasta dalam

usaha itu

Kesimpulannya pemuliharaan ex-situ memerlukan sokongan dan kerjasama

daripada semua pihak. Maka dengan itu usaha – usaha menyelamatkan spesies akan

berterusan. Langkah in harus bermula dengan setiap individu harus mengambil bahagian.

Caranya ialah mempengaruhi atau mengalakkan rakan untuk cintakan alam sekitar ataupun

bekerjasama dengan kerajaan. Masyarakat harus memainkan peranan yang penting dengan

mengambil bahagian secara langsung seperti menganjurkan kempen menanam pokok di

sekitar kawasan kediaman. Tindakan yang paling berkesan adalah bertanggungjawab

mengambil tindakan terhadap aktiviti pembalakan dengan melaporkan kepada pihak

berwajib.

Seperti yang sudah diketahui, kerajaan adalah tunjang kepada program

pemuliharaan ex-situ ini. Penguatkuasa undang- undang atau penggubalan Akta Kualiti

Alam Sekitar 1974 menjadi dasar dan rujukan kerajaan. Kerajaan telah menunjukkan

komitmen dengan mewartakan Taman Negara dan Hutan Simpan atau projek Ladang

Hutan.

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 10

Page 11: Eko Sistem

Bahagian 2 :Pelan perancangan program kesedaran di sekolah saya.

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita

meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak

dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup

membuktikan bahawa alam sekitar yang mana melibatkan kewujudan flora dan fauna

merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus

globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun

aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh

yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar kesedaran tentang menghargai

alam sekitar dipupuk sejak anak- anak masih kecil lagi.

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 11

Page 12: Eko Sistem

Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan

yang menghargai alam sekitar. Ini adalah kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan

persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah

dewasa atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik

seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Atas kesedaran ini, sekolah

saya juga mengambil bahagian secara langsung menerapkan usaha pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar di kalangan murid- murid agar mewujudkan generasi masa

hadapan yang menghargai alam sekitar amnya, dan flora dan fauna khususnya. Program

kami akan melibat kesan jangka pendek dan juga jangka panjang di kalangan murid- murid.

Program jangka pendek

Nama program : Kempen Kesedaran : Alam Sekitar, Flora dan Fauna tanggungjawab semua

Tentatif program :Objektif : i. Untuk memenuhi permintaan sukatan matapelajaran Sains murid-

murid di sekolah rendah serta mendidik masyarakat secara tidak

langsung untuk menjaga alam sekitar amnya dan flora dan fauna

khususnya.

ii. Bertujuan memberi peluang kepada para murid untuk

menunjukkan minat terhadap reka cipta dan inovasi.

iii. Mendidik murid- murid untuk menguruskan bahan buangan dengan

cara yang betul supaya tidak menghasilkan pencemaran

Sasaran : Semua warga SK. Tanjung Batu, Bintulu dan masyarakat setempat iaitu

penduduk di kawasan Sungai Plan Resettlement.

Tarik perlaksanaan : April – Mei 2013 ( Bulan Sains dan Matematik )

Aktiviti : i. Lawatan sambil belajar ke Taman Negara Semilajau

: ii. Pertandingan melukis poster

: ii. Pertandingan Inovasi dan Rekacipta ( Tahap Dua )

: iii. Pameran dan ceramah ‘Selamatkan Harta Warisan Negara Kita’.

: iv. Kuiz bertulis ( Terbuka kepada penduduk di kawasan Sungai Plan )

Ahli Jawatan Kuasa Program :Penaung : Syarikat SMDS, Bintulu

Pengerusi : Guru Besar, SK. Tanjung Batu

Timbalan pengerusi : YDP PIBG SK. Tanjung Batu

Penyelaras : Penolong Kanan Kokurikulum

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 12

Page 13: Eko Sistem

Setiausaha : Ketua Panitia Matapelajaran Sains

Bendahari : Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah

AJK perlaksana untuk aktiviti :

Aktiviti Guru bertanggungjawab

Lawatan sambil belajar ke Taman

Negara Semilajau

Semua guru penasihat Kelab Sains dan

Persatuan Alam Sekitar sekolah.

Pertandingan melukis poster Semua guru Sains Tahun 1, 2 dan 3

Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Semua guru Sains Tahun 6

Pameran dan ceramah Semua guru Sains Tahun 5

Kuiz bertulis Semua guru Sains tahun 4

Pihak luar yang terlibat : Bintulu District Authority ( Bahagian Sumber manusia )

: Bahagian Pengurusan Taman Negara Semilajau

: Bahagian Pelupusan Bahan Kimia,Jabatan Kimia, Bintulu

: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan, Bintulu

Penyumbang dana : Syarikat SMDS, Bintulu District Authority dan PIBG sekolah

Jadual perlaksanaan

Aktiviti Tarikh Sasaran Pihak terlibat

Perasmian 1 April 2013 Semua warga

SK. Tanjung

Batu

Pihak sekolah

AJK PIBG

SMDS

Lawatan sambil belajar

ke Taman Negara

Semilajau

27 April 2013 Semua ahli

Kelab sains dan

Persatuan Alam

Sekitar sekolah

Pengurusan

Taman Negara

Semilajau

Pertandingan melukis

poster

01 – 03 Mei 2013 Semua murid

Tahun 1 - Tahun

3

Pihak sekolah

Pertandingan Inovasi

dan Rekacipta

09 Mei 2013 Murid Tahun 4 -

Tahun 6

Bintulu District

Authority

Pameran dan ceramah 24 Mei 2013 Semua warga

SK. Tanjung

Batu

Pameran :Jabatan Kimia

Jabtan

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 13

Page 14: Eko Sistem

Perhutanan

SMDS

Ceramah :Jabatan Alam

Sekitar, bahgain

Bintulu

Kuiz bertulis 12 – 22 Mei 2013 Masyarakat di

sekitar kawasan

Sungai Plan

Resettlement

Pihak sekolah

AJK PIBG

SMDS

Majlis penangguhan

program

23 Mei 2013 Warga SK.

Tanjung Batu

dan masyarakat

setempat

Pihak sekolah

PIBG SK. Tanjung

Batu

SMDS

BDA

Jabatan Kimia

Jabatan

perhutanan

Jabatan Alam

Sekitar

Anggaran kos :

Perkara Bilangan Spefikasi Jumlah

( RM )

Tambang bas ke Taman

Nrgara Semilajau

120 peserta

termasuk 6 orang

guru pengiring

3 buah bas RM

200.00

600.00

Makanan murid dan

guru semasa lawatan

Ke Taman Negara

Semilajau

126 orang RM 8.00 X 126 1,008.00

Hadiah pertandingan 15 orang Johan : RM 30.00 285.00

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 14

Page 15: Eko Sistem

melukis poster ( 3 pemenang dan 2

saguhati dari setiap

Tahun 1, 2 dan 3)

Kedua : RM25.00

Ketiga: RM20.00

Saguhati : RM

10.00

Hadiah pertandingan

Inovasi dan Rekacipta

5 kumpulan

( 3 pemenang utama

dan 2 saguhati )

Johan: RM200.00

Kedua : RM150.00

Ketiga : RM100

Saguhati :

RM50.00

550.00

Hadiah kuiz bertulis 3 pemenang utama

dan 2 Saguhati

Johan: RM100.00

Kedua :RM80.00

Ketiga: RM60.00

Saguhati :

RM50.00

340.00

Cenderahati Pihak Jabatan Kimia

Pihak Jabatan Alam

sekitar

Pihak Jabatan

Perhutanan

BDA

4 X RM 50.00 200.00

Peralataan 200.00

Makanan hakim 3 orang untuk setiap

aktiviti

9 X 6.00 54.00

Makanan tetamu

jemputan

500.00

Jumlah 3,737.00

Dana dan sumbangan :

Pihak SMDS : RM 4000.00

Pihak BDA : RM 500.00

Jumlah : RM 4500.00

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 15

Page 16: Eko Sistem

Ringkasan aktiviti : Lawatan sambil belajar

Perlaksanaan program ini bertujuan memberi peluang kepada  murid – murid untuk

memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat persekitaran sebenar hidupan

haiwan khasnya di Taman Negara Semilajau di mana mereka berpeluang melihat ikan

lumba- lumba, habitat sebenar buaya dan mempelajari beberapa spesies flora

terancam.Program lawatan sambil belajar yang dirancang ini bukan sahaja boleh

menimbulkan minat belajar namun ianya mampu mewujudkan pembelajaran berkesan di

kalangan murid – murid di mana ia akan mendidik mereka untuk menghargai betapa

pentingnya mengekalkan flora dan fauna di persekitaran asalnya. Ianya juga dapat

melahirkan pelajar yang berminat terhadap keindahan alam sekitar dan mempelajari langkah

– langkah untuk mengekal dan memulihara spesies yang semakin terancam.

Ringkasan aktiviti : Inovasi daripada bahan buangan

Pertandingan mereka cipta dan menghasilkan inovasi daripada bahan buangan

adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada para murid menunjukkan minat

terhadap reka ciptaan.Selain itu,matlamat yang kedua adalah mendidik murid- murid untuk

menguruskan bahan buangan dengan cara yang betul supaya tidak menghasilkan

pencemaran. Pengurusan bahan buangan yang betul bukan sahaja menyelamatkan spesies

flora dan fauna malah boleh menjana pendapatan sampingan. Program ini akan membantu

murid- murid menggunakan bahan buangan sebagai bahan asas untuk mencipta sesuatu

yang baru dan bernilai. Secara tidak langsung amalan 3R ( Reuse, Reduce and Recycle)

dapat diterapkan. Ini akan menjana idea mereka tentang cara penjimatan bahan- bahan asli

terutamanya bahan yang diperbuat daripada sumber flora. Bukan itu sahaja nilai yang akan

diperolehi, malah mereka juga akan menyedari betapa pentingnya menghargai hasil alam.

Program jangka panjang Nama program : Projek Taman Baka

Tentatif program :

Objektif : i Menanam baka tumbuhan yang bernilai dan juga yang semakin

terancam.

ii. Mewujudkan tapak kajian untuk kerja lapangan murid- murid.

iii. Menggalakkan masyarakat setempat untuk bersama- sama

mengambil bahagian dalam pemuliharaan ex-situ flora.

Sasaran : Semua murid di SK. Tanjung Batu dan masyarakat setempat

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 16

Page 17: Eko Sistem

Tarikh perlaksanaan : Bulan Januari – November 2013 ( sepanjang tahun )

Penaung : YDP PIBG SK. Tanjung Batu, Bintulu

Pengerusi : Guru Besar SK. Tanjung Batu, Bintulu

Penyelaras : Penolong Kanan Kurikulum

Setiausaha : Ketua Panitia matapelajaran Sains

Bendahari : Ketua Panitia matapelajaran Kemahiran Hidup

AJK program :

i. Taman Herba : Semua guru matapelajaran Kemahiran Hidup dan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan

ii. Taman flora terancam : Semua guru matapelajaran Sains

Pihak luar yang terlibat : Jabatan Perhutanan

: Jabatan Pertanian

: Tan Nursery Sdn. Bhd.

Anggaran kos :

Perkara Bilangan Spesifikasi Jumalah ( RM )

Beg polisterina 300 300 X 0.50 150.00

Baja 5 guni 10 X 50.00 250.00

Penyiram 6 6 X 11.00 66.00

Jumlah 466.00

Dana dan sumbangan : i. PIBG : RM 470.00

: ii. Jabatan Pertanian : 5 guni baja

: iii. Tan Nursery : 20 jenis baka pokok

Ringkasan aktiviti :

Baka – baka ini akan ditanam di Taman Herba dan juga Taman Sains. Objektifnya

adalah untuk mewujudkan kawasan kajian murid- murid terhadap tumbuh- tumbuhan

terutamanya dalam matapelajaran Sains mereka. Selain daripada itu, program ini akan

dapat melibatkan masyarakat sekeliling secara tidak langsung di mana penglibatan ibu bapa

adalah amat dialu- alukan. Ibu bapa diminta untuk menyumbangkan apa- apa sahaja

spesies yang bernilai contohnya pokok herba ataupun spesies yang terancam kepada

sekolah. Murid- murid akan mengusahakan Taman Baka ini sehingga jumlahnya semakin

banyak dan baka- baka itu akan disumbangkan balik kepada masyarakat sekeliling yang

berminat. Selain dari menyumbang balik kepada masyarakat, tumbuh- tumbuhan ini juga

akan ditanam di sekeliling sekolah sebagai pokok hiasan.

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 17

Page 18: Eko Sistem

Jika semua pihak memberikan kerjasama dan bersungguh- sungguh dengan usaha

yang dijalankan dapatlah kita sama-sama meningkatkan kesedaran mengenai betapa

pentingnya menjaga alam sekitar agar ianya kekal untuk generasi mendatang. Generasi

yang akan datang masih berpeluang untuk melihat spesies flora dan fauna seperti yang kita

lihat pada hari ini.

Refleksi mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 18

Page 19: Eko Sistem

Pengalaman yang diperolehi

Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang membuat kerja kursus ini.

Antaranya ialah pengalaman saya pergi ke pejabat Jabatan Kimia dan pejabat Treiniekens

Sdn. Bhd. untuk mendapat maklumat tentang cara mereka melupuskan sisa bahan kimia.

Sebenarnya ianya bukan sahaja untuk kerja kursus ini tetapi ianya juga untuk pengurusan

makmal sains di sekolah saya. Sesudah perjumpaan saya dengan pegawai yang

bertanggungjawab menguruskan prosedur pelupusan bahan kimia, barulah saya faham

kenapa bahan kimia memerlukan prosedur yang ketat apabila hendak dilupuskan. Kesannya

kepada alam sekitar adalah sangat teruk. Bayangkan jika tiada akta yang mengawal

pelupusan bahan kimia yang sangat bahaya ianya akan dibuang sewenang- wenangnya. Ia

bukan sahaja menjejaskan flora dan fauna malah kesannya secara langsung dialami oleh

manusia.

Pengalaman yang kedua pula ialah kerja kursus ini telah mencetuskan idea tentang

penambahbaikan aktiviti tahunan Panitia Sains saya . Saya banyak membuat perbincangan

dengan guru penasihat Kelab Alam Sekitar tentang program yang akan kami jalankan pada

tahun ini. Apatah lagi program kami akan dihantar ke pertandingan yang akan dianjurkan

oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Bintulu District Authority (BDA ). Beberapa cadangan

aktiviti yang saya tulis untuk kerja kursus ini sebenarnya telah kami laksanakan setiap tahun.

Cuma beberapa aktiviti baru yang saya cadangkan akan dibuat pada tahun ini dan beberapa

penambahbaikan akan dibuat hasil perbincangan bersama guru penasihat Kelab Alam

Sekitar dan Penolong Kanan Kokurikulum sekolah..

Halangan yang dihadapi

Permulaannya saya menghadapi kesukaran untuk memulakan kerja kursus ini

kerana kurang memahami kehendak soalan. Saya banyak membuat kajian dari buku,

merujuk majalah serta bahan dari internet dan juga berbincang dengan beberapa orang

rakan sekelas dalam forum kelas kami. Banyak maklumat yang saya perolehi namun saya

masih keliru dengan maklumat yang banyak menjurus kepada kempen kesedaran terhadap

alam sekitar dan bukannya menjurus kepada flora dan fauna. Untuk mengatasi masalah ini,

saya membuat draf tentang tugasan serta mengasingkan maklumat yang saya kumpulkan

barulah saya boleh nampak dengan jelas idea yang akan saya tulis.

Halangan yang kedua ialah tugasan seharian yang menimbun apatah lagi dengan

bebanan tugas sebagai ketua panitia di mana kami dikehendaki membuat analisis item

untuk ujian yang diadakan. Memandangkan jumlah murid yang agak ramai iaitu lebih

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 19

Page 20: Eko Sistem

daripada dua ribu orang, tugas ini adalah berat kerana memerlukan masa dan komitmen

yang lebih daripada saya, apatah lagi ianya perlu dihantar dengan kadar yang segera. Saya

jadi hilang tumpuan kerana keletihan terpaksa menghabiskan tugasan yang perlu

disegerakan.

Pengetahuan baru yang meningkatkan kefahaman tentang topik ini

Seperti yang saya perkatakan tadi, saya memperolehi pengalaman baru tentang cara

pelupusan bahan kimia yang betul. Yang mana sebelum ini saya agak prosedur mereka

agak membebankan tetapi akhirnya saya menyedari bahawa tanggungjawab mereka adalah

menjaga kualiti alam sekitar. Selain itu, sudah tentunya saya mengetahui tentang jumlah

spesies flora dan fauna yang terdapat di negara kita yang mana kekayaan yang kita miliki

merupakan berada pada tempat keenam dunia. Kajian ini juga membuatkan saya banyak

membaca tentang usaha yang dilakukan oleh agensi yang berkaitan untuk menyelamatkan

spesies – spesies terancam contohnya gajah, penyu, orang utan dan burung enggang.

Kerja kurusus ini juga membuatkan saya mengenali akta- akta yang digubal untuk

melindungi alam flora dan fauna negara kita. Rupa- rupanya hukuman yang berat telah

digubal untuk individu atau syarikat yang melanggar undang- undang dan memusnahkan

alam sekitar namun akibat sikap tamak dan kerakusan manusia sendiri yang menjadikan

keadaannya bertambah teruk.

Segala pengetahuan yang saya perolehi sekarang akan saya manfaatkan untuk

pengajaran matapelajaran Sains lebih- lebih lagi tajuk ini diajar dalam Tahun Enam. Segala

aktiviti yang telah dirancang atau dicadangkan akan cuba saya laksanakan untuk mendidk

generasi muda tentang pentingnya memelihara dan memulihara flora dan fauna. Tugasan

sebagai guru Penasihat Kelab Sains dan juga Ketua Panitia sains memudahkan saya untuk

melaksanakan aktiviti- aktiviti tersebut.

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 20

Page 21: Eko Sistem

Rujukan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang.(2011).Utusan Pengguna Edisi Julai Ogos,Persatuan

Pengguna Pulau Pinang, Pulau Pinang.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2012).Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Utusan Malaysia.(2007). Majalah Mosti Edisi ke-60. Kuala Lumpur

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=191772&

http://berita-harian-online.com/30000-tan-sampah-sehari-menjelang-2020/

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/325-info-ringkas/5974-

laman-web-jabatan-alam-sekitar.html

http://www.nre.gov.my/malay/Pages/defaultnre.aspx

http://www.kimia.gov.my/

http://komunitihijaumajakir.blogspot.com/

mary rami regok

ipgk sarawak(2011-2015) Page 21