rekreasi matematik

33
Rekreasi Rekreasi Matematik Matematik Dibentang oleh: Suzihardilinah Suhadi (05D0266) Salziyanti Haji Mohd Yaakub (05D0225) Tajuk pembentangan: Unsur teka-teki, puisi dan lagu dalam Matematik

Upload: wahidah-yaacob

Post on 05-Feb-2016

191 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

matematik

TRANSCRIPT

Page 1: Rekreasi Matematik

Rekreasi Rekreasi MatematikMatematikDibentang oleh:

Suzihardilinah Suhadi(05D0266)

Salziyanti Haji Mohd Yaakub (05D0225)

Tajuk pembentangan:

Unsur teka-teki, puisi dan lagu dalam Matematik

Page 2: Rekreasi Matematik

Unsur teka-teki, puisi dan lagu dalam Unsur teka-teki, puisi dan lagu dalam MatematikMatematik

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membuat mata pelajaran Matematik seronok.

Di antaranya ialah dengan membuat teka-teki, puisi dan lagu yang berunsurkan Matematik di dalamnya.

Guru harus bijak mempelbagaikan aktiviti tersebut.

Guru perlu tahu terlebih dahulu peringkat murid-muridnya sebelum membuat beberapa aktiviti tersebut (pengetahuan sedia ada dan peringkat pembelajaran murid-murid).

SaLzie

Page 3: Rekreasi Matematik

• Lagu Matematik sesuai diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi kumpulan sederhana dan lemah.

• Terciptanya lagu matematik ini adalah bertujuan membantu murid menghafal, mengingati dan memahami segala yang berkaitan dengan Matematik.

• Penggunaan lagu dalam kelas menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan cara yang lebih mudah, berkesan dan efektif.

• Murid-murid akan belajar Matematik dengan riang dan seronok. Mereka tidak berasa bosan kerana belajar sambil menyanyi.

Mari belajar Matematik sambil Mari belajar Matematik sambil menyanyimenyanyi

SaLzie

Page 4: Rekreasi Matematik

• Ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat dan kesungguhan mereka mendalami mata pelajaran ini.

• Penggunaan lagu dapat mencungkil bakat semulajadi mereka. Murid akan berani memberi pendapat dan komen serta bersedia menerima pelbagai bentuk soalan.

• Penggunaan lagu juga boleh membentuk sikap dan peribadi murid berfikir secara kreatif dan inovatif.

• Mereka yakin dan berkebolehan membina soalan sama ada secara spontan atau bertulis berpandukan lagu yang dipelajari.

Mari belajar Matematik sambil Mari belajar Matematik sambil menyanyimenyanyi

SaLzie

Page 5: Rekreasi Matematik

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang,

Kalau adik bijak bistari,

Berapa jumlah ekor kucing yang ada?

Cara penyampaian:

Guru boleh menggunakan teka-teki tersebut kepada murid-murid yang

mempunyai pengetahuan kira-kira.

Dari puisi tersebut, guru akan dapat mencungkil kreativiti

murid-murid dalam kemahiran berfikir.

Guru hendaklah menerima apa saja jawapan, asalkan jawapan

tersebut dapat diterima secara logik.Objektif pengajaran:

1. Murid-murid akan dapat membilang jumlah dalam operasi

tambah

1. Menarik minat murid-murid untuk ikut serta dalam

membina beberapa rangkap ayat dalam bentuk puisi.

Unsur teka-teki dalam MatematikUnsur teka-teki dalam MatematikSuZie

Page 6: Rekreasi Matematik

Tajuk puisi: Disember

Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu,Di sinilah bermula dua belas bulan itu,Januari, Febuari, Mac, April,Mei, Jun, Julai, Ogos and banyak lagi….- September, Oktober, Novemberdan bulan yang terbaik sekali adalah Disember.

Puisi ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam mengingati nama dan tempat letak yang betul bagi 12 bulan dalam setahun.

Penggunaan ‘Disember’ adalah kerana kebanyakkan kanak-kanak menyukai bulan tersebut kerana cuti sekolah panjang. Tetapi ada setengahnya gemar pada bulan-bulan yang lain.

Guru dapat membuat perbincangan dengan murid-murid dari puisi tersebut seperti bulan mereka dilahirkan, pengajaran cuaca atau musim seperti musim kemarau dan sebagainya.

Unsur puisi dalam MatematikUnsur puisi dalam MatematikSuZie

Page 7: Rekreasi Matematik

Tajuk puisi: Berapa banyaknya?

Berapa banyaknya saat dalam seminit?Enam puluh, dan tidak ada lagi, di dalamnya.

Berapa banyaknya minit dalam satu jam?Enam puluh, untuk kedua mata yang tajam.

Berapa banyaknya jam dalam satu hari?Dua puluh empat jam dalam sehari untuk menanti.

Berapa banyaknya hari dalan satu minggu?Tujuh, untuk menyanyi dan berlagu.

Unsur puisi dalam MatematikUnsur puisi dalam MatematikSuZie

Page 8: Rekreasi Matematik

• Guru boleh menggunakan puisi tersebut untuk mengajar tentang waktu kepada murid-murid.

• Puisi ini mengenalkan kepada murid-murid tentang masa seperti saat, minit, jam dan hari dalam seminggu.

• Kadang-kadang ada murid yang tidak sedar bahawa setengah minit itu ialah 30 saat dan begitu juga sebaliknya.

• Terdapat banyak soalan-soalan yang dapat dikemukakan oleh guru Matematik dari puisi tersebut.

• Dari aktiviti membaca puisi hinggan ke kaedah perbincangan seperti ini, murid-murid juga tidak sedar bahawa mereka sedang belajar pada masa yang sama.

• Guru harus bijak menggunakan kaedah penyoalan, pastikan setiap soalan adalah untuk merangsang murid-murid untuk berfikir.

Unsur puisi dalam MatematikUnsur puisi dalam MatematikSuZie

Page 9: Rekreasi Matematik

Melodi: London bridge is falling downTajuk: Ra pu saAlat Bantu Mengajar: Blok unit, puluh dan ratus

Ratus puluh dan satu, ra-pu-sa, ra-pu-sa Mari kita belajar, nilai tempat Sepuluh satu ialah, sepuluh, sepuluh Kumpul semua semula, nilai puluh Sepuluh puluh ialah, seratus, seratus Kumpul semua semula, nilai ratus Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan Ratus puluh dan satu, nilai tempat Ratus puluh dan satu, ra-pu-sa, ra-pu-sa Mari kita belajar, nilai tempat Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan Ratus puluh dan satu, nilai tempat

Unsur lagu dalam MatematikUnsur lagu dalam MatematikSaLzie

Page 10: Rekreasi Matematik

1. Wajar tak wajar2. Bahagi pen3. Masa itu berlian4. Bakul berbaris5. Empat operasi6. Graf7. Beli susu8. Seronok mengukur9. Ra pu sa10. Kubus kuboid silinder

11.Ingatkan masa12.Mengenal bentuk13.Susun nombor14.Perimeter15.Purata16.Pecahan setara17.Tambah dan tolak18.Perpuluhan 19.Sifir dua 20.Peratus dan pecahan

Senarai-senarai lagu dalam Senarai-senarai lagu dalam MatematikMatematik

SaLzie

Page 11: Rekreasi Matematik

Aktiviti-aktiviti/permainan untuk kanak-Aktiviti-aktiviti/permainan untuk kanak-kanak peringkat sekolah rendah yang kanak peringkat sekolah rendah yang

mengandungi unsur teka-teki, puisi dan mengandungi unsur teka-teki, puisi dan lagu dalam Matematiklagu dalam Matematik

Aktiviti 1: Tutup Dan TekaAktiviti 2: SMS Dalam BotolAktiviti 3: Cari Harta HalalAktiviti 4: PutarrebutAktiviti 5: Dadu PecahanAktiviti 6: Rebut BentukAktiviti 7: Gelek BekuAktiviti 8: Boneka Dan Lagu

SaLzie

Page 12: Rekreasi Matematik

Aktiviti 1:Aktiviti 1: Tutup dan tekaTutup dan tekaUmur: Tiada had umur (terpulang kepada guru tersebut) Had masa: Tiada hadnyaRamai pemain: Tiada hadnya

Objektif: • Membantu murid-murid mempelajari bentuk-bentuk bongkah dan mengenali ciri-ciri

bentuk yang diberi• Membantu menggunakan imiginasi murid-murid tentang keadaan bentuk bongkah

ABM: i) Kain penutup mataii) Bentuk-bentuk konkritiii) Lagu Matematik ‘kubus, kuboid dan silinder’

Cara permainan:i) Guru menutup mata murid-murid dengan menggunakan sehelai kainii) Guru akan memainkan muzik lalu memberikan bentuk-bentuk bongkah kepada murid-

muridiii) Kemudian murid-murid akan menyerahkan bentuk-bentuk bongkah kepada teman

merekaiv) Setelah muzik berhenti, setiap murid akan menerima bentuk bongkah yang disediakanv) Murid-murid perlu meneka bentuk bongkah yang ada di tangan mereka dan juga

menyatakan apakah ciri-ciri bentuk bongkah tersebut

Page 13: Rekreasi Matematik
Page 14: Rekreasi Matematik

Aktiviti 2: Aktiviti 2: SMS Dalam BotolSMS Dalam BotolUmur: Tiada had umurHad masa: Tergantung kepada aktiviti yang dijalankanRamai pemain: Tiada hadnya

Objektif:• Membantu murid-murid untuk memilih warna dan anggaran jumlah gula-gula di

dalam botol (sedikit dan banyak)• Soalan Matematik yang berunsurkan puisi akan membantu murid-murid untuk

berfikiran secara meluas

ABM:i) Botol-botol kosong berisikan gula-gulaii) Bola keciliii) Soalan-soalan Matematik dalam bentuk puisi

Cara permainan:i) Ia seperti permainan bolingii) Botol yang tumbang akan menjadi soalan yang diajukan iii) Murid-murid perlu mengundi sebelum memulakan permainan ini

Page 15: Rekreasi Matematik
Page 16: Rekreasi Matematik

Aktiviti 3: Aktiviti 3: Cari Harta HalalCari Harta HalalUmur: Tiada hadnyaHad masa: Tiada hadnyaRamai pemain: Tiada hadnya

Objektif: • Menggunakan ketangkasan mental untuk memecahkan kiasan yang

terdapat dalam puisi Matematik• Mengenal pasti dengan betul ciri-ciri bentuk yang dimahukan

ABM:i) Soalan-soalan Matematikii) Benda-benda sebagai ‘harta’ yang dicariiii) Lagu iv) Puisi mengenal bentuk

Cara permainan: i) Guru memberi soalan dalam bentuk puisi, murid-murid perlu mendengar dengan

telitiii) Murid-murid mencari harta karun yang disembunyikan di dalam/tepi bentuk yang

terpilih

Page 17: Rekreasi Matematik
Page 18: Rekreasi Matematik

Aktiviti 4: Aktiviti 4: PutarrebutPutarrebutUmur: Tiada had Had masa: Tiada hadRamai pemain: Tiada had

Objektif:• Membantu dalam pergerakan anggota badan murid-murid kerana dikehendaki

jalan berputar• Menguji minda murid-murid dalam membuat strategi sendiri untuk merebut

tempat duduk

ABM:i) Kerusiii) Laguiii) Soalan-soalan puisi Matematik

Cara permainan:i) Lagu dimainkan dan murid-murid berputar mengelilingi kerusi yang disusun secara

bulatanii) Jumlah kerusi adalah kurang satu dari jumlah muridiii) Apabila lagu berhenti, murid-murid hendaklah merebut tempat dudukiv) Murid yang tidak mendapat kerusi akan didenda dengan soalan puisi Matematik

Page 19: Rekreasi Matematik
Page 20: Rekreasi Matematik

Aktiviti 5: Aktiviti 5: Dadu PecahanDadu PecahanUmur: 8 – 12 tahunHad masa: Terpulang kepada peringkat murid-murid yang ikut sertaRamai pemain: Tiada had

Objektif:• Murid-murid akan belajar menyelesaikan pecahan secara pantas, ia juga

membantu murid-murid menggunakan mental dengan bijak• Mendedahkan murid-murid tentang nombor 1 - 6

ABM:i) Dadu ii) Soalan-soalan mengenai pecahaniii) Lagu Matematik ‘pecahan’

Cara permainan:i) Murid-murid diarahkan untuk duduk secara bulatanii) Semasa muzik dimainkan, murid-murid hendaklah memberi dadu kepada kawan

mereka sehingga muzik tersebut berhentiiii) Jika dadu itu berhenti pada murid A, dia perlu memilih nombor dari dadu tersebut

untuk mendengar soalan yang disediakaniv) Jika murid A gagal menjawab, maka murid tersebut akan didenda dengan

menyanyikan sebuah lagu

Page 21: Rekreasi Matematik
Page 22: Rekreasi Matematik

Aktiviti 6:Aktiviti 6: Rebut BentukRebut BentukUmur: 6 – 12 tahunHad masa: Tiada hadRamai permain: Tiada had

Objektif:• Murid-murid akan dapat mengenal bentuk dan mampu meningkat

kemahiran mendengar• Murid-murid akan merasa seronak dalam mempelajari mata pelajaran

Matematik

ABM: i) Gambar-gambar bentukii) 3 jenis puisi yang mengambarkan bentuk tersebut dan mengenal bentuk

Cara permainan:i) Gambar-gambar bentuk dilekat pada mana-mana tempat sama ada di atas

lantai ataupun di dindingii) Guru membacakan puisi dan murid-murid hendaklah mencari bentuk yang

dimaksudkan dalam puisi ituiii) Murid yang paling cepat memijak/menyentuh bentuk itu dikira sebagai

pemenang

Page 23: Rekreasi Matematik
Page 24: Rekreasi Matematik

Aktiviti 7: Aktiviti 7: Gelek BekuGelek BekuUmur: Tiada had Had masa: Tiada hadRamai pemain: Tiada had

Objektif:• Membantu murid-murid dalam menyelasaikan masalah Matematik, tidak

kira dari segi teka-teki, puisi atau pun berlagu

ABM:i) Laguii) Soalan-soalan Matematik dalam bentuk teka-teki dan puisi

Cara permainan:i) Murid berkumpul secara bebasii) Apabila lagu dimainkan, murid-murid dikehendaki menariiii) Jika lagu berhenti, murid-murid tidak dibenarkan bergerak (mata, bibir dan

anggota-anggota badan yang lain)iv) Jika ada murid yang pertama bergerak, dia akan didenda

Page 25: Rekreasi Matematik
Page 26: Rekreasi Matematik

Aktiviti 8: Aktiviti 8: Boneka Dan LaguBoneka Dan LaguUmur: Sesuai untuk kanak-kanak peringkat pra dan rendah bawah (6 – 8 tahun)Had masa: Tergantung kepada lagu yang dimainkanRamai pemain : Tiada hadnya

Objektif:• Murid-murid akan belajar mengenal nombor, pendaraban, dan sebagainya

tertakluk pada lagu yang dimainkan• Ia juga membantu murid-murid menyedari kegunaan anggota badan seperti

jari-jemari

ABM:i) Lagu Matematik ‘sifir 9’ii) Boneka jari

Cara permainan:i) Guru akan menunjukkan cara penggunaan boneka di jarinya, diikuti dengan lagu

matematikii) Setelah itu, galakkan murid-murid untuk ikut serta dalam aktiviti tersebut

Page 27: Rekreasi Matematik
Page 28: Rekreasi Matematik
Page 29: Rekreasi Matematik

Melodi: DoraemonTajuk: Kubus kuboid silinder

Mari kita belajar, kubus kuboid silinder

Semua pepejal ada banyak ciri-cirinya

Ada yang hampir sama, ada pula berbeza

Permukaannya ada enam, semua muka rata

Dua belas sisinya, semua panjang yang sama

Bucu-bucunya ada lapanApa namanya, nama pepejal ituItu adalah kubusSatu lagi pepejal, hampir sama

rupanya Dua belas sisinya, enam muka

yang sama rata Sisi tak semua sama, kuboidlah

namanya

Lihat pula silinder, dua muka sama rata Satu muka melengkung, tapaknya bulat Tapi tidak berbucu, sisi lurusnya memang tidak ada, itulah silinderMari kita belajar, kubus kuboid silinder Semua pepejal ada banyak ciri-cirinyaAda yang hampir sama, ada pula berbeza Permukaannya ada enam, semua muka rata Dua belas sisinya, semua panjang yang sama Bucu-bucu nya ada lapanApa namanya, nama pepejal ituItu adalah kubusMarilah kita sama-sama belajarBongkah-bongkah ini

Page 30: Rekreasi Matematik

Melodi: If you are happy and you know it

Tajuk: Pecahan setara

Satu per dua dan dua per empat

Pecahan setara nilainya sama

Apakah ia pecahan pada satu per dua

Adakah ia pecahan setaraSatu per tiga dan dua per

enam Pecahan setara nilainya

sama

Kawan-kawan fikirlah, apa pecahan setara

Bagi pecahan satu per tiga

Satu per empat dan dua per lapan

Pecahan setara nilainya sama

Kawan-kawan fikirlah, apa pecahan setara

Bagi pecahan satu per empat

-denda-

Page 31: Rekreasi Matematik

Melodi: Baa baa black sheepTajuk: Susun nombor

Susun nombor ikut arahan Satu dua tiga, tertib menaik Tiga dua satu, tertib menurun Susun nombor mesti tepat tertibnya

Page 32: Rekreasi Matematik

Melodi: Itsy bitsy spiderTajuk: Sifir sembilan

9 x 1 jawapannya 99 x 2 jawapannya 189 x 3 jawapannya 279 x 4 jawapannya 369 x 5 jawapannya 459 x 6 jawapannya 549 x 7 jawapannya 639 x 8 jawapannya 729 x 9 jawapannya 819 x 10 jawapannya 909 x 11 ialah 999 x 12 jawapannya 108

Page 33: Rekreasi Matematik

SuZieSaLzie say end.. Thank You!