pembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah ... filepembangunan ruangan aplikasi dan...

23
PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK NADIAH BT MOHD TAHIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamnhi

Post on 31-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI

DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK

NADIAH BT MOHD TAHIR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN

KENDIRI ATAS TALIAN BERTAJUK PEMIKIRAN ALGEBRA

SESI PENGAJIAN : 2009 / 2010

Saya : NADIAH BT MOHD TAHIR

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak.

5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.

6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : KM 27 JLN PT PENDEKAR PM. DR ZALEHA ISMAIL

AIR TAWAR 77300

MERLIMAU MELAKA

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila

lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis

ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

Page 3: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

PENGAKUAN

Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ........................................

Nama Penyelia : PROF MADYA DR ZALEHA ISMAIL

Tarikh : .......................................

Page 4: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI

DALAM MAJALAH WEB MATEMATIK

NADIAH BT MOHD TAHIR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2010

Page 5: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang saya yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”

Tandatangan : ..............................................

Nama : NADIAH BT MOHD TAHIR

Tarikh : .............................................

Page 6: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

iii

DEDIKASI

Buat Bonda dan Ayahanda

intan Ja’afar dan Mohd Tahir Talib

Terima Kasih

di atas kasih sayang, sokongan dan doa

Tidak dilupakan

Kekanda Mohd Ufiz, Kekanda Atikah,

Adinda Fathiah dan Adinda Ahmad Sufi

serta

Teman seperjuangan dan

sepermainan 4SPT...

Page 7: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi, projek ini berjaya disiapkan dengan izinNya. Saya

ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia

PSM saya, PM DR ZALEHA ISMAIL di atas tunjuk ajar dan nasihat. Tidak

dilupakan kepada rakan laman web Dunia Matematik ini di atas sokongan moral dan

bantuan selama menyiapkan projek ini.

Wassalam.

Page 8: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

v

ABSTRAK

Masalah pelajar tidak berminat untuk belajar dan tidak dapat mengaitkan apa

yang dipelajari dengan kehidupan seharian sudah tidak asing lagi didengari. Tujuan

majalah web matematik yang dinamakan Dunia Matematik ini dibangunkan adalah

untuk menyediakan bahan pengetahuan matematik yang menjangkau pembelajaran

di luar kelas. Ia merupakan majalah elektronik (e-majalah) yang melibatkan beberapa

elemen multimedia seperti audio, video, teks, grafik dan hyperlink. Majalah web

Dunia Matematik ini dibangunkan dengan menggunakan gabungan perisian

pengurusan kursus dan pengurusan maklumat. Bagi tujuan pembangunan, model

ADDIE digunakan sebagai panduan rekabentuk instruksi manakala teori Sosial

Konstruktivisme menjadi landasan majalah web dunia matematik ini. Model ARCS

pula diterapkan dalam setiap artikel dan aktiviti. Ia meliputi komponen perhatian

(Attention), relevan (Relevance), keyakinan (Confident) dan kepuasan (Satisfaction)

dalam pembelajaran dan motivasi. Majalah web Dunia Matematik ini diterbitkan

pada setiap bulan merangkumi 13 ruangan iaitu ruangan Fokus, Kerjaya, Tokoh,

Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permainan, Kuiz, Perisian

Matematik, Pelajari Matematik dan Tahukah Anda. Namun begitu, fokus projek

pembangunan ini hanya membincangkan dua ruangan sahaja iaitu „Aplikasi‟ dan

„Rekreasi‟. Artikel untuk ruangan „Aplikasi‟ membincangkan aplikasi matematik

yang terdapat dalam kehidupan seharian. Manakala ruangan „Rekreasi‟ terbahagi

kepada dua aktiviti iaitu „Uji Minda‟ dan „Permainan‟. Kedua-duanya menggunakan

konsep belajar semasa bermain. Penyampaian majalah web Dunia Matematik ini

menggunakan pelbagai elemen multimedia seperti grafik, animasi flash serta video

supaya pelajar lebih berminat untuk menggunakannya. Pembangun mengharapkan

agar majalah web Dunia Matematik ini dapat meningkatkan minat pelajar

mempelajari matematik dan dapat mengaitkan matematik dengan kehidupan

seharian.

Page 9: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

vi

ABSTRACT

Nowadays, it is common for students if they do not interested in study and

cannot relate in to their daily life. The purpose for developing this mathematic web

magazine, „Dunia Matematik‟ is to provide materials beyond what they learned in

class. It is an electronic magazine (e-magazine) which consists of audio, video, texts,

graphic and hyperlink elements by using course management software and

information management. For development purpose, ADDIE model and Social

Constructivism theory has been used as a guideline for instructional design of Dunia

Matematik. ARCS model also been used in each and every article and activity. It

consists of attention, relevance, confident, satisfaction in learning and motivation.

This web magazine is published monthly which consist of Fokus, Kerjaya, Tokoh,

Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permainan, Kuiz, Perisian

Matematik, Pelajari Matematik and Tahukah Anda segments. However, focus of this

project is to discuss just two segments which are „Aplikasi‟ and „Rekreasi‟. Article of

„Aplikasi‟ discuss the application of mathematics in daily life while „Rekreasi‟

segment divided into two activities which are „Uji Minda‟ and „Permainan‟. Both of

these segments inculcate fun learning. This web magazine also uses a lot of elements

such as graphic, flash animation and video to attract students‟ interest. Developer

hopes that this web magazine will encourage students to learn mathematics and relate

it with their daily life.

Page 10: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Kepentingan Projek 5

1.5.1 Pelajar 6

1.5.2 Guru 6

1.5.3 Sekolah 7

1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 7

1.6 Skop dan Batasan Projek 7

1.7 Kerangka Teori Projek 8

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Majalah Web Matematik 10

1.8.2 Rekreasi 10

1.8.3 Aplikasi 10

Page 11: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

viii

1.8.4 E-Pembelajaran 11

1.8.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 11

1.9 Penutup 11

2 KAJIAN LITERATUR 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 E-Pembelajaran (E-Learning) 13

2.2.1 Kebaikan E-Pembelajaran 13

2.3 Model ARCS 14

2.4 Perisian Sumber Terbuka 14

2.4.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 16

2.5 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian 17

2.6 Rekreasi Matematik 18

2.7 Sikap Pelajar Terhadap Matematik 19

2.8 Penutup 20

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 21

3.1 Pengenalan 21

3.2 Kaedah Pelaksanaan 22

3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 23

3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 23

3.2.1.2 Kategori Topik 25

3.2.1.3 Strategi 25

3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design) 26

3.2.3 Fasa Pembangunan(Development) 27

3.2.3.1 Pembangunan Bahan Majalah

Web Dunia Matematik 28

3.2.3.2 Pembangunan Bahan Aplikasi

Matematik Dalam Kehidupan

Seharian 38

Page 12: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

ix

3.2.3.1 Pembangunan Bahan Rekreasi

Matematik 38

3.2.4 Fasa Pelaksanaan (Implementation) 39

3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 39

3.3 Penutup 41

4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB 42

4.1 Pengenalan 42

4.2 Carta Alir 43

4.3 Paparan Majalah Web Dunia Matematik 44

4.3.1 Paparan Muka Hadapan Dunia Matematik 44

4.3.2 Paparan Artikel dan Aktiviti 46

4.3.2.1 Paparan Artikel Dalam Ruangan

Aplikasi 46

4.3.2.2 Paparan Aktiviti Dalam Ruangan

Rekreasi 48

4.3.3 Paparan penerapan Model ARCS Dalam

Artikel dan Aktiviti 49

4.3.3.1 Model ARCS Dalam Ruangan

Aplikasi 49

4.3.3.2 Model ARCS Dalam Ruangan

Uji Minda 53

4.3.3.3 Model ARCS Dalam Ruangan

Permainan 55

4.4 Hasil Penilaian 57

4.4.1 Kesesuaian Ruangan Aplikasi 58

4.4.2 Kesesuaian Ruangan Permainan 59

4.4.3 Kesesuaian Ruangan Uji Minda 60

Page 13: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

x

4.5 Penutup 60

5 PERBINCANGAN,CADANGAN DAN kESIMPULAN 61

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan 62

5.2.1 Kekuatan Majalah Web Matematik 62

5.2.1.1 Kandungan Bahan 63

5.2.1.2 Elemen Multimedia 63

5.2.1.3 Mesra Pengguna 64

5.2.2 Kelemahan Majalah Web Matematik 64

5.2.2.1 Kekurangan Elemen Audio dan

Video 64

5.2.2.2 Kurang Kepakaran Dalam Flash 65

5.2.3 Penambahbaikan Dalam Majalah Web

Matematik 65

5.2.3.1 Model ARCS 65

5.2.3.2 Isi Kandungan Berfokus 66

5.2.4 Masalah Yang Dihadapi 66

5.3 Cadangan 67

5.4 Kesimpulan 68

5.5 Penutup 68

RUJUKAN 70

Lampiran 71

Page 14: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Artikel Dalam Ruangan Aplikasi 46

4.2 Aktiviti Dalam Ruangan Permainan Dan Uji Minda 48

Page 15: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori Projek 9

3.1 Carta Alir Bagi Model ADDIE 22

3.2 Paparan Login 28

3.3 Paparan Control Panel 29

3.4 Carta Alir Penulisan Artikel 29

3.5 Paparan Article Manager 30

3.6 Paparan Pemilihan Section Dalam New Article 31

3.7 Paparan Pemilihan Category Dalam New Artice 31

3.8 Paparan Media Manager 32

3.9 Paparan Section Manager 33

3.10 Paparan New Section 33

3.11 Paparan Category Manager 34

Page 16: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

xiii

3.12 Paparan New Category 34

3.13 Paparan User Manager 35

3.14 Paparan New User 35

3.15 Paparan Menu Manager 36

3.16 Paparan New Menu 36

3.17 Paparan Language Manager 37

3.18 Paparan Poll Manager 37

3.19 Paparan New Poll 38

3.20 Carta Alir Soal Selidik 40

4.1 Carta Alir 43

4.2 Paparan Muka Hadapan 45

4.3 Paparan Muka Hadapan (Sinopsis) 45

4.4 Paparan Artikel Aplikasi 50

4.5 Paparan Grafik dan Animasi 51

4.6 Paparan Komen 52

Page 17: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

xiv

4.7 Paparan Kuiz 53

4.8 Paparan Ruangan Uji Minda 54

4.9 Aktiviti Ruangan Uji Minda 54

4.10 Paparan Ruangan Permainan 56

4.11 Aktiviti Ruangan Permainan 56

4.12 Paparan Robot Gallery 57

4.13 Carta Peratusan Soal Selidik Untuk Ruangan Aplikasi 58

4.14 Carta Peratusan Soal Selidik Untuk Ruangan Permainan 59

4.15 Carta Peratusan Soal Selidik Untuk Ruangan Uji Minda 60

Page 18: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

xv

SENARAI SINGKATAN

ICT - Information and communication technology

NCTM - National Council of Teacher of Mathematics

MAMPU Malaysian Administrative Modernization and Management

Planing Unit

GPL - General Public Licence

PHP - Hypertext Preprocessor

Page 19: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberikan impak yang

sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Sistem pendidikan di Malaysia tidak

terkecuali dari merasai arus perubahan ICT. Menurut Lai Kim Leong (2002), kadar

perubahan ICT ini dipercepatkan lagi dengan beberapa faktor. Antaranya ialah

faktor kos teknologi yang lebih murah untuk perkakasan dan perisian, perisian

multimedia yang lebih mudah digunakan (user friendly) serta perkembangan dalam

teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru (teacher-centred)

kepada pemusatan pelajar (student-centred).

Gaya pembelajaran pelajar pada zaman sekarang juga sudah berubah jika

dibandingkan pada zaman sebelumnya. Pada masa kini, guru, buku dan sekolah

bukan lagi menjadi sumber ilmu pengetahuan dan maklumat utama bagi pelajar.

Pelajar lebih selesa menggunakan medium pengantaraan teknologi untuk mencari

maklumat dan sebagainya. Menurut Scholvinck (2003):

Page 20: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

2

“Children in information societies are surrounded by more

information and communication technology than any previous

generation. In the developed countries, practically every child lives

in a home equipped with the basic tools of the information age,

including the radio, television, telephone and, to an only slightly

lesser degree, the stereo and video cassette recorder.

Dengan sebab itu, e-pembelajaran (pembelajaran elektronik) bukan lagi

menjadi satu benda asing di dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang. Menurut

Ismail Zain (2002), e-pembelajaran ataupun Pengajaran Berasaskan Web (Web-

Based Instruction) merujuk kepada penggunaan teknologi internet dalam membuat

penyelesaian mengakses maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan

prestasi.

Dalam penulisan yang sama, Ismail Zain (2002) membincangkan tentang

keberkesanan e-pembelajaran. Antaranya ialah keselesaan penggunaan. Ini

bermaksud, pengguna dapat mengakses maklumat serta mempelajarinya mengikut

keperluan sendiri tanpa mengira masa dan teknik walaupun dalam keadaan tidak

formal. Selain itu, bahan yang dimuatnaik ke internet lebih mudah dikemaskini jika

dibandingkan dengan penulisan berbentuk buku.

National Council of Teacher of Mathematics (2008) menyatakan teknologi

merupakan alatan asas untuk pembelajaran matematik dalam abad ke-21 ini. Semua

sekolah perlulah memastikan pelajar mengakses internet. Guru yang efektif

memaksimakan potensi teknologi untuk membina pemahaman, merangsang minat

dan meningkatkan kemahiran matematik di kalangan pelajar. Teknologi dapat

menyediakan kemudahan pembelajaran matematik jika ianya digunakan dengan

strategik. Tiga aspek teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang

ditekankan oleh NCTM ialah

Page 21: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

3

i. teknologi meningkatkan keupayaan pembelajaran matematik

ii. teknologi menyokong pengajaran matematik berkesan

iii. teknologi mempengaruhi matematik yang diajar.

Majalah web matematik juga merupakan salah satu bentuk e-pembelajaran.

Ianya merupakan majalah atas talian yang menerbitkan edisi bulanan sepanjang

tahun. Ia dapat menggalakkan sikap ingin tahu di kalangan pelajar kepada pelbagai

sumber maklumat terutamanya yang berkaitan dengan matematik. Disamping itu,

majalah web matematik juga menggambarkan senario pembelajaran menjangkau luar

kelas kerana ianya tidak terikat dengan sukatan pelajaran sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Merujuk kepada objektif Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah bagi mata pelajaran Matematik Tambahan, matlamat wawasan negara

dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan

mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara usaha ke arah mencapai wawasan

ini ialah memastikan masyarakat membudayakan matematik dalam kehidupan

seharian.

Walaupun demikian, gaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang

berpusatkan peperiksaan (exam oriented) menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas tidak menyokong pembudayaan matematik dalam

kehidupan seharian. Kebanyakan guru hanya memfokuskan untuk menghabiskan

sukatan pelajaran sebelum peperiksaan dijalankan. Ini menyebabkan pemikiran

pelajar terkongkong dan tidak dapat mengaitkan secara langsung pembelajaran di

dalam kelas dengan kehidupan seharian.

Page 22: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

4

Subjek matematik merupakan subjek yang perlu diaplikasikan dalam

kehidupan harian. Pelajar bukan hanya perlu risau tentang pencapaian mereka tetapi

perlu juga mementingkan pengetahuan matematik yang perlu diaplikasikan dalam

kehidupan seharian mereka. Sebagai asas kepada bidang-bidang sains yang lain,

penggunaan matematik sangat luas di semua bidang di sekeliling kita.

Bukan sahaja tidak dapat mengaitkan pelajaran matematik dengan kehidupan

seharian, apa yang lebih menyedihkan pelajar tidak berminat dengan subjek

matematik. Ada yang mengalami ketakutan terhadap subjek ini (math anxiety).

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kepada masalah ini. Menurut Deb

Russell (2002), antara punca math anxiety ialah cara pengajaran yang lemah oleh

guru. Guru perlu mencari pendekatan dan bahan yang lebih interaktif untu membantu

pelajar seperti ini.

Faktor pengajaran guru memainkan peranan yang besar terhadap sikap pelajar

terhadap matematik. Menurut Hachey (2009), corak pengajaran matematik perlu

diubah kepada yang lebih positif. Guru diminta berfikir untuk membuat perancangan

pelajaran yang membangunkan bukan sahaja kemahiran tetapi sikap pelajar terhadap

matematik. Guru perlu mengubah aktiviti statik di dalam kelas kepada pengalaman

dalam kehidupan seharian yang berkaitan dengan matematik. Pembelajaran dan

pengajaran matematik juga perlu dilakukan secara seronok dan menghiburkan kerana

proses pembelajaran sebegini dapat menarik minat pelajar mempelajari matematik.

Page 23: PEMBANGUNAN RUANGAN APLIKASI DAN REKREASI DALAM MAJALAH ... filepembangunan ruangan aplikasi dan rekreasi dalam majalah web matematik nadiah bt mohd tahir universiti teknologi malaysia

5

1.3 Pernyataan Masalah

Pelajar tidak dapat mengaitkan konsep matematik yang dipelajari di dalam

kelas dengan aplikasi dalam kehidupan seharian. Pelajar juga tidak minat

mempelajari matematik punca dari cara pembelajaran matematik di sekolah.

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek Majalah Web Dunia Matematik ini ialah :

i. Membangunkan ruangan ‘Aplikasi’ dalam majalah web matematik.

ii. Membangunkan ruangan ‘Rekreasi’ dalam majalah web matematik.

iii. Mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap kesesuaian ruangan ‘Aplikasi’ dan

‘Rekreasi’ dalam majalah web matematik.

1.5 Kepentingan Projek

Projek majalah web matematik ini memberi kelebihan kepada banyak pihak

antaranya pelajar, guru, sekolah, ibu-bapa dan masyarakat.