4.2- amalan reflektif complete

31

Upload: rubini-ribena

Post on 15-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

power point

TRANSCRIPT

Page 1: 4.2- Amalan Reflektif Complete
Page 2: 4.2- Amalan Reflektif Complete

• Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita.

• Budaya berfikir secara reflektif bagi kalangan guru mampu membantu guru mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar.

• Kita menjadi sedar dan kritis mengenai amalan kita dan dengan ini sesuatu pengajaran mampu dipertingkatkan.

Page 3: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Berfikiran reflektif adalah satu usaha untuk kita menjiwai proses P&P.

Melalui refleksi, kita menilai hasil perancangan dan strategi kita dalam P&P dengan mencari kelebihan dan kekurangan kita.

Amalan refleksi membantu kita berkembang sebagai guru yang profesional dan berkesan.

Page 4: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Pengajaran reflektif adalah penting kerana pengajaran ini membolehkan kita memahami pengalaman praktik tanpa mengetepikan hakikat bahawa terdapat nilai, andaian, kepercayaandan perspektif kendiri yang mempengaruhi kedua-dua amalan dan bagaimana amalan itu dialami.

Page 5: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Mengikut Donald Schon,(1993) iaitu orang yang mengetengahkan amalan reflektif, mengatakan bahawa amalan reflektif ialah proses belajar pada peringkat tinggi yang melibatkan pemikiran tentang pembelajaran berasaskan amalan untuk mendapat perspektif baru untuk memperbaharui pertimbangan dan meningkatkan inkuiri sehingga menjadi satu himpunan.

Page 6: 4.2- Amalan Reflektif Complete
Page 7: 4.2- Amalan Reflektif Complete
Page 8: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Mengimbangi Pengalaman

• Mengimbangi antara pengalaman guru pelatih dengan kejayaan golongan yang terdahulu (penyarah/ guru senior)

• Guru pelatih boleh membaca jurnal-jurnal penyelidikan atau laporan refleksi yang terdahulu untuk mendapatkan idea.

Page 9: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Melibatkan pertimbangan sendiri terhadap pengalaman sewaktu mengaplikasikan ‘pengetahuan kepada amalan’.

Guru pelatih menilai kemampuan dan keupayaan dalam mengaplikasikan teori dan pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah ke bilik darjah.

Page 10: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Amalan reflektif termasuk dalam Penyelidikan Tindakan.

Penyelidikan Tindakan(PT) ialah alat membangunkan kurikulum yang mendorong kepada dapatan atau maklum balas yang berterusan berkaitan dengan sesuatu isu.

Page 11: 4.2- Amalan Reflektif Complete

• Contoh: Guru pelatih membawa maklum balas berhubung pengalaman praktikum dan maklum balas / data dianalisis dengan bimbingan mentor.

• Guru pelatih berkongsi pengalaman dan pandangan dengan rakan yang lain agar P&P lebih berkesan

• Pemikiran guru pelatih akan lebih terbuka/ matang

Page 12: 4.2- Amalan Reflektif Complete

• Pensyarah boleh membimbing dan melatih guru pelatih dalam menguruskan P&P dengan berkesan melalui penulisan refleksi, jurnal, catatan peribadi pelajar dan perbincangan kumpulan.

• Kettle & Sellars (1996) mendapati bahawa perbincangan dengan rakan sebaya merupakan pendekatan terbaik apabila mereka dapat mencabar teori sedia ada.

Page 13: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Amalan reflektif juga adalah pembelajaran kendiri.

Licklider (1997) mendapati pembelajaran kendiri melalui amalan reflektif dalam kalangan guru-guru akan memastikan guru sentiasa menyemak amalan dan tanggapan mereka terhadap P&P.

Page 14: 4.2- Amalan Reflektif Complete

• Wilhem (1996)menyatakan kursus –kursus yang diadakan, mendorong guru untuk merenung kembali cara pengajaran mereka dan alasan-alasan bagi setiap tindakan.

• Melalui amalan reflektif, guru-guru melihat dan meneliti sikap, perkembangan kemahiran mengurus dan kesan etika amalan di dalam bilik darjah yang berbeza unsur-unsur budaya dan pengalaman.

Page 15: 4.2- Amalan Reflektif Complete
Page 16: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Amalan reflektif ini berlaku semasa kita bertindak.

Amalan reflektif semerta berlaku dalam situasi di mana tindakan kita mendatangkan kesan yang tidak dijangka dan bukan sebahagian daripada tindakan yang kita rancang.

Page 17: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Amalan ini merupakan satu bentuk refleksi yang dilakukan setelah sesuatu tindakan diambil dan boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan.

Amalan seperti ini bersifat retrospektif dan kita mungkin dapati amalan ini dapat membantu seseorang guru untuk cepat sedar terhadap peristiwa yang berlaku di dalam bilik darjah.

Page 18: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Amalan ini berlaku selepas sesuatu tindakan diambil dan membantu guru memperoleh cara baru dalam melaksanakan sesuatu kerja, mempelajari pengetahuan baru dan membina teori.

Amalan refleksi bentuk ini adalah satu tindakan sistematik dan disengajakan untuk menganalisis, membina dan membentuk semula situasi P&P suapaya dapat menerokai rancangan baru untuk kegunaan seterusnya.

Page 19: 4.2- Amalan Reflektif Complete
Page 20: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Penulisan Jurnal Reflektif

Pengurusan Portfolio

Page 21: 4.2- Amalan Reflektif Complete
Page 22: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Menggalakkan pemikiran reflektif Mendorong ke arah penambahbaikan

sesuatu tindakan Melibatkan proses refleksi dan pelan

tindakan refleksi

Page 23: 4.2- Amalan Reflektif Complete
Page 24: 4.2- Amalan Reflektif Complete

1. Rancang : Mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan

2. Bertindak : Mengambil tindakan

3. Memerhati : Melihat hasil dan perubahan akibat tindakan yang diambil

4. Refleksi : Menilai hasil perancangan berdasarkan bukti-bukti

Page 25: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Pelan Tindakan Reflektif Tindakan

Apakah yang hendak diubah oleh guru(Bahan? Kaedah? Murid? Sikap?)

Bagaimanakah guru melakukannya(Tambah sesuatu baharu? Ubahsuai sesuatu? Gugurkan sesuatu?)

Apakah yang guru perlukan(Wang? Maklumat? Ruang? Hubungan baik? )

Page 26: 4.2- Amalan Reflektif Complete
Page 27: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Alat merangsang pemikiran reflektif Membolehkan guru mengenal pasti setiap

pengalaman dan menilai semula lalu mendorong ke arah perubahan yang lebih baik

Membantu merenung dan memikirkan prestasi sebagai guru

Page 28: 4.2- Amalan Reflektif Complete

Refleksi secara sistematik dan pemikiran analitik secara sendiri diamalkan

Menggunakan reka bentuk diadaptasi dari Model Penaakulan Pedagogi dan Tindakan Shulman (1987)

Page 29: 4.2- Amalan Reflektif Complete
Page 30: 4.2- Amalan Reflektif Complete

1. Kefahaman : Menerima & mengumpul input dan idea dari pembacaan & pengalaman pihak lain untuk digunakan dalam merangka idea pengajaran

2. Interaksi : Analisis dan penilaian menghasilkan idea baru yang lebih kemas dalam perbincangan

Page 31: 4.2- Amalan Reflektif Complete

3. Aplikasi : Idea diaplikasi menggunakan teori pedagogi serta pengetahuan sedia ada

4. Refleksi : Menilai tindakan berdasarkan objektif P&P. Membina kefahaman baru, mencari alternatif penambahbaikan.