refleksi tugasan tq30103 2-juin

1
JUIN BIN JOSEPH CT10210337 REFLEKSI TUGASAN TQ30303 Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensayarah matematik Dr.Sopiah Abdullah kerana memberikan tugasan yang mampu memberi banyak ilmu berguna kepada saya dan rakan-rakan untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Tidak lupa juga kepada rakan kumpulan yang sangat bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini walaupun menghadapi pelbagai dugaan termasuk tanah runtuh dan banjir besar. Walaupun bergelar sebagai guru matematik sekolah rendah selama hampir sepuluh tahun banyak lagi bahagian yang perlu diperbaiki dari segi ilmu mendidik para murid di sekolah. Dalam tugasan kali ini, kami sebulat suara memilih kesukaran dan miskonsepsi murid dalam tajuk darab. Hasil ujian 1 yang telah dilaksanakan, didapati murid menghadapi beberapa kesukaran seperti murid tidak dapat menghafal sifir darab dengan baik. Hasilnya murid tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan. Oleh yang demikian, murid tidak dapat menjawab sesuatu soalan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Murid juga menjawab dengan tergesa-gesa mengakibatkan jawapan yang diberikan salah. Selain itu, murid juga menghadapi masalah sukar mengingat turutan nombor dan keliru dengan operasi darab nombor yang disongsangkan seperti 3x9 dan 9x3. Sebagai seorang guru, saya perlu mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran agar dapat menarik minat murid dalam pengajaran. Ini adalah kerana, faktor tumpuan utama murid ialah pengajaran yang menarik dapat menyampaikan pengajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran dalam menyampaikan pengajaran amat penting agar dapat mengelakkan miskonsepsi di kalangan murid. Dapatlah disimpulkan bahawa kaedah tradisional bukanlah tidak baik, akan tetapi tidak semua murid dapat menguasai kaedah hafalan sifir. Oleh itu tidak salah kita sebagai guru mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk kebaikan murid.

Upload: fready-fook-liew

Post on 14-Dec-2014

25 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Contoh refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Tugasan TQ30103 2-Juin

JUIN BIN JOSEPHCT10210337REFLEKSI TUGASAN TQ30303

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensayarah matematik Dr.Sopiah Abdullah kerana memberikan tugasan yang mampu memberi banyak ilmu berguna kepada saya dan rakan-rakan untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Tidak lupa juga kepada rakan kumpulan yang sangat bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini walaupun menghadapi pelbagai dugaan termasuk tanah runtuh dan banjir besar. Walaupun bergelar sebagai guru matematik sekolah rendah selama hampir sepuluh tahun banyak lagi bahagian yang perlu diperbaiki dari segi ilmu mendidik para murid di sekolah.

Dalam tugasan kali ini, kami sebulat suara memilih kesukaran dan miskonsepsi murid dalam tajuk darab. Hasil ujian 1 yang telah dilaksanakan, didapati murid menghadapi beberapa kesukaran seperti murid tidak dapat menghafal sifir darab dengan baik. Hasilnya murid tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan. Oleh yang demikian, murid tidak dapat menjawab sesuatu soalan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Murid juga menjawab dengan tergesa-gesa mengakibatkan jawapan yang diberikan salah. Selain itu, murid juga menghadapi masalah sukar mengingat turutan nombor dan keliru dengan operasi darab nombor yang disongsangkan seperti 3x9 dan 9x3.

Sebagai seorang guru, saya perlu mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran agar dapat menarik minat murid dalam pengajaran. Ini adalah kerana, faktor tumpuan utama murid ialah pengajaran yang menarik dapat menyampaikan pengajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran dalam menyampaikan pengajaran amat penting agar dapat mengelakkan miskonsepsi di kalangan murid. Dapatlah disimpulkan bahawa kaedah tradisional bukanlah tidak baik, akan tetapi tidak semua murid dapat menguasai kaedah hafalan sifir. Oleh itu tidak salah kita sebagai guru mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk kebaikan murid.