refleksi tugasan bmm 3103

3
REFLEKSI TUGASAN NAMA : AIZZATFITRI BIN OMAR NO I.C : 910414-07-5649 NO MATRIK : 124196 Assalamualaikum , Alhamdulillah sepanjang proses menyiapkan proses kerja kursus projek ini, saya telah mendapat banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi bakal pendidik kelak. Dengan segala ilmu dan bimbingan dari pensyarah, akhirnya saya menyiapkan tugasan kerja kursus BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu sekolah rendah. Tugasan kerja kursus ini meminta kami melakukan kajian kes, menganalisis aras Kognitif Taksonomi Bloom yang terdapat dalam soalan ujian Bahasa Melayu sekolah rendah dan membina item soalan ujian objektif dan ujian subjektif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pencapaian dalam peperiksaan umumnya merupakan kayu pengukur keberkesanan dan mutu sekolah dan guru. Penilaian akademik perlu dijalankan secara berkala bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan berkesan atau tidak. Selain itu, murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pembelajaran kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai. Setiap pelajar haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang dilalui kerana keputusan bagi sesuatu ujian merupakan bukti pencapaian seseorang murid. Penilaian yang dijalankan di sekolah bertujuan juga menetapkan murid ke dalam kelas mengikut pencapaian. Selain itu, keputusan ini penting untuk guru membuat penilaian kepada keberkesanan

Upload: sitifatimah92

Post on 16-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

vt bvg hgfv

TRANSCRIPT

REFLEKSI TUGASAN NAMA : AIZZATFITRI BIN OMARNO I.C : 910414-07-5649NO MATRIK: 124196

Assalamualaikum ,Alhamdulillah sepanjang proses menyiapkan proses kerja kursus projek ini, saya telah mendapat banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi bakal pendidik kelak. Dengan segala ilmu dan bimbingan dari pensyarah, akhirnya saya menyiapkan tugasan kerja kursus BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu sekolah rendah. Tugasan kerja kursus ini meminta kami melakukan kajian kes, menganalisis aras Kognitif Taksonomi Bloom yang terdapat dalam soalan ujian Bahasa Melayu sekolah rendah dan membina item soalan ujian objektif dan ujian subjektif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.Pencapaian dalam peperiksaan umumnya merupakan kayu pengukur keberkesanan dan mutu sekolah dan guru. Penilaian akademik perlu dijalankan secara berkala bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan berkesan atau tidak. Selain itu, murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pembelajaran kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai. Setiap pelajar haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang dilalui kerana keputusan bagi sesuatu ujian merupakan bukti pencapaian seseorang murid. Penilaian yang dijalankan di sekolah bertujuan juga menetapkan murid ke dalam kelas mengikut pencapaian. Selain itu, keputusan ini penting untuk guru membuat penilaian kepada keberkesanan pengajaran yang telah dijalankan sekaligus dapat membuat penambahbaikkan kepada pengajaran. . Taksonomi Bloom bercorak hieraki iaitu dari tahap rendah ke tinggi dan mempunyai enam tahap. Disamping itu, menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Soalan pelbagai aras dibina bagi menguji tahap berfikir murid. Melalui tugasan ini saya telah berjaya membina serta menganalisis item soalan objektif dan subjektif. Selain itu dapat menghuraikan konsep pengujian, penilaian, dan pengukuran untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.Segala maklumat serta pengetahuan baru diperoleh hasil kerjasama kerja kumpulan yang kami lakukan dengan jayanya. Banyak pengalaman baru telah saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus ini antaranya saya lebih memahami konsep pengujian, penilaian dan pengukuran untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Kini saya lebih faham dan tahu bagaimana membina item soalan hasil daripada analisis yang dilakukan. Pada mulanya banyak kesalahan dan masalah timbul semasa penghasilan penulisan tetapi dengan usaha dan kegigihan saya serta bantuan dari rakan-rakan saya mampu menyiapkan tugasan. Selain itu, saya juga menghadapi masalah pada mulanya untuk memahami kehendak soalan tugasan, dengan bimbingan daripada pensyarah subjek dan bantuan rakan-rakan saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya saya menghadapi masalah kekangan masa akibat dari kesibukan pelbagai aktiviti di sekolah ketika berpraktikum. Saya mengambil inisiatif dengan menyiapkan tugasan ini lebih awal sebelum waktu tarikh perlu dihantar. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya menyiapkan tugasan ini pada waktu yang dikehendaki.Kesimpulannya, kerja kursus projek ini menyedarkan saya bahawa memikul tugas guru ini bukanlah mudah seperti yang disangka. Tugas guru bukan hanya sekadar mengajar malah harus tahu membina soalan untuk menguji tahap pemikiran murid dan pencapaian mereka. Dengan adanya pengetahuan ini, maka dapatlah sesuatu perancangan dan penyediaan dibuat untuk menghadapi sesuatu pelajaran. Perancangan yang baik mampu menjadikan guru lebih bersedia untuk mengajar dan mampu menyampaikan ilmu kepada murid dengan berkesan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses menyiapkan kerja kursus, terutamanya kepada pensyarah penasihat Encik Ahmad Bin Omar, serta ribuan kemaafan dihulurkan andai ada berlaku sebarang kekhilafan sepanjang menjayakan kerja kursus Bahasa Melayu ini. Sekian, terima kasih.