refleksi titas.doc
DESCRIPTION
sila edit balik...:)TRANSCRIPT
REFLEKSI KENDIRI
MUHAMMAD AS’AD BIN CHE COB
920419-03-5475
Bismilahirahmanirahim.
Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia – Nya
maka saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka
masa yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada usaha
dan kerja keras yang ditunjukkan oleh saya dan rakan saya iaitu Muhd Hisanudin bin Che
Soh. Kami berdua telah menunjukkan kerjasama yang sangat bagus walaupun kali pertama
kami bergandingan memandangkan kerja kursus ini memerlukan ahli seramai dua orang
sahaja. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah penasihat iaitu
Ustaz Hj Jusoh kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang menyiapkan
tugasan ini.
Tugasan KKP kali ini telah diberikan kepada kami pada awal bulan Februari yang
lalu di mana pensyarah menyuruh kami memilih sendiri tajuk-tajuk yang telah dilampirkan
bersama dengan kertas soalan tersebut. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan saya
iaitu Hisanudin kami berdua telah sebulat kata untuk memilih tajuk yang ketiga iaitu soalan
yang berbunyi “Terangkan dengan jelas unsur-unsur pengaruh Islam dan kesannya dalam
tamadun Malaysia. Kami sepakat memilih tajuk ini adalah kerana tidak mahu berebut
dengan rakan sekelas lain yang kelihatan memilih tajuk-tajuk yang mudah untuk dilakukan.
Pada pendapat saya, tajuk ini sememangnya mencabar tetapi syukur kerana banyak
maklumat yang dapat kami peroleh mengenai tajuk ini. Kami mencari sumber-sumber yang
berkaitan di internet dan di Perpustakaan Ibnu Sina. Kami bertindak membahagikan tugas
bagi meringankan beban masing-masing di mana saya perlu mencari maklumat berkaitan
dengan kesan-kesan pengaruh Islam manakala Hisanudin pula mencari unsur-unsur
pengaruh Islam.
Sepanjang menjalankan kerja KKP kali ini, saya telah dapat mengesan kekuatan dan
kelemahan diri saya dalam menyiapkan tugasan ini. Antara kekuatan yang dapat saya
kenalpasti ialah kerjasama saya dengan rakan setugas kali ini sangat berkesan di mana
kami saling memahami komitmen masing-masing dari segi mencari masa untuk bekerja
bersama-sama. Hal ini menyebabkan saya tidak berasa janggal atau kekok untuk bekerja
bersama-sama beliau. Tambahan pula, saya selalu pergi ke bilik beliau untuk membuat
kerja bersama-sama dan hal ini memudahkan interaksi antara kami berdua. Kekuatan lain
yang saya dapat kenalpasti ialah pengalaman mencari bahan sangat penting di mana saya
memperoleh maklumat yang amat banyak berkaitan dengan topik yang dipilih sama ada
melalui laman web ataupun di perpustakaan. Oleh itu saya berasakan bahawa teknik atau
strategi untuk mencari bahan telah dikuasai walaupun tidak sepenuhnya.
Walaupun begitu, saya juga dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan diri dalam
menjalankan tugasan ini. Antara kelemahan yang paling ketara yang telah dikenalpasti ialah
suka menangguhkan kerja-kerja yang diberi. Hal ini menyebabkan kerja tertimbun dan
menyukarkan saya untuk menyiapkan satu persatu. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini
saya bertindak membuat satu senarai semak kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah. Hal
ini membolehkan kerja-kerja saya dijalankan secara lebih tersusun dan sistematik.
Alhamdulillah, semenjak saya menggunakan senarai semak saya, banyak kerja-kerja yang
tertangguh sebelum ini telah berjaya disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Kelemahan lain pula yang dapat dikesan ialah kurangnya merujuk pensyarah penasihat
mengenai tugasan yang diberikan. Kami hanya berjumpa dengan pensyarah di waktu kelas
sahaja dan tidak mencari beliau di pejabat sekaligus mengurangkan kolaborasi antara siswa
guru dengan pensyarah penasihat. Hal ini pada pendapat saya amat merugikan kerana tidak
mendapat maklumat serta info yang ingin diberikan oleh pensyarah kepada saya dan ahli
kumpulan. Oleh itu, saya berikrar untuk lebih kerap untuk berkolaborasi dengan pensyarah
penasihat pada tugasan yang akan datang.
Akhir kata daripada saya, saya amat bersyukur dapat menyelesaikan tugasan ini
pada masa yang ditetapkan kerana di samping memenuhi pemarkahan kerja kursus saya,
saya juga mendapat banyak maklumat dan manfaat daripada tajuk yang telah saya dan
rakan saya jalankan pada kali ini. Ternyata ia amat berbaloi pada saya walaupun penat lelah
menyiapkan kerja kursus ini. Ilmu sangat penting di dalam kehidupan kita kerana untuk
berjaya di dunia dan di akhirat, kita memerlukan ilmu pengetahuan yang banyak. Oleh itu,
saya sering mengingatkan diri saya sendiri untuk mencari ilmu tambah-tambah lagi ilmu
keagamaan walaupun di mana saya berada kerana saya tahu ia bakal menjadi bekalan saya
di dunia dan di akhirat.
Sekian, terima kasih.