refleksi selepas

3
REFLEKSI SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015 SIVANASWARI A/P KARUPPIAH – RBT 3 (SJKT) 930825-10-5300 Ucapan dari Tuan Pengarah,dalam Majlis Penutupan. “Sekian sahaja buat kali ini,maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22” Setelah majlis Penutupan selesai dengan jayanya,maka kami warga iptho berkumpul untuk melakukan gotong-royong bagi membersihkan kawasan padang. Saya dan pelajar sem 5 lain telah berganding bahu untuk memastikan keadaan padang cantik dan bersih seperti biasa. Selepas itu,saya dan rakan ajk lain menuju ke tempat gerai bagi membersihkan kawasan tersebut lalu mengemaskan khemah yang tidak lagi diguna.Selepas aktiviti pembersihan,perabot-perabot yang dipinjam dari JABATAN KEMAHIRAN HIDUP,kami meletakkan semula di tempat yang asal seperti mana yang diambil maka tamatlah tugasan kami dengan jayanya. Kami semua berpuas hati dengan penganjuran yang telah dijalankan. Malah para pensyarah juga telah mengucapkan tahniah. Benarlah kata pepatah, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Saya telah mendapat pelbagai manfaat dan pengalaman dari penganjuran ini.Melalui KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubungan siraturrahim antara rakan sekelas dan pelajar semester 5 yang

Upload: sivanaswari-karuppiah

Post on 17-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI SELEPAS

REFLEKSI SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015

SIVANASWARI A/P KARUPPIAH – RBT 3 (SJKT)

930825-10-5300

Ucapan dari Tuan Pengarah,dalam Majlis Penutupan.

“Sekian sahaja buat kali ini,maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22”

Setelah majlis Penutupan selesai dengan jayanya,maka kami warga iptho berkumpul

untuk melakukan gotong-royong bagi membersihkan kawasan padang. Saya dan

pelajar sem 5 lain telah berganding bahu untuk memastikan keadaan padang cantik

dan bersih seperti biasa. Selepas itu,saya dan rakan ajk lain menuju ke tempat gerai

bagi membersihkan kawasan tersebut lalu mengemaskan khemah yang tidak lagi

diguna.Selepas aktiviti pembersihan,perabot-perabot yang dipinjam dari JABATAN

KEMAHIRAN HIDUP,kami meletakkan semula di tempat yang asal seperti mana yang

diambil maka tamatlah tugasan kami dengan jayanya.

Kami semua berpuas hati dengan penganjuran yang telah dijalankan. Malah para

pensyarah juga telah mengucapkan tahniah. Benarlah kata pepatah, “Bersatu kita

teguh, bercerai kita roboh”. Saya telah mendapat pelbagai manfaat dan pengalaman

dari penganjuran ini.Melalui KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubungan

siraturrahim antara rakan sekelas dan pelajar semester 5 yang lain. Walaupun sudah 4

tahun saya meneruskan pengajian bersama dengan pelajar semester 5 yang lain, tetapi

masih terdapat segelintir daripada pelajar semester 5 ini yang saya kurang

berkomunikasi dan kurang rapat. KOT ini juga mewujudkan dan melahirkan suasana

kerjasama dan saling bantu menbantu antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri

sendiri tidak perlu ada dalam diri kita sebagai satu pasukan pihak pengajur. Sikap ini

dapat dilihat sebelum, semasa dan selepas KOT berlangsung. Aktiviti-aktiviti

dilaksanakan dengan bersama-sama dan juga bersemangat. Aktiviti seperti ini yang

diadakan membuat saya lebih mengenali sahabat dari kelas lain yang selama ini jarang

bertegur sapa dan hubungan ini diteruskan dengan lebih rapat. Oleh itu, melalui

Page 2: REFLEKSI SELEPAS

penganjuran bersama ini saya dapat merapatkan hubungan dengan mereka dan

berkomunikasi dengan baik dengan mereka seterusnya menambahkan lagi bilangan

sahabat saya di Institut Pendidikan Guru ini serta memudahkan lagi pengajuran KOT

berlangsung.Secara keseluruhannya, lebih banyak kebaikan yang diperolehi

berbanding dengan kelemahan. Kelemahan ini bolehlah diperbaiki dari semasa ke

semasa. Bagi saya KOT ini,memberi banyak faedah dan input yang sangat berguna.

Segala penat lelah saya telibat dalam pengajuran KOT ini diharapkan dapat memberi

perubahan dan impak yang besar kepada diri saya. Saya bersyukur kerana melalui

KOT ini saya banyak mendapat pengetahuan, dapat menguji mental dan fizikal diri

saya dan yang paling penting dapat membantu saya membina jati diri sebagai seorang

pendidik yang berkarisma tinggi. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya guna

semasa berada di sekolah satu hari nanti.