refleksi sc3112

2
PGSR MATEMATIK AMBILAN NOVEMBER 2008 SCE 3112 REFLEKSI -FATIMAH BT ABUSTAN- Terlebih dahulu, saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah Sains terutamanya DR.KHOR KWAN HOOI yang telah memberi latihan dan tunjuk ajar dalam SCE-3112 dan seterusnya memberi panduan sehingga terlaksananya tugasan ini. Ketika menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan yang dapat saya perolehi terutama sekali, saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih mendalam subjek Sains terutama dalam Pengurusan Makmal Sains Dan Sumber.Subjek Sains ini baru bagi saya,walaupun pengalaman mengajar selama 19 tahun,namun saya tidak diberi peluang dan ruang mendalami dan mengetahui tentang pengurusan bilik sains secara teperinci. Tugasan ini lebih menekankan kepada pemahaman tentang bagaimana cara pengurusan makmal sains dan sumber. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains.Maklumat ini amat penting kerana Bilik Sains merupakan satu daripada tempat P&P Sains dijalankan. Bilik Sains yang di cadangkan hendaklah dapat memudahkan aktiviti P&P dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya. Selain itu saya juga mendapat ilmu melalui lawatan ke makmal Sains Sekolah Menengah Tronoh Perak.Idea-idea yang diperolehi dapat dimanfaatkan disekolah saya.Oleh itu,saya sebagai pendidik Fatimah bt Abustan

Upload: fatimah-abustan

Post on 06-Aug-2015

1.194 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi sc3112

PGSR MATEMATIK AMBILAN NOVEMBER 2008 SCE

REFLEKSI

-FATIMAH BT ABUSTAN-

Terlebih dahulu, saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada semua

pensyarah Sains terutamanya DR.KHOR KWAN HOOI yang telah memberi latihan

dan tunjuk ajar dalam SCE-3112 dan seterusnya memberi panduan sehingga

terlaksananya tugasan ini.

Ketika menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan yang dapat saya perolehi

terutama sekali, saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih mendalam subjek

Sains terutama dalam Pengurusan Makmal Sains Dan Sumber.Subjek Sains ini baru

bagi saya,walaupun pengalaman mengajar selama 19 tahun,namun saya tidak diberi

peluang dan ruang mendalami dan mengetahui tentang pengurusan bilik sains secara

teperinci.

Tugasan ini lebih menekankan kepada pemahaman tentang bagaimana cara

pengurusan makmal sains dan sumber. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D )

sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains.Maklumat ini amat penting

kerana Bilik Sains merupakan satu daripada tempat P&P Sains dijalankan. Bilik Sains

yang di cadangkan hendaklah dapat memudahkan aktiviti P&P dilaksanakan supaya

kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya.

Selain itu saya juga mendapat ilmu melalui lawatan ke makmal Sains Sekolah

Menengah Tronoh Perak.Idea-idea yang diperolehi dapat dimanfaatkan disekolah

saya.Oleh itu,saya sebagai pendidik saya perlu merancang dan mewujudkan

pengajaran dan pembelajaran dalam Sains agar menjadi menarik dan sebagai subjek

pilihan murid. Akhir sekali,sebagai seorang guru, saya beranggapan menyiapkan

tugasan ini menyuntik semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam profesion

pendidikan kerana subjek Sains merupakan sesuatu yang mencabar dan perlu

diterokai.

Sekian. Terima kasih.

Fatimah bt Abustan