refleksi permulaan

5
REFLEKSI TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN ISU 1. Untuk tugasan yang pertama, saya telah diminta menyediakan tugasan secara individu. Saya diminta mengumpul mencari,mengumpul dan menyusun maklumat berkaitan kursus Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan. Mengenalpasti dan menguraikan kepentingan memlihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan serta potensinya di masa hadapan serta menganalisis maklumat dari pelbagai sumber teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan., Walaupun arahan tugasan ini agak mudah namun maklumat yang diperlukan agak banyak kerana banyak topik yang perlu dibincangkan dalam bentuk penulisan ilmiah. Saya juga kurang mahir dalam penulisan ilmiah. Maklumat yang diperlukan hendaklah sahih dan relevan dengan topik yang dikumpul. Maklumat yang diperolehi juga tidak mencukupi dan sangat terhad. Semasa proses mengumpul maklumat dan menyusun maklumat mengalami beberapa masalah dalam mengorganisasikan maklumat yang di perolehi. Tambahan pula semua sumber dalam bahasa Inggeris dan memerlukan sedikit masa untuk saya menterjemahkannya dalam bahasa Malaysia. Selain itu juga dalam tugasan satu saya perlu membuat penulisan refleksi secara individu terhadap apa yang diketahui, terhadap pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi serta mencadangkan penambahbaikan yang sesuai berkaitan dengan tugasan yang telah dilaksanakan. 2. Untuk tugasan yang kedua, saya perlu menyediakan rancangan kerja, rekod memelihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan mengikut prinsip dan amalan pemelihara. Tugasan ini perlu dilakukan dalam bentuk dokumentasi yang merangkumi format laporan, rancangan kerja, program pembiakan, rekod kerja harian, bajet anggaran kos perbelanjaan dan pendapatan dan rekod inventori alat dan stok bahan bagi projek pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan. Tugasan juga meliputi penjagaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan iaitu hamster. Saya mengalami masalah dalam mengendalikan hamster. 3. Bagi tugasan yang ketiga ,kami diminta melakukan amali secara berkumpulan. Semasa menyiapkan lakaran pelan landskap saya kekurangan idea yang kreatif, kekangan masa, serta sangat buntu memikirkan amali yang bakal dilaksanakan. Analisis RBT ZUBIR BIN MD NOH (770811-02-5713)

Upload: royizwan-izwan

Post on 21-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi permulaan

ISU

1. Untuk tugasan yang pertama, saya telah diminta menyediakan tugasan secara

individu. Saya diminta mengumpul mencari,mengumpul dan menyusun maklumat

berkaitan kursus Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan.

Mengenalpasti dan menguraikan kepentingan memlihara haiwan kesayangan dan

ikan hiasan serta potensinya di masa hadapan serta menganalisis maklumat dari

pelbagai sumber teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.,

Walaupun arahan tugasan ini agak mudah namun maklumat yang diperlukan agak

banyak kerana banyak topik yang perlu dibincangkan dalam bentuk penulisan ilmiah.

Saya juga kurang mahir dalam penulisan ilmiah. Maklumat yang diperlukan

hendaklah sahih dan relevan dengan topik yang dikumpul. Maklumat yang diperolehi

juga tidak mencukupi dan sangat terhad. Semasa proses mengumpul maklumat dan

menyusun maklumat mengalami beberapa masalah dalam mengorganisasikan

maklumat yang di perolehi. Tambahan pula semua sumber dalam bahasa Inggeris

dan memerlukan sedikit masa untuk saya menterjemahkannya dalam bahasa

Malaysia. Selain itu juga dalam tugasan satu saya perlu membuat penulisan refleksi

secara individu terhadap apa yang diketahui, terhadap pengetahuan dan

pengalaman baru yang diperolehi serta mencadangkan penambahbaikan yang

sesuai berkaitan dengan tugasan yang telah dilaksanakan.

2. Untuk tugasan yang kedua, saya perlu menyediakan rancangan kerja, rekod

memelihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan mengikut prinsip dan amalan

pemelihara. Tugasan ini perlu dilakukan dalam bentuk dokumentasi yang

merangkumi format laporan, rancangan kerja, program pembiakan, rekod kerja

harian, bajet anggaran kos perbelanjaan dan pendapatan dan rekod inventori alat

dan stok bahan bagi projek pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.

Tugasan juga meliputi penjagaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan iaitu hamster.

Saya mengalami masalah dalam mengendalikan hamster.

3. Bagi tugasan yang ketiga ,kami diminta melakukan amali secara berkumpulan.

Semasa menyiapkan lakaran pelan landskap saya kekurangan idea yang kreatif,

kekangan masa, serta sangat buntu memikirkan amali yang bakal dilaksanakan.

RBT ZUBIR BIN MD NOH (770811-02-5713)

Page 2: refleksi permulaan

Analisis

1. Masalah ini timbul kekurangan sumber maklumat di perolehi di perpustakaan IPG

Teknik. Saya beruntung kerana pensyarah telah memberi saya meminjam buku yang

berkaitan dengan ikan hiasan. Di samping itu saya juga beruntung kerana dapat

berjumpa dengan pensyarah saya sekerap yang mungkin disebabkan saya masih

berada didalam cuti dan peluang ini saya telah guna sebaik mungkin. Selain itu saya

juga kurang mahir dan kurang ilmu mengenai penulisan ilmiah. Saya juga kurang

memahami format sebenar penulisan ilmiah yang bermutu secara praktikal. Saya

banyak menghabiskan masa saya dalam memikirkan cara dan strategi untuk

mengorganisikan dan mengolah maklumat yang diperolehi. Saya agak bercelaru dan

terpinga-pinga untuk memulakan tugasan ini . Masalah ini berlaku disebabkan

kurangnya kemahiran menyusun dan mengolah maklumat yang diperolehi dengan

efektif. Di samping pengurusan masa yang kurang memuaskan.

2. Masalah ini timbul kerana saya tidak menguasai sepenuhnya cara untuk

mengendalikan hamster. Hamster mempunyai ciri fizikal yang sangat kecil dan

menyebabkan saya sangat sukar untuk mendekati haiwan tersebut. Hamster juga

bertindak agresif serta lincah menyebabkan saya berasa berdebar dan cemas. Saya

juga khuatir hamster akan menggigit tangan saya. Perasaan berdebar dan cemas

yang saya lalui menghalang saya untuk mengendalikan haiwan ini dengan

sepenuhnya. Tugas saya menjadi sangat berat kerana saya terpaksa melakukan

semua kerja sendiri seperti membersihkan sangkar, Menyediakan tempat yang

sesuai, dan menyediakan bahan dan alat keperluan hamster seperti keperluan

makan, minum , mandian, alat permainan dan memantau keadaan perilaku serta

kesihatan hamster serta penyediaan makanan dan minuman yang secukupnya

kepada hamster.

3. Semasa menyiapkan tugasan yang ketiga, saya mengalami berbagai masalah

disebabkan oleh kekangan masa kerana terpaksa mengikuti pengajian semester

secara sendirian tanpa dibantu oleh rakan –rakan lain. Oleh itu saya terpaksa

menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah secara individu tanpa

pertolongan dari rakan-rakan yang lain seperti sebelum ini. Dimana sebelum ini saya

boleh berbincang dengan rakan bagi menyiapkan sesuatu projek. Oleh semua

tugasan saya terpaksa melakukan sendiri menyebabkan saya kekurangan masa.

RBT ZUBIR BIN MD NOH (770811-02-5713)

Page 3: refleksi permulaan

Cadangan memperbaiki

1. Untuk mengatasi masalah ini, berbincang dengan pensyarah mengenai cara

penulisan ilmiah yang betul di samping mencari maklumat daripada internet

mengenai cara penulisan ilmiah. Seterusnya bagi mengatasi masalah kekurangan

sumber saya telah membeli buku daripada luar. Saya telah mencari dan membeli

buku yang berkaitan dengan Haiwan kesayangan dan ikan Hiasan. Walaupun buku

yang diperolehi sangat terhad saya berasa sikit lega kerana berjaya memperoleh

sumber maklumat. Saya telah membeli dan menjumpai lima buah buku mengenai

haiwan kesayangn dan ikan hiasan iaitu buku 300 Question About The Aquarium,

Aquarium For Dummies, Tropical Fish, Hamsters For Dummies Dan The

Encyclopedia Pets & Care. Semua buku ini di dapati dengan harga yang murah dan

berpatutan. Selain itu saya juga mencari alternative lain iaitu dengan meminjam buku

dari pensyarah. Semasa proses mengolah maklumat dan membuat penulisan saya

melakukan sedaya yang mungkin dan membuat perancangan serta draf sepaya

penulisan dapat dibuat dengan tersusun dan berorganisasi. Hampir semua sumber

rujukan yang diperolehi dalam bahasa inggeris saya menggunakan goggle translate,

modul, serta rujukan daripada internet untuk mengatasi masalah menterjemahkan

istilah yang tidak difahami.

2. Saya mencuba setiap hari untuk mengatasi masalah takut dan cemas saya terhadap

hamsters dengan memberanikan diri menyentuhnya sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah saya boleh membelai hamster sedikit demi sedikit dan kurang sedikit

perasaan cemas dan berdebar-debar. Dalam proses menyediakan langkah kerja dan

rekod penjagaan tidak menjadi masalah cuma saya perlu mengutip peluang

mengendalikan hamster dengan betul secara praktikalnya.

3. Untuk mengatasi masalah ini saya cuba menguruskan masa dengan maksimum

yang boleh dan mencari masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan ini.

RBT ZUBIR BIN MD NOH (770811-02-5713)

Page 4: refleksi permulaan

Tindakan Susulan

1. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cuba membahagikan

masa agar dapat mencari maklumat yang diingini dengan berusaha lebih keras

mencari maklumat lain selain daripada sumber di perpustakaan Teknik. Saya harus

lebih peka dan bertoleransi dengan rakan lain dalam mengumpul maklumat.

Seterusnya meningkatkan kolaborasi dengan pensyarah mengenai tugasan dan cara

penulisan ilmiah yang betul.

2. Tindakan seterusnya meningkatkan pengurusan masa yang lebih efektif dan

berkesan. Sekiranya ada masa senggang saya akan berkolaborasi dengan rakan-

rakan dan pensyarah. Bijak mengambil peluang sedia ada menimba ilmu dan

pengalaman serta memperbaiki kesilapan dan kekangan yang berlaku supaya tidak

diulangi pada masa akan datang.

Kesimpulan.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah ,dan Cik Mat petugas IPG yang banyak

membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semangat kerjasama adalah penting dalam

melaksanakan sesuatu tugasan dan sikap saling bantu-membantu adalah adalah wajib

antara satu sama lain. Selain berusaha dan berkerja keras menentukan keberhasilan

sesuatu tugasan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini pelbagai perkara , ilmu dan

pengalaman yang saya perolehi.

. Di samping sebagai hobi , pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan

mempunyai nilai komersial yang tinggi. Aktivti pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan

hiasan juga boleh dijadikan sebagai perniagaan dan boleh dijadikan sumber pendapatan

Sepanjang menjaga haiwan kesayangn dan ikan hiasan saya mendapati bahawa sifat sabar

dan sayang terhadap haiwan ini boleh dipupuk secara perlahan-lahan.Perasaan ini akan

hadir dengan sendirinya. Sepanjang menjaga dan menguruskan haiwan kesayangan dan

ikan hiasan banyak perkara yang perlu saya tahu dan ambil kira dari aspek penjagaannya.

Saya hendaklah mempunyai ilmu terhadap pengurusan penjagaan yang betul, cara

mengendalikan haiwan kesayangan dan ikan hiasan secara praktikal. Selain itu saya

hendaklah mahir tentang pemakanan yang seimbang untuk hamster dan ikan hiasan,

kemahiran mengendali dan menguruskan kesihatan adalah penting untuk memastikan

kelangsungan riwayat haiwan kesayangan dan ikan hiasan.

RBT ZUBIR BIN MD NOH (770811-02-5713)

Page 5: refleksi permulaan

Selain itu pengurusan sangkar dan akuarium juga perlu dibersihkan secara rutin.

Bagi sangkar hamster perlu di bersihkan dan ditukar bedding secara rutin. Terutama najis

dan air kencing hamster yang bertaburan di dalam sangkar, perlu dibersihkan setiap hari.

Hal ini bagi memastikan sangkar sentiasa dalam keadaan bersih dan terkawal. Hamster juga

perlu dibersihkan dan dimandikan secara mandian basah ataupun kering. Saya mendapati

bahawa hamster haiwan yang tidak tahan sejuk dan hanya perlu dimandikan dalam tempoh

masa sekejap sahaja.

Bagi akuarium pula, saya mempelajari bahawa ikan hanya boleh hidup dalam

spesies yang sama. Pembersihan akuarium juga perlu dilakukan secara rutin . saya juga

mengendalikan pemasangan alat penapis dan pam udara dengan sendiri. Walaupun tidak

mempunyai pengalaman memasang akuarium sendiri tetapi saya belajar daripada kawan-

kawan dan memerhati serta mengkaji sendiri cara pemasangan penapis air, tiub , pam

udara dan sebagainya. Berkat usaha saya mula belajar sikit demi sedikit terhadap kesilapan

dan memperbaiki kesilapan saya. Contohnya, sebelum memasang penapis air ,kita

hendaklah memastikan pam penapis berfungsi sebelum memasang secara langsung di

dalam akuarium. Saya juga belajar cara menghias akuarium. Hari demi hari saya mula

belajar mengingati dan mengenali jenis dan nama ikan hiasan.

Seterusnya belajar mengenai ilmu bagaimana perlakuan serta tindak balas haiwan

dan ikan hiasan, seperti tingkah laku aggresif menandakan mereka sedang marah dan tidak

boleh didekati. Apabila tiba musim mengawan hamster betina dan jantan hendaklah

disatukan jika hamster sudah meningkat matang dan umur yang sesuai untuk mengawan.

Saya juga belajar secara teori dan melihat dengan praktikal proses hamster mengawan.

Hamster yang bunting sentiasa aktif dan agresif. Saya juga berpeluang melihat sendiri

hamster mengawan. Segala ilmu teori yang saya perolehi daripada buku dapat dilihat

dengan jelas .

Antara perkara yang tidak saya lupakan adalah detik-detik saya cuba untuk

mendekati dan mengendalikan hamster, Pengalaman menjaga hamster banyak memberi

peluang kepada saya mengenal tabiat haiwan secara realistiknya. Pengalaman menjaga

hamster memberi saya satu peluang yang baru kerana ini adalah kali pertama saya menjaga

dan memelihara haiwan kesayangan. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki haiwan

kesayangan. Pengalaman ini sangat bermakna dan memberi saya kesempatan meneliti dan

menganalisis kelemahan diri saya terhadap pengurusan haiwan kesayangan.

RBT ZUBIR BIN MD NOH (770811-02-5713)