refleksi perbincangan

3
Refleksi Perbincangan 1. Perbincangan dengan pengurusan sekolah (Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Kekuatan: - Pentadbiran yang sistematik. - Kerjasama yang baik dalam kalangan semua guru. - Dokumentasi yang agak lengkap dan kemas. - Kerjasama yang baik dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. - Kerjasama yang baik dengan para ibu bapa. - Prasarana sekolah yang agak lengkap. Kelemahan: - Kekurangan guru-guru di sekolah. - Kelengkapan prasarana sekolah yang kurang sempurna. Contohnya, kekurangan peralatan sukan. Cadangan: - Mendapatkan guru yang lebih banyak dan berpengalaman. - Membeli atau menambah kelengkapan atau peralatan. 2. Perbincangan dengan mentor (Guru Penolong Kanan Pentadbiran sebagai mentor PBS) Kekuatan: - Dapat memberikan atau membekalkan maklumat sekolah yang lengkap. - Merupakan mentor yang baik dan dapat memimpin saya dengan baik sepanjang minggu PBS. - Juga memberikan maklumat tambahan yang saya tidak nyatakan. - Dapat mengatur masa ganti kelas serta masa untuk pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kelemahan: - Keluar untuk menghadiri mesyuarat atau mengurus perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah. - Sibuk dengan kerja pentadbiran sekolah. Cadangan: - Setiausaha diberikan dan dimohon untuk mengurangkan beban beliau.

Upload: ciamin-yeap

Post on 12-Feb-2015

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi Perbincangan

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Perbincangan

Refleksi Perbincangan

1. Perbincangan dengan pengurusan sekolah

(Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Kekuatan:

- Pentadbiran yang sistematik. - Kerjasama yang baik dalam kalangan semua guru.- Dokumentasi yang agak lengkap dan kemas. - Kerjasama yang baik dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. - Kerjasama yang baik dengan para ibu bapa. - Prasarana sekolah yang agak lengkap.

Kelemahan:

- Kekurangan guru-guru di sekolah. - Kelengkapan prasarana sekolah yang kurang sempurna.

Contohnya, kekurangan peralatan sukan.

Cadangan:

- Mendapatkan guru yang lebih banyak dan berpengalaman. - Membeli atau menambah kelengkapan atau peralatan.

2. Perbincangan dengan mentor (Guru Penolong Kanan Pentadbiran sebagai mentor PBS)

Kekuatan:

- Dapat memberikan atau membekalkan maklumat sekolah yang lengkap.

- Merupakan mentor yang baik dan dapat memimpin saya dengan baik sepanjang minggu PBS.

- Juga memberikan maklumat tambahan yang saya tidak nyatakan. - Dapat mengatur masa ganti kelas serta masa untuk pemantauan

proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

Kelemahan:

- Keluar untuk menghadiri mesyuarat atau mengurus perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah.

- Sibuk dengan kerja pentadbiran sekolah.

Cadangan:

Page 2: Refleksi Perbincangan

- Setiausaha diberikan dan dimohon untuk mengurangkan beban beliau. - Membuat temu janji dengan beliau terlebih dahulu.

3. Perbincangan dengan guru-guru lain

Kekuatan:

- Dapat memberikan maklumat yang lengkap dan berguna kepada saya. - Dapat menceritakan pengalaman mereka. - Tidak bersikap kedekut dalam berkongsi maklumat dan pengalaman

dengan saya. - Mempunyai sikap atau kelayakan profesional guru.- Berkomunikasi dengan ibu bapa tentang perkembangan murid-murid di

sekolah. - Menggunakan alat pembesar suara semasa waktu mengajar.

Kelemahan:

- Kekurangan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Tiada set induksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. - Tiada aktiviti yang menarik semasa waktu mengajar. - Tidak mahir dalam kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT). - Tidak meningkatkan pengetahuan diri dengan menghadiri kursus-

kursus lain.

Cadangan:

- Menggunakan bahan bantu mengajar semasa waktu mengajar. - Merancang aktiviti yang menarik semasa waktu mengajar. - Belajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). - Menghadiri kursus berkenaan untuk meningkatkan pengetahuan diri. - Membatalkan pelaksanaan sistem KSSR dan PBS yang

membebankan guru-guru. - Menggunakan sistem KBSR yang sesuai dan membantu dalam

pembelajaran murid-murid.

4. Perbincangan dengan kakitangan sekolah(Pembantu Am Pejabat Sekolah, Pengurus Kantin Sekolah, Pengawal Sekolah)

Kekuatan:

Page 3: Refleksi Perbincangan

- Memberikan maklumat yang berguna dan lengkap. - Menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sempurna. - Bersikap dan bertutur dengan sopan-santun dengan warga sekolah

dan para ibu bapa.

Kelemahan:

- Kadang-kala bertemu dengan ibu bapa yang tidak bersopan.

Cadangan:

- Kebajikan kakitangan sekolah dititikberatkan. - Memberikan tumpuan atau perhatian terhadap masalah yang dihadapi

oleh mereka. - Pihak sekolah terutamanya pihak pentadbiran sekolah selalu

berkomunikasi dengan kakitangan sekolah.

5. Interaksi dengan murid-murid

Kekuatan:

- Bersikap dan bertutur dengan sopan-santun. - Dapat menjawab soalan temu bual dan soalan soal selidik dengan

agak tepat dan baik. - Dapat memberikan maklumat yang saya perlukan.- Memberikan kerjasama yang baik semasa saya mengganti kelas.

Kelemahan:

- Pertuturan yang tidak lancar semasa sesi temu bual dan soal selidik. - Mengambil masa yang agak panjang untuk menjawab persoalan yang

ditanya. - Berasa takut dan tidak berani untuk bercakap serta menjawab dengan

lebih banyak huraian.

Cadangan:

- Pengajaran yang bersifat dua hala dipentingkan.- Banyak memberikan peluang kepada murid untuk memberikan

pendapat semasa waktu mengajar. - Mementingkan cara dan bahasa pertuturan murid-murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.