refleksi orienteering

2
NAMA: NUR UMAIMAH BINTI OTHMAN@ BASIR NO MATRIK : IPGKB: D20M-1206-0499 KURSUS : KDPM(SABK) BM(M) JUN 2012 REFLEKSI ORIENTEERING Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Kami telah menjalankan satu aktiviti Orienteering di Pantai Sri Tujuh, Tumpat sebagai aktiviti luar kelas Unit Beruniform. Aktiviti ini disertai seramai 13 orang sahaja iaitu hanya untuk kelas kami sahaja. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan seramai 3 orang untuk satu kumpulan. Memandangkan kami tidak ramai, maka Tuan Norman bin Mohd Nor, selaku Pensyarah yang bertanggungjawab mengajar kami telah mengajar kami mencari titik-titik kawalan dan meletakkan kad petunjuk untuk pihak lawan mencarinya. Kami diberi masa selama setengah jam untuk menanda titik-titik kawalan. Saya diberi tugas bersama-sama Nurul Bahiah binti Mohd Nor dan Norozita Aini binti Yaacob dalam kumpulan 3. Kami berjalan meredah semak dan jalan yang becak untuk meletakkan titik-titik kawalan. Kami tidak mempamerkan secara terbuka kad petunjuk untuk melatih pihak lawan berfikir dan mencarinya. Hal ini demikian kerana kami telah diberi penerangan akan hal ini sewaktu di dalam bilik kuliah. Apa yang telah kami pelajari dan faham sewaktu di bilik kuliah telah kami aplikasikan sewaktu aktiviti ini Setelah selesai meletak kad petunjuk, kami diminta tukar klu dengan pihak lawan. Kami mendapat klu dari kumpulan 1. Disini terdapat sedikit kelemahan apabila pihak lawan tidak menyatakan klu yang sebenar dan hanya menulis CP 1. Kami hilang arah seketika sehingga pihak lawan datang dan perbetulkan klu. Alhamdulillah, kumpulan kami dapat mencari setiap titik kawalan dengan mudah berpandukan klu yang diberi dan mengikut bacaan kompas. Orienteering mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai Bapa Orienteering . Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki

Upload: umaimah-othman

Post on 29-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Orienteering

NAMA: NUR UMAIMAH BINTI OTHMAN@ BASIRNO MATRIK : IPGKB: D20M-1206-0499KURSUS : KDPM(SABK) BM(M) JUN 2012

REFLEKSI ORIENTEERING

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Kami telah menjalankan satu aktiviti Orienteering di Pantai Sri Tujuh, Tumpat sebagai aktiviti luar kelas Unit Beruniform. Aktiviti ini disertai seramai 13 orang sahaja iaitu hanya untuk kelas kami sahaja. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan seramai 3 orang untuk satu kumpulan. Memandangkan kami tidak ramai, maka Tuan Norman bin Mohd Nor, selaku Pensyarah yang bertanggungjawab mengajar kami telah mengajar kami mencari titik-titik kawalan dan meletakkan kad petunjuk untuk pihak lawan mencarinya. Kami diberi masa selama setengah jam untuk menanda titik-titik kawalan.

Saya diberi tugas bersama-sama Nurul Bahiah binti Mohd Nor dan Norozita Aini binti Yaacob dalam kumpulan 3. Kami berjalan meredah semak dan jalan yang becak untuk meletakkan titik-titik kawalan. Kami tidak mempamerkan secara terbuka kad petunjuk untuk melatih pihak lawan berfikir dan mencarinya. Hal ini demikian kerana kami telah diberi penerangan akan hal ini sewaktu di dalam bilik kuliah. Apa yang telah kami pelajari dan faham sewaktu di bilik kuliah telah kami aplikasikan sewaktu aktiviti ini

Setelah selesai meletak kad petunjuk, kami diminta tukar klu dengan pihak lawan. Kami mendapat klu dari kumpulan 1. Disini terdapat sedikit kelemahan apabila pihak lawan tidak menyatakan klu yang sebenar dan hanya menulis CP 1. Kami hilang arah seketika sehingga pihak lawan datang dan perbetulkan klu. Alhamdulillah, kumpulan kami dapat mencari setiap titik kawalan dengan mudah berpandukan klu yang diberi dan mengikut bacaan kompas.

Orienteering mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan

Page 2: Refleksi Orienteering

aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan..

Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.