refleksi olahraga

3
REFLEKSI MOHD LUQMAN BIN DAUD 921023115481 Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapatlah saya dan ahli kumpulan saya yang lain melaksanakan tugasan simulasi bagi acara lari berganti-ganti dengan sebaiknya. Tugasan ini di bawah matapelajaran kokurikulum iaitu olahraga, WAJ 3112 merupakan tugasan yang wajib dilaksanakan oleh setiap guru pelatih IPG Kampus Dato Razali Ismail. Tugasan ini merupakan tugasan yang diberikan kepada guru pelatih PISMP Pengajian Islam Semester 5 dan pensyarah akan membuat penilaian berdasarkan cara kami melaksanakan simulasi untuk pemberian markah.Kami diminta untuk melaksanakan tugasan ini secara berkumpulan. Acara yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk melaksanakan simulasi ini adalah berbeza-beza bagi setiap kumpulan. Sepanjang saya dan ahli kumpulan saya bekerja untuk melaksanakan simulasi bagi acara ini, banyak pengalaman-pengalaman yang baru yang saya perolehi. Pertama ini ialah saya dapat menambahkan banyak ilmu pengetahuan berkait dengan peraturan-peraturan olahraga khususnya peraturan dalam acara lari berganti-ganti. Saya juga dapat mempelajari bagaimana prosedur yang betul untuk meminjam peralatan bagi acara lari berganti-ganti dengan pihak pentadbiran. Saya dapat mempelajari secara tidak langsung bagaimana cara untuk menguruskan peralatan bagi acara lari berganti-ganti dan bagaimana ansur maju yang boleh digunakan untuk melatih orang lain. Melalui ilmu ansur maju berkait dengan acara lari berganti-ganti ini menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk melatih orang lain walaupun saya bukanlah seorang atlet dalam acara lari berganti-ganti. Saya juga dapat mempelajari tugas-tugas yang perlu dilaksanakan sebelum acara lari berganti- ganti dapat dilaksanakan & melalui pengetahuan berkaitan dengan tugas-tugas tersebut, dapat saya fahami bahawa betapa pentingnya komunikasi antara setiap pegawai dalam menguruskan sesuatu acara.

Upload: lebingsaja

Post on 15-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

olahraga

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi olahraga

REFLEKSI

MOHD LUQMAN BIN DAUD

921023115481

Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

inayahnya dapatlah saya dan ahli kumpulan saya yang lain melaksanakan tugasan simulasi

bagi acara lari berganti-ganti dengan sebaiknya. Tugasan ini di bawah matapelajaran

kokurikulum iaitu olahraga, WAJ 3112 merupakan tugasan yang wajib dilaksanakan oleh setiap

guru pelatih IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Tugasan ini merupakan tugasan yang diberikan

kepada guru pelatih PISMP Pengajian Islam Semester 5 dan pensyarah akan membuat

penilaian berdasarkan cara kami melaksanakan simulasi untuk pemberian markah.Kami diminta

untuk melaksanakan tugasan ini secara berkumpulan. Acara yang diberikan kepada setiap

kumpulan untuk melaksanakan simulasi ini adalah berbeza-beza bagi setiap kumpulan.

Sepanjang saya dan ahli kumpulan saya bekerja untuk melaksanakan simulasi bagi

acara ini, banyak pengalaman-pengalaman yang baru yang saya perolehi. Pertama ini ialah

saya dapat menambahkan banyak ilmu pengetahuan berkait dengan peraturan-peraturan

olahraga khususnya peraturan dalam acara lari berganti-ganti. Saya juga dapat mempelajari

bagaimana prosedur yang betul untuk meminjam peralatan bagi acara lari berganti-ganti

dengan pihak pentadbiran. Saya dapat mempelajari secara tidak langsung bagaimana cara

untuk menguruskan peralatan bagi acara lari berganti-ganti dan bagaimana ansur maju yang

boleh digunakan untuk melatih orang lain. Melalui ilmu ansur maju berkait dengan acara lari

berganti-ganti ini menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk melatih orang lain walaupun saya

bukanlah seorang atlet dalam acara lari berganti-ganti. Saya juga dapat mempelajari tugas-

tugas yang perlu dilaksanakan sebelum acara lari berganti-ganti dapat dilaksanakan & melalui

pengetahuan berkaitan dengan tugas-tugas tersebut, dapat saya fahami bahawa betapa

pentingnya komunikasi antara setiap pegawai dalam menguruskan sesuatu acara.

Banyak perkara yang saya dan ahli kumpulan saya dapat pelajari melalui pensyarah

saya iaitu En. Yunus semasa melaksanakan simulasi dalam acara ini. Beliau akan memberi

Page 2: refleksi olahraga

bimbingan terus kepada kumpulan kami apabila kumpulan kami melakukan kesilapan semasa

melaksanakan simulasi. Beliau banyak mengajar melalui perkongsian pengalaman beliau

sepanjang beliau terlibat dalam pengurusan olahraga. Melalui beliau, saya dapat mempelajari

bahawa dalam sesuatu acara, kita berhak untuk membuat bantahan atas kesilapan pengelola

acara tersebut. Saya juga dapat mempelajari bagaimana cara dan langkah-langkah utnuk

membuat bantahan dalam acara lari berganti-ganti ini.

Di samping itu juga, kelebihan yang saya peroleh sewaktu proses menyiapkan kerja

kursus ini ialah bahan berkaitan dengan penyediaan maklumat asas tentang acara berganti-

ganti mudah diperolehi. Bagi menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) saya perlu

mengetahui banyak perkara tentang acara lari berganti-ganti ini. Bahan-bahan tersebut boleh

diperoleh melalui buku-buku yang terdapat di Pusat Sumber. Selain Pusat Sumber Institut, saya

juga membuat rujukan dengan kawan-kawan saya yang mempunyai serba sedikit maklumat

tentang acara lari berganti-ganti ini.

Selain itu juga, kemudahan internet percuma di institut saya sekarang memudahkan

saya untuk memperolehi video berkaitan dengan acara lari berganti-ganti dengan mudah dan

cepat serta efisyen. Faktor lain yang membantu menyiapkan kerja kursus ini ialah kerjasama

yang diberikan oleh rakan kumpulan saya sendiri. Kumpulan saya telah membuat pembahagian

kerja dan masing-masing dapat melaksanakannya dengan baik tanpa sebarang masalah.

Sahabat saya juga saling bantu membantu sekiranya ada tugasan yang belum diselesaikan

lagi. Kerjasama yang padu ini akan lebih mengeratkan silaturrahim sesama rakan di dalam

kumpulan kerana susah dan senang sesuatu kerja dihadapi bersama.

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Terdapat beberapa

kekurangan dan kelemahan semasa melaksanakan kerja kursus ini. Antaranya ialah sayadan

ahli kumpulan saya kekurangan rujukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan

bagaimana cara untuk melaksanakan ansur maju secara berkesan dalam melatih individu yang

terdiri daripada peringkat umur sekolah rendah.Kebanyakan maklumat yang saya dapat ketika

mencari bahan-bahan untuk acara ini ialah berkaitan dengan sejarah, peraturan dan lain-lain.

Page 3: refleksi olahraga

“Opportunity” atau peluang yang wujud sepanjang saya bersama ahli kumpulan saya

melaksanakan simulasi ini ialah saya mampu mengajar dan melatih untuk orang lain menjadi

pandai walaupun saya bukanlah seorang atlet kerana saya dapat belajar banyak kemahiran-

kemahiran yang sangat penting khususnya dalam acara lari berganti-ganti. InsyaAllah,

kemahiran ini pasti saya akan gunakan apabila berada di sekolah nanti.

Cadangan penambahbaikan untuk kerja kursus akan datang ialah saya haruslah pandai

membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, sepanjang proses untuk

melaksanakan simulasi ini saya banyak belajar perkara-perkara baru yang bermanfaat yang

saya boleh gunakan untuk masa akan datang. Harapan saya semoga penghasilan kerja kursus

ini dapat memberi manfaat dalam kehidupan harian kita. Semoga pengetahuan baru yang saya

dapat ini dapat dijadikan bekalan apabila bergelar seorang guru nanti. InsyaALLAH.