refleksi kejohanan olahraga tahunan ipgkba2012

7
REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) TAHUN 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA Disediakan oleh : MUHAMMAD HAIKAL BIN MAZLAN PISMP K.SOSIAL KOHOT 5 AMBILAN JANUARI 2010 Pada 19 April 2012,Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa.Bertempat di padang utama IPGM-KBA,hampir kesemua pelajar IPGM-KBA telah terlibat dalam menjayakan acara tahunan yang gilang gemilang ini. Kejohanan pada kali ini telah dimulakan dengan upacara perasmian serta perbarisan hormat dari kontinjen-kontinjen yang mewakili unit-unit beruniform serta wakil daripada setiap rumah sukan yang terlibat.Upacara perasmian telah diserikan dengan kehadiran pihak pengarah IPGM- KBA ,Hajah Raja Azizah Hanim Bt. Abd. Aziz. Walaupun berdepan dengan keadaan cuaca yang kurang memuaskan,namun majlis tetap diteruskan dengan bersemangat oleh para peserta KOT dan juga pelajar-pelajar IPGM-KBA.Tidak ketinggalan juga sokongan yang telah diberikan oleh pihak pensyarah kepada semua pelajar yang terlibat di dalam KOT pada tahun ini.Acara dimulakan sebaik sahaja majlis perasmian tamat dan perjalanan kejohanan pada kali ini juga berjalan tanpa sebarang masalah yang serius sehingga merencatkan perjalanan kejohanan. KOT pada tahun ini telah banyak memberikan saya pengalaman baru dan juga pengalaman yang menarik.Diantaranya ialah dari segi proses persiapan balapan di padang utama IPGM-KBA.Pada semester ini saya bersama rakan-rakan yang lain telah ditugaskan untuk menyediakan balapan di padang memandangkan terdapat subjek yang memerlukan kepada amali penyediaan balapan di padang.Kerja-kerja membuat balapan adalah sangat mencabar memandangkan terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi.

Upload: haikal-mazlan

Post on 17-Jan-2016

180 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA2012

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) TAHUN 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

Disediakan oleh :

MUHAMMAD HAIKAL BIN MAZLAN

PISMP K.SOSIAL KOHOT 5 AMBILAN JANUARI 2010

Pada 19 April 2012,Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) telah diadakan di Institut

Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa.Bertempat di padang

utama IPGM-KBA,hampir kesemua pelajar IPGM-KBA telah terlibat dalam

menjayakan acara tahunan yang gilang gemilang ini.

Kejohanan pada kali ini telah dimulakan dengan upacara perasmian serta

perbarisan hormat dari kontinjen-kontinjen yang mewakili unit-unit beruniform serta

wakil daripada setiap rumah sukan yang terlibat.Upacara perasmian telah diserikan

dengan kehadiran pihak pengarah IPGM-KBA ,Hajah Raja Azizah Hanim Bt. Abd.

Aziz.

Walaupun berdepan dengan keadaan cuaca yang kurang memuaskan,namun

majlis tetap diteruskan dengan bersemangat oleh para peserta KOT dan juga

pelajar-pelajar IPGM-KBA.Tidak ketinggalan juga sokongan yang telah diberikan

oleh pihak pensyarah kepada semua pelajar yang terlibat di dalam KOT pada tahun

ini.Acara dimulakan sebaik sahaja majlis perasmian tamat dan perjalanan kejohanan

pada kali ini juga berjalan tanpa sebarang masalah yang serius sehingga

merencatkan perjalanan kejohanan.

KOT pada tahun ini telah banyak memberikan saya pengalaman baru dan

juga pengalaman yang menarik.Diantaranya ialah dari segi proses persiapan

balapan di padang utama IPGM-KBA.Pada semester ini saya bersama rakan-rakan

yang lain telah ditugaskan untuk menyediakan balapan di padang memandangkan

terdapat subjek yang memerlukan kepada amali penyediaan balapan di

padang.Kerja-kerja membuat balapan adalah sangat mencabar memandangkan

terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi.

Page 2: Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA2012

Diantara kekangan yang dihadapi ialah dari segi bekalan minyak hitam yang

digunakan untuk membuat garisan pada balapan di padang.Saya dan rakan-rakan

yang lain menghadapi kesukaran mencari bekalan minyak hitam dalam kuantiti yang

banyak bagi menyiapkan balapan di padang IPGM-KBA untuk kegunaan KOT pada

tahun ini.Namun masalah itu semua tidak mematahkan semangat kami semua untuk

meneruskan proses persiapan balapan.Kami secara bersama-sama telah meminta

bantuan daripada pihak tertentu bagi mencari bekalan minyak hitam dalam kuantiti

yang banyak.Alhamdulillah,akhirnya kami telah berjaya mendapatkan bekalan

minyak hitam yang mencukupi.

Selain daripada itu,saya dan rakan-rakan yang lain juga menghadapi masalah

dimana kami mengalami sedikit gangguan semasa menyediakan balapan oleh

kerana keadaan cuaca yang tidak menentu dan juga keadaan padang yang sering

kali becak dan menyukarkan proses membuat garisan pada balapan

tergendala.Namun kesemua masalah tersebut dapat diatasi dengan membuat

balapan pada hari minggu oleh kerana mengejar masa yang semakin suntuk dan

pada akhirnya kami telah berjaya menyiapakan separuh daripada keseluruhan

balapan di padang IPGM-KBA.

Dari aspek penganjuran KOT pada tahun ini,saya berpendapat bahawa faktor

cuaca telah sedikit sebanyak telah mengurangkan kerancakan sambutan serta

suasana KOT pada tahun ini.Hujan pada awal pagi telah menyebabkan keadaan

balapan basah dan mula becak.Keadaan padang sebegini adalah kurang selamat

kepada peserta dan mampu mengganggu prestasi para peserta yang mengambil

bahagian.Namun,keadaan mula pulih dan kerancakan semakin bertambah sebaik

sahaja hujan mulai reda selepas itu.

Selain daripada keadaan cuaca,KOT pada kali ini juga menghadapi sedikit

kesukaran dimana jumlah pegawai yang bertugas adalah sedikit kurang jika

dibandingkan dengan jumlah peserta pegawai yang bertugas pada edisi KOT yang

sebelum ini.Namun masalah ini tidak menjadi penghalang kepada pihak pengurusan

kejohanan KOT pada kali ini dalam memastikan sambutan kekal meriah dan

mendapat sambutan daripada kesemua pihak yang terlibat pada hari tersebut.

Page 3: Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA2012

Berikut adalah beberapa gambar yang menunjukkan proses penyediaan

balapan sebelum sambutan KOT bermula pada 19 April 2012 :

Gambarajah 1 : Proses penyediaan balapan

Gambarajah 2 : Proses penyediaan ukuran balapan

Page 4: Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA2012

Manakala berikut adalah gambar KOT 2012 yang telah berlansung di padang IPBA

pada 19 April 2012 :

Gambarajah 3 : Rumah Bendahara/Merah 2012

Gambarajah 4 : Rumah Temenggung/Hijau 2012

Page 5: Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA2012

Gambarajah 5 : Perbarisan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah IPGM-KBA

Gambarajah 6 : Acara senamrobik bersama pensyarah IPGM-KBA

Gambarajah 7 : Sebahagian daripada peserta pada KOT 2012

Page 6: Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA2012

Gambarajah 7 : Sebahagian daripada peserta pada KOT 2012

Gambarajah 8 : Acara 100M lelaki final pada KOT 2012

KOT pada tahun ini telah banyak memberikan saya pengalaman serta pendedahan

yang baru dan berguna kepada saya sebagai guru pelatih yang bakal berhadapan

dengan situasi yang sama di sekolah kelak.

Page 7: Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA2012

Ucapan terima kasih kepada pihak pensyarah pembimbing diatas ilmu serta

tunjuk ajar telah diberikan disepanjang gerak kerja persiapan KOT pada tahun

ini.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah berusaha

bersama sama dalam menjayakan persiapan KOT pada tahun ini.

Diharapkan agar pendedahan sebegini dapat dikekalkan bagi melahirkan

generasi guru yang serba boleh dan mempunyai pelbagai kemahiran apabila di alam

persekolahan kelak.